Wednesday, August 11, 2010

handphone. dan motor

Salam.

aku ada satu artikel kat entry pasal keperluan. sikit sebanyak buat aku rasa tersedar hari ini tuk bersyukur je apa yang patut. aku dah ada handphone tapi leka. leka leka leka, hp letak merata habit biasa. bila nak guna hp baru mencari, bila xnak guna bersepah ke laut. calar balar handphone guna dah 5 tahun tak tukar-tukar.

Hari semalam sudahla tayar motor itu pancit, aku keluar rumah bawak handphone pulak. ok safety needs.
pentingkan, nanti kalau sesat ke bahya kat mana-mana, kan senang nak contact.

Lepas motor pancit. aaku mandi keluar rumah,capai duit, ic, handphone and amik helmet. dah sampai tutup enjin moto. parking betul-betul depan kedai moto apek lee kat dpn setesen lrt ampang.
da prasan parking,ada brader apek ni banyak kerja. tergedek-gedek tu tanak layan kot. bizi.
aku tegur, awak tengok..motor pancit kan ini kasik tuka dgn tambah minyak 2T. minyak moto wangi sepanjang zaman. padehal, tuk vitamin motor. moto kena jaga so kena letak minyak hitam tuk enjin moto kurang geser, kurang panas. kang meletup naya plak. moto kan kena jaga elok-elok. haihh bila mau ada kereta. motor baru, insya Allah ada kot.

pasal handphone yang aku bawak kan.
aku tunggu setengah jam repair moto, minyak, tayar, brek charge total rm20.
dok bosan-bosan aku mesej guna hp tuk wish selamat berpuasa kawan-kawan, dan forward msg2 :)

selamat berpuasa. aku dan bulan puasa and raya tahun ini berbeza tanpa abah. semua kan dah besar, duit raya nak jugakkk k


aku mesej kat kawan, tapi sudah la kawan. mahu dibalas tak balas saje kan kadang-kadang terasa. ohh tidak

kadang-kadang terpikir jugak bila kita ingat dia, tapi dia ingat tak kat kita.
Oke ikhlaskan diri, hantar pesanan msg pada kawan-kawan :]

handphone
artikel ini aku share

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan
Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -


1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )


2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja. Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

oke bye.

pegi kelas jam10 lab. balik pegi bazaar nak ayam percik, yey

Ps/ kalau bab info hp tu tak dapat apa hasil yang sepatutnya, buang kan hp jejauh bagi kat saya. keh3. sbabnya, saya baru tahu and just sharing the info psl hp :)

10 comments:

Cik Bucken said...

huiishoo..camtu skli terer hendepon nih ^_^
slmt pose2..

MOFASAD said...

selamat berbuka! :P

econpolics said...

aku ada baca gak b4 ni,,,,tp xpenah praktik lg,,heee

Aduka said...

camat berpose dayah..
=)

Unknown said...

selamat berpuasa cik dayah


erhh ayam percik?
terliurr
:P

dayah said...

cik bukhen- selamat berpuasa, selamat beramal, hik :)

mofasad- jom bbuka

lok- aku tgh cuba ingt nk dial 112

latip- selamat berpuasa too :)

ery- sedap tu nyum2 :)

Amoi said...

result unknown lah bila tekan *3370# tu. baru nak test. bateri phone selalu kong. HAHA

cam ne ni?

haha

hans said...

owh
serius kalau dail tu ada bateri kuasa tambahan?
aku nak cuba lah

selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat bertarawih dan selamat bersahur

P/S : Kalau Hari - Hari Macam Nih Mak Dengan Abah Tak Payah Dok Risau Dah!

Pusher Aries said...

selamat berpuasa yaaa

dayah said...

amoi- a'ah. bila tgh low bateri cuba try skali lagik. keh3, tak tahu la cemna nak uat kalo tak bole gak. sori amoi

hans-haha, smg berjaya, xdapat nk nolong kalo tak leh uat

aries-selamat berbuka puasa tu :)

Pages