Saturday, July 31, 2010

Imam muda kemuncak

salam.
sebenarnya dah habis rancangan realiti bentuk islamik imam muda semalam. xsangka lahh dah habis. sebenarnya cerita berbentuk dakwah ini sangat membantu tuk orang ramai faham dari segi agama dan membuka mata kat orang ramai dan luar negara sana yang islam itu memang indah :) kan

Sekaligus up Malaysia dah dikenali sebab cerita realiti tv Imam Muda, bagusla gitu.
klik berita Imam muda. cerita CNN buat liputan kisah Imam muda yang secara kebetulan berminat tgk rancangan yang bermanfaat. tak silap silap tu rasanya ada kot mat salleh masuk islam bila ada yang minat pada indahnya agama islam. kan dah dapat pahala.

Nak tahu siapa pemenang juara imam muda. Semalam tengok kemuncak antara Imam Muda Hizbur dan Imam muda Asyraf. memang bergelut di waktu siaran langsung, bila ustaz hasan tu ada tesasul satu ayat futskal' kat imam muda asyraf. imam muda asyraf sebut balik futsal'. ahaaa ada gelak lawak jugak.


IMAM MUDA: SETIAP JUMAAT, 9.00 MALAM, BERMULA 28 MEI 2010

memori imam muda.
imam muda bagus.
Membantu calon seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa, maka, Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam.

final jumaat 30 july 2010. pemenangnya ialah imam muda asyraf



dah kawen rupanya, i am melepas :D

hebat berentap menjawab soalan dan hujahan diberikan imam muda waktu kemuncak tau. ramalan ku ingatkan hizbur berjaya. sume pemenang tiada pengalah. dua-dua berbakat dan kemampuan menjawab soalan, kuat hujah dan bijak menjawab soalan, menjalankan tugasan dan ujian dengan baik tapi yang terbaik Asyraf telah dipilih sebagai juara Imam Muda.

ini sedikit biodata imam muda final

Hizbur
tahniah ke final.
NAMA PENUH: HIZBUR RAHMAN BIN OMAR ZUHDI
ASAL:BALING, KEDAH
TARIKH LAHIR: 01 APRIL 1983
STATUS: BERKAHWIN
PEKERJAAN: GURU TAHFIZ
PENDIDIKAN: SARJANA MUDA SYARIAH (TAHUN AKHIR),UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR
dapat hadiah jugak. tahniah tempat di final naib johan

Asyraf pemenang imam muda.
tahniah.
NAMA PENUH: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN
ASAL: PULAU PINANG
TARIKH LAHIR: 12 FEBRUARI 1984
STATUS: BERKAHWIN
PEKERJAAN: IMAM
PENDIDIKAN: IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN & FIQH, UNIVERSITI MALAYA

* masih lagi pelajar ijazah UM

dan hadiah yang diterima juara imam muda yaitu
Biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda atau doktor falsafah di sebuah universiti di Madinah.
Hadiah biasiswa itu adalah tajaan Universiti Madinah (Mediu) sebagai sokongan kepada program Imam Muda

Imam Muda akan dilantik menjadi imam di mana mana masjid utama di wilayah Peresekutuan, sebuah kereta Exora.
Wang tunai bernilai RM20,000 dan laptop Apple Macpro serta pakej menunaikan Haji.
[Percutian bercuti kat Bandung]

HADIAH PESERTA IMAM MUDA yang LAIN jugak
dapat tajaan belajar kat universiti madinah. beruntungnya kan :)

oke bye. assalamualaikum

mama sempat jumpa imam muda taufek ngan imam muda adib kat klinik gigi sehari sebelum hari kemuncak. katanya sokonglahh imam muda. ye je :)

6 comments:

Aduka said...

x pnh tgk pn..
Huhu..

dayah said...

tgklah kat youtube, search imam muda kemuncak :)

Pusher Aries said...

nak masuk xlepaslah...hehe

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

jadi imam 450 lah nanti

[z@ck] said...

Ayraf ye yang menang..
hehehe..pekat btol dia ni punya accent utagha..i loike

dayah said...

Pusher Aries- mna tau xcuba dlu. kalao ada rezki smg berjaya :)

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o- ada ke num tu

[z@ck]- asyraf dah kawen..........hik2

Pages