Sunday, May 29, 2011

Filem Kongsi 2011


Aktiviti produktif hari ni, Hari minggu bersama keluarga, aku temankan mama pegi Tesco Ampang beli barang-barang, angkat beras, amik susu letak troli, amik air kopi, dan macam-macam.
aku capai gula-gula jelly, sbb aku ngantuk nak tidur petang-petang,

pastu bila aku makan gula-gula, time tula kurang ngantuk,
berjalan pon buat aku ngantuk tau,
membosankan ye, saya yang membosankan.

balik dari tesco, dah Asar.. aku terus solat, pastu dgr cerita drpd trailer astro first yang filem Kongsi ni macam lawak je, ngan pelakon hero best mantap la konon nya, so aku tengok jap la kat youtube je. ceritanya x kelakar sangat oi.xfaham sgt dorang ckp pe, bahasa utk kongsi gelap sangat xcool.
info :

Kongsi 2011 Poster FARID KAMILS KONGSI SYNOPSIS AND TRAILER

KONGSI (2011) INFO

Genre : Action / Comedy
Release Date : 12 May 2011
Distributor : Metrowealth
Producer : David Teoh
Executive Producer : Azahari Hamid
Director : Farid Kamil
Cast : Shaheizy Sam, Fizo Omar, Norliana Samsudin, Azad Jasmin, Putri Mardiana, Fida

xbest la jln cerita director Farid kamil buat, sorry ea but nice try.
cuba lagi buat filem menarik. mmg bukan senang nak buat filem. dgn bajet sume benda lg,
tabik spring potato ;)

Ps1-dapat tahu games final match bola antara Barca ngan Man united pagi tadi di menangi Barcelona, 3-1, redha.

aku peminat Man. United, barcelona mmg second team support, bagus jugak game dorang main,

man. united tetap di hati.

Ps2- aku apdet entry 2 kali macam xcun la

Tindik-tindik hidung


teringat hari tu masa aku temankan mama pegi ronda pegi bangsar, pegi balik, jalan-jalan jap, nampak sorang perempuan ni bergaya pelik sikit. tak tahula mungkin nak attract orang ramai "tgklah saya"...

sebenarnya dia tindik kat hidung,
kenapa la dia tak tindik kat telinga lagi elok biar lubang dia xsumbat ke,
kenapa la dia tindik kat hidung pastu tayang kan kat orang ramai,
aku penah soal kat diri sendiri, apa kah cantik sangat kaaa -.-"

hukumnya macam haram kan, MEMANG haram, kalau laki-laki pulak tindik gitu burukla -.-"


akan menyebabkn penyakit infeksi dan lumpuh ok
tapi kalo gambar macam mak cik ni mmg la parah ye kan

kaum wanita kutia ni xcomel kan

Apakah hukumnya saya bertindik di hidung? Saya masih menutup aurat dan saya bertindik di hidung sekadar suka-suka?
Mimi, KLumpur

Jawapan: Tetapi jika untuk dipamerkan di hadapan khalayak ramai, maka jelas hukumnya haram. Wallahu A'lam.
  • Bagi sesetengah wanita di Arab bertindik di hidung adalah untuk mempercantikan diri.
  • Jika tujuan menindik tersebut untuk dipersembahkan kepada suaminya maka hukumnya boleh (harus).

Thursday, May 26, 2011

Sume orang cuti,


tahu kah kamu sy sedang bercuti-cutian di rumah sambil membelek assignment dan project protoype in construction. sebb cuti sekolah budak-budak dah bermula, sume orang cuti, sume orang keluarkan duit yg ada dgn bercuti. tenang la tu sgt cuti. buat yg tadek duit tapi berhajat nk merasa tgh bercuti luar negara tu istighfarla. aku la tu

mahu jugak bercuti di luar malaysia, tgk status fesbuk kawan holiday to go, pegi Korea, pegi Bandung, pegi tido..ok la tu pape je, ak ter jeles. kalaulah aku diberi peluang utk bercuti, pegi sabah boleh cakap dialek bah-bah, pegi sarawak boleh tgk patung di Kuching tu kah, pegi Australia jmpa koala jap ke, atau berkenalan org sana, belajar budaya baru..mcm2 benda baru, tu baru best dan cool ok.


comel kan

tapi sumenya dalam mimpi. tiba-tiba, psl cuti jugak aku dapat call drpd kawan lama masa aku study diploma dlu, di tanya satu hal, nak mintak tolong. lama jugk tak bercontact dan dia senyap faham tapi mungkin baru tergerak hati dia nak call aku kot. rupanya ada hajat nak mintak tolong.

Aku pelik skit, kawan ini aku tak boleh bagitahu siapa, di kata dia nak mintak tolong, sbb dia nak cuti. aku ni pon cuti jugak weh. kawan aku bagitahu dia bercuti nak pegi umrah satu famili.
aku tumpang gembira sbb dia dpat pegi rumah Allah bila ada rezki masa muda ni apa la salahnya, aku pon kata nak mintak doa. doakan aku di permudahkan utk dpt kerja bila abis belajar ye. aku sempat pegi umrah masa form2. gambar tiada dkt laptop.

tapi rupanya dia call sbb berhajat nak mintak pinjam camera. mulanya aku tak kisah, aku kata aku dah abis guna camera ntuk project, ngan xde masalah kot. sampai satu tahap aku kata, bole pinjam, tapi jagalaa, jgn sampai rosak nanti kena ganti. lepas je aku letak tepon. aku fikir panjang, dulu aku penah pakai camera tapi rosak sbb bagi org lain pakai. .

lepas fikir 2-3 kali, aku macam kesian, apala salah nya kawan aku nak pinjam camera aku tu utk 10 hari sbb dia nak buat umrah sana. dapat pahala jugak kalau aku ni yang pemurah. mulanya memang aku nak hulurkan camera ni dkt kawan aku tu.

Malangla..sbb aku tercerita kan mama aku supaya utk belajar kedekut, jangan biar kan orang mempergunakan diri kita utk kesenangan orang lain, cuba fikirlaa, " kalau org tu pegi umrah satu famili around 5-6 orang mesti bnyak duit ", brapa bajet yang dia kua, 1 orang mungkin bayaran utk pegi balik umrah letakla rm6k something. darabkan 6 kali sama 6 org, total dkt = rm36k pastu nak belanja brg kat sana. mestila banyak kos dkt 40-50 ribu kan,

kepala otak aku mulanya tak terfikir pon nak bincang bajet apa perbelanjaan camni. aku mmg nak proceed nanti bagila pinjam kamera kat dia, pastu
mak aku yg kata, kenapa aku yang dia nak mintak tolong, sedara-mara mesti ramai kan, lgpon dah agk lama dia senyapkan diri pastu tiba-tiba nak berbaik ngan kau, mmg pelik jgk la kan

tapi kalau kita ikhlas kan diri kita utk bantu orang tu, mesti ada ganjarannya kan.
Minta maaf kawan. tak dapat aku tunaikan permintaan tu lps aku berbincang dgn mama bab ni.
aku mesej kat kawan aku, sori, xdapat bagi pinjam, ada benda nt nak guna kamera tu. dibalas balik takpela. aku tak balas pape msg balik..

jgnla berkawan dgn aku bila masa kau perlu aku je. aku terasa jugak bila mak aku kata banyak kali, " jgn biarkan org atau sedara mara kau sekali pun utk mempergunakan diri kau "

kita boleh muhasabah diri sendiri. ada benda mmg kita tak bole tolong bila kita rasa tak boleh kan. memang aku nak guna kamera tu sbb abah aku pulang balik Malaysia besok ptg. syukur bapaku pulang dari yemen,

sume orang nak cuti, apa salahnya kita pon nak cuti jugak tak kisahla mana, dekat-dekat pon ok.
bye.

Ps- sapa kata xsuka cuti mmg dia xcool

Tuesday, May 24, 2011

Kecewa, pendek cerita

Assalamualaikum and hi

sudah seminggu xapdet entry rasanya, alhamdulillah pejam celik, celik pastu pejam balik, tidor kroooh3, ternampak ahli followers sbg sahabat dah bertambah, cewah...
sedikit terharu pada sesiapa yang sudi mengikuti blog personal dan semasa saya sendiri
(tkpela you follow i, i follow you, tp jgn marah kalo tak komen pape).


sedikit kecewa sejak kebelakangan ni, apa yang kita inginkan tu xberjalan apa yang diharapkan.
cth pertama, pernah rasa bengang dan pandai' sangat ke sana situ temankan mak motifnya beli ubat barang-barang, lastly dah sampai situ rupanyewwww kedai tu tutup hari isnin der. ini dah sampai depan kedai ler -.-"

then, kecewa setiap kali kawan mak aku mengata dan bercerita dgn soalan biasa, apa awak buat cuti ni, carikla kerja, dan.. aku bukannya tak mahu kerja, kalau setakat nk mintak kerja kedai part time sebln atau dua bulan setengah, interview tu kata nanti ai call balik..atau kerja kat sini full, konfem tipis harapan nak kerja atau berusaha dapatkan kerja tu.

aku sendiri berharap utk berubah dengan baik di masa akan dtg, kalau harapkan doa sahja mungkin xakan merubah segalanya kan, cuba try dulu, nanti kita tengok apa jadi dan sapa yang kena, insyaAllah kalau xde pape masalah study abis ujung thn, hrp gitula



mr Popeye and miss poyo, mereka ini hamster saya, bila tgk dorang lelama sememangnya terapi dan mmbantu sangat mengurangkan tahap kekecewaan saya -.-"



SORI. SUARA SAYA XCOMEL. COMEYNYA3X. TRUS BLACK OUT
Bye
Ps- ada interview untuk fyp to do
Ps- terus cancel pegi kelas mengaji sebb kan kawan mak aku tu mak cik tu, oke ignore ce cite bye tu



Monday, May 16, 2011

Selamat Hari guru

Assalamualaikum and hi :)

sy ucapkan selamat menyambut hari guru satu Malaysia sempena hari guru ni, terima kasih sebb banyak mengajar kpd sume guru dan pendidik.
Jasamu amat dihargai dgn pengorbanan mu mmg tinggi dan xternilai, klau xde guru mungkin sume org xtahu betapa comelnya sy dahulu kala. HAHA. Xpenah bercinta la masa kecik sampai skang ni haaa. tatahu la, klau kecik dulu kita suka men tiang-tiang pastu men polis entry, pastu bahan kawan2 ko suka dia kan, bla bla bla, dulu la. kelakar bila ingat balik !


ni masa darjah 4, gambar passport,
dhulu sy seorang yg teramat pemalu


masa sekolah rendah sampai aku kat sekolah menengah dulu mmg baik dan sopan sgt, xsempat buat dajal nak perangai2 nakal dkt sekolah. so takdekla memori pahit.
cume tula memori teruk yang aku xbole terima sampai skarang sbb dapat keputusan SPM yg tak memberangsangkan, aku xdpt masuk satu universiti pon :(

mungkin ada hikmah sebaliknya aku tak dapat masuk Universiti :')
masa masuk PLKN kat Kelantan, aku dapat offer sekolah STPM, aku masuk sekejap tu tapi xberani nak teruskan perjuangan nk bertarung sesi persekolahan lower under form6 sastera. asik fikir nak pulun jwb exam sume SUSSSSSSSAH, belum cuba belum tahu kan. Aku xberani, buat STPM studen ni teruskan perjuangan belajar sampai larat jgn persiakan cikgu dpn mata boleh membantu lg, tu la jgn di pandang rendah dgn sijil tu kalau dpt lagi tinggi daripada sijil diploma kata cikgu-cikgu.

tp lastly aku decide keluar sekolah form 6 amik diploma kat Kolej. Kolej Poly-Tech MARA kat Bangi aku study business management tempat aku kenal ramai kawan-kawan, cari pengalaman, xsempat cari calon boyfriend. dan sempat berkenalan dgn lecturer.
masa kenal lecturer ada yang perangai garang ni kita takut, so buat la homewrk,
kalau lecturer tu rileks je, dpt homewrk je terus simpan je homewrk tu, lambatla buat homewrk, sampai xbuat.

Masa diploma dulu tu, lecturer Nurosielawati, dia ngajar english, dia penah mengamuk kat satu kelas dgn koyakkan attendant klas sbb hampir satu klas kami tak buat homework dia, aku buat oke, tp stgh jalan :P

last-last kami jumpa in person say sorry and do your homewrk properly.Maafkan kami and tu la xleh lupa, jgn menmain kat kelas kalau nak pandai kena slalu bertanya, jgn malu2, kata aku kat diri sendiri ~

Happy teachers day and thanks for your all sacrification of patient teaching student.


favourite teacher aku sume nya teacher ngajar english, suka tgk teacher english ngajar, sbb dorang best, and good.


Ps- Happy teachers day buat mama sbb dia cikgu tadika dulu :)

Saturday, May 14, 2011

Popeye and poyos

Assalamualaikum an hi :)

pe kabar korang, sy selesema, kpd sesiapa yg syg kan sy sebagai sahabat sila tunjuk kan kasih syg anda yg terbaik dan berhemah dgn komen dan ce cite apa korang buat skang, aku ni tgh cuti, tgh makan ubat, tgh sambung klas ngaji dengan imam syu'bah. alhamdulillah sume marvellous bila air hingus meleleh aku berperangai dgn tak tahu malu mengesat air hingus kat tgn dgn hat kat baju di kala kehabisan tisu. benda ni berlaku bila aku tgh ngaji kat rumah cikgu, sebenarnya malu -.-"

kalau nak tahu bentuk Al quran imam Syu'bah yang aku tgh belajar ni namanya buku tajwid qiraat, ari tu aku pegi klua Pwtc sempena pesta buku bersama
HANA & kawan nya hana jugak
(minta maaf menyusahkan hana sbb dia hantar kan dayah pulang sampai balik, dan xboleh lupa sesat jalan ronda KL, malu je org KL ni)
carik sikit buku ni manalaa tau dpt tgk buku quran tajwid qiraat ni murah skit tapi sebenarnya tak di jual. mmg susah nak beli kata cikgu lah. lastly beli kat rumah cikgu rm 150 bukan dlm riyal. nasib baik dapat jugak beli lps mama aku jugak yg bayar kan. thanks to mama and cikgu sebb memahami bab pembayaran. aku mmg takde duit yg cukup nak bayar RM150
itu la tajwid qiraat imam syu'bah yang aku tgh belajar, nak seribu dalih tanak sudah. kalau nak belajar ilmu akhirat jangan fikir susah ke tak, kita ni manusia biasa. banyak lagi benda baru nak belajar kan.

lagi satu benda aku nak share, bab hamster, and hello hamster roborovski !



sekor nama popeye, sekor nama poyos, beli 2 ekor ada jantan ngan betina, memula nak beli sekor pastu mama kata dia tak de kawan kang. so beli jela dua, ni pon mama aku yang belanja, -.-" serius aku takde duit tapi nak mintak pelan-pelan je, tapi sebenarnya mama mmg sukakan tgk sekor beli rm20 hinggit, amik dua ekor, total 40rm :) thank you so much mama ok tu je hamster ni pon. ada facts pasal hamster sini tapi dalam BI, roborovski boleh panggil robos. ada 5 jenis hamster yang aku prasan skang,

syrian (paling besar),


campbells (xsebesar syrian)


chinese (kecik)



winter whites (kecik, warna mmg berlainan)



lastly , kini aku punya roborovski :)



ada bnyk lagi jenis hamster lain xsilap aku

adik aku kata hamster ni macam tikus -__- mana ada hamster mcm tikus ! kalau tikus betul karang cakapla macam hamster pulak ye, wek, aku tak suka tikus tsk23x. mata tikus tu merah, ekor panjang, dorang kotor, geli aaaa :( next time rajin sikit taip entry la, thank HANS. beliau yg ingtkn sy utk update kan entry smlm. Bye

Ps- ada kerja kosong utk saya dptkan duit lebih x?

Ps- malas bubuh watermark pic sendri tkpea, homework fyp cuti sem ni kena buat skit
,

Pages