Thursday, October 20, 2011

Berkawan yang macam-macam jenis

“True friends are hard to find”

Aku tak pernah rasa ada kawan baik sepanjang hidup, bukannya aku tak mau mencari, tapi susah. kawan untuk gelak bersama bersepah..memang senang je nak dapat, tapi kalau yang bila masa kita susah, boleh dikira sapa je kawan kita. sesiapa yang ada kawan bff (best friend foreva..ler) mungkin bertuah atau mungkin i don’t know, sebabnya mereka tempat kamu meluahkan perasaan, dan ber-kongsi pengalaman masa kita susah senang. pendek noktah.

Ada banyak jenis kawan kita memang boleh pilih..kalau nak tahu, paling yang aku menyampah kawan yang pilih bulu, bajet bagus nak buli orang, tapi kan tapi mungkin tak salah..kita ada hak nak pilih kawan kan, tapi jangan sakitkan hati saya boleh tak.

Waktu sekolah menengah form2 sekolah biasa #dulu aku pakai braces, aku group baik kawan dengan good konon nya (memang xpernah main segala cinta, nak cari abang ke kakak angkat..whatever) memori zaman sekola macam tula until form 5 kami buat hal masing-masing, memang ada kawan lama xcontact sebab ada kerja lain nak buat, malas la nak cite,

Kawan jenis bajet bagus, aku tak suka kawan orang yang berlagak baguih, puih. aku juga pernah dibuli masa form1 sekolah asrama agama semua perempuan, badan kawan aku lagi besar daripada aku, tapi muka aku memang matured ada pimple, remaja la katakan..aku melenting, kau jangan kacau aku..nak tidur, macam bangang, dia kata macam nak manja (aku kurang nak ingat punca gaduh tapi lebih kurang camtu, cerita dulu ah), teringin sekali nak kata dulu “aku lempang kau karang”, nasib baik aku tak tumbuk dia, aku mengalah bagi bantal, dan masuk toilet beberapa minit, sebenarnya menangis..aku berhenti sekolah agama, homesick.

Kawan x berapa nak best friend, dia contact kita bila perlu. Kau jangan la layan orang macam ni dayah oi, tapi aku akan consider dulu benda yang patut ke tak patut apa objektif sebenar dia contact aku. sedih kan, dulu aku dipinggir kan sekarang baru kau nak ingat, masa open house semua member kelas kau ajak, tapi aku kau tak ajak, er musuh ke..whatever.

picture klas  SMK Bukit Indah, kelas 5PA 1, Perakaunan, carik sendiri muka aku yang comot

Kawan jenis banyak mulut tak boleh pakai, mula-mula kau cakap kat orang macamni, tapi kau cakap kat aku lain pulak. eh mana satu yang betul, aku pelik, kita tak boleh bagi muka cakap orang cani, kau hati-hati jela..jangan nak cari musuh, petua dia, jangan cuba berbaik dengan orang camtu

Kawan makan kawan, kau ajak aku buat reunion sekolah, aku follow pastu buat la jejak kasih kat fesbuk masa kita sekolah rendah konon nak jumpa, sampai je plan nak buat reunion kat satu tempat tu, aku kau buat macam patung je..kau tak kenal aku ke apa, lastly aku pulak yang jadi tukang bayar yang kau suruh aku buat reunion segala ni, kawan tak guna nama nya sebenar ni.

Kawan seberapa banyak kau nak,mungkin tak apa, tak kisahla kalau tak ada best friend temporarily, but at least you know you are good to others, be sincere to everyone and smile, i still pray that I had a best friend, and please don’t break my heart if you are the one that i trust

Ps- Buku pun boleh jugak jadi kawan kita, kau ada buat tak

Pss- Nak berkawan dengan yuna, memang berangan dan harapan je la #tetiba

13 comments:

reenapple said...

samala dengan aku.. aku pernah jumpa memacam kawan.. dari yang baik , yang tak selalu ada bila ada masalah kepada yang tikam aku dari belakang.. perit kot..
majoriti kawan aku... just contact aku bila masa diorang ada poblem..cari aku tuk citerkan diorang punya poblem.. but bila aku try buat benda yang sama.. dioranga memacam bagik alasan.. nie lagi frust bila berkawan...
papepom.. simpan la kawan banyak3... nanti ko takkan menyesal..

good entry..=)

Anisa Hang Tuah said...

umur dah semakin dewasa.
dah dapat membezakan.yang mana kawan dan yang mana bukan..

tp kadang-kadang

best buat sorang2

:)

Nadha said...

Best la entry kali ni. Kasi panjang sikit la dayah. Heee

hidayahjamal said...

reenapple- nk kumpul buku jd kawan ah xsakit hati, haha

nis- sokong :) aslkn xsakit kn hati org..

nad- haha..tu je yg mampu dulu hehhe

Pondok Usang said...

manusia ni mcm2 citarasanya kan.. =)

bukan retis said...

kwn yg baik mmg ssh nak cari...tp aku boleh jd volunter tuk jd kawan kamu.heee :)

hidayahjamal said...

pondok usang- pendek kata mcm2 ada :)

xretis- jom..nama comel pe :P

snf said...

yesh.definetly.manusia nie mcm mcm. otomatik kwn pun kita jumpe yg mcm mcm.cuma dlm besahabat kita kena byk sbr kan? sbb kita pun tegolong dlm manusia yg mcm2 tue..

hidayahjamal said...

snf- tp kita xnk di kategori kn kawan yg menyakit kan hati kwn..

hanaahmad said...

memang ada macam2 dayah. sebab tu aku dah serik nak ada bff. perit.

Hans said...

macam2 jenis kawan dan kita termasuk dalam kategori mana?
:-)

hidayahjamal said...

hana- berjaga2 ;)

hans- kita perlu ada dikategorikan BAIK :)

Ekmi Rabat said...

Alhamdulillah..saya da ramai kawan2 yg baik dari sekolah,matriks dan U. Bagi saya kawan2 yg buruk2 tu bkn kawan saya sebab kawan2 saya yg baik2 lg precious smpi tak perlu nk hiraukan jenis yg makan kawan, bawak mulut, dan pilih bulu tue

Pages