Tuesday, August 31, 2010

Rambut itu hair




sume orang tahu tak rambut itu apa.
rambut tu rambut. Rambut means hair.

kepala rambut aku gatal kadang-kadang, kadang-kadang rajin sahja rambutku jatuh berguguran bila aku menyikat guna sikat ah.
memang kepala rambut tengah gatal ar, ingat nak potong rambut tapi sayang.
rambut silalah dijaga sebaik mungkin ok.
aku akan sahja share bab penjagaan rambut kat entry hari ni, tapi sebelum itu. nak ambil kesempatan ingin mengucapkan,

selamat menyambut hari merdeka ke 53 Malaysia tanah air ku tercinta. I am proud of Malaysia :)


1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia


Terima kasih Malaysia :)




Kembali entry.
Rambut.
Banyak perkara tentang rambut..Ada yang berkelemumur,ada yang berkutu dan ada sebagainya..Tapi tahukah anda jenis rambut mewakili tentang perwatakan anda.
Jom kita semak..


Anda tergolong dalam golongan mana

1) �RAMBUT LURUS �-
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan


2) �RAMBUT KERINTING TEBAL� -
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,


3) �RAMBUT KERENTING NEGRO� -
bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah


4) �RAMBUT IKAL MAYANG� -
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.


5) �RAMBUT HALUS / LEMBUT� -
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.


6) �RAMBUT SIKIT� -
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.


7) �RAMBUT PERANG� -
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.


8) �RAMBUT TEBAL� - bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan,dan pandai mengambil hati seseorang.


9) �RAMBUT KUSUT� -
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.


10) �RAMBUT BERUBAN� -
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri


11) �BOTAK �- sendiri pikir..muahaha

Ini hanya sebagai renungan agak sahaja..Tak semesti mewakili perilaku anda.."

jumpa fakta ini masa gogel

aku dalam golongan bab num4. tapi aku suka lahh kalau rambut aku sndiri transform gaya negro afrika, tapi tu mimpi lah. hajat ingt nak potong rambut sendiri depan cermin tapi eee sayang ah.
Oleh itu silalah rajin jaga rambut selalu. apa yang aku amalkan sekarang:

sikat menggunakan jari

kalau baru bangun dr tidur, sikatlah menggunakan jari2 untuk meleraikan rambut2 anda yang kusut dan tersimpul... "guna jari pon bole"


okaylah...tidur yang mencukupi turut mempengaruhi rambut yang sihat tahu......nak tido dulu wink.gif

"there are no ugly girls, there are just lazy girls" rajin2kanlah diri anda dlm memperbaiki kelemahan diri..jaga rambut selalu. rambut itu hair. hehe. bye

peace

Sunday, August 29, 2010

Hidup & mati Allah tentukan







SALAM RAMADHAN KE-19

CUBA BREBUT MALAM BERIKUT-
Malam Lailatul Qadar adalah malam di mana Allah SWT menurunkan firmannya ke langit dunia menerusi al-Quran.

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah.
Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka dia disayangi Allah dan diberi petunjuk


RASULULLAH SAW bersabda: “(Iaitu) ada pada bulan Ramadan. Kerana itu hendaklah kamu mencarinya pada 10 hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, serta pada malam terakhirnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)




Aku bangun pagi bersahur. Selesai makan, dan macam biasa, mesti sdikit terlelap depan tb.
Aku terjaga dan terus solat subuh and tadarus alquran bersama keluarga.
selesai sudah tadarus jam9 aku bersiap pergi kelas agama ustaz ishak Din.

Hari ini kita hidup aman sejahtera dan syukur apa sahja yang ada, aku sedar, kadang-kadang kita diatas, ramai orang kenal pada diri kita, kadang-kadang kita dibawah, ramai orang tak nampak siapa diri kita ni.
Lumrah dunia. AKU belajar hari ini kat rumah ustaz yang kita berkawan ngan guna akal, kita berlawan ngan nafsu. Lpas je balik kelas ustaz aku ingat nak tidur, tapi tak jadi. Berjaya melawan nafsu tidur di waktu pagi ini adalah amalan baik sebabnya, sapa selalu tidur taime pagi rezki tak masuk ngan berkat.




aku dapat call 2 kali.
First call, nak call umai xdpt,so umai wat call, Umai nak bgtahu tak datang aaa MDR bnyak hal masing2, lagi pon kang balik lewat tu, solat magrib kang free tetinggal. kurangkan sosial bln puasa kan. keh3. alasan normal dalam hati, malas klua ruma walaupun terasa rugi nya nak kua bbuka puasa rramai. ada hari ada batas, lain hari kita balas. Jumpa lagi kalau ada rezki kwn2 MDR. MDR EDISI BERBUKA PUASA.


Second call.
Sedara kat johor call aku jam 4.40pm

Berita yang mengejutkan aku hari ini, aku dapat panggilan kematian, pemergian bapa saudara.
camna tah shima dah call yg aku jwb tekejut gak plak
"nurul mm, ko tahu tak", apa die, "pak darus, suami mak yah meninggal"
cepatnya dia pergi di bulan ramadhan. dengar kabar, orangnya sihat dan sebab semput je arwah pak darus pergi meninggal dunia jam2 ptg. aku macam tak percaya. mama pegi call mak cik. dan tanya mcam-mcam.
Ajal semua ditangan Allah. setiap yang hidup akan pergi jugak smuanya.
Al-fatihah Pak darus.



Saturday, August 28, 2010

Sabtu



Salam

- Bangun22x, sahur, pegi tolong mak masak. bangun jam420 pagi, ingat nak bertahajud. tapi nafsu malas sangat hebat. biasa tolong kemas, masak, done makan. selamat berpuasa

-Tertidur tengok nur kasih ending hari nih ngan ngadap tb ustazah asni ajar mengaji dengan anak murid kat tv3

-selesai subuh,port mengaji tadarus dengan famili kat depan hall. aku ingat nak claim RM 200 kalao berjaya khatam tadarus. ahaha. biasanya duit raya RM 50 je wajib dapat. nak mintak llebih ni apakahh ke nak kena pelempang ke.

-aku on laptop, nak fikir wat system. Aku ingat godekje kat youtube nak design website (even buta coding), harap tak putus harapan mencuba lahh mana tahu siap websiet, but rupanya tertidur kat katil. malas mahu fikir panjang hari sabtu holiday ar

- aku nengok mama suda pulang dari pasar pudu dan tolong kemas skit, bab mengemas memanglahh udah menjadi tanggungjawab wajib pekerjaan aku, hasil berkat duit upah belanja mingguan mama selalu bagik. syukur i lebiu amma :)

-aku mengadap laptop. macam mana ni website system T_____T

-melayan game, facebook, lagu macam satu hobi tak baik. sume benda tak siap kalo kita asek tangguh

- tengahari tu baru aku turun bawah pukul 12 lebihh, tenampak mak penat tetidur kat lantai dpn hall, sbb orang baru balik belajar dari UIA. Aku belek paper kosmo. "apa lah khianat tul kes guard kena tegur tak buat kerja dok pergi tembak 2org guard yang menegur dia. kena rasuk kah. sib bek kes org india"

-AKU cuci bekas akuarium 2jam. ikan bekas lagi satu tu yang ada ikan puyu sume mama dah derma kan orang. dah bagik oranglah. haihh. cuci bekas ikan takes time dkt 2jam. almakk, sbb lama tak tegur ikan, kan dah kena spent taime ikan lebih. kucing lembut aku lari terus nampak aku bila niat aku betembung ngan dia. "aku nak mandi kan kao,sebb aku belum mandi lagi", kucing aku kata "baik aku larik seblum bau asal aku berubah bedak flower enchanteur lagik".
ceh, betul2 dia lari. besok je lah mandi kan kucing lagi.

-aku mandi baru solat zohor. hari sabtu je kangkadang rajin mandi sekali. haha, jimat air.

-MEMANG hati berhajat nak pegi gathering GB kedua kat Shah alam, tapi haihh ada agenda lain perlu diutamakan. sbb menunggu kedatangan orang berhormat nak berbuka puasa kat ruma :)



mohon krim salam jauh gengbelogger dari ampang dan doa2 ada rezki jumpa lagi ye :)

2nd GENGBLOGGER GATHERING!!
Buka Puasa aku tak dapat join, maaf maaf. jaga diri selalu keyhh





Friday, August 27, 2010

Pengakuan seorang lelaki gigolo




Sahja mahu share lagi cerita.
Cerita for fun :P


Seorang pemuda frusted mencuba-cuba menjadi gigolo. Pengalaman pertamanya bertemu seorang ibu muda datang dengan kereta mewah. Pemuda itu dibawa dengan kereta mewah menuju ke sebuah rumah besar milik wanita itu. Sesampainya dirumah, Dia di suruh masuk ke dalam sebuah bilik. Si pemuda itu merasa nevous karana ini adalah pertama kalinya masuk ke bilik wanita lain.Fikirannya tak menentu, bingung dan juga kekok. Semakin di fikir seperti itu, birahinya juga makin muncul. Sebelum melakukan apa-apa, wanita itu berkata, "Kamu bukakan dulu baju kamu dan tunggu disini dulu ya, jangan ke mana-mana," ujar wanita itu kemudian keluar dari kamar. Pemuda itu makin bingung kerana ditinggal keseorangan. Dan, dia malu untuk telanjang kerana tubuhnya kurus. Akhirnya dia membuka semua bajunya,dan menunggu di bilik.


"Ah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan," fikirnya.


Tak lama kemudian, ibu itu masuk ke dalam bilik. Kali ini diikuti oleh dua orang anak kecil.

Ibu itu berkata kepada kedua anak kecil itu,"Tengok ni, Wati dan Budi, kalau malas makan badan kita jadi kurus seperti abang ni" Huahaha..ha. .ha..
Waaaaaaaaaa Serius nampak Baca tuuuu... HAHAHAHAHAAAA



Ps/ Tadda, akhirnya itula pengakuan berani cerita gigolo ini kan kan memang cool. cerita just for fun :)

pening ar nak stat buat website business perfume project documentation ini sendiri bila tak ada kemahiran IT yang berlebihan. Selamat berbuka puasa nanti :)

Thursday, August 26, 2010

Seluar dalam





CERITA FOR FUN

Isteri Ah Chong marah-marah dan menuduh pembantu rumahnya mengambil seluar dalamnya. Keadaan kecoh membuatkan suasana yang bising dan mengejutkan Ah Chong dari tidur.

Ah Chong: Apa yang bising ni?

Isteri: Seluar dalam saya hilang bang.. tentu Seri (pembantu rumah) yang ambil

Ah Chong: Seri, betul kah kamu yang ambil?

Seri: Tidak Pak, Seri tak ambil

Isteri: Kalau seluar dalam biasa saya tak kisah, ini seluar dalam berjenama. Masih tak pakai lagi. Bukan satu tapi setengah dozen. Seluar dalam tu saya beli masa kat Eropah dulu…

Ah Chong: Tentu awak tak cari betul ni…

Isteri: Dah semua tempat saya cari. Dalam rumah ni tak ada orang lain yang ada. Tak kan la abang pakai seluar dalam saya…

Ah Chong: Mana ada abang ambil…. Seri, betul ke kamu tak ambil seluar dalam tu?

Seri: Betul Pak.. sumpah. Pak pun tahu saya TAK PENAH PAKAI seluar dalam..
masakan saya teringin seluar dalam tu..


Ps/ err spenda, tolong jangan letak merata-merata ok :)


gambar bawah ini wallet adek sedara. dia dah bagi saya simpan kan :)

cantik letak atas buku, kawan-kawan kolej aku seyes syuka lah plak :)




aku dah tuka project assignment photography service to jual perfume. kawan aku suh jual spenda, aku cuma segan nak present cmna la gayanya nak present spenda!

Wednesday, August 25, 2010

Design websiut sweet nya. tengah belajar nak design website

Oke, aku tengah buat preparation untuk project design tuk satu website.
website yang aku pilih adalah photography services.
aku suka tengok gambar.
aku suka tangkap gambar kadang-kadang.
tapi gambar biasa-biasa je.
kalau cukup duit bolela rembat satu dslr kamera.

website ini masih lagi dalam construction. namanya Mia Photography. Aku suka kan nama tu, aku create terus sahja ya. aku buat sikit-sikit. ingat nak try domain free sendri dalam website itu,tapi takde la lawa sangat and masih belajar lagi nak design website. ohh lala, memang tak sangka kena create website sendri lepas belajar kelua masuk kelas system.

ada yang best ada yang sengsara. aku beginner
WEBSITE INI, belum siap. tapi ini hanya contoh saja

MIA PHOTOGRAPHY




Ps/ yang aku buat betul2 kat tab MIA PHOTOGRAPHY, lain-lain belum siap MASIH UNDERCONSTRUCTION

Monday, August 23, 2010

Kena kerja ke buli lagi


ohh entri emosi



Kau tahu tak aku dah lama tak buat entry sebab tenet rosak maka tak dapat online la kat rumah, rupanya modem rosak. modem ngan wireless tu sume aku pasang, ulang semula. AKU pasang.
syukur nasib baik ada internet. 3hari 2mlm tanpa internet bagi mak aku katanya macam rasa lain sangat tak dapat contact ngan abang kesayangan, ohhho. tak dapat contact dengan bapak aku kat yemen. aku cuba fahamkan balik, mestila nak contact ngan orang yang disayangi dan penting sangat yang duduk berjauhan mana pon tak kira masa kita bole guna internet. Bila kita online, kita dapat merapatkan hubungan silaturrahim. tahu semua perkembangan semasa. dan lain2. ahh malass nak berfakhta


Kenapa tah aku rasa nak post entry berbau hangit.
memang tak menyenangkan perasaan. semua orang tak suka kena buli oke.n

sebenarnya ada kejadian di sebalik kes tadek tenet kat ruma ngan buli.
aku mengenang kembali kisah silam aku dari kecik sampai dewasa, aku tak ada hebat mana.
aku orang biasa2. aku manusia biasa-biasa.


Buli tu maksudnya kena buli la, kena jadik kuli orang buat macam-macam, kena denda tanpa sebab, kena pukul tak bole balas. ini semua tak adil. aku macam nak tonjok aja muka pembuli tapi tak berani ar. err takde lagi belt hitam karate

Akibat kena buli:
1. Bila kena buli, rasa macam down sangat. sangat2 down. sangat2 kecewa. sangat2 hodoh dan asek fikir banyak kali betul ke tak aku buat camnih.

2. banyak kali perasaan kurang keyakinan diri terserlah

3. banyak kali rasa macam muka saya sangat hodoh sehodohnya macam kuali hitam bawah api

4. rasa macam tanak keluar bilik dan asek memerap bilik sendrian

5. menjadi seperti katak bawah tempurung



Oke. biar lah aku cerita kan sikit pasai buli ni, kes tenet baru-baru ni rosak dan meragam kat rumah beberapa hari ini. sebenarnya tak ada la sangat sebb alasan tak bole buat entry baru. macam tak ada semangat bersungguh2 kat mana-mana skit. banyak homework, masih lagi merangka diri dan bersiap diri tuk berperang2 jihad. aku belajar untuk penuhkan ilmu yang berguna di masa hadapan ntuk di praktikkan.

Aku punya tenet rosak, aku pegi call TM firstly, dia suruh cek modem, cek command prompt, cek internet connection yang missing. tapi tak berjaya, aku call hari sabtu petang. Next ahad aku call pagi2, benda yang sama aku buat tak berjaya sampai pukul 8 seetengah aku pulun cek tenet ni napa merajuk ke. lastly aku mintak tooolong abang IT masa aku kerja kat UZMA.
dia ini punyalahh baik tak terkira melayan aku masa aku sensorang kat ofis. padahal kena paksa terpaksa mengadap depan dia. dia lahh ofis mate aku masa aku kerja praktikal dulu.
tapi position dia up la. sebab nya dia sorang je orang IT.

banyak merapu dah lepas tu. dah lama tak contact ofis mate abang IT ni. bila ada masalah baru teringat nak contact orang kan kan. sebenarnya aku malu. malu dan segan tuk contact orang yang berkerja. aku student kolej. kang diajaknya aku keluar sana sini macam gaya orang berkerja aku nak bergaya macamna. bukan ke malu pada berlainan kaum tu satu perkara normal. haha.
aku memang segan nak bergaul ngan orang bukan baya aku time tu. tapi lama2 aku oke je.

aku time tuh baru nak naik position kunun2 dari praktikal to a staff sales and admin.
tapi lasly aku decide sendiri nak belajar kat kolej semula, dan tinggalkan tempat kerja.
aku dah tak nak ngadap files and invois pekerja. mmm mmg tak suka !
tak minat kerja sangat laa kan.

tapi dalam banyak2 tak suka, aku belajar macam2, dari tahu kepada dah tahu.
itu new experience.

sebab tenet rosak, aku panggil abang IT ni, aku call lepas telefon telekom TM teknikal tak membantu. abang IT tak tahu num aku. aku call je tawakal mana tahu dia bole tolong kan. aku call assalamualaikum, abg w, internet rumah rosak. tak ada line. di jwabnya, sapa ni? ni nurul....dan dia ingat!
memang tak sangka ada jugak orang nak ingat bila dah lama tak contact. arapan aku agak tinggi nak mintak dia repair masalah internet kat rumah memang melesets. aku pulak ditugaskan beli modem punya product, brapa ringgit punya anggaran aku tak tahu. dikatanya rm 200, aku bawak rm 200. sampai je kat Ampang point aku masuk kedai pc modem harga sume range rm 269. mana ada cukup duit!
aku contact2 abg w, betulke nak product camni camtu. aku agak bengang ngan dia sejak dulula, aku kerja dulu satu admin dengan dia, dia suruh macam2 hantar barang kat sana, suka ngejek aku, suka skodeng aku buat apa, suka carik pasal bila aku tengah kerja, pendek la cite dia suka buli aku. kadang-kadang lelaki ada gedik kan.

tapi aku rasa dibuli2 aku tu macam seorang adik je ye. aku hormat cara kerja dia, sebenarnya orangnya baik tapi kita yang kena faham cara hidup dia kerja dengan orang ramai. ceh nak puji pulak bagus la sangat.

aku beli barang tapi salah product! dia bukannya nak sound masa aku dah terbeli modem yang tak sama match ngan tenet rumah. hampa gile malam ahad. abg w, datang lambat, kiranya jam 11 malam macam rushing. aku dah lama tak jumpa dia. agak2 setahun jek. dia baru bergelar bapak pada 4bulan lepas. aku gembira bila dia gembira.
tapi teramat kekok sangat bila dia buat muka serius repair barang2 komputer kat rumah aku. aku tak berani cerita panjang ngan dia. aku tengok dia bukak laptop dia gambar background baby boy anaknya. happy je kan. aku mula borak sikit ngan dia, abg w, tadi berbuka kat mna? "kat rumah akak ipar" pendek je jwab. aku kata lagi, lepas tu buat terawih ke, saja nak sindir dia datang lambat arr kat ruma tuk repair sbb, mama mengantuk. tu je aku kesian. pastu dia jawab "tak". dia cek-cek aku tengok muka dia sama je, badan kurus mungkin bulan puasa :)
pastu dia mintak aku bawak telefon ruma dari bawah amik, nak buat testing line tenet ok.


last-last cerita tenet rosak ni dia pas kan aku buat kerja. dia tak tahu aku kolej lagik.
segan, tak cerita panjang. aku kata camna nak mulakan. firstly call orang TM mintak line streamyx rumah oke ke tak, mintak password streamyx and log in. aku follow je apa dia kata.
lepas siap call TM, aku try call abg w, "ohh abg w gedik", aku call dia. skang dia kerja kat Cyberjaya. mungkin dia tuka kerja sebab ada better offer kan, kena la kerja tempat baru plak kan. ada new experience kan.
aku call, assalamualaikum, "abg w, sy dah call TM line sume ok, maybe modem ngan tenet connection yg takleh". oke nanti nurul try beli ngan cek barang product modem ini Belkin, harga sedap duit melayang modem ni je dah RM 339 DAPAT potong harga kurang, RM335




habis duit

abg w' tak membantu aku, malahan telah tiba-tiba mengajar aku selok belok internet punya ilmu pulak.musykil saja aku rasa. lepas aku beli barang 2-3 kali cek mna modem punya product yang elok. rupanya modem yang mahal lagik elok kalo beli lagi bagus.
jaga2 modem selalu lah naaa lain kali, jgn rosak2.

aku kecewa kat abg w' yang tak membantu sgt, tapi dia ikhlaskan diri sanggup datang malam ahad lerr. so kami bagi upah RM50 dia dah datang kena bagi upah transport, sikit plak terasa bersyukur dapat jumpa dia.
aku arap takde masalah apa lagi.


selamat ari raya, maaf zahir batin.
aku perasan dia dah tak friendly kat aku. abaikan aje lahh kalau kau terasa sendri.
prasan!

bye
Ps/ segan mahu contact beliau abg w. malas aku nak call dia ckp dah oke sbb sume aku pasang tenet cuma nak arrange desktop punya line tenet je blum cek, syukur saja dah elok modemnya. susa2 je


jom buat homework



pagi isnin biasa ini sekor kucing rumah parsi kucing kesyangan mama ku mati, aku tanamkan pagi tadi. sebb kucing sakit dan tak makan2. mmg terasa pemergian dia dan menangis sendri sekejap. tinggal la 9 ekor kucing~

Wednesday, August 18, 2010

Fikiran serabut nak buat apa yerr. jangan asyik berangan. bangun20x






Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan diri sendirik kini di mana sahja kau berada. contohnya aku dari kolej ke rumah, atau dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut. Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.


Antara perkara yang biasa dilakukan mengikut berikut:
1. Tarik Nafas

Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda. tarik je lah nafas hembus balik. kao jangan mengentut bila tarik nafas lepastu berbu sudahlaaaa.

2. Ambil Wudhuk

Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis

Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis. menulis biasanya aku akan mulakan dengan nota kecik, list on what to do. takkan la tak pernah cuba

4. Kenalpasti Yang Utama

Setelah puas dengan apa yang ttulis, lepas tu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta? yang ini target objektif maksudnya, apa matlamat hidup dlam jangka masa pendek, dalam masa panjang. Contoh aku niat ingt dalam masa panjang dan terjamin nak beli kereta sendri. Jangka masa pendek maybe aku nak selalu happykan famili sendri.

5. Buang Yang Tidak Penting

Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. kemudian dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak. buangkan gambar kenangan yang tak menarik.

6. Cukup Rehat & Tidur

Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi

Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika diamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar. err perkara ini aku selalu buat lahh.
Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV. ini pun kena kurangkan, terpaksa mencuba kurangkan la gitu

8. Kembali Kepada Alam

Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga, bawa kawan-kawan anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Kemas Ruang Anda

Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.
err bilik aku memang serabut bila banyak assignment nak kena setel.

10. Berkongsi Masalah

Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka. erk. selalu malas nak sharing problems sebab hanya Allah saja yang tahu. aku selalu doa dan bercakap pada Allah, berikanlah kami umatmu berbanyak kebaikan dan jauhkanlah kami dari keburukan

11. Buat

Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!

Homework jangan tangguh♥






oke. aku cuba share sudahhhh sekian kat sume info ini , selamat beramal dan mencuba. aku masih belajar tak mahu serabut kusutkan minda. nanti otak tak cergas


ps/ aku ingat nak rajin buat revision. aku nak rajin jawab assignment. Tadi jawab pretest exam bagaikan kucing tak puas hati nak makan, takleh jawab part soklan ekonomi yang ditanya "flying geese pattern".

Bye

diri nak kaver malu, pegi buat muka tembok. bye










entri emosi

Bencik, hari ini aku pegi kelas kena tegur sebab sign attendance berlebihan. Padahal sengaja aku biarkan sign awal dan besok takyah la sign. aku gila sign. aku bukan gila. aku waras. aku berpuasa perlukan tahap pemikiran seorang muslimah sejati. oke kena perbaiki diri dari segi dalaman dan luaran lebih cantik dan manis bila dilihat. err.

lepas ditegur aku fikir, wteva lecturer. bebal tetiba. bebelan lecturer melekat kat kepala otak, awak jangan pandai2 buat sendri jadual kelas, ikut yang ditetapkan. pottt.
aku tak suka....................dia bebel............paling sedar je, aku kata "baik puan"

kaver sikit malu kat satu kelas sebab bila dia bebel dan aku ter'sign attendance lebih. tu dia targert selalu kat aku, grr. kalau kita salah smua salah jadi benda watak utama kat kita. baiklahh puan. bagik saya extra marks, kalau tak sy ugut. gurau23, kaver diri sendri lasly dan aku cuba buat-buat keja rumah lain

puan kata besok awak datang kelas. padahal aku dah datang pon kelas dia ni haaa.

tak bertimbang rasa betul. cerewet, bosan, pengajaran yang tak menarik tanpa alat kemudahan sepatutnya disediakan. sediakan lah ai blueberri bersama yuna dan satu dua tiga




Bye

Friday, August 13, 2010

Test skill lahh







Latih diri. Kali ini kita buat latihan part deria otak dengan kaki dan tangan







-Kita semua tahu yang otak sebelah kanan mengawal pergerakkan anggota kanan kita dan bahagian otak sebelah kiri untuk anggota sebelah kiri. Tetapi otak kita ada kelemahan yang ketara. Cuba latihan untuk otak ini. 5 minit fikir sikejap

1Dengan menggunakan jari telunjuk tangan kanan anda buatputaran kecil mengikut arah jam di udara.
2Jangan berhenti dan sambil itu angkat kaki kanan anda dan menggunakan ibu jari kaki kanan anda itu buat putaran kecil mengikut arah lawan jam...
3Anda akan dapati yang putaran jari telunjuk tangan kanan anda secara otomatik akan mengikut arah putaran lawan jam seperti kaki anda.



Adalah mustahil bagi manusia untuk melakukan latihan ini dengan putaran yang berlawanan arah dan jika boleh anda boleh melakukannya anda adalah manusia luarbiasa. Dan jika anda sedang cuba melakukan latihan ini ditempat awam orang lain yang melihat anda akan kata"apahal mamat tu, gila ke apa"...

juadah makanan berbuka puasa hari jumaat sgt menawan yaitu dada ayam percik, sate, mee kari, roti john, tapi roti boom yang ku ingini takdapat di belik lagi...pergh, tertelan air liur. selamat berbuka puasa nanti

Thursday, August 12, 2010

Kaki oh kaki

entri pendek dan aku dah cuba
tengok kehebatan kaki... kejap renung-renung, dan terima kasih.
kepada kaki. aku bersyukur kerana adanya kaki :)
Ambil masa 2 minit untuk mencuba benda ni

Buatlahh sikejap saja ya

1) Lunjurkan kaki kanan anda ke depan sambil duduk2 di atas kerusi.
2) Buat pusingan arah jam (kaki kanan je yang berpusing2.. anda tak payah)
3) Sambil kaki kanan anda membuat pusingan mengikut arah jam, cuba lukiskan angka '6' di atmosfera anda dengan menggunakan tangan kanan.
4) Kaki anda sekarang ni masih berputar mengikut arah jam kah?





Haa... Cuba buat sampai anda berjaya yeks
Ini adalah info dari bahagian Ortopedik..



berjaya :)

Bye

saja test skill deria kaki. oke nak sambung lahh assignment skit sebb nak submit besok :)

Wednesday, August 11, 2010

handphone. dan motor

Salam.

aku ada satu artikel kat entry pasal keperluan. sikit sebanyak buat aku rasa tersedar hari ini tuk bersyukur je apa yang patut. aku dah ada handphone tapi leka. leka leka leka, hp letak merata habit biasa. bila nak guna hp baru mencari, bila xnak guna bersepah ke laut. calar balar handphone guna dah 5 tahun tak tukar-tukar.

Hari semalam sudahla tayar motor itu pancit, aku keluar rumah bawak handphone pulak. ok safety needs.
pentingkan, nanti kalau sesat ke bahya kat mana-mana, kan senang nak contact.

Lepas motor pancit. aaku mandi keluar rumah,capai duit, ic, handphone and amik helmet. dah sampai tutup enjin moto. parking betul-betul depan kedai moto apek lee kat dpn setesen lrt ampang.
da prasan parking,ada brader apek ni banyak kerja. tergedek-gedek tu tanak layan kot. bizi.
aku tegur, awak tengok..motor pancit kan ini kasik tuka dgn tambah minyak 2T. minyak moto wangi sepanjang zaman. padehal, tuk vitamin motor. moto kena jaga so kena letak minyak hitam tuk enjin moto kurang geser, kurang panas. kang meletup naya plak. moto kan kena jaga elok-elok. haihh bila mau ada kereta. motor baru, insya Allah ada kot.

pasal handphone yang aku bawak kan.
aku tunggu setengah jam repair moto, minyak, tayar, brek charge total rm20.
dok bosan-bosan aku mesej guna hp tuk wish selamat berpuasa kawan-kawan, dan forward msg2 :)

selamat berpuasa. aku dan bulan puasa and raya tahun ini berbeza tanpa abah. semua kan dah besar, duit raya nak jugakkk k


aku mesej kat kawan, tapi sudah la kawan. mahu dibalas tak balas saje kan kadang-kadang terasa. ohh tidak

kadang-kadang terpikir jugak bila kita ingat dia, tapi dia ingat tak kat kita.
Oke ikhlaskan diri, hantar pesanan msg pada kawan-kawan :]

handphone
artikel ini aku share

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan
Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -


1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )


2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja. Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

oke bye.

pegi kelas jam10 lab. balik pegi bazaar nak ayam percik, yey

Ps/ kalau bab info hp tu tak dapat apa hasil yang sepatutnya, buang kan hp jejauh bagi kat saya. keh3. sbabnya, saya baru tahu and just sharing the info psl hp :)

Monday, August 9, 2010

Pagi yang pelik

hi.
ahad the balik kampong moment. nek, nanti first day raya tak balik kampong. chill. T__T
amik gambar skit

kucing tinggal dalam rumah. nakal kang nanti belasah mandikan korang.
suka tonyoh kucing ngan syampoo mandi, wangi kah3.

Salam.


Sihat? Sihat sokmo. semalam baru balik dari kampung, balik rumah terus masuk bilik pegi berangan kejap sambil makan mee mamak kat meja makan yang bungkus. Aku berangan, yeah a dreamers wannabe, sat bila bole jumpa yuna, bila bole bahgia kan my parents, bila nak ada kereta, bila nak kerja, bila nak kerja. banyak kali dah fikir bab kerja.


masa aku kat kampung, Nenek bertanyakan bab kerja. Ehem, nurul masih sekolah lagi kan, ari tu dah kerja sekejap. skang belajar lagi ke. err, aku jawab ye sekolah? dak student kolej je nek. tadek benda precious nak share kat sesapa apa yang ada. nak mantapkan diri sendri lagi je. Nenek tanya lagi. Belajar sepenuh masa ke, tanak buat part time student. Belajar sambil kerja. Kerja, tanya diri lagi. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan highway, err aku tak jawab apa-apa. Otak aku asyik fikir apa yang nenek kata, Sabarlahh

Benda ni dah lama terfikir kat kepala otak aku. Aku bukan budak extraordinary and brilliant student dekan sume tu. I am in a learning process. Aku penah jugak fikir nak kerja sambil kerja, jadik tutor ke nanny ke. tapi semuanya gara-gara hangat tahi ayam. Aku tak suka kerja separuh2. aku kena fokus dulu. kang semua jadik tunggang tebalik sapa susahh. Nanti aku fikirkan balik sambil bbuat assignment tak siap-siap lagi nih. I am worried about my assignment.

Pagi yang pelik.

Aku bangun pagi dan mama ada kat sebelah ngan henset samsung baru dikejutnya aku. dia tanya aku, tukar kan caller ringtone. aisey ma, tidur nak bangun jam 630 tapi digerakkan aku time 6am. napa tak gerakkan tahajjud terus. Memang tidur dengan mak dan kucing semenjak abah aku outstation. Aku bangun terus cek kan henset adjust tuk kepuasan mama tersayang. Aku fikir balik kalau dah kerja mesti ada duit, mesti bole beli henset baru, baju baru, scooter baru, semuanya baru-baru. err nak makan pagi pon still fikir lagi kata-kata nenek. memang aura nenek aku tu satu penampar hebat kat aku kot.

masalah pagi derrr
















Aku nak amik cawan sat minum air, kucing aku kencing kat situ time aku nak amik cawan. jeritan pagi memang aku yang punya kena kat sume orang. demmm mmm jaga korang. grr, meoooooooow
aku malas pegi kelas 9pagi. dan diingat tanak padamkan entry sebelum ini. biar ok :)

Saturday, August 7, 2010

The MDR dan makan-makan


Salam.

lama tak berentri. tak tahu kenapa tak berbelog.

ok jap, mari kita renungkan sebabnya aku hilang berbelog:

-aku malas menaip

-aku melayan assignment (hasil assignment baru 15%) iaitu

a) ass research method
b) ass management OB, its Organizational behavior
c) ass system and connectivity

d) project progeress GP, ialah group project

e) ass economy

f) kerja rumah database
g) kerja rumah english

*kerja rumah sikit dah done hantar and cek, assignment yg belum ku sentuh dan masih mahu dimanjakan setakat ini ialah sistem, dan ekonomi.
nanti buat lahh
dan hasil sebab itu

-aku tak ada mode
HAHA!
oke tolak tepi sebentar ass. its assignment, i promise myself i'll do it :)


The MDR
MDR gambar atas tu first time masa main rounders. MDR itu main dengan rakyat. Ahad yang lepas memang kenangan terhebat. The MDR means Main dengan rakyat, every one time for a month kami akan turun di dataran merdeka dan menyertai permainan yang diadakan oleh kawan-kawan MDR. game yang telah dimainkan hari ahad lepas pada 1hb August 2010 ialah rounders. Saya peminat rounders MDR. agaknya.

facebook. just search = main dengan rakyat
LAST time ada games konda kundi yang MDR handle,tapi i tak turun join plak. kadang-kadang ada masalah teknikal sebab tak ke MDR, macam takde cuaca cerah. itu lah if cuaca hujan, games are cancelled. kadang-kadang motif aku turun MDR enjoy nak jumpa kawan baik aku jugak. Umairah, she 's my good friend. Plus we can beriadah kat dataran tu ngan MDR, cool. bukan selalu kan. sekali sebulan around 5pm until 7pm. Ahad-dataran merdeka.

Umai
awak baik.

sebab umai ada aku pon keluar makan bersama kat midvelley sebelum games ngan The MDR. before games kami plan makan kat Midvalley. around 1lebih aku kluar rumah pegi teruskan perjalanan skit2.
mid tu bukan selalu pergi, sesat pon sama-sama kat Mid time carik parking kereta

nah peta mid tuk kenangan.
Makan kat the gardens level 2 :)
Umai siapa. umai memang sporting, best, cool, steady, awesome friend, hopefully friends forever. Dia yang kenalkan aku games MDR. secara tak langsung, hubungan persahabatan kami semakin erat-erat. i lerbiu umai. "eyt nanti belanja GCB mcd". upps. err, aku masih berhajat nak makan tapi tak makan-makan MCD tu lagik. kempunan kang. haha, abaikan.


cecece. cerita pasal makan pulak. dan makan-makan kat mana. terkejut dengan pertama kali di jemput makan oleh abang' Hafiz Chan. Beliau sangat baik, pemurah, hensem, sporting, memang baik hati aww sebabnya ikhlas berbelanja dengan kami kat Midvalley. impian hafiz chan ini nak kawen lisa surihani. dan semoga berjaya ke gelanggang imam muda tahun depan. sebenarnya dia dah belanja ni memang rasa durian runtuh la sangat. saya menang motor. syukur keh3. sedara mara aku pon tak ada lagi nak belanja aku. lagi pun dia yang offer, makan2 dan terus ke MDR. tak sangka lahh sangat.

Part makan-makan tu memoriabel. hafiz chan the best :)

sapa nak belanja dapat pahala kan.


bakal imam muda hafiz chan. lupalahh nak mintak autograph :'(

Tapi bila difikirkan balik, harapnya hafiz chan tu dah belanja makan italianesee Midvalley, dia memang ikhlas berbelanja. takut pulak saya kalau termakan budi.

Hafiz chan cool. kad birthday only sempat kami sampaikan.

Happy belated bro. Good to know you. "boleh blanja mkn lagix"
:)
games tak sempat main sampai habis,gambar tu waktu hafiz chan yang ditemu ramah oleh ahli MDR. Masa game MDR ari tu tak sempat nak mintak bergambar ramai-ramai,sebabnya abang hot polis datang dan suruh kosongkan dataran merdeka. Mereka ada function kat dataran.mmm memanglah kacau daun polis datang tak bagi kami main sampai habis kat dataran.
jam 613 pm bye kawan MDR.

Aku dengan sweet nak kenyit mata dengan abang polis, pls3 bagilah peluang nak main kat dataran jap. ini kan awam. Oke menipu.

aku just ter kata,
"ncik, lagi satu jam nak main bolex "


Polis makin ramai datang dan akhirnya telah menghalau kami bermain tenang kat dataran. bersurai takpe jumpa lagi

Hopefully nex month MDR akan boleh jumpa lagi :)
MDR RAYA


aku kongsi kad birthday hafiz chan with umai, dan sempat beli buku novel Twilight eclipse, balik happy. tak tengok pon movie twilight, its ok



Bye

Pages