Thursday, May 26, 2011

Sume orang cuti,


tahu kah kamu sy sedang bercuti-cutian di rumah sambil membelek assignment dan project protoype in construction. sebb cuti sekolah budak-budak dah bermula, sume orang cuti, sume orang keluarkan duit yg ada dgn bercuti. tenang la tu sgt cuti. buat yg tadek duit tapi berhajat nk merasa tgh bercuti luar negara tu istighfarla. aku la tu

mahu jugak bercuti di luar malaysia, tgk status fesbuk kawan holiday to go, pegi Korea, pegi Bandung, pegi tido..ok la tu pape je, ak ter jeles. kalaulah aku diberi peluang utk bercuti, pegi sabah boleh cakap dialek bah-bah, pegi sarawak boleh tgk patung di Kuching tu kah, pegi Australia jmpa koala jap ke, atau berkenalan org sana, belajar budaya baru..mcm2 benda baru, tu baru best dan cool ok.


comel kan

tapi sumenya dalam mimpi. tiba-tiba, psl cuti jugak aku dapat call drpd kawan lama masa aku study diploma dlu, di tanya satu hal, nak mintak tolong. lama jugk tak bercontact dan dia senyap faham tapi mungkin baru tergerak hati dia nak call aku kot. rupanya ada hajat nak mintak tolong.

Aku pelik skit, kawan ini aku tak boleh bagitahu siapa, di kata dia nak mintak tolong, sbb dia nak cuti. aku ni pon cuti jugak weh. kawan aku bagitahu dia bercuti nak pegi umrah satu famili.
aku tumpang gembira sbb dia dpat pegi rumah Allah bila ada rezki masa muda ni apa la salahnya, aku pon kata nak mintak doa. doakan aku di permudahkan utk dpt kerja bila abis belajar ye. aku sempat pegi umrah masa form2. gambar tiada dkt laptop.

tapi rupanya dia call sbb berhajat nak mintak pinjam camera. mulanya aku tak kisah, aku kata aku dah abis guna camera ntuk project, ngan xde masalah kot. sampai satu tahap aku kata, bole pinjam, tapi jagalaa, jgn sampai rosak nanti kena ganti. lepas je aku letak tepon. aku fikir panjang, dulu aku penah pakai camera tapi rosak sbb bagi org lain pakai. .

lepas fikir 2-3 kali, aku macam kesian, apala salah nya kawan aku nak pinjam camera aku tu utk 10 hari sbb dia nak buat umrah sana. dapat pahala jugak kalau aku ni yang pemurah. mulanya memang aku nak hulurkan camera ni dkt kawan aku tu.

Malangla..sbb aku tercerita kan mama aku supaya utk belajar kedekut, jangan biar kan orang mempergunakan diri kita utk kesenangan orang lain, cuba fikirlaa, " kalau org tu pegi umrah satu famili around 5-6 orang mesti bnyak duit ", brapa bajet yang dia kua, 1 orang mungkin bayaran utk pegi balik umrah letakla rm6k something. darabkan 6 kali sama 6 org, total dkt = rm36k pastu nak belanja brg kat sana. mestila banyak kos dkt 40-50 ribu kan,

kepala otak aku mulanya tak terfikir pon nak bincang bajet apa perbelanjaan camni. aku mmg nak proceed nanti bagila pinjam kamera kat dia, pastu
mak aku yg kata, kenapa aku yang dia nak mintak tolong, sedara-mara mesti ramai kan, lgpon dah agk lama dia senyapkan diri pastu tiba-tiba nak berbaik ngan kau, mmg pelik jgk la kan

tapi kalau kita ikhlas kan diri kita utk bantu orang tu, mesti ada ganjarannya kan.
Minta maaf kawan. tak dapat aku tunaikan permintaan tu lps aku berbincang dgn mama bab ni.
aku mesej kat kawan aku, sori, xdapat bagi pinjam, ada benda nt nak guna kamera tu. dibalas balik takpela. aku tak balas pape msg balik..

jgnla berkawan dgn aku bila masa kau perlu aku je. aku terasa jugak bila mak aku kata banyak kali, " jgn biarkan org atau sedara mara kau sekali pun utk mempergunakan diri kau "

kita boleh muhasabah diri sendiri. ada benda mmg kita tak bole tolong bila kita rasa tak boleh kan. memang aku nak guna kamera tu sbb abah aku pulang balik Malaysia besok ptg. syukur bapaku pulang dari yemen,

sume orang nak cuti, apa salahnya kita pon nak cuti jugak tak kisahla mana, dekat-dekat pon ok.
bye.

Ps- sapa kata xsuka cuti mmg dia xcool

4 comments:

Hans Hanis said...

aku sokong mak kau
:-)

Review Filem Karak Disini

Anisa Hang Tuah said...

lakukan yg terbaik utk diri anda

:)

Solihin Zubir said...

bila senang, buang kita..
bila susah, baru nk terhegeh2 cari kita kan..
nk kawan biarlah time susah n senang..
jgn bila ada something je..

dayah said...

hans- tq :)

Anisa- fhm

SZ- btul, biar berkawan sbenar masa susah dan senang kan

Pages