Tuesday, September 14, 2010

Cara untuk menguatkan daya ingatan




Sejak kebelakangan ni aku asek ada masalah hilang ingatan. i mean lupa. lupa lupa terus ar. sangat merbahaya kalo di ikutkan aku ni masih lagi berumur 20-an dan muda lagi umur ni nak nyanyuk napa.
sepatutnya otak orang muda perlu dan penting bab ingat and recap all facts and studies. tapi masalah diri aku makin menjadi, maka aku try research sikit apa nak buat kalo kita asek menjadi seorang pelupa. cara-cara selamat untuk kuatkan daya ingatan pentingnya tuk fokus, then senang kerja boleh siap.

otak aku ni biasanya tak bole kerja 2 kali dalam satu benda. maksud aku cthnya tak bole belajar sambil dengar radio, tak bole tengok tb sambil study, sume tu tak serius punya kerja. kalo aku exam besar, semestinya aku perlu hadkan free time ngan study dgn efisien.

Sharing ngan caring pada diri sendiri. Semoga dapat selalu di amalkan ye
Banyak nak bebel eaaa, ni haa antara cara nak menguatkan daya ingatan:
1. Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi. Bila tidur awal, bangun awal bolela study awal kan.

2. Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa kita tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan terganggu. Jaga hati dan emosi sebaik mungkin sebab manusia lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Kawal tekanan sebaiknya pegi bertafakur ke bermeditasi, membaca Al-Quran,dan sebagainya. Bila baca al Quran cuba hafalkan ayat al quran, mana lah tau dapat kuatkan daya ingatan kan. kalo nak fokus tu bole jea mulakan doa
baca Al-Fatihah, berselawat dan niat mengikut hajat dgn kawal emosi sebaiknya ah.

3. Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki. Senaman ngan urutan kat muka, mata ngan tangan gerak2 pon dah cukup kan. exercise jugak pe

4. Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup tidak ceria. Cubalahh senyum selalu dan elakkan masalah kat kepala otak tu. Ubatilahh diri dengan selalu beramal-ibadah dan relax pergi amik cuti.

5. Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jangan cuba mengambil ubat tanpa arahan doktor.

6. Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, ke belajar main gitar, mengikut hobi lah gitu kan.

7. Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda. Kalo aku ni jenis suka main zuma kalerful games tu ngan bookworms :D

8. Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan. Manala tau bole share fakta ngan member lain jugak gitu

9. Katakan Berulang Kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut. Kalo nak study ekonomi, aku rasa aku nak tulis dan hafal lepas faham apa yang aku baca. Kebanyakkan exam lepas aku tadapat nak faham sebenarnya. amende tah ekonomi ni kena jeaa belajar kan. duniawi sume ni. takpe faham dlu baru hafal tau

10. Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Kita dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

11. Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu,kita jugak boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan. Cth terbaik lagi kalo main sudoku, ngan kira-kira plat kenderaan secepat mungkin. dapat asah daya ingatan kan...

12. Membaca Al-Quran
Amalan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran sememangnya dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik




cute tak lagu baru aku letak ni. lalalala la la! pimples kat pipi aku dah nak baik. i guess hormon nak period la akan datang tu. oyhh tak best


Bye

3 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

permainan seperti sudoku dan crosswords pun elok juga rasanya tuk kuatkan ingatan..

dayah said...

sis afzan- mmg best, mncabar minda sudoko tu, sy tak pandai nak buat sbnarnya

fahmiamni said...

thanks 4 da info ^^

Pages