Tuesday, December 28, 2010

jangan ikut nafsu nak belanja

disebabkan lagi beberapa hari nak tinggalkan tahun 2010 and welcome 2011, semestinya ada year end sale. penat weh jalan-jalan temankan mak, pastu tak bawak pape untuk diri sendiri terasa macam weyyyyyy, ada barang tertinggal nak beli, aku dah lali bila mak aku ajak keluar beli barang dia, barang runcit pape jela, dia yang beli aku tukang angkat barang-barang. it's normal. saya anak mithali, waktu cuti sekolah saya memang rajin tolong mak. eh, saya bukan budak sekolah la.

jalan-jalan kalo dah penat mesti nak makan kan. so, mari jalan-jalan cari makan, dan cuci mata pape sajala yang menarik tertarik and the bom. kalo mak aku ajak aku keluar, bila dah lapar tak larat la nak berjalan dan penat, so biar perut terisi stabil dulu baru nak shopping dgn tenang kan or take time relax kaki kalo penat shopping pigi la minum air ke makan ABC ke.

aku tahu tengah SALE kalo akhir tahun, aku tak gila belanja sebab sale merata-rata tapi tengah year end sale kan aku la mangsa sale, sebb mak aku asik suruh aku temankan dia pegi jalan nak beli beg Bonia baru dia.


besar ihsan pic dari yahoo sale T_T


mari cerita macam mana nak kurangkan belanja

punya la panjang intro, aku nak cerita pasal kurangkan belanja :

1. Firstly rajin selidik, cthnya kalo minat makan kat luar mesti suka try tempat yang best utk selera sendiri dan nikmat nya kan. rajin-rajinla cari inisiatif selak kat website restoran ke, kat paper ke, pandai-pandaila belanja dgn bijak. aku teringin nak makan kat bora-bora ombak kat Ampang, tapi takpernah2 lagi pi sana. padahal rumah kat ampang je. pemalas, jgn jadi macam aku, kalo jenis aku ni masak makanan kat rumah je ler.

2. Bandingkan jenama, rajinkan diri jugak buat perbezaan keperluan barang yg korang nak beli. contoh mcm nak beli handphone baru buatla bajet amik differences sony and samsung, nak kamera yg lebih nice and steady amik la sony, eh aku bukan pengguna hp sony. ikutla citarasa korang. kalo ikut firasat aku memang nak beli camera dslr satu aku and akan tgk canon ngan nikon. tapi ikut bajet dulu. sebb tu tak beli-beli camera dslr, camera compact aku still elok and guna ngan duit sendri. later banyak duit kao decide la dayah nak camera dslr mana.

3. Jangan membazir, bila beli makanan tak habis tu cuba-cubalah sedaya upaya utk habiskan. membazir tu amalan syaitan. Allah tak suka pada orang yg suka membazir. kalo terbeli baju yang tak suka dan tanak pakai tu simpan dulu, bila dah simpan banyak pastu pegi hantar kan kat rumah anak-anak yatim. eh nak kurangkan belanja, kena ingat jangan membazir la.

4. Disiplin. Contoh mcm, berhenti beli barang yang mahal lepas tu tak nak pakai. mcm mak aku, dia beli barang selalu tak cek barang yang perlu di beli dan tak patut beli. aku perasanla jugak, sepatutnya cek dulu barang yg patut dibeli buat list things to buy, kalo beli je pastu barangnya dah ada kan mcm redundant plak. redundant tu berlebihan. disiplinkan diri bajet seharian yang boleh okay :)

5. UPdate. Bila syok tengok sale sana-sini, cek la kat katalog pasar raya yang terbaru. mesti ada harga terendah dan termurah pada pelanggan setianya gitu. biasanya member tesco selalu letak katalog kat depan tepi guard sebelum nak belanja kan. amikla satu belek jap, cek harga sebelum dan sekarang tu mesti ada yang murah. elakkan pembaziran ye. membazir tu tak elok, sebaiknya beli barang mengikut keperluan dan kemampuan. banyak dah cerita..done bye~

Ps- mak aku ajak pegi kl before habis SALE beg bonia :( just take it slow and let her take what she wants la.

pss- tak sabar tunggu results match bola akhir Malaysia rabu ni....

Monday, December 27, 2010

Perkara yang tak nak berlaku tapi berlaku jugak

pagi yang gelap kini sudah terang aku bangun pagi pegi pasar kenala tolong mak. er curik ayat lagu hujan. terasa nak beli album hujan lonely soldier boy. tgk bajet dulu.

Perkara yang tak nak berlaku tapi dah berlaku:

1- Aku beli barang, ada mamat tu tengok muka aku semacam, aku memang takkan pandang dia punyala. Malu. maksud aku kalau dia lelaki pastu tengok semacam tu dia tenung aku bukan main lama, padahal aku tak beli pon barang dari kedai dia mahu pun menanya apa. kalu orang yang dah beberapa kali aku tengok ke tegur aku takpela jugak cakap. If it's a stranger macam bangla ke indon pandang aku, aku mmg akan pandang selain daripada muka dia okay. If it's a girl semestinya aku akan senyum and berani pandang balik. kalao lelaki minta ampun kena buat-buat tak nak pandang. aku paling lemah skali nk tgk mata orang lama-lama.

2. Aku cerita kau tanak dengar, aku maksudkan bila aku tengah nak share story la kao tanak dengar memang aku kecik hati. kadang-kadang aku jarang bercakap kat rumah, kiranya takla jenis rajin mulut bijak membebel. aku just simple and nice gitu, apa kes pagi-pagi dah puji diri sendiri pulak. at least kalao aku share cerita kat kawan pastu tak ada perhatian aku sedar yang dia bukan kawan yang terbaik untuk aku la. tapi terbiasa jugak ye, sebb mak aku sendiri pon tak rajin nak dengar cerita life aku kat kolej, so better aku senyap saja. just only me. sebab kalo aku cerita kan kat mama pon mana dia tahu pon, mungkin juga dia tak minat.

buktinya, aku cerita kan mama yang semalam dayah nampak kawan yg gitu-gitu suruh simpan duit belanja nak pegi facial kat situ, mak aku buat donno je, respond takde, suara pon takde nak kata pa yang keluar dari mulut dia. huhu. haih, kadang-kadang cakap ngan kucing lagi better kan. pulak la nasib
.



3. Aku nak beli barang tu tapi takde duit. benda ni natural things boleh jadi, kalau tadek duit senyap je, try la kumpul duit carik kerja, tapi pemalas la aku ni kan.

4. Aku belajar kereta tapi tak drive kereta ke hah, membazir lesen je, ada lesen kereta ngan motor, tapi aku akan keluar rumah bila masa perlu sahja. aku guna motor sahja sebabnya tadek sapa nak guna motor. mak aku ada kereta honda saja yang selalu dipakai kemana sahja. abang aku ada scooter ego dia. ohh kereta sendiri entah bila nak ada. kadang-kadang nak pinjam kereta pon bukan nak bagi :(

5. Aku biasa jugak ada perasaan malu tak bertempat. aku jugak tak rajin communicate atau contact member sekolah. sume ada life masing-masing. aku sedang belajar untuk cubalah selalu bertanya kalao tak faham study ok. atau belajar untuk mengenali orang di sekeliling kao, jangan sombong sudah. tak kemana pon menyombong tu. bye



aku ada masalah dalaman sekarang ni kalo korang perasan kat facebook tu aku dah adjust settings and privacy and komens.ntuk berjaga-jaga selain daripada kawan dan tak dikenali. it's my facebook ler.

Btw, terima kasih Malaysia, Malaysia berjaya menebus kekalahan lepas. Malaysia menang menentang Indonesia. Results, 3-0. terima kasih Malaysia.

harap rabu depan kali kedua games Malaysia menang.
Malaysia juara bola aku! amin.

Ps- membebel kan, ini luahan perasaan sekejap bye2.

Sunday, December 26, 2010

Pegi wedding



sabtu ahad adalah hari minggu ni dan hari cuti satu malaysia. salam satu malaysia, HAHA.
selamat hari kerismas pada sume org kristian dan sume orang yang menyambutnya haa, sempena raya x-mas yg datang tahun ni aku ingat nak jumpa santa claus tapi dia bizi memanjang kan. so just keep in view kita buat plan lain :D

aku pegi wedding abang aliaa kawen. yeay dah kawen. er, apa ni, ingat senang ke nak kawen. kalaulah cukup kemampuan dan sebagainya silalah kawen okay. sebab dah lama tak jumpa Aliaa, kawan aku wani, zeyka, zaty dia buat plan pi wedding abang aliaa. zaty drive, aku plak macam gedik skit sbb mintak tumpang nak join satu kereta pegi wedding tuh. kira macam nak surperise la kami dah lama tak jumpa sesama kan nak gak together gether pigi tgk majlis kawen abang dia. alahai, kira small surprise gathering lah.

tapi tak jadi surperise, sesat sbb tak de klue jalan kat mana kena call aliaa jugak. zaty yang drive kereta kancil guna gps pon tadapat search result map tu. masing-masing buat peka kalo nampak bunga manggar ngan sign board nama abg aliaa gini.

terlajak tanampak signal.
kena uturn sebb tanampak clear sign ni ini la padahnya

masalahnya taperasan benda ni pastu tepaksa uturn mengikut gps zaty sikit-sikit sebb kami dari ampang ikut mrr2, pastu tadapat search result pegi trus kat dewan lembaga getah sg buluh tu with exact tersesat sikit. so tawakal jea, jumpa signboard ni yg pertama pastu sebab clueless terpaksa call jugak aliaa, tak jadi serprise dah. dari jam 1130 sampai jam 1240pm. takpela at least kita dah jumpa yeay. gathering friends from smk bukit indah, ampang :)


aku ingat nak pakai heels tapi lantak le. aslkn selesa ye dak.
zaty, me, inani, aliaa, wani, zeyka :)
nani bj pink reben cekak tu comel. dia dtg lmbt pi ngn parents


friends together gether.
from the left zaty, me, inani, aliaa, wani, zeyka
inani datang ngan parents.
kami survive together. balik berempat. bye

aku-"aliaa bila plak nak kawen"
aliaa- "tatahu sbb ikut stages taknak langkah bendul ea,
aliaa kata tadek calon, tlg carikan calon"
T__T


aku tak jawab pape dah, clueless
-
















agaknya aku punya turn bila nak kawen ea alahai ada jodoh tak kemana.
ayat biasa org tua

oh hati, hrpnya ada putera katak :D


aku ingat nak flying kiss the wedding, tapi segan lah hai abg kakak. zaty telepas mulut dpn blakang bapak dia, kuat tu dia cakap abg aliaa hensem.
wakaka. tatayok

happy marriage ok, bye






Ps- ahad ada wedding sblh rumah. tasangka part karoke lama betul dorang pasang. bingit ah

Pss-biarkanlah bola Malaysia menang menentang indonesia. amin :)

Thursday, December 23, 2010

telinga hot when. just listen to it.

i don't know what happen , aku ingt nk start latih diri, pegila memorize surah al mulk pi nganji nanti ada exam kelas ngaji next month, tapi dok melayan lagu korean memanjang, super junior best, 2pm members mmg kacak dance, lagu pon best-best belaka. ayyo.

one video above it sounds like in English! NOT a real english, klakar, jom miming skali, good talk, megatron chew my baby-hey kitty3, watch nt kua translate tu okay, BYE. layannn :)

Super junior- bonamana, translate means dia aku tatau, seyes suka beat lagu dorang :)




itu live. 2pm- heartbeat

kalo minat lagu korean boleh upload from this website



an english song made by not the artist :D sumbang sikit tapi ada maksud in english ler


Ps- aku ingat nak pi wedding member besok, taksure dapat pigi ke tak sbb plan, aisey. sometimes when we plan to be it, but it does not come what it might be plan. taa

Wednesday, December 22, 2010

jauh di mata dekat di hati

malas nak letak tajuk entri sebenar.



ikan belida sekor kat rumah mati sebab , sebab bekas akuarium pecah petang tadi.
ikan belida tu macam ada instinct hebat sebab mama dah sebut banyak kali nak bagi orang yang betul-betul sayangkan ikan. aku sayang ikan la. tapi biasanya malas sikit nak beli mkanan tiap minggu cari kat kedai haiwan. ikan belida ni makin lama makin membesar, dia makan ikan kecik ngan udang kecik. aku lupa yang ikan belida ini tak boleh letak guna ngan air paip. so aku letakla air paip nak test, tasangka plak bekas akuarium pecah pastu ikan kecik belida tu mati sekor. ikan belida tu kena letak air masak sepatutnya, tadekla dia marah sampai pecahkan akuarium tu.
minta maaf salah saya. aku sempat baca Al fatihah buat pemergian ikan tu tadi



gambar ikan belida, pinjam kat wikipedia.
nama belida di panggil sebb itu ikan akuarium.

minta maaf ikan belida kicik, kamu mati sebab aku yang jahat.
aku redha dan ampun maaf harap perkara ini tak berlaku lagi,mak ikan tu ada lagi.

pemergian mu akan sentiasa ku ingat sampai bebila.


aku- "ma, dayah boleh tanam kan ikan belida ni kat tanahx"
mama- "tak yah la, meh mama buang dlam longkang"
aku- minta maaf ikan, minta maaf mama :'(

walau takde kat dalam akuarium pecah tu nt beli akuarium baru. jauh di mata akan sentiasa di ingat. jauh dimata dekat dihati. dear bak, aku juga rindu kamu disini kadang-kadang. abah aku tak jadik balik malaysia awl bulan 3. tanak cite pjg, hopefully abah aku sihat-sihat selalu. i miss you bak

Ps- tak sengaja benda ni dah berlaku, besok-besok kita try carik bekas akuarium baru. sekarang ikan tu tepaksa dok dlm besen besar warna merah temporary

Monday, December 20, 2010

Ustaz ishak din in the house

Salam.

Sabtu lepas family aku buat open house. bukan raya ataupun saja-sahja. bukan kenduri. sabtu 2 hari lepas mama decide to make a preparation on ustaz ishak din is having a class in our house. Ada majlis ilmu dekat rumah dan menjemput kawan rapat dan sedikit sedara mara tersayang. The class starts after maghrib. and syukur everything was going fine and ok. aku pon tasangka meriah jugak kelas mak aku yang dah berlalu hari tu. ada jugak terfikir sapa yang nak datang, brapa ramai jiran yang ada,nak ke datang, tp sume okay. at least dah jemput kan,takpe tanak datang sudah.

apa yang ustaz bagi ilmu kat rumah pasal soal ibadah. daripada buku ibadah. kao tengok tak status kat facebook aku tak berubah. kata ustaz, bab kentut tak boleh main-main, jangan was-was mahupon syak wasangka ataupon ragu-ragu tu. kalao kau rasa diri kao tak bersih masa nak solat eloklah engkau amik wudu' yang bersih sebersih baik dan niat yang diterima lillahi ta'ala biar solat tu diterima. kan.

familiku bergambar ngan ustaz ngan bini nya.
terima kasih sebb ustaz ishak din sudi datang rumah nak bagi ilmu utk org ramai.
ustaz ishak din ialah abg kpd ustaz haron din. terima kasih ustaz. sama-sama kita terima berkat dan ganjaran pahala ye kan apa yang dah kita buat perlukan keikhlasan. apa yang penting, kaberkatan :) lepas habis majlis ilmu around 8.40 pm pastu sampai solat isyak, barulah makan, first time buat majlis ilmu time malam. makan jom aumm

lauk-pauk yang mama jadi chef tuan ruma, ipah as assistant, kak yah (maid), aku anak chef. sume pigi tolong tgk, lauk makanan ada la kat pic tu ye. lauk rendang ayam, sambal udang, sayur mayo, ikan goreng dan ada lagi kuih-muih. korang tengokla setahun sekali nak buat majlis ilmu kat ruma. kira bolela kan.

overall, majlis ilmu berjalan lancar. saudara mara, kawan-mawan, terima kasih tak terhingga sebab memeriahkan majlis. semua kenangan. aku tahu sedara aku buat kenduri majlis kesyukuran rumah baru. dah pegi pon tengok rumah baru dia sebelum ni, tanak pegi pon ahad tu. malas, penat, nak kena bersihkan rumah lagi, nak hantar barang-barang lagi. lagipun parents aku sendri kata dah pegi nak pegi lagi, yang sudah tu sudahla. memang tak pegi pon, apa-pon thank you atas invitation daripada kak long.

Ustaz ishak din punya kelas hari ahad ada kat keramat, setiap minggu hari ahad pegi sana. Ustaz suka sebut pasal bab kentut. katanya "kentut satu nikmat, namun dibenci dek orang". kentut ada syeikh, kentut ada gaya masing-masing gitu nak lepas kena ada gaya hahhh tak senonoh, jgn buat org meluat ye,bye hihhi. :D

Ps- aku dah cuci gambar yuna ngan ustaz. yeah memori.

Sunday, December 19, 2010

MAYSAA event. Live Fashion / Love Music - Yuna & Hana Tajima! pictures

mengikut entry sebelum event Maysaa yg dah berlalu kan,
dan kini gambar telah uplod di sini KLIK HERE, HERE, & sini sikit picture that i missed and will be remember. it will be an inspiring moment to everyone and memoriable days that i am not going to forget. ♥ yuna & hana tajima. please do another event with this again. "MAYSAA London Presents Live Fashion / Love Music". The event was at Black / White Box Solaris Dutamas. but proper cantik pakaian ala-kadar okay too :)
pictures okay




kak yani kat tepi skali belah kiri, ini blog dia, i selalu follow :)
http://www.adriani-a.blogspot.com/
cantik dan manis tengok dari jauh, tasempat tegur. sori


kak jezmine, and farah si kecik manis dan cumel. aku segan nak tegur, ntahla napa eh.
jezmine got her own shop. blog dia pon aku selalu follow sejak kebelakangan ni.
http://jezmineblossom.blogspot.com/



inside black box


yuna live show, tadapat masuk sebab penuh.
we got some food outside and get some air around white box



yuna live show, i just read and knew around 4 songs were played by yuna.
i can't get inside because it's limited for people. first come first serve ai guess.
buat-buat marah nak ngamuk pon tajadik, redha sajalah oke.


dah selesai event


i did not try to talk to hana tajima, but seeing and meet her was a memoriable moment. i did not manage to enter the black box ini. black box scene, hana tajima and yuna were in the show live in yuna music and live fashion show. malu konon, padahal terkesima


meet & greet the artist. yuna and hana tajima :)



this pic with umai. we were around-around ini white box yg banyak pameran, and then we wait to meet yuna & hana tajima after eat. that's all good memori. back to remember your job and your life ok ;)

Ps- best

Tuesday, December 14, 2010

cium tangan yuna

tajuk tak bole belah punya title. betul la aku cium bau yuna and hana tajima.
salam ala kadar je, salam macam ofis mate. hi, nice to meet yuna, aku memang nak bergambar ngan yuna tapi ada pakej la, yuna and hana tajima was in the show.

semalam aku pegi event MAYSAA. korang nak tahu apanya MAYSAA. Klik MAYSAA.


semestinya banyak yang best on that day live & love them. music yuna and hana tajima styles.awww awesome moment meet them.

for black box tu live music yuna and fashion show. aku tak dapat masuk sebab penuuh, huhu rugi part situ. tapi mungkin ada hikmah disebaliknya. . dapat spent time together dengan member yang baik macam umai and adik zaty, mereka sangat sporting.



dear umai, sgt berterima kasih again sebab kamu la kita dapat jugak keluar sama-sama jumpa yuna and hana tajima. sgt bertuah and sporting punya member, friendship forever ok.
kawen jgn lupa jemput ehehe, kena lepuk kang aku :D


nasib baik umai sudi nk tumpangkan dayah pegi balik dia drive ke sana dayah stop kat train putra. dia amek dayah and drive. kalau tadek geng tak pegi punya mmm. takpela hana nanti ada rezki kita jumpa sama.
hana nak pegi tapi homesick kat rumah kan kan :)


adik umai ini zaty.
satu je aku terfikir, dorang ada facebook tapi tak bole nk add masing-masing as siblings.maybe privacy kan. kakak adik nama dpn umairah.

abang aku sendri kena tegur tak add bapak aku punya facebook. sbb bapak aku jauh kerjanya kat yemen apa la salahnya kao tgk update bak kadang-kadang ye.
sometimes family kat dlm facebook kita kena always care for each other kan, tu lah connection and you can connect easy internet kan :) facebook and mails important kan
i miss you ♥ bak


ok back to story, cium bau yuna nak nyanyi je. seats limited. kami beratur lps tu dapat vaucher utk event itu.disebabkan tadapat masuk, kami kelua makan kejap. and 1hour lagi baru tengok balik kat tempat tu abis yuna perform kat black box jumpa yuna kat white box.

antara yg ada kat mapkl itu:

BLACK BOX
Live set by Yuna
Introducing Maysaa
The MAYSAA London fashion show

Limited space for approx 150. First come, first serve so roll up early!

ps-tasempat, pls roll back! hayyo

WHITE BOX
Meet and Greet
MAYSAA London collection preview
and more to come

Unlimited entry, just come meet us, get lost in a crowd of beautiful people~

ronda around white box ada banyak koleksi baju and design menarik.

semalam di letak display baju dari london designer from hana tajima memang hebat and stylo. nak pegang satu baju harga baju semestinya dollar nak exchange duit ke ringgit semestinya mahal buat bajet student macam aku.

last but not least gambar yuna selalu di hati dapat jugak bergambar! yeay, aku segan ye dan tasempat nak mintak autograph tapi sempat gambar sambil salam tangan yuna. cakap nice to meet yuna! and hana tajima sori i fogot to salam back nak out. sempat salam sekali ngan hana tajima. salam yuna dua kali. pergh ramai yang beratur nak bergambar pon bukannya senang, macam nila femes. gambar syiok sikit sambil tunjuk yuna best :)
besarla tangan kao tu daayaa.
ahaa, mmg memoriable.


di sebabkan niat aku ntuk bergambar dengan yuna dah dapat, dengan ini aku nak kurangkan habit gila-gila sayang sangat yuna. ini duniawi, tapi for fun apala salah. ehh silap, zaman dah berubah, zaman IT semua orang dah maju. kalao kita tengok orang lain boleh buat, napa kita plak taboleh. so, sikit-sikit belajar la nak majukan diri sendiri. yuna ada butik, ada bakat, kao ada ke dayah. tanya pada diri, perbaiki kelemahan dalam diri sendri.

last sekali keluar lps salam yuna and hana pegi keluar dan borak and have pic abang qi razali. real thanks to krew yuna amik gambar kami dgn qi, ye aku tak kisah kalo yuna and qi bersama. tapi seriously aku tatahu umur bro qi. aku terus tnya, qi sebaya dgn yuna ea? ahahha. pastu umai yg banyak ckp lps dlm diammmm dia sendri tahu umur abg ini 32!


baru add kat fb. search qi razali. hehhe, he is hensem la kan. best as host destinasi bajet

belakang interframe. oke takpe.
lupa nak cerita. berborak baik skit walupon segan kan. abg qi dah nak salam, takkan nak tolak pulak.pangkat abang sahja. nice to know you bro.
salam la sekali :) kalo mak aku tahu aku salam-salam artis laki-laki bising dah dia.

haha, best seharian semlm, sakit perut memulas-mulas. thanks for the memory. thank you Allah, thank you everything. syukur niat nak gambar salam yuna dapat. doa always me, yuna, famili and friends as a success person :) amin

ps- sakit perut, tak uploads pic kat fb lagi tapi dah crita gempak kan,tunggu results sampai sakit perut. bye

Friday, December 10, 2010

kucing angkat dan warna-warni



aku layan diri dengan kucing angkat kat rumah. boleh jadi best friend ngan kucing rumah tersayang ye tiap-tiap hari bagi kucing makan, belai kucing, cium kucing, tepuk perut kucing, dan BULI kucing. kih3. ohh rumah aku baru bertambah 3ekor kucing. sesiapa yang teringin nak kami jaga kucing, sila contact dengan mama aku. bila kucing sementara baru ada kat rumah aku letak nama jadi kucing angkat sementara. haha3. comelkan aku.

Sebab kawan mak aku bercuti kat UK dalam 2minggu, kawan mak aku letak kucing dia 3 ekor utk di tumpang kat rumah aku. kami charge FREE of no charge berbanding ngan SPCA tu sehari dah 30RM. mmg ikhlas kan diri kalau dah jaga kucing, semestinya kena kenal sayang kan kucing, manja kan diri sama ngan kucing, kena berkawan kucing kawan mak aku kang kena bagi makan dan macam-macam.

Let me introduce the cats. 3 ekor kucing yg di tumpangkan di rumah aku:

momo. suka hati aku je bagi kucing ni nama sementara. aku bubuh nama momo sbb bakal mama, sebab perut buntinggg. macam nak melotup perut dia, dia kuat makan dan manja. meow :)

montel. yang ni montel. sebab perut dia nampak boyotttt. perut besar, disyaki mcm pregnant tapi takdapat dikenal pasti. apa pasal la kawan mak aku letak kucing gomok-gomok tapi manja :)

mopiko. aku bubuh nama tu sebb dia garang tak betempat ngan mak dia tu momo. kkadang dia comel tak betempat dan sengal betul, duduk dekat tempat berak mcm nak tidur situ padahal tu tempat berak ah. mopiko kecik, dia bulu panjang sebenanya. dan manja :)


mari introduce beberapa kucing kat rumah aku.
mama and aku sayangkan kucing kat rumah jugak ye. ini kucing paling lama since 2002.
cot, tiap hari tidur bilik aku. kkadang dia gila. cot suka gigit bila dia gila.

cot

then paren. paren ini cucu cot. cot tu nenek kepada paren :) famili tree plak.

cot paling aku manja.
aku memang sayangkan cot si busuk.
cot gila dan saya sayang kamu.
sila abaikan meja bersepah bersama laptop dan mcm2.

seharian dengan kucing punya entry kan. layan kucing dah macam hobi.
tengok benda lain plak jom. aku pegi tesco ampang teman mama carik adaport. nak tahu adaport tu mende. extension elektrik. staff tesco tak tahu mende adaport, so aku carik-carik. aku yang jumpa. adaptor and adaport its a different nama and i know how to find it. syukur dapat beli balik. tersinggah living cabin and benda warna warni ini amat mempesonakan. aku tapenah pegi i-city shah alam yg terang benderang tu so takpe. tgk pictures

outside scene living cabin. x-mas fever celebration kat kedai scene mmg camtu la kan.
once a year celebrate.

1
2
3
4
5

cukup la pic warna-warni macam kanak2- la
bye


Ps- teringin plak nak pegi meet up jo ahad, times square ni :)

Thursday, December 9, 2010

Tunggu results

Tunggu results memang penat.

Bukak-bukak website kolej memang tadapat lagi cek result pon.
aku bukak sama je, 5hb masuk balik register, risau mmg la sangat risau tgk results kao study second year camne kan, nervous nak register, berjumpa kawan kembali setelah bercuti 2bln. mestilah cerita balik, cuti buat mende. honeymoon sampai penat kang amende. aku belum kawen. cerita pasal kawen, banyak wedding member dah lepas sebb akhir hujung tahun ramai yang kawen kan. semoga bahgia dan berkekalan hingga akhir hayat buat sahabat lama kakak mira & amirah ishak & hasnah & aimi.



aku ingat satu benda. kadang-kadang, ikut logik macam betul. kalau rupa cantik dan watak nya cantik menarik semestinya kawen dulu kan. mungkin takdir atau kebetulan. akhirnya bahgia berdua bersatu, kao bila lagi dayah dodol, aku suka makan dodol, teringin digelar dodol suatu hari nanti.
erk, kalao ada jodoh biasanya ada la kot kan.

Berbalik pasal results kolej bila boleh tengok. kesabaran adalah tunjang kejayaan. kesabaran itu separuh daripada iman. aku ingat lepas exam final hari tu nak mintak kerja. ada hati hari tu nak mintak kerja kononla cuti kejap bulan cuti, isi masa ngan kerja dapat income. plan mintak kerja tak jadi sebab aku reserve je niat tu. kawan mcd aku siap ajak kerja kat eon restoran asam pedas kat keramat aku tak pegi, jauh-jauh mmg niat dan usaha aku mmg kosong la terbantut. kawan kolej aku rekomen kerja kat time square kat kedai sushi tingkat 5 aku mmg malas pegi times square. aku sendiri mintak kerja kat pasar raya maxvalue ngan stesen petronas dorang tanak pulak kat aku. tu mmg dah dekat je ngan rumah.

aku try kat old town, dorang suh tunggu bg feedback. tak call aku balik. konfem kena reject lps tahu aku student cuti sekejap kan. mmg you are not hired to work. keputusan muktamad, jadi maid tak bergaji, cukup makan dan minum di rumah dengan ikhlas. mungkin ada hikmah semua benda ni berlalu kan.

hidup kena happy kan. so terima sahja la holiday daripada tak holiday kan, senyum panjang cuti pun cuti. and tunggu results to go for the nex sem. aku harap results cemerlang, semua orang nak grade bagus-bagus kan. aku sampaikan hajat selamat menerima keputusan hasil peperiksaan anda, semoga tidak ada kesedihan di hati lps tgk keputusan nya, tunggu results ok all the very best.

bye.

Ps- aku tukar header lagi naaa :)

Wednesday, December 8, 2010

Kereta



sedang berlangsung pameran kereta

Ada event,KLIMS '10 runs from 3-12 December at the Putra World Trade Centre.
KL International Motor show.
macam-macam ada. macam best kalao dapat pegi.
segala jenis kereta macam Perodua Bezza, Proton Pahlawan series, Mitsubishi i-Miev SportsAir and PX-Miev, Honda Insight and CR-Z Hybrid, and Lexus RX 450h and LS 600h hybrids. kereta jenis Honda sememangnya menjadi pojaan hati famili aku.

mama, bak, ku ♥ saya nak kereta bole dak.
sekurang-kurangnya ada la apa jenis kereta yang boleh bergerak ke sana ke mari.
mama nak mintak kereta baru lepas bapak aku fly balik sini Malaysia next year. InsyaALLAH ada rezeki agaknya nak dapat kereta baru. kalao nak tahu kereta idaman mak aku. klik SINI
entah dapat kot nex year, tapi tulah kereta idaman mama bak. dengar khabar, tengok keadaan. insyaAllah diizinkan. tapi aku T______T mungkin tunggu kao sedang kerja baru mintak satu kereta ke motor ke ye dik


Ekspo kat Pwtc dan macam-macam jenis kereta fuhh menawan kalbu.
memang membantu membuka mata rakyat utk sentiasa maju ke hadapan ye kan.
oke part perempuan cun di tepi kereta sume tu mcm menyibuk saja. bencik.


honda
Retails for RM98K. again,The car not the girl oke


honda CR-Z Hybrid
it's powerful enough to drive anywhere. cantik and smart kan.


Ps- Kalao nak tengok for real pergi PWTC ye

Tuesday, December 7, 2010

Teater natrah memories

salam.

hari dah berlalu.

sabtu lepas, ada date dengan hana. taklah. haha. tgk natrah dgn kawan. lama tak menaip, nak bercerita pon rasa macam tak reti nak cite panjang, isk pemalas haih dayah. overall cerita natrah mengagumkan superb. last weekend sgt kool okay.

aku berjaya pergi tengok teater natrah at istana budaya sebab hana.
aku di jemput Hana to watch teater Natrah for free, asal usul tiket ini dari kontest media hiburan. mestilah tengok kalo orang dah ajak kan, super awesome and cool or hapa. har3. memang best dah tgk for real teater for first time with talented actor, mmg rugi kalo ajak tanak pergikan.

sinopsis teater natrah bermula tentang perjuangan cerita Natrah dan kisah tragis berbentuk sifat kemanusiaan. macam-macam reaksi muka ngan emosi tertengok kat depan stage Natrah. Teater natrah ini musim ke2, tgh hot selling tiket kat tgk dlm website yeah sini http://www.ticket2u.biz/.
Natrah starts 26hb12- until 7 disember 2010. sepatutnya habis 5hb disember tapi mereka extend sebab mungkin jualan tiket sangat memberansangkan ye gitu any info pergi cek dkt istana budaya official website ok.

First time masuk dalam istana budaya lepak-lepak kat dlm sendiri, borak ngan abg guard, padahal tumpang tanya surau kat mana yek.



poster teater natrah


aku jugak beli cd teater natrah - RM10

semua lagu best! boleh dikenang lagu dorang.




aku terjumpa abg remy ishak, tapi tak ada hati nak bergambar, so pose kat poster pon cukup ajaib sahja yeay :) sedkit video ending youtube dari teater natrah. overall mmg awesome show. starts time 3, jumpa hana dlm 240 pm.

start show teater 3.10 habis around 5.10.
aku ingat 1jam setengah je cite tu tapi dua jam. mmg bestla bila tengok teater natrah. tiap-tiap sketsa dorang lakonkan pastu ada lagu nak dinyanyi mereka akan tukar sikit watak, main kan tempat dan matchkan suasana. watak natrah berkembang. mulanya dimainkan dari pelakon kicik adik sharifah aryana dlm 10 thn kot, pastu maya karin umur 13thn, then lufya umur 20thn, lastly sofea jane dlm 70 thn.

ending cerita macam tak sangka dah habis, Natrah meninggal dalam agama islam, dan berlaku konflik perebutan hak penjagaan Natrah dari che Aminah dijaga oleh agama islam dan mereka mahukan natrah sebagai maria aslnya milik orang Belanda itu kristian. dan sebenarnya memang sedih. kagum dalam ingatan, Natrah @ Maria Huberdina Hertogh 1937-2009 :)


lepas habis teater balik. aku balik nek taxi pastu train, okayy ada satu part aku takut naa nak balik, abg taxi india tu sengaja kata jom tgk teater lagik, hoyy aku senyap. gelak. pegi jea sendri yek, saya dapat free tiket, kwn yang ajak. real thanks to hana :) ok dear hana, thank you very much , muchas gracias oolala , btw kawan saya sedih tadapat join sekali :D sori kawan.

nak tgk gambar sume dalam facebook.

I and hana was there.


pejam celik cepat je bulan disember lalu. Salam maalhijrah 1432H.
aku dan tahun baru islam sambut ala kadar, cukup sahja ngan doa akhir tahun lepastu doakan awal tahun. harapnya tahun baru hari mendatang akan lebih bermakna. salam maalhijrah.
antara azam baru niatnya mahu

- rajin awal-awal solat setelah berlalu azan, rajin tahajud insyaAllah :D

- tanak selalu tengok cermin bilik lah(sebb muka sensitif, bila tgk cermin picit jerawat)
- tanak tidor lepas maghrib, pegi ngaji hafal surah al mulk
- pergi rajin belajar masak
- pergi ngorat lecturer sy nak A each subject sem, insyaAllah :D


Ps- tukar header sementara and. oke kot agaknya, real thanks to tutorial intan.
terpaksa edit balik entry ini tadi

Wednesday, December 1, 2010

coklat koko muffin - cupcake



salam.


mari memasak okey. at last, rajin jugak aku keluar pegi beli bahan cupcakes.
dah beli pon semalam cuma hari ni baru tergerak rajin nak buat tghari tadi ni. ye saya rajin. tgkla hasilnya. sedap ok. sesiapa yg berminat utk merasa sila contact sy :D
makan dgn famili and bagi kawan mak makan kat kelas. dorang cakap sedap.
syukur okay. bole niaga tak :D
memangla sedap banyak coklat buboh,yatta! berjaya :)


aku amat berterima kasih pada ajwin sbb dulu pernah bagi resepi cupcake and aku cuba cara aku. resepi ini. yeay first try agak comot letak dlm cup.
tp sememangnya berhasil. wah. tak sangka senang :)

bahan-bahan

2biji telur
1/4 tspoon esen vanila
50g dark koko
160ml susu segar
115g dark coklat (coklat cadbury) :)
200g gula
150g tepung
2 tspoon baking powder
150g butter

caranya:
1- letak telur, esen vanilla, susu, butter pastu kacau (dlm1bekas)

2- pukul tepung, koko, baking powder, coklat - coklat, dark koko, gula (1bekas). pastu masukkn cmpor adunan bekas kat cara num1 tu.

kacau takyah lama2 ok. gaul elok2, letak dlm cup separuh.
masak 180c dlm oven 20 minit siap :)

num1 kacao dgn penuh ♥ sendiri ikhlas la ok

num 2 punya bekas pastu mix sekali sume

kacao pastu letak dlm cup plak

tadda

siap masuk oven ok. done. tunggu masak. shiappppppppp.
mari bergambar satu okayy chef cupcake cak kun cak :)


sedap cupcake tu. wa cakap sama lu kena try ok.
all the best ok, slmt mencuba








PS- nk cerita ahad lps, aku dah pegi MDR. last minit nk pegi punya kerja, mode sendiri tgh jiwa kacao pegi jugak sana, but fun games, main rounders. release tense.

maybe tak dpt pegi MDR lagi dah sbb selalu kena bebel parents :')

PSS- to see more pictures yg memoriable ngan geng MDR and many kids hari tu klik HERE.

Pages