Saturday, July 31, 2010

Imam muda kemuncak

salam.
sebenarnya dah habis rancangan realiti bentuk islamik imam muda semalam. xsangka lahh dah habis. sebenarnya cerita berbentuk dakwah ini sangat membantu tuk orang ramai faham dari segi agama dan membuka mata kat orang ramai dan luar negara sana yang islam itu memang indah :) kan

Sekaligus up Malaysia dah dikenali sebab cerita realiti tv Imam Muda, bagusla gitu.
klik berita Imam muda. cerita CNN buat liputan kisah Imam muda yang secara kebetulan berminat tgk rancangan yang bermanfaat. tak silap silap tu rasanya ada kot mat salleh masuk islam bila ada yang minat pada indahnya agama islam. kan dah dapat pahala.

Nak tahu siapa pemenang juara imam muda. Semalam tengok kemuncak antara Imam Muda Hizbur dan Imam muda Asyraf. memang bergelut di waktu siaran langsung, bila ustaz hasan tu ada tesasul satu ayat futskal' kat imam muda asyraf. imam muda asyraf sebut balik futsal'. ahaaa ada gelak lawak jugak.


IMAM MUDA: SETIAP JUMAAT, 9.00 MALAM, BERMULA 28 MEI 2010

memori imam muda.
imam muda bagus.
Membantu calon seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa, maka, Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam.

final jumaat 30 july 2010. pemenangnya ialah imam muda asyraf



dah kawen rupanya, i am melepas :D

hebat berentap menjawab soalan dan hujahan diberikan imam muda waktu kemuncak tau. ramalan ku ingatkan hizbur berjaya. sume pemenang tiada pengalah. dua-dua berbakat dan kemampuan menjawab soalan, kuat hujah dan bijak menjawab soalan, menjalankan tugasan dan ujian dengan baik tapi yang terbaik Asyraf telah dipilih sebagai juara Imam Muda.

ini sedikit biodata imam muda final

Hizbur
tahniah ke final.
NAMA PENUH: HIZBUR RAHMAN BIN OMAR ZUHDI
ASAL:BALING, KEDAH
TARIKH LAHIR: 01 APRIL 1983
STATUS: BERKAHWIN
PEKERJAAN: GURU TAHFIZ
PENDIDIKAN: SARJANA MUDA SYARIAH (TAHUN AKHIR),UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR
dapat hadiah jugak. tahniah tempat di final naib johan

Asyraf pemenang imam muda.
tahniah.
NAMA PENUH: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN
ASAL: PULAU PINANG
TARIKH LAHIR: 12 FEBRUARI 1984
STATUS: BERKAHWIN
PEKERJAAN: IMAM
PENDIDIKAN: IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN & FIQH, UNIVERSITI MALAYA

* masih lagi pelajar ijazah UM

dan hadiah yang diterima juara imam muda yaitu
Biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda atau doktor falsafah di sebuah universiti di Madinah.
Hadiah biasiswa itu adalah tajaan Universiti Madinah (Mediu) sebagai sokongan kepada program Imam Muda

Imam Muda akan dilantik menjadi imam di mana mana masjid utama di wilayah Peresekutuan, sebuah kereta Exora.
Wang tunai bernilai RM20,000 dan laptop Apple Macpro serta pakej menunaikan Haji.
[Percutian bercuti kat Bandung]

HADIAH PESERTA IMAM MUDA yang LAIN jugak
dapat tajaan belajar kat universiti madinah. beruntungnya kan :)

oke bye. assalamualaikum

mama sempat jumpa imam muda taufek ngan imam muda adib kat klinik gigi sehari sebelum hari kemuncak. katanya sokonglahh imam muda. ye je :)

Thursday, July 29, 2010

Exams sort test

Short test dah lepas, satu presentation economy dah lepas sume siap tadi dan semuanya tak puas hati. Biar aku review apa yang dah jadi tadi. Datang jawab test kelam kabut dilanda ribut. aku datang lambat pegi kelas. Lambat ke kelas kembali. Cool datang lambat, memang cuak ar. memang saya sangat lembap datang kolej sendirian. Bila sampai kolej dok kelas sume pandang aku masuk lambat kelas 1030 pagi. Habis test jam 11. Test sejam sepatutnya. Bila nak jawab test duduk area jauh-jauh dari kawan. Kiranya tak boleh niru lahh. Oke lagi. Nak jawab test aku blurr tahu tak satu ERD itu tak tahu menjawab. alamatnya la tak ada markah diterima ke dan tak bole jawab betul ke tak. Aku jawab teori Database short test tu pon tak bole buat. sedih :'(

Info: ERD means Entity Relationship Diagram.
ERD includes entities, attributes, relationship.
ini gambarannya.
nah.
tepek situ.

Entities are the "things" about which we seek information.
Attributes are the data we collect about the entities.
Relationships provide the structure needed to draw information from multiple entities.



err susah la jawab test tadi. Dahla lambat masuk kelas test. Tak cukup masa, itulah akibat datang lambat pegi kelas! Presentation aku time group yang last. macam mencarut membaca je depan orang ramai tadi. takpe at least dah lepas assignment presentation. Nanti ada test pulak lepas presentation. ohh teruknya perangai dan presentation aku tadi bosannnnn sungguh dan serius mengaku disini. Minta maaf pada sesiapa yang terpaksa tengok presentation tadi.


Lepas present aku ada main satu photobooth dari laptop kawan. Beliau menggunakan laptop Mac apple yang cantik dan yang sememangnya lawa. Hasil photo booth ini. Lepas kan geram setelah main exams. err

sweet memori photo booth
Lepas gelak photo booth. Pi kelas MOB, management Org. behaviour. Balik. makan.

Aku dah dapat cek results sem lepas, and down. Aku dapat result dari coursework. Harap boleh back up nex carry mark dengan test lain. Bye

Ps/ Nak beli album Yuna. Nak berubah rajin datang kelas awal lahhh

Banyak songehla kau

Aku bukannya pemalas nak datang kelas. tapi terleka. Habit paling teruk akan aku jadik bila nak pegi kelas on-time. Aku jenis lambat nak mandi, terleka, terlebih makan, terlebih masa bersiap ke kolej ngan macam-macamlahh. ah paling malas pergi kelas hari selasa sebabnya selasa ,kelas time 8 pagi pulak.
aku pelik jugak hari ini aku kena sound ngan lecturer tapi nada suara lecturer aku macam marah-marah tak jadi. haha, last last aku tadapat nak sign kedatangan aku datang kelas puan. hampa. macam nilahh cerita masa kat kelas


aku- matilah dah lambat masuk kelas lab system ni ha, nak menunggu tren sampai kolej lagila lambat nanti nak ngadap muka puan lagi. hmm. bedal je lah, silang jari harapp puan tak tegur

aku- lambat masuk kelas nanti buat selamba oke tadi dah perasan puan keluar kelas lab. aku masuk. dia keluar. pastu dia masuk balik kelas. pandang sana sini, target muka kat aku.

puan- eh, awak baru masuk kelas kan?

aku- a'ah

puan- awak masu
k pukul berapa

aku- 10.20

puan- tahu tak kelas stat pukul berapa


aku- pukul 10

puan- dah tu lambat masuk kelas, jangan lambat masuk kelas sebab kelas kan stat time 10

aku- selamba badak muka tak bersalah kata, saya dah masuk kelas lab puan semalam

puan- rajinnya~ muka dia berubah tak marah secara tetiba

aku- dah takut kena marah datang lambat, tak berani nak menjawab apa-apo



Ps/ aku ingat nak tukar jadual kelas lab pagi rabu untuk selasa tengaharri terus permanently jadual baru. susahnya nak buang habit datang kelas awal-awal. macam mana nak jadi pelajar cemerlang. kena mulakan dengan niat bersungguh-sungguh usaha tuk berjaya. aku tawakal je yek. harap loan pinjaman mara aku diluluskan. Bye, study test database besok ngan 2 presentation nak kena settel T__t

Tuesday, July 27, 2010

Ikan-ikan

Hi.

ini ikan bekas pertama ada 3 ekor
yaitu ikan batu seekor dan sememangnya pemalu, ikan batu suka tidor tak bergerak
ikan warna-warni 2ekor tu yang bebulat-bulat tu kalau nampak

Ikan bekas kedua
anak-anak ikan puyu kampung
tak terkira berapa :P

Ini je hah ikan puyu 5 ekor
Bekas ketiga


Salam.

macam mana nak cerita. erk. Ikan belaan mak aku dalam rumah dah bertambah. dahulu dibela kucing dan ikan puyu je. kini bertambahlaa pulak ada ikan batu, ikan warna warni. tak tahu lah nama jenis ikan ini. aku bukan kaki pancing nak bela ikan. suka je tengok ikan dengan tenangnya kat rumah dan bertanya sendirian. "ikan-ikan kau dah makan belum" :)

hmm. aku tak makan ikan puyu oke. aku tak pandai nak bercerita ar macam mana perasaan bela ikan.


Bahagianya bermula pabila di waktu lapang kasi ikan makan, melayan kerenah kucing dekat rumah. Malasnya datang kemudian bila nak mencuci bekas ikan yang kotor. err, it really takes time to wash that ugly bad aquarium. Kalau bekas akuarium itu, selagi tak kotor hitam legam, selagi itu lah tak mula mencuci. Seriusly sekarang ini mama memang mencari hobi baru untuk melayan ikan-ikan yang ada di rumah. Kalau bab kucing nak mandi selalunya akan aku mandikan mereka di waktu lapang. Hari cuti la kan hari sabtu dan ahad tu waktu lapang. Kalau kucing nak makan, aku cuma tolong bahagikan kucing mana yang nak makan. Kucing ini memang banyak ragam. Ada yang memilih kalau nak makan, perangai tu menggedik, bila bagi tak nak makan pulak. bila tak bagi nak makan pulak.


Ps/ Banyak berbahasa kalau pulak kat entry ini. Minta maaf kalau tak faham cerita kat entry. Bye

Wedding kawan mama

MAKAN MINUM WEDDING DILAYAN VIP, SEDAP :)



Salam.

apa khabar.

Hari minggu sabtu ahad lepas memang mengasyikkan. Aku dah lewat nak pegi kelas sempat ada mode blog. sikit je cerita, bila nak kawen. erk. ok. Sabtu wedding malam belah jiran. Ahad wedding kawan mak aku yang dah tak jumpa dah lebih 20 tahun tak jumpa. Part Ahad wedding memang best walaupun silap dan salah berlaku di sana, sempat jadi pengapit pengantin belakang situ. memang tak sangka kami siap jadi vip keh keh keh.

tak sangka jugak jumpa Dato dr fadhilah kamsah. Diorang jemput orang tertentu dekat KDE. orang berada sume ini, kami tumpang gembira sekejap tengok ahli famili pengantin. kompang nasyid, makan beradab, kek 5 tingkat. sungguh gile best kawen. ups.

anak kawan mama lelaki itu. tak sangka dunia kecik,belah perempuan punya bapak aku kenal yaitu tempat bekas aku kerja kat Uzma dulu.
Selamat pengantin baru bahgia ke anak cucu. pengantin umur sebaya 28.
weewit, dah kawen.


Ps/ tetiba suka dengar lagu Mariah carey-through the rain. Ingat nak beli lagu album yuna ah :)

Saturday, July 24, 2010

Gengblogger (GB)

Salam

ada sesiapa terambil baju gengblogger saya tak. it's missing. grr
sebenarnya aku ada masalah nak kemas lipat baju. rak baju yang telah tersusun setakat masa ini adalah baju kurung, iaitu baju pegi balik kelas saja aku kemas kini. shirt blouses sluar dress ada mana sumbat. erk. nantilahh update kemas baju. harap si kucing rumah tak selongkar almari ku. oke. pasal gathering gengblogger dah lama dah untuk berhajat nak bukak satu entry tapi macam malas mahu taip. erk. pemalashh. gengblogger event yang berlangsung secara tidak langsung pada hari sabtu di Putrajaya Presint 5.

ada banyak perkara aku belajar dan sikit sebanyak tu kat event GB antaranya
>yang baik
-meramaikan ahli komuniti GB, rapatkan hubungan silaturrahim
-mendekatkan diri bersama rakan2 belogs, dah selama ni kita tak kenal maka tak tahu tapi sekarang jadi dah tahu
-mencari minat satu sama lain
-dapat cari kenalan tak kira umur
-menghormati orang lain dan terima pendapat mereka
-dapat pengalaman baru

>yang kureng
- aku pemalu nak tegur orang
- aku ada habit buruk makan tak berenti bila sesi sharing tuh
- aku tak pandai main games
- aku tak banyak bercakap sgt
- tempat Event gb tu kami dahh sesat time pergi susah





aku datang dengan gigih bersama ahli belog lain :)


terima kasih sebab dapat pegi tumpang kereta kawan belogger kech, nisa
memang tak sangka dapat join.
aku msg pm kat fb kech.
dia sporting je sbb aku memang nak join,
kalo org kasi tumpang2 je yer kereta kat sana.
pukul 8pagi dah tunggu kat stesen sentul timur aku dari ampang.


nama saya jo. saya penganjur gb event.

ini time registration.
aku teringat masa aku dtg mmg antara yg terawal dan sesat.

event GB putrajaya di tempatkan kat sukan luncur

sampai sahja tegur ahli belog lain

aku = "pukul brapa sampai ni jo"

jo = "dah lama dah sampai ssubuh lagi"

grr. melawak rgupanya pepagi jo :)

jo student UK memang tak sangkalahh berjumpa

pahtu pegi bagi register nama kehadiran datang bagi url sensorang kat dia.
pahtu dpt beg kicik satu,beli baju gb rm28 long sleeve sendri


aku antara ahli GB yang datang awal.
sume ini gadis belog


ada sesi pengenalan awal. ada game teka-teki. aku group ariff.
ariff student russia tuh tak sangka plak dapat jumpa



satu group ngan ariffshah.com

aku tercakap tegur jugaklahh satu benda kat ariff
aku - ariff, fida xdatang gb ke (dorang penah berbaik' kat blog kan kan)
ariff - fida tak balik lagi, dia kat brisbane (jwpn mcm rapat dah dia kenal kan)
aku - awk tinggal mana ehh
ariff - subang jaya sekseyn 19usj xsilap ahh
aku - cuti lama eh (teringat kat bapak aku kerja kat yemen)
ariff - ha ah. cuti sampai raya


aku- ok belah. sempat lahh gak cakap jap ngan student russia :D





games
malu segan sume ada. sempoi jek
game tu.
pastu ada makan minum, solat.
pastu start sharing dari kak jie ngan ariff ngan beloggers lain.
las bergambar.
tq

ada sesi sharing info pasal blogging.
maaf tak faham pasal alexa ranking trafik.
tahu belog sikit godeklahh tapi tak mahir sangat.
masih perlu belajar details belog.


sesi bergambar


bergambar dgn otai belog kak jie.
beliau tudung kuning coklat,bersama anaknya intan berblog muda umur 11tahun.
ramai hebat dalam diamm berbelog
.
lelaki sume itu lah geng separa mereng


event gb siap keluar paper Kosmo. memang tak sangka pon.

gambar curik kat penganjur event GB.
thanks Jo :)



dan harapnya komuniti GB semakin berkembang ramai


antara ahli kawan belog baru
hida, lynn, ery, kech, nisa


dengar khabar ada second GB gathering boling.

kata penganjur jo mayybe bln 8,kemudian tu dah raya kan :D

entah boleh join gathering camni lagi
kot


habis sharing. sesi gambarr


bersama mereka pergi dan balik
nisa terima kasih tumpang bawak balik ngan kereta selamatnya
kech terima kasih tuk GB event

balik. bye jumpa lagi :)

aku tak terus balik rumah. tumpang kereta member.
balik ngan kereta member tumpang jugaklahh.
aku singgah kat Alamanda first time, dorang berboling. aku tak join.
tumpang teman boling bolehla, bajet aku tuk GB event je.
lepas boling ronda makan-makan beramai kat gerai kat puchong.

bersama geng separa mereng.

geng separa mereng terdiri dari mereka adalah; Chaon, AzizanKadir, Yus, Miro.
kata ery memang suda plan lepas gb event oleh geng separa mereng
Violet ngan Ery kami konvoi 3 kereta, Kech, Nisa aku pon follow belakang

Ps/ aku balik teramat lewat lps GB habis kat presint 5 .
memang catat rekod lewat pulang disebabkan keluar tak ingat dunia.
gara-gara bersama geng separa mereng.
balik kena penyapu mak, meleter sebab risau. aku tak cuba bertikam lidah. erk.
kenangan pahit manis GB event
minta maaf kalau ada salah silap kat entry sini

aku rasa aku missletak baju GB aku. baru teringat, tadi tersalah pegi wedding kawan mak. bagus T__T

Friday, July 23, 2010

oh ikan puyu

Salam. apa khabar. aku sihat saja :)

Setiap hari kaki aku melangkah ke tempat nak belajar, semakin tiap hari itulah akan aku pulang dengan pelbagai ragam berita menarik ada tersedihla pun ada dan banyak cara yang tersendiri dan bayangkanlahh it's normal. suka hati apa je ye. pokok utama cerita nak cakap, pegi bawak buku ke kelas bagai menatang minyak yang penuh. Balik pun bawak buku dengan bertimbun-timbun assignment. Homework ada je. Nak stat tu tengah masih merangka dulu, mana satu yang patut buat, mana satu perlu dibuat dulu. status financial aku kini bad. aku tak banyak duit skang. nak potostat notes pon selalu saja mintak duit kekadang sume poket money mintak kat mak.

kadang-kadang terasa malu jugak sebab asik nak mintak duit tiap kali belajar nak beli itu beli ini, nak duit macam-macam melantak makan tapi kalau nak belanja mak balik tak tahu bila agaknya. Yang penting hidup mesti happy kan kan.
terima kasih mama bak ♥



Oh nak tahu tak apa cerita di sebalik entry oh ikan puyu.

Mak aku balik dari kelas belajar dia hari ini, selalu je mama pegi ngaji bersama kawan-kawan beliau. Hari ini mungkin hari bertuah dimana mama pegi belajar, kemudian bawak balik sebekas lagi balang terisi ikan-ikan puyu kat rumah. Oh ikan puyu. Bukan tak pernah bela ikan kat rumah. Kat bekas akuarium lepas dah ada 4 ekor. Di tambah lagi pula ikan puyu jenis kampung daripada pemberian kawan mama ku 5 ekor tak silap.

Kalau ada sesiapa yang tak tahu apa itu ikan puyu. Maka bolehlah berkenalan.
Ikan Puyu (Anabas testudineus) merupakan spesis ikan air tawar yang paling lasak
Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesis ini. Ikan puyu seringkali dikaitkan dengan kepercayaan mistik. Fakta dan cerita ikan puyu. Mitos mengenai ikan puyu yang kononnya dapat menjadi penghalang serangan toyol dan ilmu hitam bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar. Malah ada juga yang mempercayai memelihara ikan puyu boleh dijadikan 'tangkal' bagi menghalang perbuatan jahat.

Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah. Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air. Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau lumpur.


Ikan jantan mempunyai satu lubang pada kelamin sedangkan ikan betina mempunyai dua lubang pada kelaminnya. Dan apabila ikan jantan diurut pada bagian perutnya kearah bawah akan mengeluarkan cairan sperma berwarna putih, sedangkan ikan betina apabila diurut pada bagian perut kearah bawah akan mengeluarkan telur yang berwarna bening kecoklatan.


ikan slim biasanya ikan puyu jantan.
ikan hat bawah kepala gemuk ikan puyu betina.
Ikan jantan tubuhnya lebih kecil dari ikan betina.
Ikan jantan akan bergerak lebih lincah dari ikan betina.


Kolam ikan puyu kalao ada
Kolam ikan puyu harus di letakkan tumbuhan seperti kiambang ini bagi menggalakkan ikan puyuh mendapat oksigen secara lebih cepat dan mengekalkan suhu air tersebut dan ikan tidak melompat keluar dari kolam . Air tersebut haruslah di letakkan klorin dan di biarkan selama 3 hingga 4 hari. Ikan puyu amat gemar dengan tumbuhan kiambang atau tumbuhan yang hidup di dalam air atau di atas air

ngeh

inilah ikan puyu

tambahan lagi kelebehan ikan puyu menjadi:
kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesis ini mampu menghalang gangguan makhluk halus. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesis ini di dalam rumah untuk tujuan itu.


kes orang minyak mencuri masih lagi berkeliaran kat kawasan rumah aku. kejadian berlaku semalam mangsa rumah jiran aku kehilangan rm1000 lesap dan laptop di kebas sekali di waktu siang.



ohh ikan puyu beruntung berada kat kawasan rumah ini ohh ikan puyu. dalam rumah aku yang berterabur dengan kucing keluar masuk, kemudian bertambah lagi ikan puyu kampung kat rumah. semoga ada keberkatannya di sebalik kedatangan baru haiwan air ini di rumah.


Ps/ jaga diri kat mana saja anda berada. Allah maha kuasa. Doa, solat tawakal. sebelum tidur baca ayat kursi :)

ada lagu baru tepek. lagu lemon tree version korea. ingat nak tukar url blog ah

Monday, July 19, 2010

Demam.



Salam.

Sihat ke tak sihat ke tak sihat ke tak. Oke aku tak sihat dari semalaman dan hari ini telah pergi ke klinik di waktu kemalas-malasan. lepas pergi kelas sejam kat kolej balik rumah kepala pusing-pusing, mama ajak pergi klinik mula-mula tak mau pergi klinik. sekali pergi klinik jam 1tengahari dan doktor telah berjaya mengeluarkan notis kertas warna pink youu, kertas MC 2hari. demm.

MC means "maksud cuti" for viral fever. aku demam lahhh

Semalam cerita aku pening-pening demam jugak lahh tu rupanya. demam kat dalam rumah tapi tak pergi klinik. Aku dapat hadiah ubat demam 2pek serta antibitiok. demm, i hate you ubat.

Semalam sakit-sakit kuat aku pergi kelas agama kat keramat, pastu melayan tidor berjam-jam kemudian. buku study jangan harap rajinnya nak study. Agaknya tunggu coming assingnment and exams baru rajin bukak buku. Time malam mak aku janji ngan aku suh buat karipap time 8 malam. aku pening-pening tu kental jugak mengadap depan tv ngan mama buat karipap. Percayalahh, aku anak yang rajin. haruslahh rajin membantu mak bak di waktu susah senang :)




Perhatian:
Kalau nak pandai ketip kelip apa kah kelip iaitu...kelepet kuih karipap, kena selalu belajar dari tangan mak masak :D
mata jangan selalu kelip-kelip. fokus kelepet kuih karipap

Bahan perlu ada untuk buat karipap; 1/2kg Plain flour,4 biji kentang,1/2 bawang besar,4 ulas bawang putih,sedikit halia,5 sudu gula, 1 sudu teh garam,3 sudu kari,minyak masak,air panas,penggiling n pencetak karipap.

Tak reti nak explain details cara-cara karipap, tapi try lahh cerita sikit. tak rugi share entry dahh lama tak buat panjang-panjang kan kan.

aku memang ada masalah kelepet lama-lama karipap ini. Sebabnya nanti senget benget bila tak biasa geram dan tangan nak cepat siap. haihhahhha. Masih belajar dari mak tapi oke dahhhh kot lama-lama nanti cun-cun karipap.


Kembali Karipap resepi:
kalau bab karipap punya kulit letak tepung 1/2 serta minyak masak sikit. Dah berjaya uli-uli nanti letak tepi.

kalau bab isi karipap kentang dipotong dadu,bawang besar,bawang putih, halia dipotong halus..Panaskan minyak.
1. Masukkan bahan seperti bawang besar+bawang putih+halia dipotong2 dlm kuali.
2. Masuk serbuk kari sikit.
3. Masukkan 1 sudu kecil garam dan 5 sudu besar gula..(terpulang,ikut selera).
4. Masukkan air sikit sBB tak nak kering sangat.
5. Masukkan kentang yg dah dipotong dadu..masuk air sikit,agak2 tenggelam semua kentang. Tunggu sampai kentang empuk.
Jgn lupa kacau ek,takut hangit di bwh pulak.
Kalau perlu lagi elok ,tutup dengan tudung kuali biar kentang cepat empuk..api perlahan je



Janganlahh tak percaya habis je aku tolong mak buat karipap aku tengok mak aku cuma ketip karipap, tapi dia tak kelip pun karipapnya. Aku tanya apaaaaaa nih. Mak aku zzzzzzzzzzzZZZzzz. Mama tertidur. Tertidur rupanya depan karipap mak aku tu tapi elok-elok aku dah tolong siappp dah.


Lepas siap karipap, kami tak simpan dalam peti ais trus sebab nanti susah nak goreng siap. Awal-awal dah siap goreng separuh masak sebelum nak simpan dalam peti ais. Besok pagi, sarapannya karipap. Aku bangun pagi tu masih pening pergi kelas dan semakin ok tidur berjam-jams.


ps. selamat mencuba, jgn demam karipap.

aku buang lagu kat belog. peningg. gambaran saja buat karipap tu. sekian tq

Friday, July 16, 2010

Mencegah lebih baik daripada terkena

Salam. apa khabar , sihat ye sume bagus-bagus waras :)

hoke, pagi tadi telah cuba bangun sebaik mungkin dan kepala memang berat yang teramat dan terasa macam ada seketul batu terpelanting kat kepala yang terkena dan menyebabkan aku susah bangun pagi untuk solat subuh. Lepas subuh tadi terus tidur balik, al maklum kelas takde hari ini memang the heaven. Tapi dengan tiba-tiba memikirkan bakal-bakal assignment yang mendatang dan tak diusik lagi memang lahh menunjukkan kerajinan aku terserlah.

Aku cuba untuk gagahkan diri ngadap ubat tapi tak mampu nak usik pon. Ingat nak demam sebab kepala berat, pening-pening akibat lantunan batu kat kepala. Oke merepek. Tak suka makan ubat! Cuba bayangkan aku paksa tidurkan diri hari ini lepas solat subuh 630pagi tidor balik dan bangun jam 8. Makan pagi memang tak boleh nak skip macam gitu dan masih semangat makan dalam keadaan kepala berdenyut-denyut. Aku sangat malas untuk apdet entry kadang-kadang ikut mode dan blog kini rajin saja blogwalking. Mungkin ada yang perasan contohnya LATIP. dan akhirnya mengingatkan aku untuk apdet entry hari ini. smiley :)

sihat kan ni haa tengah taip entry baru baru wooo

Aku lepas makan pagi terus tidur balik oke. Tak tipu dan pemalas giler hari ini. aku sakit kepala dan menjadi hobi aku untuk tidur berjam-jam mengelakkan sakit. badan terasa sejuk dalam, bila tangan ni dah separuh sejuk dan panas kat kepala. Aku tidur balik jam9 sampai pukul berapa erk. Bangun jam3. malam ni nak buat apa agaknya. err

perhatian: kalauu dah jenis nak sakit tu makanlah ubat. nasihat diri sendiri pula


pergi bawak kucing nak mandul tapi tak dapat dimandulkan

ada satu lagi kes mahu cerita pasal kucing kesayangan aku 3ekor yang dibawak ke klinik kembiri hari selasa lepas.
klinik kembiri terletak kat setapak dan murah kos belanja mandul kucing berbanding tempat lainla.



Doktor menasihatkan kami ke klinik private untuk hasil pemeriksaan kesihatan kucing selanjutnya. ovver weight ha...aku dah kata kat mama kucing betina kat rumah gemuk-gemuk belaka. berat sekor kucing yang banyak makan sume almost 5.7kg. Tak dapat mandulkan kucing betina dan agak kecewa bila difikirkan. Mama kata mahu mandulkan kucing betina jugak sebab takut mereka gatal miang dan mereng. Here some pictures kucing gatal. erk


kucing persian satu kat rumah. Tak dapat di mandulkan juga kat klinik sebab tak cukup facilities and might risk her life sebab hidungnya penyyek. facilities alat pernafasan tidak ada di situ. tapi kucing aku yang ini tidak lahh gemuk.


comot dan cit gemuk sebab tu tak dapat mandul

Ps/ Mama jangan sedehh sgt sebab kucing tak mandul-mandul. bagi ubat pil perancang dlu buat sementara :P

Mencegah lebih baik daripada terkena, kena makan ubat.
oh ada 2 entri terselit cerita entry ini. apa pun jaga kesihatan untuk masa depan yang terjamin :)

Wednesday, July 14, 2010

WAKAKA CREW

Salam.

Malam yang bersahaja tadi.
Hari ini melangok depan tv kejap, baru teringat nak tengok ada satu show realiti Final showdown 2010. tak pernah tengok sampai habis pon,tapi sebab final punya pasal tengok results dah tahu sapa pemenangnya, btw dah bole agak lahh. hai wakaka crew, Congratulations to be the winner showdown 2010. Aku dah agak team mereka yang akan menang, lagi-lagi lah sebab adanya orang kuat talented macam Alam.
ALAM pernah enter so you think you can dance, and the winner, so obviously dia memang banyak pengalaman and ada style and manyak kreativiti can be mixed up plus energy kena ada
The team for contest showdown 2010 @8tv berentap &keputusannya

first winner
Wakaka Crew

second
Giler Battle Crew

third winner
Floor Fever Crew


WAKAKA Crew! Champion of the 1st #Showdown2010 @8tv ! tahniah

rm 50, 000


-
END


this video dari youth 2010 event dari ahli wakaka crew members jugak. no wonders they superb skills in dance. katanya wakaka crew ini sume pemalu-malu lahh kunun.

dari andaian aku mereka menang

-ramai peminat lahh kan ikut sms 100%
-memang amazing dance bersahja stylo mylo, kaki mantap sume bboy energetic
-girls sms team jambu yang kemungkinannya rupawan
-adanya pengaruh abang' Alam ex winner so you think you can dance
-well known team from media, ada bukak klas studio kat puchong

apa pun
-rezeki memasing

Ps/ Aku lagi teruja tengok Jennifer lopez dance ngan stick.
tetiba terasa glamer bila GB' Gengblogger masuk paper kosmo PAGE 37.
ohh nanti je le cerita


Drama Duyung Aridinata

Salam.

Tetiba rajin nak apdet cerita apa yang mcam best aku tengok gelak-gelak depan tibi. Drama Duyung Aridinata bersiaran pada 12 Julai 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis dan seperti biasa pada pukul 4.30 petang di Slot Lagenda TV3 bagi menggantikan drama Dendam Orang Minyak.

Baru nak melayan jugak cerita Dendam Orang minyak sampai abis, tengok2 dah ada cerita baru. Oke takpelahhh. Drama duyung ini sangat unik sebenarnya. Banyak mengimbau kenangan masa silam aku masa kecik waw, hahhha. Memang aku gila kartun Mermaid, kartun comel tengok mr crab, littel mermaid and so on. Tapi bila bab drama Melayu mermaidnya putera lakonan utama yang diberi peluang pada Zack - Xfactor cam lain macam lahh weyhh. serius aku rasa macam ada je strange feeling dan ada je yang tak kena. Tapi satu cubaan drama yang berani buat aku tak berenti gelak-gelak sendirian depan tibi woi.

-kena ada translate bahsa, terkebil2 lahh nak pandai bahsa raja
-bab air ikan duyung tu sumenya kabur mabur, saja je tanak bagi penonton tengok lebih :D
-nama istana empayar Insangrumpair rasa macam tak glamer
-napa tak biarkan mermaid puteri jadi lakonan utama. erk


Nak tahu sinopsis drama ini.
Sinopsis Duyung Aridinata Di Slot Lagenda TV3
Kisah bermula dengan Raja Singrattdinata yang amat murka apabila putera tunggalnya, Putera Aridinata enggan berkahwin dengan Puteri Antartinka lalu diusir dari Empayar Insangrumpair. Justeru kerana terlalu kecewa dengan tindakan ayahandanya, Putera Aridinata bersama kawan rapatnya, Kurita yang juga seekor sotong berjumpa dengan dukun Mek Melusa yang terkenal dengan kemampuan saktinya di Empayar Insangrumpair.

Atas nasihat Dukun Mek Melusa, Putera Aridinata dinasihat meninggalkan Empayar Insangrumpair untuk mencuba nasib di darat. Mek Melusa juga akhirnya dapat memenuhi hasrat Putera Aridinata dengan memberikannya sepasang kaki. Namun, ia tetap bersyarat kerana ada pantang larang yang perlu dipatuhi.


ok.
Lakonan yang di lakonkan oleh Zack X-Factor sebagai Putera Aridinata, Natasha Hudson sebagai Puteri Antartinka dan Fasha Sandha sebagai Cleo. ADA je pelakon mantap rupanya. Antara pelakon lain yang terlibat dalam menjayakan drama tersebut adalah Tony Eusoff, Rozie Rashid, Maria Farida, Jasmin Hamid, Eizlan Yusoff dan Zain Saidin. Babb FASHA PANDA nak kua lam tibi drama ni aku memang menunggu sangatlahh. Fasha tu i hate you. errm, sengaja melepaskan emosi. Fasha silalah berlakon, aku akan terus gelak depan tibi mengimbas cerita mermaid kartun masa aku darjah 2 kot :D

layan jer aaaaaaaaaaaa :)


putera puteri duyung berdua yuu


Fasha panda the mermaid


Oke . kartun ini lagi best masa zaman lampau bila ingat, nak tengok dpn tibi mata xkelip2.
Kartun hari Ahad masa zaman kanak-kanak.
aku memang gila tibi dulu ngan skang :D


bye


Ps/ Itu saja bebel. entry event gb tu laaa nanti je

Monday, July 12, 2010

Bola world cup part final

Bola World cup 2010 habis. Tahniah Spain menjadi pemenang world cup bola 2010 menang game dan mengalahkan team Belanda. betul plak ramalan soton Pau. erk. khurafat percaya benda tak betul


Salam. Berikut adalah beberapa game yang lambat tuk aku updet story pasal dunia bola 2010. baru terasa sedih di garisan penamat permainan bola. Cepat je masa berlalu, pejam celik dah sebulan jugak mode bola bermain-main kat kepala sume orang sapa menang sapa kalah. Spain menang 1-0 pada Netherland. Tapi adat permainan yang menang dapat habuan, yang kalah boleh cuba lagi. Ganbate tahun berikut lahh kan game world cup bola 2014 kat tuan rumah Brazil pula nanti. Ole2, Brazil jangan hampakan para penyokong setia kamu disini. ye aku peminat Brazil :)

Takpe. yang lepas tu lepas. Results game final begini ceritanya sahja.


bye world cup 2010, terasa jugak perpisahannya. dah habis rupanya world cup 2010. sobs sobs :'( oke benda yang paling aku tak suka tak minat dengar bising vuvuzuela. BYE world cup 2010.

Anugerah Bola Emas Adidas (Adidas Golden Ball)

  • Emas: Diego Forlan (Uruguay)
  • Perak: Wesley Sneijder (Netherlands)
  • Gangsa: David Villa (Spain)

Anugerah Kasut Emas Adidas (Adidas Golden Boot)

  • Emas: Thomas Mueller – 5 goals, 3 assists
  • Perak: David Villa (5 goals, 1 assist)
  • Gangsa: Wesley Sneijder (5 goals, 1 assist)

Anugerah Pemain Muda Terbaik Hyundai (Hyundai Best Young Player)

  • Thomas Mueller (Germany)

Anugerah Sarung Tangan Emas Adidas (Adidas Golden Gloves)

  • Iker Casillas (Sepanyol)

Anugerah Fair Play FIFA (FIFA Fair Play Award)

  • Sepanyol




tahniah spain. tendangan iniesta memanglah berbaloi-baloi pada minit nak habis game around 120 minit. uyeay spain menang



meriah betul. ye lah. game dah tamat pagi tu sejarahnya July 11, 2010. Spain's goalkeeper Iker Casillas pegang trofi kemenangan at Soccer City stadium in Soweto, suburban Johannesburg.
Tahniah Spain.
Sori BELANDA. SPAIN deserves to win, bukan betul sangat ramalan sotong tu, tapi mungkin satu kebetulan ngan keunikkan haiwan beraksi.


Spain's goalkeeper Iker Casillas lifts the Trophy as he celebrates with teammates.
Tahniah Spain
Tempat ke tiga menang nya German bila lawan Uruguay mata skore 3-2.
Tahniah German.
Tempat ke dua pemenang nya la Holland. Tahniah Holland.
Dah habis game. Mata penat tak tidor, bab tidur nanti boleh qadak yer. Bye world cup 2010, jumpa tahun 2014 pulak.

ps/ nanti cite pasal event geng blogger pulak

Pages