Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari raya, salam #eidmubarak 2011

Assalamualaikum, dan apa khabar..

Bulan Ramadhan dah selesai melabuhkan tirai, Bulan Syawal datang dengan meriah, semoga hari raya tahun ni disambut lebih bermakna daripada tahun yang sebelumnya ye, selamat menyambut hari raya aidilfitri, minta ampun maaf kalau ada salah dan silap saya dan keluarga,

selamat menyambut hari merdeka ke-54 sekali, selamat bercuti, jangan main mercun sgt ok,

kalau bab gambar raya bersama keluarga lelain nantilah tunjuk ye, tetiba teringin sekali saya nak pergi tengok DFP performance yuna kat Dewan Filharmonik Petronas, 13th Sept 2011. ah info SINI

Ps- quick update je kat entry, aku ubah mode kat blog sendiri test favicon dgn tukar header xcomel. okbai :)

Thursday, August 11, 2011

Sekitar stesen Ampang

Adala satu hari tu aku jadi mata-mata kat stesen Ampang. Disebabkan hujan, aku malas nak keluarkan kunci motor yang aku parking kan kat stesen ampang situ. Aku tunggu hujan reda sikit, baru aku gerak balik rumah karang. sambil tengok macam-macam perangai orang ada. 

image

Contoh peta, pergi kolej dari Ampang – Pandan jaya

First scene kau buat aku terkejut ada teksi yang ter-accident sikit, sebab hujan, makin ramai orang kluar dari train cari teksi nak cepat balik rumah, nanti boleh siap makanan nak berbuka, nak balik cepat boleh rehat. so teksi banyak beratur berderet weh. Aku tak faham la kalau ada teksi yang drive kereta tak beradab sangat. Ada yang nak paksa orang naik teksi dia. Ada yang macam stress sambil merokok dalam teksi dia. Tapi, ada satu teksi orangnya melayu bengang bila sorang driver india tu potong barisan. so dia langgar sikit belakang teksi kereta wira dia, desyum. aku menjerit wooooooooooooooooo. amik lagi ah nak amik barisan dia. Aku jerit macam bola masuk gol. Terkejut kot dekat depan mata aku bila teksi tu mengamuk kat teksi india tu, dia klua kereta cek teksi dia sikit je dia langgar. Teksi india tu nampak teksi melayu tu sengaja buat camtu sebab dia curik customer dengan line dia. xberani nak tuntut ganti rugi teksi dia tercedera, Lain kali jangan bergaduh ye, nak gaduh pergi padang-lah

image contoh gambar teksi dan pemandunya, contohler

2nd scene, aku tertengok pemakaian sorang perempuan ni, amboi akak, baju nya le comel terdedah kat depan, memang nak bagi pahala aku jugak berkurangan kot, aku bukan nya nak sangat tengok badan aurat dia, tapi dah dia lari kat depan mata aku sebab hujan dia lari lah nak masuk tempat yang safe dari basah. rasanya semua lelaki kat train tu tengok dada dada akak tu yang mengagumkan. bukan ke seeloknya lah pakai baju yang beradab la sikit,kan bulan puasa, akak tu melayu macam orang puasa ye, aku boleh cam.

3rd scene, aku gerak kan punggung seat menunggu teksi jugak, tanak duduk lama kat laluan kluar train, aku tengok seat motor aku basah, baju kurung aku pon basah duduk dekat seat. Aku tengok motor lain pon basah jugak.,kan bagus kalau kau letak kain lap awal-awal dalam moto, apalah susah sangat nak ingat. Hujan dah redha sikit dari lebat tadi baru aku balik. okbai

Ps- nak kereta, amin

Friday, August 5, 2011

setiap perpisahan tu ada hikmahnya kan macam tu lah okbai

Hari ini Jumaat. Pagi tadi aku sempat tengok tv3 segmen Kalamullah. Ada budak laki kecik namanya Imran boleh hafal Al quran dari ayat 1-40 Surah Yassin. Seronok bila tengok sampai habis dapat pahala sekali ye tak daripada memandang lagu Barat-an, sekali gus membuatkan aku teringin nak hafal betul-betul sekali. InsyaAllah. Disebabkan hari ni Jumaat, aku selit sekali kebaikan ntuk baca surah Yassin. Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan",

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

baru je list 3 kelebihan membaca surah Yassin, Sila baca lagi dengan lebih lanjut ye :)Read more: http://umar-alfarouk.blogspot.com/2007/12/kelebihan-surah-yasin.html#ixzz1U6gRFGh3

image

Sebenarnya aku letak tajuk entry memang tak kena sebenarnya apa yang nak ceritakan. Teringatkan dua ekor ikan yang kami bela kat rumah, sekor tu ikan Belida, sekor tu ikan Batu. Baru je bagi kat kedai haiwan kat Taman Kosas, Ampang. Tak dapat nak bela sampai hayat sebab malas. Perangai seorang manusia (diri sendiri ini le) yang tak dapat nak dielakkan. Lagipun masa dapat ikan tu daripada kawan mak. Ikan tu kuat makan ikan longkang kecik pastu kena beli ikan kecik rm3 sebungkus tetiap minggu, pastu nak membasuh akuarium semuanya kerja aku, dalam 2minggu sekali je aku rajin nak membasuh ngan bagi makanan. Daripada tak pandai nak men-jaga baik bagi je kat orang.

Mak aku yang mulanya nak membela dua ekor ikan tu tak terjaga, tapi kat rumah ada lagi ikan puyu tu ikan paling senang jaga. aku di-tugaskan mencuci ni bekas akuarium tu pun payah nak kemas, aku pun tak ada masa nak tengokkan ikan tu terbiar, akhirnya di bagi-kan saja lah kat kedai haiwan tu. babai ikan, minta maaf diatas kelalaian kami, dan semoga dapat kawan-kawan baru kat akuarium lagi hot dan besar kat sana.

Photo0944 Photo0942 

gambar ini diamik masa tangkap ikan masuk dalam baldi, ni nak bagi kedai, ada dua ekor dalam satu baldi, kalau xperasan, takpelah

Ps- Mak ajak pegi Bangsar teman jumpa Ustaz petang karang, pastu kita kelip mata kat ustaz wink3 (tipu), jangan lupa bulan puasa

Tuesday, August 2, 2011

Sila jangan kecik hati,

Dalam diam-diam kita berkawan bersama, kekadang kita tak lepas buat silap ye tak. Apa yang penting bukan kerjasama je tapi menghormati sama lain, belajar lah setinggi mana ilmu yang kau nak tapi jangan lah sombong. (Perenggan pertama ayat macam xkena kan), hah orang ber-puasa taip entry.

Citenya begini, pada suatu hari, aku keluar pergi KL carik baju raya tapi tak dapat lagi baju raya, time tu first day before puasa camtula nak jalan awal karang puasa dah letih nak jalan carik barang, sekali terjumpa kawan lama. Hajat nak mencarik baju raya kurung moden ter-bantut dan terus tersenyum bersama sekejap kat depan kedai Destiny, area Semua House. Kami agak lama tak berjumpa, bila mata bertentang mata dan bercakap sesama lain, xtahu mana satu nak mula bercakap. Yang aku tahu kawan sebaya aku ini perempuan dan berjaya kerjanya ala Engineer kat bangunan Exxon Mobil. Orangnya bijak cantik dan serba-serbi kalau nak dibandingkan dengan aku ini apalah sangat. Masa mula aku jumpa famili dia time tu dorang berlima termasuk dia, bapak dia tegur kan aku semakin tinggi, kan aku dah besar. sebab tu la tinggi. Heh, dah lama tak jumpa, raya pon diorang tak sudi datang rumah kita sebab mungkin tak rapat. Sebenarnya kawan aku tu dia baru saja lepas bertunang yang aku tak dapat tengok dia bertunang (tak apa, belum kawen lagi kan just majlis bertunang),

Aku cakapkan tahniah  dan selamat bertunang, pastu mak aku kata bila nak kawen pulak, dia jawab tak tahu tengok mak dulu (aik, bukan ke awak yang nak kawen, ke mak yang menentukan segalanya, eceh malu la dia nak cite kot). Sebenarnya happyla dia, lagipun dia orang yang cantik, mak dia adalah saudara Dato Siti Nurhaliza, eh orang cantik selalu nampak kaya ke tetiba.

Sebab apa aku ada sikit kecik hati sebab kita dah lama tak jumpa, bila dah terjumpa secara mengejut kat depan kedai, sampai hati tak kata apa-apa sekejap lepas aku ngan mak baru saja belek baju kat kedai situ (dayah, kau ingat kau siapa nak halo okbai). Aku cepat terasa pulak bab saying goodbye. Mak dia berkawan dengan mak aku dulu memang dah lama masa aku darjah 5 lagi, tapi kesian. Hubungan kami berkawan tak rapat, ala macam memilih untuk berkawan someone. Ada benda kita nak tahu jugak dengan cerita dia sekarang, tapi sapalah kita. Bersabar sendiri sebab tetiba nak taching ni kenapa ok bai

image Ps- Masa dapat mesej selamat berpuasa dah cukup happy kan hati saya sikit. Sori beremosi sangat kan

Pages