salam :)
maaf sebab sudah la ketinggalan nak apdet belog ini rupanya. sekali gus memanglahhh ye ye malas,haih malas wat belog. aku berjaya habiskan exam hari jumaat, exam economy tawakal shaja oke. belum lagik setat carik resource ekonomi esaimen. aku still in progress ngan website project. hopefully bole buat. sebelum balik dari exam economy tu sempat jugak flying kiss kat miss, salam and hug selamat ari raya, maaf sebab tak ingt terms economy bila jwb exam. banyak kot aku bantai ikut logik pasai trade ngan lupa2 jawapan ekonomi.
Sedar tak sedar mmm cepatnya Ramadhan nak habis, kemudian bulan syawal. raya 2010 :)
apa preparation nak raya-
1. nak duit raya
2. nak duit raya
3. nak duit raya
* senang lahh kalau simpan duit, dapat duit setat kumpul duit tuk beli kereta baru, scooter, rumah, belanja bole blanja sesapa ikhlas tau. Ramadhan dah tinggal berapa hari je, tinggal 5 hari lagi.
hari ni Ramadhan ke 25.
aku ingat nak beli bag raya tapi tak pasti ada peluang ke tak nak beli beg raya. al maklum lahh raya ala kadar tahun ini akan beraya sekitar ampang. tak balik kampung melaka johor terengganu atau sebaliknya. Abah pesan tak yah balik kampung sebab abah kat yemen tu. ohhhh duit raya mestilahh sah tak dapat dari orang tak dikenali melainkan menipu kata saya budak form 5, tapi duit raya kat tadarus khatam al quran adalah wajib tuk diterima itu je oke.
sebenarnya kita semua patut syukur bln ramadhan dtang setiap tahun sekali dan sebaik mungkin sebab dengan bulan Ramadhan, semua umat islam senang dapat pahala.Syukur baju raya dah ado, duit raya tak tentu. bag raya tak ado~ takpela.
Penting carik pahala bulan ramadhan.
Pahala yang aku dah cuba buat time puasa
-Tadarus ngaji ngan famili
-Senyum dapat pahala.
-Tidur dapat pahala
-Solat selalu. solat tahajud, solat sunat, solat terawih banyak ganjara dapat diterima. (Last cerita nak letak point kelebihan terawih ok) Sila rujuk kemudian
-Mengaji al quran ditambah tambah amalan pahala, try dgn baik aku dahh nak hafal surah alJinn
-Ringan tulang pegi bazzar dengan mak dapat pahala. kurang2 kan belanja berlebihan. ikut nafsu binasa, sapa suh membazir beli bnyak kalau tak larat nak makan sume..........setan abis kan makanan(pegi bazzar dah jadi favourite which i really like)
-bagi kucing makan, bagi ikan makan sume tambah pahala ni (aku tak sure kenapa sejak dua menjak ni ikan kecik yang baru bela asik mati, sebab unknown. aku anggap itu culture shock, ikan tak kuat, but sgt sedeh bila mengenang kan kucing parsi kesygn kat ruma mati sebab dia sakit tak lalu makan) :(
-err pahala kenyit mata kat abang tren ampang mm dapat pahala. haha senyum22x je lahh haa, senyum selalu, sopan je kan
Sebab Ramadhan tinggal beberapa hari lagi, mari mari tambahkan amalan mulia disini:
Semoga semua orang berjaya untuk buat terawih ok :
Kelebihan Solat Tarawih
* Hari ini malam ke 26ramadhan
aku dapat tahu sebenarnya tak perlu percaya bulat-bulat info itu tapi penting tuk mendapat pahala keberkatannya. Moga ALLAH terima amalan mulia hambanya dgn solat terawih :)
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama'
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
*Cubalah untuk berebut malam lailatul qadar ye iaitu malam 10 ramadhan yg terakhir di hari ganjil ok :)
Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr
Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahala yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.
ok :)
Ps/ Selamat menikmati bulan ramadhan, nak raya nanti raya biasa-biasa sahja oke. kita patut berkumpul raya biasanya jumpa sedara mara dan merpatkan hubungan silaturrahim bersama
ok :)
Ps/ Selamat menikmati bulan ramadhan, nak raya nanti raya biasa-biasa sahja oke. kita patut berkumpul raya biasanya jumpa sedara mara dan merpatkan hubungan silaturrahim bersama
i am really jeles sapa yang balik kampung dapat duit raya. nak wet raya, nanti nak post video tadarus quran
5 comments:
huhu... dh tua2 ni duet rye makin sikitt......
pjggnyeee entry niii..
+_+
detail pasal solat terawih.. nak duit raya dayah..!! hahha..
lin- susahkan nak dpt wet raya skang
latip- takpe, penatkan baca. tp blum bole saing ngan penulisan latip :)
chaon- dayah tak kerja, tadek duit.....chaon patut blanja dayah cd yuna :P
ada orang kata fadhilat terawih tu xsahih
entah
aku pun pening
apa2pun misi kutip duit raya bakal berlaku
hohohoho
P/S : Aku Maluuu
Post a Comment