Ramai yang dah post kad raya kat fesbuk, tag picture tuk berbuka dah biasa ada, bab kad raya, video raya banyak dah dilihat kalo lawak tu mmg takleh belah. seronok jugak bila melayankan dah nak raya. Aku beraya kat KL. Tak bole balik kampung dah dipesan pesan oleh big boss mama and bak.
Raya tak syiok kot kalo fikir panjang. rasa sayu jugak tadapat balik kg beraya ngan sanak sedara dan rugi..chance tuk ngumpul duit raya, ahak tak dapat berjumpa satu kluarga.
Sebab sebenar tak balik raya, abah kat yemen jauh tak beraya atas urusan kerja dan pesan dia takyah balik kg tahun ni, buat sederhana sahja ye. Bak, aku rindu bak. terasa sangat janggal tuk beraya tanpa bak tahun ini. semoga mama tabah dan kuatkan diri bila dengar lagu raya yang bakal berkumandang nanti. Takde bak kekadang teringat kan bak pegi balik guna moto dari masjid, teringat bila bersama nak mengaji tadarus al quran kat rumah, teringat nak salam tangan mohon kemaafan setiap tahun, teringat nak peluk dan cium tanda terima kasih sume. teingat nak makan ketupat lauk lodeh ngan kacang. I miss you bak and sometimes it do hurt because of missing org yang disayangi, but life must go on :) ohh entri dah terpesong tgkla. tebabbas
Di sbb kan dah nak raya, so nak post entry pon mestilah ada unsur-unsur nak beraya, nak mintak wet raya dari rumah ke rumah bak kata HANS, bole rujuk dari entry dia dah bagi tips cara-cara nak dapat duit raya. target rumah orang besar dan dermawan. kenalah wat muka kesian jugak ye kan. wee tak berani ar nak mintak duit raya, muka ni pon dah matured terus. badan pon dah mcm org berkerjaya. Tapi aku masih student lahhh.
DAH nak dekat raya ni secara normalnya aku dok tunggu mama keluarkan sampul duit raya tuk bdk2 yang bakal bertandang kat rumah nt aku masukkan duit raya. mama tak bagi duit raya for free kat aku. tapi aku dapat duit raya tadarus quran nt rm100. Syukur. meh duit, bole beli CD Yuna. keh3
Duit raya dalam persiapan, baju raya ala kadar je sehelai dua helai. sehelai je yg ada akan di pakai tuk first day raya lah nt. Raya pertama hari Jumaat kan. lagi tinggal 2 hari nak puasa.
Janganlah cepat sangat bln Ramadhan nak berlalu. Banyak amalan pahala boleh dapat bulan ramadhan kan. Dah nak raya , kuih raya mestilah terhidang nt kan. Famili aku tak setat buat kuih raya pon. serius. aku beli kan satu bekas kuih raya tuk mama. mama pon just oder beli je kuih raya tahun ni. barang persiapan raya cam langsir nak tuka tu adalah wajib tuk ngemas sikit demi sedikit. rajin nanti aku tolong kemaskan yeah.
*Amalkan bersederhana sahja ye raya yg akan tiba nt, makan tu pada-pada kang perut memulass tak sudah terukla nanti :P
nak mintak duit raya sapa ye
selamat hari raya bakal tiba, maaf zahir batin.
6 comments:
slmt ari raye dayah..
jgn cdey2 ye..
tnpa bak, raye msti cria tau..
;-)
latip- orait. takpe. meh sini duit raya. hohho. selamat hari raya , maaf zahir batin :)
selamat ari raya dayah.. hehe
Selamat berhari Raya dayah.. rajin2 la beraya rumah orang kaya2 kalo nak banyak duit raya.. hahha..
selamat hari raya..
mintak maaf kalau de salah and silap. :)
nisa- selamat ari raya too :)
chaon- jom join pegi carik rumah besa
Anne- thanks dropby. selamat hr raya :)
Post a Comment