Saturday, September 11, 2010

First day raya tanpa Bak



Raya.

Hari ni first day raya. Bangun pagi jam 4.40 pagi nolong mak masak tuk pagi raya.
Juadah makanan yang diwajib kan ada adalah ketupat ye.
makanan lain tu ada jelah biasa-biasa. ada jugak datang makanan dihidangkan tanpa disangka, mama belikan lemang dalam diam-diam. Syukur dapat beraya satu keluarga kat dalam rumah. Lepas penat memasak pagi tu dalam kira-kira jam840 pagi baru bersiap nak pegi masjid. MALANGnya belum sempat nak masuk masjid, orang lelaki dah keluar balik dari masjid berjalan ngan kain pelikat. nampak la sangat solat sunat raya aidilfitri dah habis. Minta maaf tuk hajat mama nak bersolat raya eidul fitri tak menjadi. insyaAllah nex year ye.

Balik rumah terus buat solat sunat raya dan agenda seterusnya tuk bersalam mohon ampun dan maaf seisi keluarga. raya tanpa bak terasa sangat pelik. tapi takpelah. mungkin ini ujian. Sebelum nak mula makan ngan juadah raya, sudah bermaaf-maafan bersama keluarga.
aku menangis dalam hati. tengah membizikan diri nak sharing feeling, sempat pulak henset berbunyi. kawan yang ku sayangi call ntuk wish raya. lovely tul dia, Umai.

Umai you the best la buddy. sib bek belum turn aku nak ucapkan tuk maaf-maafan. aku memang tanak putuskan line ngan member aku dah call oke. aku layan jeaa sebab part aku nak mintak ampun belum mula. second call yang aku dapat dari sepupu kesayangan aku kat johor epah, dorang pakatla tu tepon kami yang tak balik rumah. wish raya-raya gelemer gitu. thanks sebb call tanya khabar kat kami. terasa jeles tak balik kampong pun ada plak.

Sesi bermaaf-maafan agak lama. aku tengok gaya Along ngan Mama meluahkan perasaan. Sangatlah penting tuk memaafkan seseorang di atas kesalahan dan kesilapan yang lalu ngan ikhlas. Everything is past is past. Just don't look back. Try improve yourself if you want a better life.
Along sound aku jangan nak menyampuk bila dia tengah membebel tak puas hati, sebenarnya bukan sengaja aku nak menyampuk. aku cakap ikut hati jugaklahh. no hard feeling. kita kena berterus terang, kalau kau tak suka lantaklah. tapi last-last part aku dah bersalam jugak ngan along minta maaf kalau ada salah dan silap macam tadi tu.

Lepas part along mintak ampun, turn aku wui, aku kan cool. aku jugak senstif, tappi tahun ni aku pendekkan cerita nak mintak ampun tu. aku asyik-asyik terbayangkan bak ada kat rumahla, mama kat sebelah bak. kami bersalam. aku pendekkan sesi bermaafan cuma cerita part syukur kita beraya bersama, minta ampun kat mama, minta ampun to along, and akram. Last part akram mintak ampun macam iklan makan cokelat lah. jangan pandang muka akram sebab muka dia tengah naik jerawat manis. selamat hari raya mama, along, akram and bak ♥ all.
Lepas bermaaf-maafan dekat sejam kami dapat duit raya bak ngan mama. RM100. syukur :) thank you very very much.

Seharian duduk kat rumah hari ni mungkin mustahil.
aku tanya mama. nak pegi beli kuih raya kan nanti, kuih raya ngan gula-gula tadek tak meriahla.
sebelum pegi kedai nak beli jajan, aku temankan mama pegi rumah kawan dia yang dah bagi pesanan ringkas, "tolong jaga kucing rumah ai, sebab ai balik kampung sampai hari selasa kat singapore". wahh meriah gitu. kucing kat rumah kawan mak aku agak bijak. bila bagi makan, dia tahu makanan dah letak nya kat mana tak perlu nak bermanja "marilah makan sayang". kucing tak takut orang ini friendly lahh kalo nak dibandingkan ngan kucing rumah aku. kucing ku tu gedik yang amat. kucing pak ren kuat makan dan tidor kengkang.
KALAU nak tengok gambar raya semua aku letak kat facebook, atas pesanan bak jugak. bak nak tengok gambar famili kat Malaysia. kesiankan bak tak balik kampung tanah air tercinta dan berkorban besar tuk famili di sini. i miss you bak. take care selalu kat sana ok.

ini link fesbuk gambar raya. happy eid mubarak 2010.

time petang tu nak tengok akustika raya tapi tetiba datang la tetamu. Sebelum tu nak cerita la aku memang suka tengok yuna. mungkin ramai yang dah perasan. kawan ku sayang Umai tu tepon aku suruh tengk yuna. aa tak sempat tgk sampai habis. ea perlu di layan tetamu sebaik mungkin jika tetamu bertandang ke rumah. aku harap akustika raya ada ulangannya. aku sempat tgk 10 minit je rancangan tersebut. pls ulang tayang. thanks sebab call dayah yang sweet ni kan Umai :)

Lepas tetamu dah balik nak tengok akustika balik tapi dah abis rupanya. tak ada rezki kot time tu.
Time malam lepas je maghrib, saudara kat nilai dah nak datang beraya kat ruma. meriah kan raya saudara aku ni. dorang kata, mereka dah beraya seharian dari rumah sampai kat rumah aku ini adalah rumah ke5. meriah gitu.

Banyak dah aku bebel kan. selamat malam. Besok nak puasa ganti.
Mana ada berjalan mahu pon nak beraya rumah orang pon hari ni. biasa-biasa je lah kan cool, menerima dgn seadanya apa yang baik dan buruk itu pemberian Allah :)

Bye

1 comment:

Pusher Aries said...

selamat hari raya..semoga tabah menghadapi segala ujian dari Allah SWT.

Pages