"CINTA REMAJA: sebuah perkongsian dari ZAHIR"
Cinta adalah makhluk tidak bernyawa. Ia tidak berjisim, tidak berjirim, tidak punya rupa dan fizikal. Tetapi ia ajaib dan berkuasa. Ia menjalar dalam jiwa dan menggetarkan rasa.
Cinta adalah fitrah dan cinta adalah suci. Cuma, kerana hawa nafsu buas, cinta disalahgunai. Cinta suci telah dicemarkan oleh manusia yang tamak, tidak sabar, gelojoh, rendah akal dan terpengaruh oleh hasutan dan desakan keji syaitan.
Masa remaja adalah masa cinta berbunga. Pantas sekali remaja bercinta, mencari cinta dan mahu dicintai. Cinta remaja kini sudah menjadi fenomena. Di merata-rata didapati remaja bercinta, malah tenggelam dan hanyut dalamnya, lalu mati, terkorban, korban cinta yang ngeri dan menjijik serta bangkainya membusukkan.
Berbicara soal cinta remaja adalah berbicara soal hubungan dan pergaualan remaja lelaki dan perempuan. Yang dimaksudkan dengan cinta remaja dalam tulisan ini hanyalah cinta remaja yang bathil, yang salah, yang terlarang, dan yang haram, dan bukan cinta remaja yang suci. Yang dimaksudkan dengan cinta remaja dalam tulisan ini ialah cinta remaja sebelum mereka bernikah, iaitu mereka bercinta dengan lelaki bukan hak halal mereka ie bukan suami mereka.
Ah, tak baik buat perkara tak baik.
Aku manusia biasa. Seingat aku masa first time crush di waktu sekolah rendah. Mesti lawak kalo di ingat kembali. Orang yang aku puja tu bukanlah di kalangan kawan-kawan. Time hingusan dulu aku darjah 4.
Gila kot. Perassan sangat dia tu pujaan hati.
Crush aku kat Backstreetboys member. Its Nick Carter. Hensem kot. Terpesona sebab masa aku dengar lagu dorang memang tak hingat dunia. Pastu keluar la band lain macam Westlife, Jet dan seangkatannya.
Nick carter.net> website
Perassan sungguh dulu dalam dunia artist. Aku mengaku dulu siap tulis diari pasal Nick Carter. Huhu. Malu kot, berangan tak hingat dunia.
MAAF. entry ni berbau syok sendri.
Ps/ Sila bawak bersabar untuk mengimbas kembali zaman kanak-kanak. Aku dulu tinggal dekat Sudan darjah 5 dok setahun je time crush ngan Nick Carter :P
skang no more crush backstreetboys sebab err mereka dah tak popular ~
Currently facing assignment grrrrrrrrrrrr to be done and temani mama to others event .releasekan skit emo.
1 comment:
wow~
crush ngan artis lg tu
hebat la kak dayah ni
org dl ada crush ngan guru besar!
wo?? HAHA :p
Post a Comment