Showing posts with label suka-suka. Show all posts
Showing posts with label suka-suka. Show all posts

Sunday, April 17, 2011

Multaqa' Al-quran memories and astronaut Malaysia




Assalamualaikum an hi :)

syukur sekali lagi berjaya jugak saya utk merajinkn diri utk menaip entry yg baru. Malam semalam, mama dan aku dah lulus test pastu di kehendakki utk amik sijil Alquran ngan tajwid ni. ramai wuu yang hadir kat Crown mutiara plaza hotel, Jln sultan ismail, tapi kebanyakkan nya orang tua. aku diantara org tua kan, bhaha. kami sampai pukul 6, ingtkn ada rehearsal penyampaian sijil rupanya tidak.

sblum tu, saya ingin berterima kasih pada mama, cikgu, kawan-kawan, along ngan akram sebab turut ngikut kami bersama-sama kat majlis ulu gemilang malam tu. contoh sijil Alquran ni siap dapat markah masa jawb test tajwid ngan Al quran ari tu. 2 sijil untuk kenangan sampai bebila siap kata mama nak laminate. tapi aku letak satu je contoh sijil ni la. sijil lagi satu tu ada markah, malu je nk tunjuk sebb markah tak dapat A+,

tapi satu benda nak ingat seblum dapat sijil ni kan masa jawab test tu, aku rasa aku boleh buat better than ari tu. First bacaan lps Al fatihah dah mmg nervous, pastu jawab tajwid macam tak tahu jawapan padahal tahu. pastu ada soalan sejarah mana aku nak hafal nama org yg membukukan Alquran -.-" xingat sume tu, sebenarnya masa tengah exam sepatutnya be cool and practice bacaan yang biasa di soal bahgian tajwid2 favourite yg nak di soal.
apa pun ini memories kan, takpe, syukur berjaya
cth sijil yg dpt, ini sijil saya, tulisan mmg dalam jawi,
dgr khabar majlis multaqa ke-5 ni spatutnya di sampaikn ole sultan Pahang, tapi dgn redho Sultan xde, takpela x de rezki, atleast ada org yg bertanggunjwb sampaikan sijil tu

dalam masa nak naik stage tu, mc sebut nama salah kat aku, aku jalan je la sbb masa awal-awal lagi org event tu kata kalo salah sebut nama just jalan je lah, at last senyum tanda gembira ngan sempat plak amik gambar bersama zila jalil dan kartina aziz yang kebetulan ada situ. anak zila jalil dapat sijil sbb tu zila jalil ada jugak, so sempatla mintak kebenaran amik gambar selebriti,

kartina aziz tu kat tgh, dia femes dgn pelakon mami jarum tp kini telah bertudung,

zila jalil ni bermula sbg pelakon yang lawa dan lembut orgnya, skarang dapt jd pengarah xsilap,

Overall event ni oke, tapi management xsistematik, ada yang kena improve, lps dapat sijil baru dapat part makanan one by one menu. last menu utk air kopi tu xlarat dah nk teruskan, kami amik gambar pastu balik rumah memasing, sampai je kat rumah, dah pening lalat around time 12.20pm sbb jammm keluar rumah jam 5ptg, mama kat tgh seat, along yg drive mcm xnak drive moody sebb mama kata macam-macam, sepatutnya along jgn cpt melenting masa nak drive sila jgn beremosi, mak cik mai ada tu kat kereta kita, dia kawan mama tumpang kereta pegi sekali, chill-lahh

oke itu je,

eh eh ada benda mcm nak tinggal je nk cite, ari jumaat lps tu ada event management kolej amik part menjemput angkasawan Malaysia , angkasawan yg berjaya menjejakkn diri kat angkasa on 10 october 2007, sebenarnya angkasawan Malaysia ni berjaya jugak singgah kolej saya, so event stat jam 9 to 12.30, mcm tak percaya jugak Dato dr sheikh muszaphar dan abgnya dtg kat kolej,
dr bagi ceramah psl pengalaman hidup dia, mcm mna nak naik atas angkasa tu, dgn lelain,

aku kagum cara dia jelaskan satu persatu soalan yang disoal, dpn mata aku sendiri tgk dr sheikh jalan baru aku percaya pastu sempatla baru nak kua kan camera amik gambar beliau :)

oke yg gambar lain ada kat facebook :)

Bye

Ps- nak sambung assignment 3000 words nak hanta besok
ps- tersalah taip tadi zila jalil , bukannya zila aziz , thanks hana yg bgtau
ps- kekdg kan rasa mcm nak buang belog sendiri, sbb pe, sbb semlm adik aku tanyakan psl blog murah ini

Friday, August 13, 2010

Test skill lahh







Latih diri. Kali ini kita buat latihan part deria otak dengan kaki dan tangan







-Kita semua tahu yang otak sebelah kanan mengawal pergerakkan anggota kanan kita dan bahagian otak sebelah kiri untuk anggota sebelah kiri. Tetapi otak kita ada kelemahan yang ketara. Cuba latihan untuk otak ini. 5 minit fikir sikejap

1Dengan menggunakan jari telunjuk tangan kanan anda buatputaran kecil mengikut arah jam di udara.
2Jangan berhenti dan sambil itu angkat kaki kanan anda dan menggunakan ibu jari kaki kanan anda itu buat putaran kecil mengikut arah lawan jam...
3Anda akan dapati yang putaran jari telunjuk tangan kanan anda secara otomatik akan mengikut arah putaran lawan jam seperti kaki anda.



Adalah mustahil bagi manusia untuk melakukan latihan ini dengan putaran yang berlawanan arah dan jika boleh anda boleh melakukannya anda adalah manusia luarbiasa. Dan jika anda sedang cuba melakukan latihan ini ditempat awam orang lain yang melihat anda akan kata"apahal mamat tu, gila ke apa"...

juadah makanan berbuka puasa hari jumaat sgt menawan yaitu dada ayam percik, sate, mee kari, roti john, tapi roti boom yang ku ingini takdapat di belik lagi...pergh, tertelan air liur. selamat berbuka puasa nanti

Wednesday, August 11, 2010

handphone. dan motor

Salam.

aku ada satu artikel kat entry pasal keperluan. sikit sebanyak buat aku rasa tersedar hari ini tuk bersyukur je apa yang patut. aku dah ada handphone tapi leka. leka leka leka, hp letak merata habit biasa. bila nak guna hp baru mencari, bila xnak guna bersepah ke laut. calar balar handphone guna dah 5 tahun tak tukar-tukar.

Hari semalam sudahla tayar motor itu pancit, aku keluar rumah bawak handphone pulak. ok safety needs.
pentingkan, nanti kalau sesat ke bahya kat mana-mana, kan senang nak contact.

Lepas motor pancit. aaku mandi keluar rumah,capai duit, ic, handphone and amik helmet. dah sampai tutup enjin moto. parking betul-betul depan kedai moto apek lee kat dpn setesen lrt ampang.
da prasan parking,ada brader apek ni banyak kerja. tergedek-gedek tu tanak layan kot. bizi.
aku tegur, awak tengok..motor pancit kan ini kasik tuka dgn tambah minyak 2T. minyak moto wangi sepanjang zaman. padehal, tuk vitamin motor. moto kena jaga so kena letak minyak hitam tuk enjin moto kurang geser, kurang panas. kang meletup naya plak. moto kan kena jaga elok-elok. haihh bila mau ada kereta. motor baru, insya Allah ada kot.

pasal handphone yang aku bawak kan.
aku tunggu setengah jam repair moto, minyak, tayar, brek charge total rm20.
dok bosan-bosan aku mesej guna hp tuk wish selamat berpuasa kawan-kawan, dan forward msg2 :)

selamat berpuasa. aku dan bulan puasa and raya tahun ini berbeza tanpa abah. semua kan dah besar, duit raya nak jugakkk k


aku mesej kat kawan, tapi sudah la kawan. mahu dibalas tak balas saje kan kadang-kadang terasa. ohh tidak

kadang-kadang terpikir jugak bila kita ingat dia, tapi dia ingat tak kat kita.
Oke ikhlaskan diri, hantar pesanan msg pada kawan-kawan :]

handphone
artikel ini aku share

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan
Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -


1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )


2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja. Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

oke bye.

pegi kelas jam10 lab. balik pegi bazaar nak ayam percik, yey

Ps/ kalau bab info hp tu tak dapat apa hasil yang sepatutnya, buang kan hp jejauh bagi kat saya. keh3. sbabnya, saya baru tahu and just sharing the info psl hp :)

Pages