Sunday, September 5, 2010

ragam entri ini. amik tu, kenapa perempuan single dan hot

Salam.
tak ada yang menarik seharian ini. tapi ada nak cerita skit.

aku ngan mama beli baju raya tuk maid dah dapat. beli jugak shirt ngan pants baru with little adik.

tapi cerita lain tak best, Tiba-tiba pinggan kat ruma dah pecah tak sengaja aku punya pasal.
aku punya pasal jugak aku cek condition ikan dalam bekas comel.
aku tengok timbul 5 ekor ikan kecik tu.
ikan kecik 5 ekor dah mati. waaaaaaaaa. xnangis tapi hampa.
dah motif ada ikan pon nak bela untuk hidup-hidup, tapi takde rezeki nak hidup panjang kot ikan kecik kat ruma. sorry ikan. sebab utama ikan mati, mama ai pesan sekali je ikan kecik takleh letak ngan guna air paip bilik air ari tu, ai tak sedar. saya minta maaf wahai ikan sekalian.
aku yang bersalah.
aku letak air paip, yang sepatutnya letak air guna penapis air minuman.
ikan kecik ini senstif dan tak sekuat segagah ikan puyu ngan ikan lepas lain.
Akhirnya aku pas ikan yang mati tu kat ikan belida ini, dorang makan ikan kecik itu. maaf kan saya ikan kecik :(


mungkin itu rezki ikan belida kat ruma. dorang kuat makan ar.


Lepas kemas ikan, aku tadarus, lepas tu pegi kelas ustaz ishak din. ceramah bab kedudukan hati ngan zakat yang patut dikeluarkan dikategorikan 2 jenis, yaitu.
zakat nyawa dan zakat badan.

Bila dengar bab hati kat mana aku nak share mengapa,
kenapa perempuan single dan hot macam aku:
Aku rasa
- aku ada semua kriteria kat bawah ini, EXCEPT last sekali. paras rupa cantik memang sah aku takde secantik yuna sebab, jerawat muka sendiri bersepah, penampilan diri selekeh, nak bercakap tu xconfident sangat, bahasa melambangkan peribadi sendiri kadang-kadang aku memang tak tetap pendirian. sekejap berani untuk berbahasa aku kaw, sekejap lagi awak dan saya.
Kadang2 bila nak cakap ngan orang memilih bahasa ngan orang kena fikir dulu ya, sebab ini menampilkan peribadi seseorang macamna. bagi aku ini jenis cakap tengok orang yang macamna dia selesa ngan aku, baru aku akan berani bergaul bahasa aku ko. ala2 tak cukup keyakinan diri kan. itu je lah.
*kalau orang dah berumur takkan kau berani nak berbahsa guwa lu kau dan aku betul tak


PERLU ke cinta sebenarnya. confius
saya takde jawapan.



kenapa perempuan single dan hot SEBAB
1. Paras rupa - Memang tidak dinafikan paras rupa memang perkara yang penting. Kebanyakkan lelaki akan melihat paras rupa terlebih dahulu. Sekiranya perempuan itu mempunyai paras rupa yang menawan dan menarik, takkan tiada lelaki yang terpikatkan? Jangan sesekali anda merasakan anda tidak cantik, semua orang cantik. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia. Ingat je, setiap kita adalah unik!


2. Penampilan diri - Even paras rupa menjadi point utama bagi seseorang lelaki, penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda mempunyai paras rupa yang menarik tetapi memakai pakaian yang selekeh, pakai baju macam sekadar ada je, siapa la yang akan tertarik untuk berkenalan lebih rapat dengan awak. Jaga penampilan anda dengan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana. Tunjukkan yang awak ini feminin.


3. Tutur bahasa dan adab sopan - Ni lagi satu pointnya. Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Tetapi ada juga yang tidak sebegini. Ada perempuan yang main cakap lepas sahaja seperti lelaki pula lagaknya. Mana lelaki yang tak terkejut kalau perempuan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sudah tentu ianya akan menurunkan saham perempuan itu. Lagipun, kan manis dan ayu kalau perempuan menjaga tutur kata dan adab sopan. Ayu, ayu gitu. Mesti ada yang terpikat nanti.


4. Tidak yakin pada diri sendiri - Perempuan yang masih single sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk lelaki itu. Mereka fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka. Siapa kata? Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan. Cuma cepat dan lambat je. Yang penting kena yakin pada diri sendiri. Even sebagaimana besarnya badan seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin. Even sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana anda merupakan seorang yang hebat.


5. Serik untuk berkapel - Mungkin pengalaman silam telah menyebabkan anda serik untuk bercinta. Serik untuk mempunyai pasangan di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang memedihkan. Tiada siapa yang akan berasa gembira bila dia ditinggalkan oleh kekasih yang disayang setiap masa. Kongsikan pengalaman anda dan lihatlah, anda bukan seorang di dunia ini. Ada ramai lagi rakan-rakan yang sudi membantu anda.



ps/ saya tak reti kapel,tak berani berhubung rapat dengan berlainan jantina, tak de perasaan sayang dan cinta lagi, biarkan je oke. nanti saya fikirkan, aku ingat nak ngorat yuna je kat fesbuk.

saya♥ yuna


bye

6 comments:

Aduka said...

5 ekor mati?
beli je yg baru..
hehehe..

Unknown said...

slow2 dayah
nanti ade lah tu
dan bile ade nanti, itulah cinta utk kamu :)

rhapsody LiN said...

xpe..no worries. lin pon single lagi. hehe ;)

dayah said...

latip- akan beli lg nanti :)

ery- ok tq ery. jodoh sume Allah tentukan kan.

lin- single mmg indah kan.

Chaon Cornerz said...

serik untuk kapel tue chaon la tue.. hahha..

ザ-sylver- S said...

okeh
gi tulis kenapa laki single dan hot..







dah setel, helo helo ok.

Pages