Wednesday, November 16, 2011

secret admire sangat..

Tipula kalau kau tak penah ada secret admire..aku pernah takut kot. tapi kalau aku sendiri yang jadi peminat rahsia takpela. Secret admire tu maksud nya macam orang yang senyap-senyap sukakan kau. Aku bukan nak kata bagus sangat jadi secret admire, tapi sakit hati adala. Haha. Firstly aku rasa orang yang jadi secret admire tu hebat jugakla. and mungkin orang ni pelik, gila, last opocot ekau terkejut la orang yang kau minat tu betul ke minat kat kau balik. Aku pernah jugakla alami benda cani orang. Time tu aku budak sekolah. Budak sekolah form 4, muka aku selekeh gile, pakai braces, pastu pemalu gile. Aku syak orang gila je kot suka la kat aku kalau aku time sekolah. Sebab aku skema jugak dulu..haha.

Kalau dekat dalam tv aku suka tengok cerita MTV Plain Jane. Dia ada crush tapi dia malu nak bagitahu lelaki tu. so cerita tu membantu diri dia sendiri untuk berani meluahkan perasaan oleh si perempuan dekat si lelaki. Kalau ikutkan pendapat aku sendiri..tak kisah la siapa yang start dulu nak bagitau isi hati, jujur tu la penting dan aku sendiri tabik spring potato hormat orang yang berjaya jadi secret admire. Bukan senang nak buat benda camni. Mungkin la kot aku yang akan ikut benda ni, apa salahnya kot. so, aku ada baca aritu kat magazine..apa yang aku ingat nak share la kalau nak jadi secret admire:

First, siasat dulu. Tengokla dulu sama ada orang tu single sebab kalau tersilap langkah malu jugak. karang kacau tunang orang. terukla.. Ok relax, selamat berjaya.

Jangan ghairah sangat. Kalau pertama kali kita ada secret admire kita kena act cool, kalau ada adala kalau takde rezki apa nak buat. Haaa kuasa Allah..yang tentukan takdir. Kawal dulu perasaan.. kalau ada num handphone dia jangan la tergedik sangat tanya benda pelik-pelik..rindu sangat, pakai baju pe..semua nak tanya. rimas la weh. kan?

Bagi semangat. Mungkin untuk permulaan, message hi pastu bye, kot. haha, aku pon tak reti..nak citer. Bagila message selamat. Buat apa, semoga hari ini dipermudahkan segala urusan. Sebab takut berlebih pulak karang dia xsuka. kalau kita yang jadi peminat misteri ni kena slow and safe ada strategy konon macam business strategy ek eh bukan love strategy. Contoh plan la diri sendiri dulu, perbaiki kelemahan kita sendiri bercakap janganla gagap..pemakaian tu biarla kemas sedap memandang, sebab kan kalau terus direct kata i love you, mungkin di sini sahjala perkenalan kita okbai.

Ikutkan pengalaman aku, aku play safe. Kalau orang tu suka..aku tak la layan sangat sebab biasa-biasa je kawan sudahla, kalau dia kata suka nak kawin, datang rumah la jumpa mak aku dulu. wawah..demand pulak tapi tu lagi sesuai kan. Aku tawakal je la bab cari jodoh ni.

Kalau susah nak cari jodoh yang sesuai dengan keinginan kita, ustazah ari tu kat tv9 semanis kurma ada kata baca ayat 130-132, surah To ha, kalau nak doa cepatkan jodoh baca surah yusuf ayat 4

Ps- aku tengah carik kerja..tolong bagi semangat :)

Pss- Hati-hati kalau tengah bercinta

Tuesday, November 15, 2011

Busuk lah

 

Aku tak taula, kat bilik aku pon dah bau busuk. Kak yah (yang datang rumah ulang-alik kemas rumah) letak apa kat bilik aku sampai ada bau sejak kebelakangan ni. Tapi aku perasan.. dulu xada carpet kat bilik aku, tiba-tiba dia letak pulak. Aku suspect karpet kat bilik aku tu la bau. Buat sementara waktu aku pasang pewangi kononnya masuk kereta ada bau pewangi.

Bau busuk. Kentut pun busuk jugak. Hari tu kononnya nak makan makanan steam bot ala thai (steamboat) tapi cancel. So, kami makan mee rebus. Aku rasa makan mee rebus kentut busuk betul la. Tak tipulu orang la, asid borik banyak sebab makan mee kuning, kau orang yang baca entry ni jangan nak ngaku sangat kentut wangi.

Eh dah abisla cerita busuk satu entry. Jumpa lagi. Bosan gila entry aku. Aku ada benda nak cerita tapi buat pe nak cerita bagai nak rak sangat, sape jela ni. Apsal aku cerita nak feeling keciknya aku ni. Belog aku sendiri, sendiri fahamla. okbai

Ps- Hantar abah semalam, saying goodbye and take care bak. We will see you again

Pss- Tahniah to the winner AIM18. Yeay yuna menang 3 award in best performance, vocal and kembara. long live Yuna power…

Thursday, November 10, 2011

Interview on call

Tengahari tadi aku ajak mak pegi makan Tutti frutti, aku tak tahu pon tutti frutti tu jenis makanan yogurt, so aku pegi kat Axis Atrium kat Taman dagang, orang tu kata 100gram rm 5.30. Tiba-tiba ada call, aku hello tapi aku tengah angkat cup nak isi makanan tutti frutti so aku cancel kan nak angkat call. Aku tak tahu call sapa. angkat terus

 image hello abang manis…

joseph- hello, may i seapeak (speak) with Nurul Hidayah…., and I’m  Joseph from HSBC Global resource

me- hello, yes..i am speaking, sorry i can’t hear you so much…(serius..first time on call interview, so kalau ada call masa korang kat luar better carik excuse next time call)

Joseph- Ok, maybe i could call you again IMMEDIATELY..

me- sure, ok (so i hang up the phone and go to some magazine shop, kurang sikit bising)

Joseph- hello nurul, how are you (back in-interview, i received your application through jobstreet….and there are several question that i would like to question in this interview)

me- hello, ok joseph..thank you for calling back…i neve thought that i would get interview call

Joseph:-

1) How are you

2) What did you know about our company (aku tak tahu blur..tibai, jawab)

3) Why should we hire you

4) What can you do

5) Practice your english girl..don’t be nervous, (critic and comments..in good way)

Btw, thanks for calling me for this call interview.

 

Conclusion, aku tak jadi makan tutti frutti, and confirm tak dapat job camtu, takpe..jangan mengalah. First call interview worst, but maybe ada rezeki lain. Doakan kejayaan ku..semoga mudah dapat kerja, aku nak simpan duit beli smart phone, haha..takla, aku nak bayar balik jasa mak bak, tanggungan pinjaman ni lagi.. nice try jela.

Ps- berharap dapat siapkan report buku fyp besok

Sunday, November 6, 2011

Lali dengan kau

 

 

imagekau-kucing

Langit nampak memang cerah tapi hari tak sememangnya indah seperti biasa, hujan rupanya hari ni..tengok aja kucing kat rumah. tiap pagi mesti meng-meow. Makan tak akan lupa bagi.. tapi patut ke apa yang aku bagi baik kat kau, kau bagi BAIK’ punya kat aku. ni laaaa sebab dah sayang sangat, rasa macam tak boleh nak buat apa. pendek cite. Aku punya kucing dengan baik’ nya kencing setompok kat katil aku sebenarnya ari ni. Buat dek karang busuk lagi teruk.

pasrah. Kucing ku kencing di katil. Katil aku dahla basah, bau kencing hancing pesing, kurang asam. kat situ jugak terkena pulak baju harian yang aku lupa nak masuk dalam almari. Takpe…geram tapi nak buat cemanoooo.

Hari ini hari indah, bangun pagi seawal 6 nak tolong memasak. Selamat hari raya aidil adha buat semua umat islam. Aku dah selesai jawab exam Jumaat lepas. Alhamdulillah semua okay dan harapan aku lulus ye, Paper Int. Business yang susah tu yang aku rasa macam lulus cukup makan pon takpelah, tolonglah doakan kejayaan sentiasa ye. Aku macam tak de idea nak letak entry. macam kekok nak cerita. lain kali la carik tajuk ye..

Plan lepas study semua tengah carik kerja, kalau ada job kosong bolehla bagitau. Please and thank you. Manala tau bole try IF ada CHANCE.

image

Ps- sori..takde apa best sangat yang nak kongsi, ucapan selamat hari raya aidil adha, semoga bahgia dunia akhirat

Wednesday, October 26, 2011

YUNA MTV Iggy

nadia ni superfan yuna , here (tumblr dia), nadia was lucky..mungkin dia salah satu peminat teramat lagilagilagila kan yuna. oke aku dengki, kalaulah aku haha.. aku tak ada masa nak stalk yuna buat masa sekarang, finale exam is coming and report nak kena catch up important things to do as student. nadia.. dapat masuk international website lepas kena interview segalala femes lahhh, pastu ada nama yunnie (comel la gelaran yunnie er, aku xsuka nama tu actually…tapi yes jeles, dah memang tula nama peminat fan dorang bubuh, read here because of what yunnie)

- from yuna interview here

dear yuna yang aku leplep dan yang busy and nice person, i wish i know you more, but crap tu semua berangannnn

image

“And my boyfriend [Laughs]. I have a really good relationship with my boyfriend. He is like my best friend. We talk like 300 times a day. He’s like one of the stable things in my life, and I know I can count on him if I’m down or tired with work.” ( > 300 times..apa je yang dorang share ni i tak tahu..haha..ok done entry )

Ps- Abah aku reply mail tadi aku cek, dia tanya..”nak sambung study in master ke lps ni”, kalau bagus study dengan financial support mestilah NAK! haha..just kidding, the actual answer aku nak test market carik job, and experience

Pss- I love you yuna and yuna fans, aku tak tawu mtv iggy ni sampai bila results dia

Thursday, October 20, 2011

Berkawan yang macam-macam jenis

“True friends are hard to find”

Aku tak pernah rasa ada kawan baik sepanjang hidup, bukannya aku tak mau mencari, tapi susah. kawan untuk gelak bersama bersepah..memang senang je nak dapat, tapi kalau yang bila masa kita susah, boleh dikira sapa je kawan kita. sesiapa yang ada kawan bff (best friend foreva..ler) mungkin bertuah atau mungkin i don’t know, sebabnya mereka tempat kamu meluahkan perasaan, dan ber-kongsi pengalaman masa kita susah senang. pendek noktah.

Ada banyak jenis kawan kita memang boleh pilih..kalau nak tahu, paling yang aku menyampah kawan yang pilih bulu, bajet bagus nak buli orang, tapi kan tapi mungkin tak salah..kita ada hak nak pilih kawan kan, tapi jangan sakitkan hati saya boleh tak.

Waktu sekolah menengah form2 sekolah biasa #dulu aku pakai braces, aku group baik kawan dengan good konon nya (memang xpernah main segala cinta, nak cari abang ke kakak angkat..whatever) memori zaman sekola macam tula until form 5 kami buat hal masing-masing, memang ada kawan lama xcontact sebab ada kerja lain nak buat, malas la nak cite,

Kawan jenis bajet bagus, aku tak suka kawan orang yang berlagak baguih, puih. aku juga pernah dibuli masa form1 sekolah asrama agama semua perempuan, badan kawan aku lagi besar daripada aku, tapi muka aku memang matured ada pimple, remaja la katakan..aku melenting, kau jangan kacau aku..nak tidur, macam bangang, dia kata macam nak manja (aku kurang nak ingat punca gaduh tapi lebih kurang camtu, cerita dulu ah), teringin sekali nak kata dulu “aku lempang kau karang”, nasib baik aku tak tumbuk dia, aku mengalah bagi bantal, dan masuk toilet beberapa minit, sebenarnya menangis..aku berhenti sekolah agama, homesick.

Kawan x berapa nak best friend, dia contact kita bila perlu. Kau jangan la layan orang macam ni dayah oi, tapi aku akan consider dulu benda yang patut ke tak patut apa objektif sebenar dia contact aku. sedih kan, dulu aku dipinggir kan sekarang baru kau nak ingat, masa open house semua member kelas kau ajak, tapi aku kau tak ajak, er musuh ke..whatever.

picture klas  SMK Bukit Indah, kelas 5PA 1, Perakaunan, carik sendiri muka aku yang comot

Kawan jenis banyak mulut tak boleh pakai, mula-mula kau cakap kat orang macamni, tapi kau cakap kat aku lain pulak. eh mana satu yang betul, aku pelik, kita tak boleh bagi muka cakap orang cani, kau hati-hati jela..jangan nak cari musuh, petua dia, jangan cuba berbaik dengan orang camtu

Kawan makan kawan, kau ajak aku buat reunion sekolah, aku follow pastu buat la jejak kasih kat fesbuk masa kita sekolah rendah konon nak jumpa, sampai je plan nak buat reunion kat satu tempat tu, aku kau buat macam patung je..kau tak kenal aku ke apa, lastly aku pulak yang jadi tukang bayar yang kau suruh aku buat reunion segala ni, kawan tak guna nama nya sebenar ni.

Kawan seberapa banyak kau nak,mungkin tak apa, tak kisahla kalau tak ada best friend temporarily, but at least you know you are good to others, be sincere to everyone and smile, i still pray that I had a best friend, and please don’t break my heart if you are the one that i trust

Ps- Buku pun boleh jugak jadi kawan kita, kau ada buat tak

Pss- Nak berkawan dengan yuna, memang berangan dan harapan je la #tetiba

Wednesday, October 19, 2011

Tersenyum

 

Tempat: Taman Botani Presint 1, Putrajaya

Tahniah, dan selamat pengantin baru Nasri – Kapten Areen. Semoga bahgia hingga ke syurga. Keluarga pengantin dengan pengantin laki ini best friend forever abang Along (kawan baik sejak kecik), kami dijemput, dan hargai hari bahgia mereka yang dikongsi bersama. hiks, dah kahwin kau sekarang nasri, tersenyum habis ke telinga bila naik pelamin, semoga cepat dapat baby dan bahgia sampai akhir hayat, sila jaga bini..kalau dia kapten, kau kapiten, ai ai. Meriah la kahwin grand, macam-macam ada, ok senyum, cuba fikir berapa bajet  wedding cani. haha. Part paling best untuk aku tengok masa adat silat pencak antara budak perempuan dengan lelaki, fuh. teringin nak belajar self defence, aish dah. Ok enjoy the pics

Peringatan: Entry ini penuh dengan suasana orang kahwin hari Ahad, 16th Okt 2011 (jangan muntah)

WARNING: picture-overload. Read at your own risk :)

DSC_0171DSC_0174  DSC_0020 DSC_0021 DSC_0022

 DSC_0034 DSC_0055 DSC_0057 DSC_0063 DSC_0064 DSC_0068 DSC_0069 DSC_0081DSC_0070

DSC_0089 DSC_0100

DSC_0169 DSC_0163 DSC_0166

Semalam, kawan aku tertanya, dayah dah ada boyfriend eh, aku senyum sekejap..er, pastu dikatanya, “biasanya orang yang takde someone special kawin dulu”. aku blur, sebenarnya masih mencari calon suami mithali. okbai

Ps- dah.. jangan berangan lebih, ada test is coming and assignment nak buat

Friday, October 14, 2011

Berat bape

Suatu petang yang bosan, aku nampak penimbang berat yang terletak je situ. ada je penimbang tu depan bilik mama, aku angkat dedua belah kaki, menimbang berat badan yang sekarang, dulu lain sekarang lain pulak, “biar betul penimbang ni salah ke apa”, mama ada kat bilik situ sambil menyambung cakap, “betulla, cuba cek penanda 0 dulu sebelum timbang”. Berat 53 kg lagi ker, paling berat pernah aku capai berat sendiri, 57kg berat tu jadi time cuti sem, sebab memang kaki penganggur, makan tidur, tengok tv.

image

Ada beberapa sebab berat aku naik turun tak tentu pasal, aku banyak berfikir..apa kerja yang mampu aku kerja ye lepas abis study, stress kalau keluar rumah panas, syiok g main games angry bird, sims social (lawak ar nak flirt dengan makwe), date line homework lain dah ada tapi macam tak tahu mana nak mulakan, selagi tak sampai due date memang dah nak nak kena hanta assignment (kerja last minute gitu), selagi tu xmau usik sangat (kononnya inspirasi hilang kang), padahal liat, malas. Adik-adik jangan ikut perangai buruk kakak dayah. ok bai

 

Ps- Asalkan sihat :) rasa nak tukar header

Thursday, October 13, 2011

kahwin

Perkahwinan bukan satu kerja senang, hari ni aku nampak kau sorang, kini kau sudah berdua dan akan berkeluarga bila bertambah orang (buat anak ar). Hari tu aku nampak kau sedih semacam tapi kini kau semakin gembira. Life changes everyone, but no matter what you do is be sincere to everyone arounds you and you get what you wants, doa always to Allah. insyaAllah happines is  always be right you. Amin.

Alhamdulillah, kawan-kawan saya ramai yang kahwin tahun ni ye, tahun ni ye, eh umur aku baru 18 je kan (ah tipo). Sabtu lepas, keiinginan untuk ke majlis kawan aku kahwin kat Dewan kg paya, area kg Baru ter-capai. Aku drive dengan tak sesat, ada member sebelah jadi assistant driver. Semoga setiap hari-hari yang baru kita lalui dengan gembira dan penuh bermakna le. Farah dah kahwin hari tu aku jumpa, awek ni dok kata sendiri depan aku, “tak sangka aku dah kawin (yey, sambil melompat girang)”, aku selamba kata..”selamat honeymooooooooooooooooooon”. untungla ada orang sayang.

Pendek jawab Farah, aku period, hah..”sabar, kawal sikit ye, haha, kasih sayang bole bermula dengan sentuhan..dan seterusnya”. okbai

SAM_1299 Farah kawin (kawan aku masa diploma dulu sekarang dia kerja TM sambil belajar UTM Space)

Ps- Nak carik hadiah best friend childhood family kawin Ahad ni, beli je la baju tidur bakal anak-anak ki3

Saturday, October 8, 2011

saya nak cerita sesikit,

Assalamualaikum, benda yang aku plan akhirnya semuanya berjalan lancar, presentation final year khami hari tu sudah cuba ntuk smack down, event subject dah settel, just satu homework and another presentation Int. Business yang ada lagi sikit nak kena setel report and baru bole nak habis silibus study. Pastu exams lastly kot, konfem pulun notes and paper naaa

Cerita presentation final year ari tu memang aku gagap jawab English sikit, sememangnya kurang markah aku disitu shittt, and lecturer aku dia tak fokus sangat nak tau jalan cerita bagaimana aku design website tu, tapi aku dapat pujian yanggg, i know what am I doing, thank youuuuu Allah, sujud syukur and thankful for some important things have done. Gambar kat bawah sini animate ala guna photoscape je, Kedai FYP memories, report still banyak kena improve sebb ari tu presentation 10% sahja. keepidap dayah,  

animeNext cerita, Event AVON hari tu was memoriable, some things yang kita tak tahu nak buat tapi kita mesti cuba usahakan, betulx? Target around 100 peserta, macam-macam cara dah cuba tarik peserta..sapa lagi nak support kalau bukan kawan-kawan dengan diri sendiri, takpe kami bajet buatla muka comel berani cari peserta yer, pastu buat apa yang patut, macam apa sahja demi subject Event yang wajib ini settel. walaupun ada salah silap, takpekan..kita belajar :)

SAM_1252

big bos event, thank youu aishah yang saya leplep, muka dia ada sikit macam yuna kan, kan, berapa kali nak kan ni..tolong delete sendiri, ah

SAM_1278

Crew Avon untuk subject Event Management. yang duduk tu lecturer pakai kot, sebelah tu student,

And for the last cerita ni ha..bila dah belajar grooming segala Avon ni, ada chance tak aku nak ngorat orang, ades, kadang-kadang xsume benda kita buat bole senang-senang je datang bergolek, aku nak ngorat lecturer karang gosip pulak, kalau ngorat budak kelas karang tak manis pulak xmalu ke keje pon belum berkepit je, haaa carik jodoh lepas dapat kerja la ok? Usaha dan tawakal pasal jodoh untuk diri sendiri, jangan kuat berangan nak kawen anak raja la dayah oi, okbai

Ps- Tengah nak sambung baca buku versi indon malaysia Cat stevens to Yusuf Islam dan sebab kawan kawin arini, xde sapa nak teman, sigh

Sunday, October 2, 2011

Vote Yuna MTV Iggy

http://www.mtviggy.com/best-new-band/

Link atas untuk vote yuna for MTV Iggy, category Best New Band in the World, pesaing dekat 10 group, means bertanding mempertaruhkan atas nama negara jugakla kan.

Cara nak vote, lepas klik link atas. Korang carik gambar Yuna, Malaysia, letak full star, 5 star. Sokongan ramai diperlukan untuk beat negara lain yang bersaing kan, persaingan tu sihat, Dear Yuna, all the best dear for your career and success selalu, jangan lupa kan daku di sini’ dalam ingatanmu, muah

x2_83fbe4a x2_83fc505

Memori DFP Yuna, 13th sept 2011 tak dapat pegi,

Ps- Gambar entry hiasan, okbai

Tuesday, September 27, 2011

Video pendek buatan sendiri

Assalamualaikum,

Cepat je masa berlalu, entry ini aku selit je la video raya 2011 pendek ye, hari Ahad lepas kami plan pegi open house kawan kolej, sempat beraya sa’kan sampai sesat.. men- catat kan sejarah, baru bawak kereta guna jalan highway sambil selamba nyew pinjam kereta saga orang, kereta mak aku pergi park kat taman cahaya, lesson learn, use your own car and you the boss.

Aku drive kereta pergi kolej, to Nilai and Bandar Putera Mahkota kat Cheras, thanks sebab tengok, video ni aku tak tunjuk facebook ler, okbai, malu

Ps- kenangan video raya, FYP jangan lupa..selit lagu yuna-super something

Monday, September 26, 2011

Bini2 ku gangster movie..uhukuhukuhuk

 

 image

Hari Jumaat lepas aku tak plan pun nak tengok movie ni, tapi sebab ada kawan dari Perak mai KL, memang kami spend sekejap time ber-dating, eh bukanla dating, ber-jumpa. Kawan perempuan sorang maaa. Bila pulak aku nak mula ber-dating ni, ehek3(gatal tak perangai). ades, okay, kita cerita sikitla pasal filem movie ni sambungan Kongsi, sambungan citer yang ganas mafia yang dok bertumbuk-tumbuk action tapi macam xaction sangat, haha (filem Kongsi)

Kalau filem Bini-biniku gangster pulak cerita dia fokus dekat bini pertama dia lakonan yana samsudin, nampak macam isteri mithali tapi sebenarnya kak yong..gangster pakai jaket merah dengan kain hitam (memang tu je ke costume dia kalau dia tengah jadi gangster..huhu), yana ni isteri yang taat ngan suami, caring, comel pulak bila dia sendiri yang lamarkan bagi pihak suami dia kawin lagi satu dengan pelakon intan ladyana.

Bab bergaduh tu korang tengok la lepas dorang kawin, rupanya lepas kawin bukan nya bole bagi anak tapi gaduh belakang, bila nampak suami pura-pura baik, bila belakang, berterabur barang sebab gaduh. Sepatutnya bila kawin motifnya bole bagi anak, tapi dua-dua bini gangster, pelakon sam dalam watak cite ni sweet gile ke bongok pulak buat dek je bila dah tau bini-bini bergaduh. 

Ending dia sebenarnya si suami sengaja menghilangkan diri dan suami tu dari puak kaki gangster, part last je baru terbongkar rahsia si sam ni kawin nak bagi puak gangster lain bersatu pastu, dia bole plak kawin lagi secara senyap, so ada 3bini, lelaki gatal der anak mana, kawin je lebih,

 

Ps- aku tak suka moral cerita ending tu lelaki gatal kawin kemain suka,

Ps2- Alamak ter-cerita habis filem, takpelah,

Ps3- Kawan aku ngantuk tengok movie, layan

Thursday, September 22, 2011

Hujan turun

Assalamualaikum, agaknya dah satu dua kali je aku nak taip entry ni melainkan wordless wednesday tu haa. sikit cenonit je cerita kat entry, rasanya semua orang perasan kenapa asik hujan je ye. Semalam aku tanyakan mama, kenapa asyik hujan?

image

Mama jawab memang nak hujan, hujanla, eh macam ayat kunfayakun je (maksudnya kalau jadi jadilaaa)..hoho, aku dapat list la kesan hujan tak henti:

- Kerja susah sikit nak jalan, tapi kita kena usaha kan ye dak, (cth, nak keluar rumah, hujan je..sepatutnya bole naik kereta kan)

-Bole demam.. badan aku tak cukup darah (kat kolej semalam ada hari derma darah, aku dah siap tulis borang nak derma darah da, las-las nurse cek aku tak cukup darah ler)

-Kucing aku buat perangai kencing merata-rata kat rumah

Tapi, sebab hujan turun ini mesti ada sebab, sebab hujan turun ikut cuaca, kita biasa dengar kan, masa berdoa yang sesuai masa hujan, so doa la banyak-banyak, biar segala urusan dipermudahkan. Sekarang aku rasa energy kat badan macam low je kekadang rasa macam xsihat je, tidor lewat bangun terawal, ingatkan bila takde kelas relax, tapi ada benda nak buat. siap letak reminder ni jangan lewat datang kelas, hantar first draft and so on.

FYP (Final year project) okay tapi banyak chapter nak kena revise nak edit lagi sebab aku tak pandai, badan kurang okay, adala sebab semalam penat, balik je kolej terus hujan tak henti-henti, renyai hujan aku terus amik moto bawak balik, kena redah dengan hujan. Balik rumah je mak ajak pegi Carrefour area Ampang, betul ke aku eje carrefour tu, haaaa satu tempat tu baru kot sebab tak penah pergi mak aku masuk je kedai tengok barang, masuk je mall time pukul 4:15 balik sampai 5:40 hujan lagi tu, bawak balik barang-barang raya macam tempat letak cuci pinggan baru, alas kusyen tengah carik tapi tak jumpa, aku ni dapat upah jagung panas teman mak.

Ok bai

Ps- Aku puasa syawal, tengah fikir kalau xcukup darah, nak cukupkan darah cane..takkan nak makan daging jek, ok serius, bye

Wednesday, September 21, 2011

#WW

SAM_0990

Wordless Wednesday, cuba teka saya mana :D

memang saya sangat pemalu when i was little.

year 1999, Egypt,

okbai

Wednesday, September 14, 2011

#WW

 

image Chek Wawa (cousin yuna sebagai assistant) and Yuna picture masa kat DFP(Dewan Filharmonik Petronas) 12-13 September 2011. Currently Yuna dapat jadi duta Olay, 7 in 1 anti aging, eh tetibe promote

#WW itu wordless Wednesday, gambaran punya entry. okbai

Ps- Sudah la kurangkan stalk yuna kat twitter, sebab ada homwork ;)

Thursday, September 8, 2011

Pencarian the other one

WAH. Bukan main lagi entry nak bubuh bm bi sekali. Aku ada keje, tapi mehla taip entry sikit. Dalam banyak kerja (banyak lagi keje erk) nak kena buat masa kat kolej tadi ada jugak soalan akan aku tanya balik kat diri sendiri kat rumah. Macam mana nak cari pasangan dengan life yang normal ek.

Pagi hari tadi kawan aku kata, kalau belum kawin, kena mula mencari. Mencari seorang yang istimewa untuk teman hidup bersama la. laki ngan pempuan family happy ever after, eh balun jela ayat ni asalkan aku faham. kawan aku cite tengok madame umur dah 30 tahun anaknya baru 4 tahun, pastu madame nak sambung study phd dekat 3 tahun, disitu boleh dilihat makin banyak tanggungjawab, banyak jugak komitmen. Mana nak kerja kena bahgikan masa, tambah study, sambil jaga anak dengan orang rumah. Tapi mesti pandai handle la kerja yang nak dibuat tu, pengorbanan tu penting. Orang yang tahu apa yang dia nak mesti dia tahu apa yang dia nak kan. Kawan aku sibuk la gosip sikit, kalau dah nak amik PHD nanti anak baru satu, bila dia dah 40 tahun anak dia baru umur berapa pulak. Disitu ada makna tersirat, jangan kawin lambat rupanya ek..

Kawan aku perli aku sendiri sebenarnya ye hari ni, single kena mula mencari pasangan sesuai. pasangan sesuai, ades, aku manade pengalaman bab date ke hapa semua ni. Mulanya aku ada prinsip tanak cari benda couple love semua ni, tapi bila aku fikir 2-3 kali, mungkin MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN (berapa banyak mungkin ni haaa) kena ada usaha semuanya kalau nak carik teman sejati eh teman hidup bersama la. Mulakan dengan bismillah pengenalan, awak..jom kita kenal nak (biasanya aku dapat dialog tu, pastu aku sendiri ni selalu mengelak nak jawab ayat tu kalau orang yang aku tak kenal sebab weh, perlu ke)..

Prinsip aku sekarang dah berbelah bahgi, aku kena start belajar blind date segala sume la ni agaknya agaknya AGAKNYA LA ek, tapi hati-hati kot. ades, banyak nya nak mengeluh. Aku ingat nak tanya mama boleh tak kita (kita tu aku la) aku nak carik lelaki beriman untuk dipinang, maybe yang memana lelaki beriman macam ustaz ALA-ALA imam muda ke yang boleh menjamin masa depan. Eh tu bukan perigi carik timba ke, bangangla aku nak cite ni bab relationship. Yang pasti, mungkin aku kena bukakan hati sendiri dahulu. semoga bertemu jodoh sesuai. Amin.

Contoh nak ngorat orang kat facebook boleh try cani gak kat pic ni kan :D ohoi takutnya nak cari pasangan kalau xada pengalamanimage

Credit kembartolo picture,

Ps- agak agak, AGAK AGAKNYA LA bila UMUR yang sesuai untuk seorang perempuan berkahwin ye? Okbai sori panjang pulak entry

Friday, September 2, 2011

Raya 2011

Assalamualaikum, raya datang lagi, sememangnya kenangan ini yang kena kita sambut bersama yela setahun sekali, dah puasa dekat sebulan pastu raya jom..walaupun aku puasa tahun kali ni takla penuh, kena ganti dekat seminggu nantila kita puasa syawal ek, kalau bab raya, aku jenis tak rajin beraya rumah orang, kalau dijemput beraya open house member yang kenal-kenal bolehla join, kalau xkenal sangat malu ah, antara pengalaman raya 2011-:

1. dapat duit raya Rembau RM10 dari saudara jauh, aku sepatutnya xdapat tetiba dapat, syukur alhamdulillah

2. dapat buat kuih raya satu jenis tapi dah habis masa raya ke-4, heppp kena buat lagi kuih raya balik, aish

3. saudara yang agak rapat kat Pontian, Johor dah bertunang masa raya ke-tiga, umur dia 20, maybe next year dia kahwin kot, wu wu.

4. keputusan muktamad xpergi ke DFP Yuna 13th september, walaupun nak pergi tapi xdapat, mak suruh jangan obses sangat, takpe, samat ari raya yuna

image5. dapat kad raya daripada kawan-kawan hebat sporting and cool sebab tak mintak pon dorang bagi, aku siap tampal kad raya kawan kat depan tv plasma rumah, xpenah penah dorang bagi kad raya tetiba bagi, mode raya tengok kad raya tetiba #happy

6. abang saya birthday ke-25 on 1st sept, samat ari muda Along (picture selebet raya muka aku ada lah tu kat entry dia) selamat hari raya semua umat islam

Ps- So, apa lagi ek pengalaman raya 2011? Enjoy dan selamat merapatkan hubungan silaturrahim bersama :)

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari raya, salam #eidmubarak 2011

Assalamualaikum, dan apa khabar..

Bulan Ramadhan dah selesai melabuhkan tirai, Bulan Syawal datang dengan meriah, semoga hari raya tahun ni disambut lebih bermakna daripada tahun yang sebelumnya ye, selamat menyambut hari raya aidilfitri, minta ampun maaf kalau ada salah dan silap saya dan keluarga,

selamat menyambut hari merdeka ke-54 sekali, selamat bercuti, jangan main mercun sgt ok,

kalau bab gambar raya bersama keluarga lelain nantilah tunjuk ye, tetiba teringin sekali saya nak pergi tengok DFP performance yuna kat Dewan Filharmonik Petronas, 13th Sept 2011. ah info SINI

Ps- quick update je kat entry, aku ubah mode kat blog sendiri test favicon dgn tukar header xcomel. okbai :)

Thursday, August 11, 2011

Sekitar stesen Ampang

Adala satu hari tu aku jadi mata-mata kat stesen Ampang. Disebabkan hujan, aku malas nak keluarkan kunci motor yang aku parking kan kat stesen ampang situ. Aku tunggu hujan reda sikit, baru aku gerak balik rumah karang. sambil tengok macam-macam perangai orang ada. 

image

Contoh peta, pergi kolej dari Ampang – Pandan jaya

First scene kau buat aku terkejut ada teksi yang ter-accident sikit, sebab hujan, makin ramai orang kluar dari train cari teksi nak cepat balik rumah, nanti boleh siap makanan nak berbuka, nak balik cepat boleh rehat. so teksi banyak beratur berderet weh. Aku tak faham la kalau ada teksi yang drive kereta tak beradab sangat. Ada yang nak paksa orang naik teksi dia. Ada yang macam stress sambil merokok dalam teksi dia. Tapi, ada satu teksi orangnya melayu bengang bila sorang driver india tu potong barisan. so dia langgar sikit belakang teksi kereta wira dia, desyum. aku menjerit wooooooooooooooooo. amik lagi ah nak amik barisan dia. Aku jerit macam bola masuk gol. Terkejut kot dekat depan mata aku bila teksi tu mengamuk kat teksi india tu, dia klua kereta cek teksi dia sikit je dia langgar. Teksi india tu nampak teksi melayu tu sengaja buat camtu sebab dia curik customer dengan line dia. xberani nak tuntut ganti rugi teksi dia tercedera, Lain kali jangan bergaduh ye, nak gaduh pergi padang-lah

image contoh gambar teksi dan pemandunya, contohler

2nd scene, aku tertengok pemakaian sorang perempuan ni, amboi akak, baju nya le comel terdedah kat depan, memang nak bagi pahala aku jugak berkurangan kot, aku bukan nya nak sangat tengok badan aurat dia, tapi dah dia lari kat depan mata aku sebab hujan dia lari lah nak masuk tempat yang safe dari basah. rasanya semua lelaki kat train tu tengok dada dada akak tu yang mengagumkan. bukan ke seeloknya lah pakai baju yang beradab la sikit,kan bulan puasa, akak tu melayu macam orang puasa ye, aku boleh cam.

3rd scene, aku gerak kan punggung seat menunggu teksi jugak, tanak duduk lama kat laluan kluar train, aku tengok seat motor aku basah, baju kurung aku pon basah duduk dekat seat. Aku tengok motor lain pon basah jugak.,kan bagus kalau kau letak kain lap awal-awal dalam moto, apalah susah sangat nak ingat. Hujan dah redha sikit dari lebat tadi baru aku balik. okbai

Ps- nak kereta, amin

Friday, August 5, 2011

setiap perpisahan tu ada hikmahnya kan macam tu lah okbai

Hari ini Jumaat. Pagi tadi aku sempat tengok tv3 segmen Kalamullah. Ada budak laki kecik namanya Imran boleh hafal Al quran dari ayat 1-40 Surah Yassin. Seronok bila tengok sampai habis dapat pahala sekali ye tak daripada memandang lagu Barat-an, sekali gus membuatkan aku teringin nak hafal betul-betul sekali. InsyaAllah. Disebabkan hari ni Jumaat, aku selit sekali kebaikan ntuk baca surah Yassin. Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan",

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

baru je list 3 kelebihan membaca surah Yassin, Sila baca lagi dengan lebih lanjut ye :)Read more: http://umar-alfarouk.blogspot.com/2007/12/kelebihan-surah-yasin.html#ixzz1U6gRFGh3

image

Sebenarnya aku letak tajuk entry memang tak kena sebenarnya apa yang nak ceritakan. Teringatkan dua ekor ikan yang kami bela kat rumah, sekor tu ikan Belida, sekor tu ikan Batu. Baru je bagi kat kedai haiwan kat Taman Kosas, Ampang. Tak dapat nak bela sampai hayat sebab malas. Perangai seorang manusia (diri sendiri ini le) yang tak dapat nak dielakkan. Lagipun masa dapat ikan tu daripada kawan mak. Ikan tu kuat makan ikan longkang kecik pastu kena beli ikan kecik rm3 sebungkus tetiap minggu, pastu nak membasuh akuarium semuanya kerja aku, dalam 2minggu sekali je aku rajin nak membasuh ngan bagi makanan. Daripada tak pandai nak men-jaga baik bagi je kat orang.

Mak aku yang mulanya nak membela dua ekor ikan tu tak terjaga, tapi kat rumah ada lagi ikan puyu tu ikan paling senang jaga. aku di-tugaskan mencuci ni bekas akuarium tu pun payah nak kemas, aku pun tak ada masa nak tengokkan ikan tu terbiar, akhirnya di bagi-kan saja lah kat kedai haiwan tu. babai ikan, minta maaf diatas kelalaian kami, dan semoga dapat kawan-kawan baru kat akuarium lagi hot dan besar kat sana.

Photo0944 Photo0942 

gambar ini diamik masa tangkap ikan masuk dalam baldi, ni nak bagi kedai, ada dua ekor dalam satu baldi, kalau xperasan, takpelah

Ps- Mak ajak pegi Bangsar teman jumpa Ustaz petang karang, pastu kita kelip mata kat ustaz wink3 (tipu), jangan lupa bulan puasa

Tuesday, August 2, 2011

Sila jangan kecik hati,

Dalam diam-diam kita berkawan bersama, kekadang kita tak lepas buat silap ye tak. Apa yang penting bukan kerjasama je tapi menghormati sama lain, belajar lah setinggi mana ilmu yang kau nak tapi jangan lah sombong. (Perenggan pertama ayat macam xkena kan), hah orang ber-puasa taip entry.

Citenya begini, pada suatu hari, aku keluar pergi KL carik baju raya tapi tak dapat lagi baju raya, time tu first day before puasa camtula nak jalan awal karang puasa dah letih nak jalan carik barang, sekali terjumpa kawan lama. Hajat nak mencarik baju raya kurung moden ter-bantut dan terus tersenyum bersama sekejap kat depan kedai Destiny, area Semua House. Kami agak lama tak berjumpa, bila mata bertentang mata dan bercakap sesama lain, xtahu mana satu nak mula bercakap. Yang aku tahu kawan sebaya aku ini perempuan dan berjaya kerjanya ala Engineer kat bangunan Exxon Mobil. Orangnya bijak cantik dan serba-serbi kalau nak dibandingkan dengan aku ini apalah sangat. Masa mula aku jumpa famili dia time tu dorang berlima termasuk dia, bapak dia tegur kan aku semakin tinggi, kan aku dah besar. sebab tu la tinggi. Heh, dah lama tak jumpa, raya pon diorang tak sudi datang rumah kita sebab mungkin tak rapat. Sebenarnya kawan aku tu dia baru saja lepas bertunang yang aku tak dapat tengok dia bertunang (tak apa, belum kawen lagi kan just majlis bertunang),

Aku cakapkan tahniah  dan selamat bertunang, pastu mak aku kata bila nak kawen pulak, dia jawab tak tahu tengok mak dulu (aik, bukan ke awak yang nak kawen, ke mak yang menentukan segalanya, eceh malu la dia nak cite kot). Sebenarnya happyla dia, lagipun dia orang yang cantik, mak dia adalah saudara Dato Siti Nurhaliza, eh orang cantik selalu nampak kaya ke tetiba.

Sebab apa aku ada sikit kecik hati sebab kita dah lama tak jumpa, bila dah terjumpa secara mengejut kat depan kedai, sampai hati tak kata apa-apa sekejap lepas aku ngan mak baru saja belek baju kat kedai situ (dayah, kau ingat kau siapa nak halo okbai). Aku cepat terasa pulak bab saying goodbye. Mak dia berkawan dengan mak aku dulu memang dah lama masa aku darjah 5 lagi, tapi kesian. Hubungan kami berkawan tak rapat, ala macam memilih untuk berkawan someone. Ada benda kita nak tahu jugak dengan cerita dia sekarang, tapi sapalah kita. Bersabar sendiri sebab tetiba nak taching ni kenapa ok bai

image Ps- Masa dapat mesej selamat berpuasa dah cukup happy kan hati saya sikit. Sori beremosi sangat kan

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan is coming

Assalamualaikum.

Masa kelas ngaji hari Jumaat tu ada jamuan untuk bulan Ramadhan yang akan datang dengan terima kasih buat cikgu sebab banyak mengajar ilmu mengaji, tengok lah pic sikit ok, rajin pulak aku ber-tudung lilit ala yuna haritu, padahal sume orang yang dikelilingi aku adalah orang yang lebih berusia daripada umur aku sendiri, Aku bersyukur jugak dapat join kelas mak cik sume, silalah tengok saya sebagai bakal menantu yang ter-pilih nanti, hak3, gurau saja. ha bawah ni pic saya bersama kawan-kawan mak

SAM_0958 SAM_0959

Seronoknya rasanya bila bulan Ramadhan akan kembali lagi dalam setahun sekali. Dapat kempis-kan perut, kurang-kan ber-cakap benda tak patut, kurangkan aktiviti aktif gitu, tapi study kat kolej aku macam biasa gitu. Sempena Ramadhan yang penuh mulia ni, saya sendiri ingin mohon maaf kalau ada yang terkasar bahasa, mengumpat dengan sengaja dan tak sengaja, halalkan je lah makan minum kalau ada jugak orang belanja ikhlas ke tak kita tak tahu, so kita mulakan benda baik.

Kumpulkan pahala sebanyak mungkin, senyum selalu pastu tambahkan amal ibadat dengan selalu menyebut Alhamdulillah, baca Al quran tadarus sama famili (dapat duit upah tadarus sekali :P)

Ps- Samat berpuasa pada sume umat islam ye, jangan curik puasa, nanti wajib ganti puasa :)

Friday, July 29, 2011

Milo ais bungkus basi, basi wek

Pagi tadi aku teman mama pegi pasar Pudu, pagi lagi hari jumaat ni dah hujan, dah la malas kalau hujan karang pegi pasar ada lecak la, aku kata kan mama pe kata kita pegi pasar pukul 7pagi, tapi jawab mama pendek, nanti jammed (maksudnya nanti banyak kereta, lambat). Biasanya kami berdua akan pergi pasar seminggu sekali yang mulanya pukul 6.30 pagi. Lepas selesai beli ikan dengan barang dapur dalam waktu hujan tu, aku temankan mama pergi amik duit pastu pegi restoran tepi Maybank Branch keluar rumah kat Maluri. Aku kata kan mama beli-lah Milo ais bungkus, pastu beli apam seketul. camtu dah RM2.50.

Milo ais sememangnya air favourite-ku sendiri. Tapi malang xberbau air kat situ xsedap, rupanya aku terminum air milo ais lama. Aku benci betul tengok bungkusan air milo tak sedap tu, dah bayar je makanan ngan minuman restoran sebelah Maybank Maluri , aku masuk balik kereta pastu minum guna straw air bungkus tu pastu aku kata mama, air ni macam lama. Mama ku rasa se-macam je air tu. Terus dia kata basi. Macam celaka taik punya kedai restoran tu bagi aku air lama, aku ter-minum air basi sikit tadi. Satu bungkus air milo dah la RM1.70.

Mak aku terus keluar daripada kereta bagi tau tuan kedai, air milo bungkus basi. Thanks to supermama. Wek air milo ais kedai basi, aku harap kau carik jalan tutup kedai..kalau dah ada pekerja kat situ suruhla diorang rajin sikit berkerja, bengang jugak pagi tadi sampai aku xlalu nak makan pagi tadi, xsanggup nak order minuman ke makan pagi kedai tadi lagi lepas dah sedut air milo basi. Kalau nak niaga makanan dengan minuman kat kedai tu boleh xjaga elok sikit.

Okbai
gambar tak ada kaitan tetiba, tapi dalam pic Dato Nik Aziz sarapan dengan milo kan. i hate you milo basi

Ps- taip entry kali ini, saya tak menggunakan windows live writer, petang karang nak pegi bank in duit kolej,

Pages