Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Sehari trip to USS

Salam Maal Hijrah 1434. Mohon tahun baru ini lebih baik untuk semua umat islam.

Rasanya lama dah tak update entry, tapi okay sekarang baru gatal tangan nak taip entry. Last week saya amik cuti annual leave and pegi USS Singapore, sememangnya seronok pergi ngan kawan. Kawan dua orang tapi kami pergi berempat, sorang kawan ada bawak adik lelaki beliau.

Sebelum nak pergi tu preparation yang perlu ada:

1. Passport kena ada ya, dan saya sudah renew passport tersebut ya kat imigresen wangsamaju

2. Transport pergi balik mesti dah ada, kami pegi bajet dengan komuter coach KTM RM46, balik dengan flight AIR ASIA RM97.50

3. Bekalan stok makanan sendirian bhd, roti, biskut, biskut coklet, bajet sendiri agakla, minuman botol air saya bawak dua sajek

Sampai je kat imigresen Singapore dorang cek passport, pastu anda boleh berangan kejap jadi warganegara Singapore. Pergh, manalah saya tau jadi perantauan kejap kat luar KTM Woodland pastu nak carik jalan kena naik transport public bas. Terkial-kial carik map bas stop betul ke tak gitu. Sebelum naik bas kene make sure ada duit pecah ye, sebab dorang takkan bagi baki walau sebesar macam mana punya change dollar yang kau ada, ada paham. Time tu bajet saya berbekal RM150 dollar. So duit yang nak ada besar bila naik bas, konfem nanti drebar bas bising small change please oh dear, or else kindly you can just give big money to the bus. Amik duit cukup-cukup kalau naik ngan bas,

Naik bas dalam 2dollar yang kod RWS 8 –Resort world sentosa  dari woodland KTM naik dua kali bas, yang lagi satu bas ni kena charge per person 1.10 pastu baru ler naik MRT. Lepas setel bas dah ok nak kene naik MRT tu sebenonye la saya amatlah bersyukur tak sesat ke mana-mana at last sampai jugak ngan member. First2 masa nak naik MRT tanya kaunter terus ala kononnya malas nak pakai machine, tak tahu pon nak guna mesin tu cecuba je la tempat destinasi sebeno. Pakai machine sedut coin kad MRT senang je nak guna. Kad MRT tambang 3.30 dollar pastu boleh refund balik SENDIRI 1 dollar. Daripada nak naik MRT Kranji beli tiket Harbour Front, tukar 2kali train naik Jurong East-Outram pastu sampai la tu USS.

Enjoy your day ye dengan sume sekali games. Orang kata, main la sampai penat…saya rasanya pergi sekali dah cukup dulu kot kat Singapore sebab currency dia tinggi ar. Asyik fikir duit keluar convert sana 1dollar sama dengan RM2.50, banyak betul dah belanja pergi sana. Gambar dah pon enjoy la dapat pengalaman..

SAM_2112

SAM_2043Farah ngan nani kawan sekolah saya sejak form2-3 Tiket Singapore.

Tiket USS dalam ringgit bagi RM168, kalau hari peak days memang lagi mahal pastu dahla ramai orang.

SAM_2054 SAM_2068 SAM_2086 SAM_2098  SAM_2113 SAM_2048 SAM_2084

Time ni dah tak larat naik roller coster duduk rest pastu beli barang souvenier sikit,  yang roller coster paling seram saya tak try mau tak nya nanti keluar jantung teriak, nangis, takut..jatuh ke apa, bye :)

Ps- nak kumpul duit pergi mana-mana percutian kat pulau pulak, tapi nak kumpul duit beli Honda jazz…Nak seribu dalih tanak seribu diam bahasa.

Saturday, July 9, 2011

Kuih raya datang lagi..mari-mari kalau nak rasa, mintak sample kat saya

Raya belum, puasa pun belum, hari khamis tu aku dah selesai daftar semester lasssssssssssss sekali. harapan sendiri untuk tidak lagi melalui sesi pendaftaran. sangat sucks. sorry to say, Kolej system registration sangat dissapointing from first and last. nothing to say baik ke tak ke hapa. but sangat slow dan xeffisyen (eh salah eje le tuw) aku hampir tak jadi nak daftar kolej masa khamis tu sebab masalah duit yuran dengan sesi kaunseling sbb yuran. tapi Alhamdulillah, akhirnya sume berjalan lancar. Lepas aku pegi kolej baru dapat tugasan nak jual kuih, member punya hal lah. kita tolong awak, awak tolong kita

kuih raya yang dijual, contohnya dari 7 jenis kat pic tu ok :)

aku xbubuh watermark kan kat pic..xda masa la haha, alasan :D
Jualan tengah berjalan, punca bisnes aku berlaku ini la sebabnya, last sem. Aku ada sorang kawan namanya Intan, intan oh intan..comel (nama kau masuk belog kecik ni) haaa, budak ni suruh aku tolong jual kuih raya, mari mariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, xrugi kalau beli, xbeli ai xmarah tapi kecik besar hati. boleh bagi test makan, kalau xjadi beli serius makan je test..

kuih raya
sebalang tu ada 50 biji rm26, ada 7 jenis kuih raya. Minta maaf sebab jual terlalu awal, kalau ada yang xsuka boleh tekan pangkah kat entry ini. bye, oh klau nak order kuih-kuih raya, tolongla bagitau saya, jasa korang amat dihargai, nanti saya bagi sample kalau ada yang berminat, contact la komen la, oke suka jual, suka jual, suka jual (omakkau.. berani kan lah diri aku ini YA ALLAH untuk menjual kuih raya sume ini, gagah kan aku dan steady kau boleh boleh, jgn berangan, oke cool) oke assalamualaikum. sayang kat semua yang jawab.

Ps- rasa nak jual baju kat mudah.com

Pss- aku punya
tajuk fyp kena reject :(

Tuesday, June 28, 2011

jangan rasa rugi

sebenarnya sume perkara yang kita buat mesti ada balasan, kecik besar mana kau tipu ke apa, ingat lah Allah Maha Besar, dia nampak apa saja yang kau buat. lagu Raihan, ingat 5 perkara..
sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, . .

jangan lupa nikmat yang ada ni sementara, mungkin aku xkaya macam orang kat luar tu, tapi aku memang xkaya. haha. bye, selamat renung2an

thanks info JAIS,
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu sekali bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang yang patut mereka bersungguh-sungguh merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan.

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran."

ps- aku terhegeh-hegeh nak start balik assignment lepas

pss- alhamdulillah bateri laptop beli kat low yat tadi rm,180

Sunday, May 29, 2011

Tindik-tindik hidung


teringat hari tu masa aku temankan mama pegi ronda pegi bangsar, pegi balik, jalan-jalan jap, nampak sorang perempuan ni bergaya pelik sikit. tak tahula mungkin nak attract orang ramai "tgklah saya"...

sebenarnya dia tindik kat hidung,
kenapa la dia tak tindik kat telinga lagi elok biar lubang dia xsumbat ke,
kenapa la dia tindik kat hidung pastu tayang kan kat orang ramai,
aku penah soal kat diri sendiri, apa kah cantik sangat kaaa -.-"

hukumnya macam haram kan, MEMANG haram, kalau laki-laki pulak tindik gitu burukla -.-"


akan menyebabkn penyakit infeksi dan lumpuh ok
tapi kalo gambar macam mak cik ni mmg la parah ye kan

kaum wanita kutia ni xcomel kan

Apakah hukumnya saya bertindik di hidung? Saya masih menutup aurat dan saya bertindik di hidung sekadar suka-suka?
Mimi, KLumpur

Jawapan: Tetapi jika untuk dipamerkan di hadapan khalayak ramai, maka jelas hukumnya haram. Wallahu A'lam.
  • Bagi sesetengah wanita di Arab bertindik di hidung adalah untuk mempercantikan diri.
  • Jika tujuan menindik tersebut untuk dipersembahkan kepada suaminya maka hukumnya boleh (harus).

Sunday, November 7, 2010

Doa

Salam.

saya dah habis exam. syukur. pelan-pelan terfikir balik result final kluar nnt acane ni.
tawakal lillah, da usaha kan. usaha tangga kejayaan. tunggu nex sem.
apa yg penting,usaha. yg belum habis exam, sila berusaha dgn tekun.

usaha kena study. notes berterabur kat meja study.
dayah mesti kemas nt.

cara nak jawab exam, oh exam dah habis. mari cuti memerappp dlm rumah.

nak review skit cerita last paper final exam:
aku rasa paper database aku out.
aku rasa paper system tadik tak cukuuuup masa nak dabel cek.
paper ekonomi nerves semacamm menjawab sampai tak ingat blur-blur jwb.
sume susah. tadapape yang senang.
menangis nak doa depan Allah mestilah ikhlaskan diri, nak tahajud nak doa, solat dan doa tawakal. doaku permudahlakan segala urusan hidup aku di dunia akhirat. amin.


-

tutupla cite exam.
kawan aku nak kawen dah, sorang sorang pegi cari tangga. bina rumah tangga.
punya la baik hati kwn yg sorang ni dok penang mintak alamat kita pastu send kad kawen dia kat rumah kita. dia suruh datang majlis wedding dia.
awat jauh na, haaa. i doakan kebahgiaan kamu oke Mirana.

member satu tempat kerja aku dulu masa aku keje kat Uzma Bhd, sama baya aku gak tapi tak kamceng sgt, budak finance ni nama Hasnah org cantik semestinya kawen dulu. bahgialah kamu nak kawen. dia pegi tag aku picture kat kad wedding dia jemput kat Selayang, tapi mana plak kad kawen kat rumah ni. Hasnah, mirana, dan calon pengantin lelaki kalian ye aku doakan korang bahagia bersama hingga ke anak cucu.

kawan-kawan dah kawen kao bila plak, ah tadek hati nak berkongsi lagi. biarlah rahsia.

Doa bagi diri aku dan kawan-kawan yang belum kahwin:


doa dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.


Doa lagi

aku belum pernah rasa doa putus cinta.
tp just sharing.

bye

ps- selamat menunaikan umrah mak cik pak cik besok pagi.
oke las entri dipadam. sebb emotional mengarut




Tuesday, August 31, 2010

Rambut itu hair




sume orang tahu tak rambut itu apa.
rambut tu rambut. Rambut means hair.

kepala rambut aku gatal kadang-kadang, kadang-kadang rajin sahja rambutku jatuh berguguran bila aku menyikat guna sikat ah.
memang kepala rambut tengah gatal ar, ingat nak potong rambut tapi sayang.
rambut silalah dijaga sebaik mungkin ok.
aku akan sahja share bab penjagaan rambut kat entry hari ni, tapi sebelum itu. nak ambil kesempatan ingin mengucapkan,

selamat menyambut hari merdeka ke 53 Malaysia tanah air ku tercinta. I am proud of Malaysia :)


1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia


Terima kasih Malaysia :)




Kembali entry.
Rambut.
Banyak perkara tentang rambut..Ada yang berkelemumur,ada yang berkutu dan ada sebagainya..Tapi tahukah anda jenis rambut mewakili tentang perwatakan anda.
Jom kita semak..


Anda tergolong dalam golongan mana

1) �RAMBUT LURUS �-
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan


2) �RAMBUT KERINTING TEBAL� -
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,


3) �RAMBUT KERENTING NEGRO� -
bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah


4) �RAMBUT IKAL MAYANG� -
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.


5) �RAMBUT HALUS / LEMBUT� -
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.


6) �RAMBUT SIKIT� -
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.


7) �RAMBUT PERANG� -
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.


8) �RAMBUT TEBAL� - bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan,dan pandai mengambil hati seseorang.


9) �RAMBUT KUSUT� -
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.


10) �RAMBUT BERUBAN� -
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri


11) �BOTAK �- sendiri pikir..muahaha

Ini hanya sebagai renungan agak sahaja..Tak semesti mewakili perilaku anda.."

jumpa fakta ini masa gogel

aku dalam golongan bab num4. tapi aku suka lahh kalau rambut aku sndiri transform gaya negro afrika, tapi tu mimpi lah. hajat ingt nak potong rambut sendiri depan cermin tapi eee sayang ah.
Oleh itu silalah rajin jaga rambut selalu. apa yang aku amalkan sekarang:

sikat menggunakan jari

kalau baru bangun dr tidur, sikatlah menggunakan jari2 untuk meleraikan rambut2 anda yang kusut dan tersimpul... "guna jari pon bole"


okaylah...tidur yang mencukupi turut mempengaruhi rambut yang sihat tahu......nak tido dulu wink.gif

"there are no ugly girls, there are just lazy girls" rajin2kanlah diri anda dlm memperbaiki kelemahan diri..jaga rambut selalu. rambut itu hair. hehe. bye

peace

Wednesday, August 18, 2010

Fikiran serabut nak buat apa yerr. jangan asyik berangan. bangun20x






Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan diri sendirik kini di mana sahja kau berada. contohnya aku dari kolej ke rumah, atau dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut. Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.


Antara perkara yang biasa dilakukan mengikut berikut:
1. Tarik Nafas

Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda. tarik je lah nafas hembus balik. kao jangan mengentut bila tarik nafas lepastu berbu sudahlaaaa.

2. Ambil Wudhuk

Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis

Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis. menulis biasanya aku akan mulakan dengan nota kecik, list on what to do. takkan la tak pernah cuba

4. Kenalpasti Yang Utama

Setelah puas dengan apa yang ttulis, lepas tu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta? yang ini target objektif maksudnya, apa matlamat hidup dlam jangka masa pendek, dalam masa panjang. Contoh aku niat ingt dalam masa panjang dan terjamin nak beli kereta sendri. Jangka masa pendek maybe aku nak selalu happykan famili sendri.

5. Buang Yang Tidak Penting

Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. kemudian dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak. buangkan gambar kenangan yang tak menarik.

6. Cukup Rehat & Tidur

Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi

Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika diamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar. err perkara ini aku selalu buat lahh.
Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV. ini pun kena kurangkan, terpaksa mencuba kurangkan la gitu

8. Kembali Kepada Alam

Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga, bawa kawan-kawan anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Kemas Ruang Anda

Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.
err bilik aku memang serabut bila banyak assignment nak kena setel.

10. Berkongsi Masalah

Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka. erk. selalu malas nak sharing problems sebab hanya Allah saja yang tahu. aku selalu doa dan bercakap pada Allah, berikanlah kami umatmu berbanyak kebaikan dan jauhkanlah kami dari keburukan

11. Buat

Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!

Homework jangan tangguh♥






oke. aku cuba share sudahhhh sekian kat sume info ini , selamat beramal dan mencuba. aku masih belajar tak mahu serabut kusutkan minda. nanti otak tak cergas


ps/ aku ingat nak rajin buat revision. aku nak rajin jawab assignment. Tadi jawab pretest exam bagaikan kucing tak puas hati nak makan, takleh jawab part soklan ekonomi yang ditanya "flying geese pattern".

Bye

Friday, August 13, 2010

Test skill lahh







Latih diri. Kali ini kita buat latihan part deria otak dengan kaki dan tangan







-Kita semua tahu yang otak sebelah kanan mengawal pergerakkan anggota kanan kita dan bahagian otak sebelah kiri untuk anggota sebelah kiri. Tetapi otak kita ada kelemahan yang ketara. Cuba latihan untuk otak ini. 5 minit fikir sikejap

1Dengan menggunakan jari telunjuk tangan kanan anda buatputaran kecil mengikut arah jam di udara.
2Jangan berhenti dan sambil itu angkat kaki kanan anda dan menggunakan ibu jari kaki kanan anda itu buat putaran kecil mengikut arah lawan jam...
3Anda akan dapati yang putaran jari telunjuk tangan kanan anda secara otomatik akan mengikut arah putaran lawan jam seperti kaki anda.



Adalah mustahil bagi manusia untuk melakukan latihan ini dengan putaran yang berlawanan arah dan jika boleh anda boleh melakukannya anda adalah manusia luarbiasa. Dan jika anda sedang cuba melakukan latihan ini ditempat awam orang lain yang melihat anda akan kata"apahal mamat tu, gila ke apa"...

juadah makanan berbuka puasa hari jumaat sgt menawan yaitu dada ayam percik, sate, mee kari, roti john, tapi roti boom yang ku ingini takdapat di belik lagi...pergh, tertelan air liur. selamat berbuka puasa nanti

Wednesday, August 11, 2010

handphone. dan motor

Salam.

aku ada satu artikel kat entry pasal keperluan. sikit sebanyak buat aku rasa tersedar hari ini tuk bersyukur je apa yang patut. aku dah ada handphone tapi leka. leka leka leka, hp letak merata habit biasa. bila nak guna hp baru mencari, bila xnak guna bersepah ke laut. calar balar handphone guna dah 5 tahun tak tukar-tukar.

Hari semalam sudahla tayar motor itu pancit, aku keluar rumah bawak handphone pulak. ok safety needs.
pentingkan, nanti kalau sesat ke bahya kat mana-mana, kan senang nak contact.

Lepas motor pancit. aaku mandi keluar rumah,capai duit, ic, handphone and amik helmet. dah sampai tutup enjin moto. parking betul-betul depan kedai moto apek lee kat dpn setesen lrt ampang.
da prasan parking,ada brader apek ni banyak kerja. tergedek-gedek tu tanak layan kot. bizi.
aku tegur, awak tengok..motor pancit kan ini kasik tuka dgn tambah minyak 2T. minyak moto wangi sepanjang zaman. padehal, tuk vitamin motor. moto kena jaga so kena letak minyak hitam tuk enjin moto kurang geser, kurang panas. kang meletup naya plak. moto kan kena jaga elok-elok. haihh bila mau ada kereta. motor baru, insya Allah ada kot.

pasal handphone yang aku bawak kan.
aku tunggu setengah jam repair moto, minyak, tayar, brek charge total rm20.
dok bosan-bosan aku mesej guna hp tuk wish selamat berpuasa kawan-kawan, dan forward msg2 :)

selamat berpuasa. aku dan bulan puasa and raya tahun ini berbeza tanpa abah. semua kan dah besar, duit raya nak jugakkk k


aku mesej kat kawan, tapi sudah la kawan. mahu dibalas tak balas saje kan kadang-kadang terasa. ohh tidak

kadang-kadang terpikir jugak bila kita ingat dia, tapi dia ingat tak kat kita.
Oke ikhlaskan diri, hantar pesanan msg pada kawan-kawan :]

handphone
artikel ini aku share

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan
Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -


1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )


2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja. Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

oke bye.

pegi kelas jam10 lab. balik pegi bazaar nak ayam percik, yey

Ps/ kalau bab info hp tu tak dapat apa hasil yang sepatutnya, buang kan hp jejauh bagi kat saya. keh3. sbabnya, saya baru tahu and just sharing the info psl hp :)

Friday, July 23, 2010

oh ikan puyu

Salam. apa khabar. aku sihat saja :)

Setiap hari kaki aku melangkah ke tempat nak belajar, semakin tiap hari itulah akan aku pulang dengan pelbagai ragam berita menarik ada tersedihla pun ada dan banyak cara yang tersendiri dan bayangkanlahh it's normal. suka hati apa je ye. pokok utama cerita nak cakap, pegi bawak buku ke kelas bagai menatang minyak yang penuh. Balik pun bawak buku dengan bertimbun-timbun assignment. Homework ada je. Nak stat tu tengah masih merangka dulu, mana satu yang patut buat, mana satu perlu dibuat dulu. status financial aku kini bad. aku tak banyak duit skang. nak potostat notes pon selalu saja mintak duit kekadang sume poket money mintak kat mak.

kadang-kadang terasa malu jugak sebab asik nak mintak duit tiap kali belajar nak beli itu beli ini, nak duit macam-macam melantak makan tapi kalau nak belanja mak balik tak tahu bila agaknya. Yang penting hidup mesti happy kan kan.
terima kasih mama bak ♥



Oh nak tahu tak apa cerita di sebalik entry oh ikan puyu.

Mak aku balik dari kelas belajar dia hari ini, selalu je mama pegi ngaji bersama kawan-kawan beliau. Hari ini mungkin hari bertuah dimana mama pegi belajar, kemudian bawak balik sebekas lagi balang terisi ikan-ikan puyu kat rumah. Oh ikan puyu. Bukan tak pernah bela ikan kat rumah. Kat bekas akuarium lepas dah ada 4 ekor. Di tambah lagi pula ikan puyu jenis kampung daripada pemberian kawan mama ku 5 ekor tak silap.

Kalau ada sesiapa yang tak tahu apa itu ikan puyu. Maka bolehlah berkenalan.
Ikan Puyu (Anabas testudineus) merupakan spesis ikan air tawar yang paling lasak
Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesis ini. Ikan puyu seringkali dikaitkan dengan kepercayaan mistik. Fakta dan cerita ikan puyu. Mitos mengenai ikan puyu yang kononnya dapat menjadi penghalang serangan toyol dan ilmu hitam bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar. Malah ada juga yang mempercayai memelihara ikan puyu boleh dijadikan 'tangkal' bagi menghalang perbuatan jahat.

Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah. Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air. Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau lumpur.


Ikan jantan mempunyai satu lubang pada kelamin sedangkan ikan betina mempunyai dua lubang pada kelaminnya. Dan apabila ikan jantan diurut pada bagian perutnya kearah bawah akan mengeluarkan cairan sperma berwarna putih, sedangkan ikan betina apabila diurut pada bagian perut kearah bawah akan mengeluarkan telur yang berwarna bening kecoklatan.


ikan slim biasanya ikan puyu jantan.
ikan hat bawah kepala gemuk ikan puyu betina.
Ikan jantan tubuhnya lebih kecil dari ikan betina.
Ikan jantan akan bergerak lebih lincah dari ikan betina.


Kolam ikan puyu kalao ada
Kolam ikan puyu harus di letakkan tumbuhan seperti kiambang ini bagi menggalakkan ikan puyuh mendapat oksigen secara lebih cepat dan mengekalkan suhu air tersebut dan ikan tidak melompat keluar dari kolam . Air tersebut haruslah di letakkan klorin dan di biarkan selama 3 hingga 4 hari. Ikan puyu amat gemar dengan tumbuhan kiambang atau tumbuhan yang hidup di dalam air atau di atas air

ngeh

inilah ikan puyu

tambahan lagi kelebehan ikan puyu menjadi:
kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesis ini mampu menghalang gangguan makhluk halus. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesis ini di dalam rumah untuk tujuan itu.


kes orang minyak mencuri masih lagi berkeliaran kat kawasan rumah aku. kejadian berlaku semalam mangsa rumah jiran aku kehilangan rm1000 lesap dan laptop di kebas sekali di waktu siang.



ohh ikan puyu beruntung berada kat kawasan rumah ini ohh ikan puyu. dalam rumah aku yang berterabur dengan kucing keluar masuk, kemudian bertambah lagi ikan puyu kampung kat rumah. semoga ada keberkatannya di sebalik kedatangan baru haiwan air ini di rumah.


Ps/ jaga diri kat mana saja anda berada. Allah maha kuasa. Doa, solat tawakal. sebelum tidur baca ayat kursi :)

ada lagu baru tepek. lagu lemon tree version korea. ingat nak tukar url blog ah

Sunday, June 6, 2010

Renungan

Stress atau tidak

Alhamdulillah atas nikmat hidup yang Allah berikan. Bersyukur masih diberi peluang untuk menghirup udaramu ya Allah. Dalam kesibukan kita mengejar arus kehidupan yang sangat laju,
pernahkah kita terfikir untuk berhenti?
Pernahkah merasa stress atau tekanan yang sangat hebat?

Pasti setiap diri pernah merasa tekanan dalam kehidupan. Semua orang ada masalah tersendiri. Ada banyak sebab kita sering tertekan. Mungkin kerana peperiksaan, masalah kewangan, masalah persahabatan, dan banyak lagi senarai masalah kita.


Biasa kita terdengar dari kata-kata "Bila susah baru nak ingat bantuan Allah, bersyukur sangat atas nikmat Allah" .manusia perlu selalu ingatkan Allah, Mohon doa dan petunjuk atas segala urusan akan dipermudahkan dengan selesai.

Bagaimana stress/ tekanan berlaku?
Ini hadiah Allah

- Tekanan yang Allah berikan boleh menjadi salah satu cara untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.
- Tekanan adalah peluang untuk kita memperbaiki diri.
- Tekanan menjadikan kita lebih tabah dan cekal menghadapi sume cabaran bukan sebagai batu penghalang.

Motivasi Allah kepada manusia:
Jangan lemah semangat dan jangan menyerah kalah!

Jadikan hari esok lebih baik dari semalam

Renungan
peringatan kadang-kadang stress satu ujian



Ps/ TIDAK kira aku stress ke tak mesti ada jerawat kat muka, redha~ Ubat muka masih lahgi digunakan, Sabar dengan harapan muka secantik wardina :D

Saturday, June 5, 2010

Pencinta Haiwan ke tajuk buku kucing

Salam
HI


Lama membiarkan belog ini terkapai2. maaf. tiada entry yang menarik untuk ditaip buat sementara. Banyak carik pasal carik kerja faedah kat rumah. Menariknya baca punya baca novel Twilight tiba2 dah habis, NAK bukti. tengok :)


Baca Sekian abis. Penat baca twilight eclipse. jalan crita tunggang langgang bile tak faham apa yang diterjemah. Pe lagi, bukak vocabulary takes time 6bln abis cerita novel~

-


Oke. cerita pasal las time aku pegi klinik kembiri kat Setapak ngan mama. Dia mandulkan kucing betina rumah saya 2 ekor. Dia yang mandulkan ai mean the doctor veterinar, doktor haiwan namenya Dr goh. kami bawa kucing ke klinik tuk dimandulkan. Kucing aku yang menggatal dok meraung sana-sini cari pakwe, tapi dorang tak mahu layan. tak layan tu si kucing jantan kat kucing betina aku yang disangkar. tapi after bawa klinik selesai operate rasa kasihan pon ada, kena bedah kat perut ada jahitan tapi sudah buang nafsu gatal tu. sakit ke ada kesan ke. tapi tu tuk kebaikan kucing kat rumah, kata mama


suggested to pegi call klinik dulu uat appointment, kalo tak tak dilayan.
All spaying/neutering surgeries are by appointment only.
MAKE call clinic at 03-40243446 or 012-2581041 (Mr G R Krishnan).
any info klik INI
SPCA-DBKL KLINIK

Mak tam, jangan nakal-nakal lagih oke
Mandul kucing cost RM70 se ekor

thats all
kalo korang pencinta haiwan, jaga kesihatan haiwan daa

maaf cot
"cot tadapat di mandulkan sebab berumur 10tahun lebih"
takut ada kesan sampingan
. i lebiu cot



BYE

Ps/ Alhamdulillah syukur abah balik pulang dari yemen kat umah sekarang semalam :)

Pages