Friday, July 23, 2010

oh ikan puyu

Salam. apa khabar. aku sihat saja :)

Setiap hari kaki aku melangkah ke tempat nak belajar, semakin tiap hari itulah akan aku pulang dengan pelbagai ragam berita menarik ada tersedihla pun ada dan banyak cara yang tersendiri dan bayangkanlahh it's normal. suka hati apa je ye. pokok utama cerita nak cakap, pegi bawak buku ke kelas bagai menatang minyak yang penuh. Balik pun bawak buku dengan bertimbun-timbun assignment. Homework ada je. Nak stat tu tengah masih merangka dulu, mana satu yang patut buat, mana satu perlu dibuat dulu. status financial aku kini bad. aku tak banyak duit skang. nak potostat notes pon selalu saja mintak duit kekadang sume poket money mintak kat mak.

kadang-kadang terasa malu jugak sebab asik nak mintak duit tiap kali belajar nak beli itu beli ini, nak duit macam-macam melantak makan tapi kalau nak belanja mak balik tak tahu bila agaknya. Yang penting hidup mesti happy kan kan.
terima kasih mama bak ♥



Oh nak tahu tak apa cerita di sebalik entry oh ikan puyu.

Mak aku balik dari kelas belajar dia hari ini, selalu je mama pegi ngaji bersama kawan-kawan beliau. Hari ini mungkin hari bertuah dimana mama pegi belajar, kemudian bawak balik sebekas lagi balang terisi ikan-ikan puyu kat rumah. Oh ikan puyu. Bukan tak pernah bela ikan kat rumah. Kat bekas akuarium lepas dah ada 4 ekor. Di tambah lagi pula ikan puyu jenis kampung daripada pemberian kawan mama ku 5 ekor tak silap.

Kalau ada sesiapa yang tak tahu apa itu ikan puyu. Maka bolehlah berkenalan.
Ikan Puyu (Anabas testudineus) merupakan spesis ikan air tawar yang paling lasak
Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesis ini. Ikan puyu seringkali dikaitkan dengan kepercayaan mistik. Fakta dan cerita ikan puyu. Mitos mengenai ikan puyu yang kononnya dapat menjadi penghalang serangan toyol dan ilmu hitam bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar. Malah ada juga yang mempercayai memelihara ikan puyu boleh dijadikan 'tangkal' bagi menghalang perbuatan jahat.

Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah. Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air. Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau lumpur.


Ikan jantan mempunyai satu lubang pada kelamin sedangkan ikan betina mempunyai dua lubang pada kelaminnya. Dan apabila ikan jantan diurut pada bagian perutnya kearah bawah akan mengeluarkan cairan sperma berwarna putih, sedangkan ikan betina apabila diurut pada bagian perut kearah bawah akan mengeluarkan telur yang berwarna bening kecoklatan.


ikan slim biasanya ikan puyu jantan.
ikan hat bawah kepala gemuk ikan puyu betina.
Ikan jantan tubuhnya lebih kecil dari ikan betina.
Ikan jantan akan bergerak lebih lincah dari ikan betina.


Kolam ikan puyu kalao ada
Kolam ikan puyu harus di letakkan tumbuhan seperti kiambang ini bagi menggalakkan ikan puyuh mendapat oksigen secara lebih cepat dan mengekalkan suhu air tersebut dan ikan tidak melompat keluar dari kolam . Air tersebut haruslah di letakkan klorin dan di biarkan selama 3 hingga 4 hari. Ikan puyu amat gemar dengan tumbuhan kiambang atau tumbuhan yang hidup di dalam air atau di atas air

ngeh

inilah ikan puyu

tambahan lagi kelebehan ikan puyu menjadi:
kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesis ini mampu menghalang gangguan makhluk halus. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesis ini di dalam rumah untuk tujuan itu.


kes orang minyak mencuri masih lagi berkeliaran kat kawasan rumah aku. kejadian berlaku semalam mangsa rumah jiran aku kehilangan rm1000 lesap dan laptop di kebas sekali di waktu siang.



ohh ikan puyu beruntung berada kat kawasan rumah ini ohh ikan puyu. dalam rumah aku yang berterabur dengan kucing keluar masuk, kemudian bertambah lagi ikan puyu kampung kat rumah. semoga ada keberkatannya di sebalik kedatangan baru haiwan air ini di rumah.


Ps/ jaga diri kat mana saja anda berada. Allah maha kuasa. Doa, solat tawakal. sebelum tidur baca ayat kursi :)

ada lagu baru tepek. lagu lemon tree version korea. ingat nak tukar url blog ah

3 comments:

Aduka said...

dayah makan ke ikan puyu?
Huhu..

dayah said...

eee, tak pernah. hanya bela

Pusher Aries said...

ikan betuk namanya kat tmpt sy...

Pages