Sunday, March 7, 2010

Mama (La Tahzan) janganlah bersedih


Salam.

Hari Ahad lepas aku sentiasa temani mama ke kelas Ustaz. Dah terbiasa untuk belajar perbaiki diri untuk penuhkan ilmu yang berkat. Apa yang penting, keikhlasan untuk belajar dapat penuh keberkatan ilmunya dan di amalkan. apa yang penting kerjasama~ceh

Antara rutin harian keluarga kat rumah hari Ahad melepak. Maksud aku melepak hari Ahad ni santai,benda yang selalu handle hari Ahad biasanya belajar kat Kelas Ustaz Ishak Din (Abg Ustaz Haron Din) ngan ngaji dengan Aunti Norisah. Belajar mendalami ilmu agama akan membantu kita sampai ke akhirat betul la kan?

Elok2 je belajar kat Kuliah Pak guru, ngan aqidah tauhid pastu ada hadis..Tiba2 dengan secara tak sengaja ustaz ada menyoal mama ku pasal abah. Al maklum abah tersayang di perantauan, apa yang kita harapkan dia sihat dan sihat selalu.

Bak, ustaz ada tanya mama.berapa lama agaknya Bak akan berada di Yemen.
Jawapan Raya or Puasa tahun ni. Insyaallah

Innallah ha yuhibbu Jamil : sesungguhnya ISLAM itu cantik.
Hadis yang dapat lekat kat kepala aku skang macam tu. lepas habis kelas jangan buang ilmu jauh2, lebih baik cuba memahami dan ingat daripada hafal tapi memahaminya tidak.

Ustaz dah terngusik hati nurani mama. Masakan tidak bila terindu pada orang yang
disayangi ketika ini ada kat luar negara. Sabar ye ma, mama menangis lepas ustaz tanya pasal abahku lebih lanjut, aku akui Bak memang berani dan pengorbanan yang besar bak buat untuk kerja sana berbanding sini. Maybe nak berubah angin. But at least he is happy sana. He admit, Bak enjoying his life at Sana'a, Yemen.

Pak ARAB ngan Mak arab kan ada. Boleh je belajar mix around others culture and have new experience :)

Aku terbaca kat satu tazkirah ini, renungkan je ye.
PERNAHKAH anda menangis?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya?

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini.

Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini.

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:

Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati, gembira, takut, bodoh, lemah dan terhina.
(aku biasanya nangis sebab perkara diatas ye dan tak tipo)


Ps/ sometimes i do miss my Bak. Dear Mama, janganlah bersedih. DAYAH sentiasa membantu apa yang termampu insyaAllah :D



Chill mama(this picture taken on raya 2009)

double Ps/ I thought i should finished my lesson in motorcycle that Sunday. tapi tak tinggi lagi la confident nya ~

No comments:

Pages