Tuesday, March 16, 2010

Takut tak jadi

Salam. Banyak benda yang aku fikir dan rasanya status kat entri tu bakal berlaku.
Perkara ini memang tak dapat nak di elakkan sekiranya kita tak tau satu kepastian yang sebenar. Jadi kita terjah. Isu panas je ayat nak bikin terjah. bukanlah camtu.

Firstly, biasa nya manusia dah merancang apa impian nya, hajat or apa je yang korang nakla. Basically aku ingat je ayat "takut tak jadi" kat dalam tv je. Contoh aku ingatkan, "Pah bulan depan sedara kao menikah ngan sepupu tu jadi ke" di jawab nya "apa nak kesah benda tu biasa je pi nikoh settel". Kemudian Mek ah kata "takdela budak yang nak menikah tu dengar khabar kena kahwin ikut paksa, macam takut tak jadi". Itu sebahagian babak dialog dari cerita keranamu kekasih~

Aku bukan nak cerita pasal kes menikah sebab entri ni. Banyak perkara boleh berlaku jugak sebab takut tak jadi. Aku fikir banyak yang kita belajar kat Universiti kolej nak capai impian tinggi2, tapi takut tak jadi. Itu sebahagian yang aku fikirkan.
Apa yang penting kita ikhlas kan sume ni terima ilmu yang berkat, insyaAllah berjaya hendaknya.


Mode: tak tahu
Banyak je aku fikirkan "takut tak jadi" antara nhya aku listed sini:
Takut tak jadi masak nanti pandai ke nak cari calon suami yang sayangkan bakal bini :[
Takut tak jadi belajar nanti pandai ke kao nak cari kerja :O
Takut tak pandai nak jawab exam, pandai ke kalo tak belajar :<

Takut tak dapat pinjaman

(tu yang nak aku ekspress skang)
Aku tengah apli borang permohonan pinjaman; RM 30K
Problem tak dapat pinjaman study kolej nanti aku nak mintak kat sapa.
Usaha tangga kejayaan.

"Bak, kan best kalo bak ada kat Malaysia". Dayah dah terasa sangat berjauhan dengan Bak sekarang ni. Sabar. Sebabnya slip gaji abah aku sume aku tak dapat lagi camna nak isi keperluan permohonan pinjaman nak belajar ~

aku dah baca benda INI. Ok. Membaca amalan mulia.

BAHAGIA MENGHADAPI UJIAN ALLAH

Dalam meniti arus kehidupan,manusia seringkali diuji oleh Allah s.w.t. Ada sahaja yang menimpa diri,sehingga kekadang dirasa sudah tidak tertahan dengan ujian yang dihadapi.Bukan sengaja merintih nasib diri tetapi dugaan yang bertimpa-timpa sedikit sebanyak menguji keimanan yang tidak sekuat mana pun.
Firman Allah dalam Surah Ali Imran:139 yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu merasa lemah,dan jangan pula kamu bersedih hati,sebab kamu paling tinggi derajatnya,jika kamu orang yang beriman.”
Bergantung harap hanya pada Allah Rabbul ‘Alamin.
Allah yang mendatangkan ujian kepada manusia,jadi penawarnya juga ada padaNya. Manusia yang bertaqwa tidak akan membiarkan dirinya hanyut melayan perasaan sengsara,tetapi tetap bersyukur dengan ujian yang menimpa kerana dalam mengharunginya dia telah dianugerahkan ketabahan dan kesabaran. Maksud Firman Allah dalam Surah At-Taubah:129,

”Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakkal,dan Dia adalah tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung.”

Allah menguji hambaNya bukan tujuanNya untuk menyeksa,tetapi itu adalah suatu rahmat dariNya.Dan kerana Allah menciptakan manusia untuk kehidupan di akhirat,lantas dunia ini hanya tempat untuk mencari perbekalan.

Justeru,hadapilah ujian dariNya dengan hati yang redha kerana pasti ada hikmat yang tersembunyi disebaliknya.
Kerana semakin sayang Allah pada manusia,semakin dia diuji,namun dirawatnya dengan sebaik-baik penawar iaitu ketenangan pada hati.Wallahu’alam.


Ps/ Ingat nak skip klas Eng sok pagi nak setelkan borang permohonan pinjaman. Takut~
Btw, lesen L aku bakal mati. Test jpj moto blum stat pon dah takut. Apala nak jadi. merugikan ! T.T

No comments:

Pages