Monday, January 31, 2011

revolusi rakyat Mesir, Egypt

Salam.

Berita luar negara yang berlaku kini memang mengejutkan. dekat rumah aku asik- asik nak hujan sampai nak buat aku demam. entry ini berita masalah dunia. kasihan dunia, kasihanilah umat islam. Ya Allah mudah-mudahan kau berikanlah kekuatan pada hamba mu yang berlindung di dunia ini, dan kau berikanlah semua umat islam keselamatan dan kekuatan iman setiap hari yang akan tiba.


Berita dunia luar negara sebelum dan hari ini yang mereka lalui:
Pada 25hb Januari2011- berlaku dan bermula kekecohan di Egypt utk meluahkan perasaan , "Hari Kebangkitan Kemarahan" (Day of rage). Utusan"Rakyat Mesir menyatakan satu suara, mereka mahu Presiden Mesir, Presiden Hosni mubarak berundur," kata ElBaradei, 68, yang menyifatkan pelantikan itu sebagai tidak berguna kepada televisyen Al-Jazeera semalam.



Berita pada 27Jan 2011 - Mesir menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) dan kemudahan orang ramai macam semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak boleh digunakan.



Mengikut kejadian revolusi ini berlaku sebabnya aku baca dari berita kerana tekanan kehidupan di mesir dgn kadar pengangguran dan pendapatan rakyat miskin yg sangat rendah.. berbeza dgn golongan2 kaya yg makin meningkat pendapatan mereka, banyak penipuan, rasuah, pemerintahan selama 30 tahun Presiden Hosni Mubarak sebagai tidak berguna dan tidak menurut apa yang dituntut oleh beribu-ribu rakyat negara ini yang mahu.

"Presiden perlu dipilih oleh rakyat. Sudah tiba masanya untuk sesuatu rejim berundur sekiranya ia tidak memahami kehendak rakyat. Rakyat mahukan pemerintahan baru, jika tidak Mesir akan tumbang,"


"Hosni Mubarak tidak mendengar permintaan rakyat. Apa yang dibuatnya hanya perubahan melibatkan beberapa individu sedangkan kita bercakap tentang perubahan rejim.


Semoga mereka selamat, berita begini menyedihkan, doaku harap perkara ini cepat reda dan selamatkanlah merka rakyat mesir, dan rakyat malaysia yang menetap disana harap selamat dan setahu aku kawan aku tgh jadik student pratical sana dan sorang anak jiran aku amik medic kat situ, mudah-mudahan mereka selamat.

aku ada terbaca dari blog Sarang Platipus,
people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! ..di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita juga terancam.


Ps- ada berita ariel peterporn, dah disahkan dan dijatuhkan hukuman sebab video lucahnya kena penjara 3thn 6bln dan denda bayaran 250 juta rupi bersamaan rm85, 000

ps2- aku mahu terus berdoa utk keselamatan semua org, take care

No comments:

Pages