Sunday, July 24, 2011

Pulang ke kampung

Biasanya hari Ahad..kami akan pergi kelas ceramah kat Keramat AU 3A, rumah Ustaz Ishak din, tapi hari ni kena pontengla, sebab nak kena jumpa nenek di halaman kampung. eh manade halaman kampung sangat pon, rumah kat kampung mama aku jenis rumah ber-teres. kat Alor Gajah, Melaka. Sampai je kat depan gate, nenek dah menunggu depan pintu rumah dengan kerusi roda ofis untuk senang dia bergerak. Dari jauh, aku nampak nenek mungkin ber-sedih, menangis. Terharu tengok anak ngan cucu dia balik jugak kampung (entry tamau sedih tapi aku sedih sebenarnya), tak sangka kami datang tengok nenek sempena nak puasa dengan raya.

Raya ke tak raya, sama macam tahun lepas-lah kot. Kami tak balik kampung masa raya nanti. Balik tu balik kampung untuk beraya tapi bukan hari raya kot. Abah aku pon tak tentu lagi balik cuti kat Malaysia bila. Mungkin lepas bulan raya :)

Mama drive kereta dari Ampang ke Alor Gajah, kat Melaka. Dah sampai depan pintu terus bagi salam, tengok nenek ada kat rumah, pastu kami angkatkan barang-barang dari bonet, salam tangan nenek, tanyakan khabar nenek, gembirakan hati nenek ku sayang. Mama ada belikan macam-macam barang untuk bekalan nenek, makanan, penyapu, baju, beg tangan baru, semuanya khas untuk nenek tersayanglah. Semoga nenek sentiasa sihat selalu. Bukan-nya kami tak sayang nenek, tapi nenek ada keinginan dia tersendiri, bukan-nya kami tak ajak nenek duduk kat KL, tapi dah ber-banyak banyak kali nenek menolak ajakan kita semua. Mungkin kalau nenek duduk kat KL dia rasa xbest la kot. Nenek jangan nangis ye. Sayang nenek. Masa ada kat rumah nenek, aku tolong mengemas, mop, tolong apa je yang patut. Rasanya nak telepon nenek kat rumah la kalau kita dok KL.

SAM_0936

Ps- Selamat berpuasa akan datang, kalau ada yang nak rasa kuih raya kat rumah karang bolehla buat muka tak malu

12 comments:

Ain SSB said...

Woah bestnya balik kampung! Nenek ain dah pergi meninggalkan dunia...tak sempat ain balik jumpa arwah nenek. huhu.

Nak datang rumah dayah buat muka tak malu, tapi jauh la plak! haha.

aishah said...

selamat bpuasa dayah...advanced*

man yusoef said...

org tua mmg mcm tu lah kot..diorg lebih suka duk sendiri..dari duk rumah anak2...lebih sebati dgn jiwa agaknya...

Solihin Zubir said...

kampung kt alor gajah eh.. wahh.. tmpt sy dok pusing2 masa study area tu dlu.. heheh..

hidayahjamal said...

Ain- alaa malunya dia ni, hihi, sy bg spesel treat untuk ain :) bersyukur dgn apa yg ada :)

aishah- selamat puasa advance wish too :)

man- macamtula, kau buat aku teringtkan nenek ku..

SZ-student mana awk, UITM?

Encik Psychopath said...

dah habis ganti pose lom?

~eZmALiZa~ said...

selamat datang Ramadhan :) dan selamat berpuasa untuk hidayah jamal :)

wrizuan[dot]net said...

slmt berpuasa..semoga ramdhan kaliini lebih bermakna :)

hidayahjamal said...

encik psycho- sudah :) jgn la risau dan risau

eza & wrizuan- thank you, slmt berpuasa too :)

Anem arnamee said...

Best2 balik kampung. Tak ajak ea.ekeke:P. syg, selamat berpuasa ya.

*tempah tiket tak ke dewan Pilharmonik tu ?:p

Heidi Shafiq said...

nenek aku pun same..

hidayahjamal said...

Heidi- syg nenek kan :)

Pages