Showing posts with label bebel bernas. Show all posts
Showing posts with label bebel bernas. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Sehari trip to USS

Salam Maal Hijrah 1434. Mohon tahun baru ini lebih baik untuk semua umat islam.

Rasanya lama dah tak update entry, tapi okay sekarang baru gatal tangan nak taip entry. Last week saya amik cuti annual leave and pegi USS Singapore, sememangnya seronok pergi ngan kawan. Kawan dua orang tapi kami pergi berempat, sorang kawan ada bawak adik lelaki beliau.

Sebelum nak pergi tu preparation yang perlu ada:

1. Passport kena ada ya, dan saya sudah renew passport tersebut ya kat imigresen wangsamaju

2. Transport pergi balik mesti dah ada, kami pegi bajet dengan komuter coach KTM RM46, balik dengan flight AIR ASIA RM97.50

3. Bekalan stok makanan sendirian bhd, roti, biskut, biskut coklet, bajet sendiri agakla, minuman botol air saya bawak dua sajek

Sampai je kat imigresen Singapore dorang cek passport, pastu anda boleh berangan kejap jadi warganegara Singapore. Pergh, manalah saya tau jadi perantauan kejap kat luar KTM Woodland pastu nak carik jalan kena naik transport public bas. Terkial-kial carik map bas stop betul ke tak gitu. Sebelum naik bas kene make sure ada duit pecah ye, sebab dorang takkan bagi baki walau sebesar macam mana punya change dollar yang kau ada, ada paham. Time tu bajet saya berbekal RM150 dollar. So duit yang nak ada besar bila naik bas, konfem nanti drebar bas bising small change please oh dear, or else kindly you can just give big money to the bus. Amik duit cukup-cukup kalau naik ngan bas,

Naik bas dalam 2dollar yang kod RWS 8 –Resort world sentosa  dari woodland KTM naik dua kali bas, yang lagi satu bas ni kena charge per person 1.10 pastu baru ler naik MRT. Lepas setel bas dah ok nak kene naik MRT tu sebenonye la saya amatlah bersyukur tak sesat ke mana-mana at last sampai jugak ngan member. First2 masa nak naik MRT tanya kaunter terus ala kononnya malas nak pakai machine, tak tahu pon nak guna mesin tu cecuba je la tempat destinasi sebeno. Pakai machine sedut coin kad MRT senang je nak guna. Kad MRT tambang 3.30 dollar pastu boleh refund balik SENDIRI 1 dollar. Daripada nak naik MRT Kranji beli tiket Harbour Front, tukar 2kali train naik Jurong East-Outram pastu sampai la tu USS.

Enjoy your day ye dengan sume sekali games. Orang kata, main la sampai penat…saya rasanya pergi sekali dah cukup dulu kot kat Singapore sebab currency dia tinggi ar. Asyik fikir duit keluar convert sana 1dollar sama dengan RM2.50, banyak betul dah belanja pergi sana. Gambar dah pon enjoy la dapat pengalaman..

SAM_2112

SAM_2043Farah ngan nani kawan sekolah saya sejak form2-3 Tiket Singapore.

Tiket USS dalam ringgit bagi RM168, kalau hari peak days memang lagi mahal pastu dahla ramai orang.

SAM_2054 SAM_2068 SAM_2086 SAM_2098  SAM_2113 SAM_2048 SAM_2084

Time ni dah tak larat naik roller coster duduk rest pastu beli barang souvenier sikit,  yang roller coster paling seram saya tak try mau tak nya nanti keluar jantung teriak, nangis, takut..jatuh ke apa, bye :)

Ps- nak kumpul duit pergi mana-mana percutian kat pulau pulak, tapi nak kumpul duit beli Honda jazz…Nak seribu dalih tanak seribu diam bahasa.

Saturday, April 23, 2011

Barang baru wuu



Hi.
taip short entry saja. barang baru yg aku nak cite kan ni kamera compact Samsung suda dibeli.
kamera lama ari tu sudah la rosak lcd nya, maka akhirnya mama saya belikn kamera smart jenis Samsung. aku sebenarnya bukanlah peminat barang Samsung, tak tahula, xsukalaa sbb tak biasa nyahhh, tapi kalo fikir lelama, sbb nak beli camera amik gambar nice, buat abah aku tgk perkembangan rumah dah nak siap renovate, nak nak lagi abah aku kan kat yemen berkerja jauh dia nk tahu la progress projek dll.

oke nak cite pasl camera lagi, masa beli, survey kat atas ngan bawh around ampang point, yg kata penjual kamera kat atas Ampang point tu, "ini mmg bnyak cantik shot, kamera ni jadi pilihan org ramai, org Korean sgt sukakan brand Samsung". lagi2 la pink kaler nya, so, mama decide beli kan camera baru dia punya, ini haa camera baru mama saya, Samsung P120 - price RM599



kamera saya dah rosak, drpd nk repair kan camera baiklaa beli kan yg baru,
wuu camera baru mama saya sgt ayuuuuuu, ayu der, sampai aku test pic dpn youtube yuna perform kat chicago ngeh3


kamera compact olympus bai2, terima kasih atas jasamu slma ni, so hello camera pink mama

rosak lcd, compact olympos nk repair mesti costly around 390rm, this is the third compact camera. fact, camera BenQ, adalah kamera compact pertama sendiri masa time diploma,

so , bye

Ps- aku dah dapat cuti sem, insyaAllah akan apdet g tu pon kalo rajin,

Saturday, January 29, 2011

" sambutan setahun taufiqhelios.blogspot.com "


salam.




ada contest ni nak promote, kalo nak join, join. tanak sudahla heh. tiada paksaan. contest sampai 1mac2011. jomla kalo minat join contest heh :)
apa yang perlu buat ikut la peraturan naaa. saya dah cut paste rules dari tuan punya incik belog ;) thanks for your contest and invite saya kat shoutmix lagi. memang terfikir nak join ke tak pastula tasangka plak kena tag dari incik osman; manyusoef si hensem ni jugak tulis entry di tag saya tak bagi salam kata ehhh. ok thank you :)
rules:

1- korang kena buat satu entry bertajuk " sambutan setahun taufiqhelios.blogspot.com "

2- korang kena lah jadik follower blog nih

3 - letakkan banner kontes nih dalam entry korang dan mcm biasa la..link-kan ke blog ni


4 - cuba korang ceritakan pengalaman best/tak best sejak korang bergelar blogger (tak panjang lebar pon takpe asal kreatif) dan submit url kat ruang komen entry okee.

5- tag la seberapa banyak blogger yang korang suke


hadiah :

set mask from ellianto dan
pendrive 4gb dan
sijil penyertaan ekslusif dari taufiqhelios.blogspot.com

terima kasih kawan-kawan belogger. disbbkan saya agak rajin hari ni meh la kita bentang entry khas ntuk contest taufiqhelios si hensem.

sejujurnya saya mula berblog pada tahun 2006, tapi tak ingt entry tu ssgt dah padam pon entry tu sbb nya kena suruh mana la ingat.. bila lecturer harold poong kata nak sign assignment what do you think about your last project presentation and you need to komen in your own entry. memang kelam kabut nak buat blog lagila apa la ntah semata-mata nak bagi komen. ayyok. memaksa betul ke demand lecturer saya ni, saya bubuhla url ala-ala sweet sampai sekarangla tak tukar-tukar. kalo saya rajin saya taip entry, kalau taktu tak ada, berhabukla sikit blog sebb tidak ada apa syiok cerita dan malas la biar je. tapi entry dalam belog ni fokus pada tuan belog yang sayangkan yuna, dan merapu meraban je macam tulisan entry pon macam ikut emosi saja kadang-kadang. minta maaf la ye kalo tak faham. entry intro pon dah panjang.

sebenarnya banyak memori yang dapat dengan menulis belog, apa yang saya nak kongsi mesti sikit tapi korang boleh kenal kawan-kawan lagi ramai-ramai lagi meriah kan, boleh cuba ngorat kalau dapat..padahal marketing berkawan je pon. ahaks. pendek cerita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim. pastu dapat tambah IT knowledge sendri la gitu. pastu kalo ada blogger buat contest kalo minat try join contest kalo menang dapat hadiah, kalau tak kita tetap berkawan oke :)

Macam tak percaya jugak sebb saya ada blog saya sendiri saya kenal kawan-kawan, pastu berjaya pulak saya menghadirkan diri ke gathering putrajaya buat blogger. sampai saya tahu gathering tu masuk paper kosmo. tapi saya ni pemalu mmg tak banyak cakap depan orang raamai yang baru kita nak kenal. Di sebabkan pegi gathering kat putrajaya tu jugak saya kena hambat dengan penyapu mak sendiri sebab lewat balik rumah awal-awal, tgh malam baru nak balik. ramai belogger hebat belaka yang dapat saya kenal semasa perjumpaan tu sampai saya balik lewat dgn mereka, ery, kech, nisa, azizan, yus, cha'on, miro, dan vio. apa pon tula kenangan terbaik dan manis bersama bloggers :)

saya kena marah punya pasal sebb keluar dgn kawan blogger ni siap kena pujuk mak kena amik loving letter nak pujuk mama jgn marah dayah oke. lain kali tak buat lagi, tak balik lambat, dear mama, "jgn marahkan dayah lagi pasal balik lambat tgh pagi tu sebb dayah ikut kawan punya kereta". lupakan yg lama dahhh lps, ambil yang perkara baik :) tp ingatan la, kalo keluar rumah jangan tak ingat nak balik rumahla yer.


sempat bergambar dgn geng blogger tu.
dari kiri bj merah kak afzan, kak lina( sy mmg lupa link akak, ingtkn sy bole tak..heh), ariffshah, abg sukur



gathering blogger anjuran incik Jo yang hebat ni jugak haa si tokey Herbalife.
gathering blogger sampai masuk paper kosmo, tu yang tanak lupa beli paper kosmo gambar masuk paper,haha tapi tak ingat letak mana pulak dah kosmo ni. gambar je ye, banyak lagi cerita tapi sikit je cerita tula.

sebab saya ada blog jugak saya pernah memenangi contest cik hana dgn tak sengaja, bln disember lepas hana yang ajak pergi istana Budaya tengok teater Natrah for free :) thanks hana, i hope we will be jumpa lagi and take care ok ;)


Banyak lagi nak cerita tapi lain kali ceritala, karangan pon macam suda tunggang terbalik.
Terima kasih tak terhingga jugak pada aduka5....yang banyak membantu blog layout pink manis ni dgn tunjuk selok belok blog yg banyak tutorial lagi macam-macam la, jasamu ku kenang :)

oke nak tag sapa ea, tag

arisa mihashi
aishah
dasima

Jom la join contest, tanak sudah :) dah tag member yang kenal, tu psl perempuan
Bye. tu je la nak cerita

Ps- ntah ada chance ke tak.. nak menang contest tapi cerita macam syiok sendri plak. heh

Ps2- thanks kawan belog
yg tag saya Man, dan invite contestTH wish you hapi setahun to belog awak :)
ps3- alamak, lupa nak goreng ikan sebb naip entry contest, huhu, bye

Monday, January 17, 2011

Aizat amdan

salam.


konsert aizat 29hb januari 2011, sabtu, kat damansara. lucky to sesiapa yang ada tiket and to see aizat. ouh tetiba je minat kan aizat ke aku ni. takla, just kagum ngan aizat amdan :)
tiket konsert dia dah sold out already. habis licin hehe

mcam jumpa aizat dalam mimpi tadik. ehehe. aizat the best and wish you best of luck dik.
teringin nak jumpa dia kat area Ampang, heh ntah dapat tak agak-agak :P berangan!
adik aku sekarang form 5 dan sekolahnya tmpat Aizat dulu SMK St John, dulunya Aizat yg gemuk kini kurus-murus.. cun, aku doakan adik aku belajar smartly ntuk exam SPM tahun ni. dia boleh buat insyaAllah.

ada satu website rasa macam bagus utk student amik.

sila tengok kalo berminat http://www.score-a.com.my/eng/index.cfm
aku rasa final year project aku maybe e-learning, tapi nak tanya lecturer first, ada objective sume nak kena huraikan. tgkla camna, harapnya menjadi, kalo tak aku ingat nak buat sistem jual bunga ala-ala online or buat service business kot.

ada kaitan ke entry ngan aizat amdan ni ngan fyp eh. eheh, terselit sikit.
wu jeles plak tengok orang chubby-chubby pastu bila kurus nampak smart ah dah kurus hensem.
itulah aizat amdan.

Bye

Ps- entry dua kali plak ari ni

Ps2- sila berhati-hati di luar sana yg banyak berita penipuan mcm ada sindiket "SINDIKET BUDAK PURPLE"

Sunday, January 2, 2011

heyt, tak adil, dia potong beratur

marah ini. aku mmmmmmmmmmmmmmmmmarah! nampak tak. sian kao.
nyesal aku pegi kedai pasar tani kat pagi tu. kesabaran aku ada tahapnya okay.


aku kat depan mata kepala dia je. aku rasa aku kena buli la. bzzt, laser kang!
cashier abg kedai kat pasar tu buat donno je. aku pegang satu santan kecik nak bayar rm1.40.
oke aku tahu tak mahal la barang yang aku nak bayar, tapi tolongla consider sikit aku dah penat tunggu nak bayar buat donno je abg tu. mmg senyap nak marah tapi tak berani. next time aku try pesan, sila beratur kalao nak bayar pon bersopan bole tak, dan encik cashier abg comel, ko jgn buli aku bole tak. aku dah menghulur duit, ko pegi buat tak peduli. aku mmg nak marah tapi takpe sabar saja. kalo aku tak bayar kang baru tahu. oke tak mau emoaa. mmg tak adil kan kita tunggu turn kita nak bayar tu je tapi org lain dok potong line kita nak bayar je. tak guna cite panjang, dunia memang tak ada yang indah-indah belaka. oke bye



Ps- aku register study masuk kolej 5hb rabu ni

Pss- aku tekejut adik' KFC(M) goal keeper Malaysia di tawarkan offer nak menggantikakn van der sar, MU goal keeper. berita sume kat SINI.
"Van Der Sar is one of the best goalkeeper we ever have, but when he says the desire to retire, we need someone who can keep the goal and he (Khairul Fahmi) is the best candidate we have for the time being" said Sir Alex Ferguson.

tahniah Malaysia.




salute kamu adik' khairul fahmi (KFC)and safee sali and team Malaysia. tahniah Malaysia

Pages