Sunday, September 12, 2010

Berperang jerawat


nampak teruk muka ai natural inesen tapi ada jerawat yek. pe pon cheese. hi



jerawat sudah ada. malu. picture senget menget biarlah.tu malas nak rotet
kondisi picture terkini amat teruk, nak tepek gambar aku je kat album facebook pon tak menawan.
baju raya first day raya putih hitam. mungkin sebab tu tak meriah ke.
ada ke patut


sebab jerawat muncul bagi aku nak tegaskan:

- berangan teramat kuat cth nak jumpa Yuna!
- pola pemakanan tak teratur tanpa MAHU dikawal cth terdekat kacang, cokelat badam, lauk pauk berminyak
- hormon tak seimbang
- emosi berkecamuk sebb tak dapat beraya mana2
Stres juga merupakan faktor penyumbang, terkait dengan perkembangan jerawat terkini.

takpe. ada hari bolehla dibalas, harap jerawat tak merebak.
argh. sangat annoying jerawat kat muka.

begini lah antara tips tuk mengatasi jerawat kat muka aku lalui:
-cover guna bedak dan bertawakal surutlah kau wahai jerawat manis.
malu ai nak keluar rumah jumpo orang kalao jerawat bersepah kat muka



tips sebenar tuk mengatasi jerawat. aku try yahoo tadi begini
jawapan

Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.

  • Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  • Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  • Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.
* picit pimples maybe habit aku perlu buangkan

mari membaca merawat pimples
  • Liang yang tersumbat harus dibuka.

    Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.


  • Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.

    Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.

Petua lama yang tradisional aku penah try bubuh lidah buaya ngan teh uncang tuk bberapa kali.
effect lambat dan kesabaran tinggi.
Petua terbaru
Boleh pergi beli kat farmasi watson berhampiran
* Ubat terkini yang aku pakai sekarang Natur E,Garden of Eden for Scar Serum Improves scar. nak buang parut pimples lama dan baru. harga barang product ini rm20. sekian tatapan entry ini.

Bye

Dayah have to be patient and do not touch the pimples
No war, and peace

2 comments:

Propito.com said...

jerawat kalau ada, memang takot giler (bagi budak perempuan la) ^__^

dayah said...

sebb hilang kemanisan nya :'( i wish i gt no pimples

Pages