Showing posts with label dayah cantek. Show all posts
Showing posts with label dayah cantek. Show all posts

Sunday, April 10, 2011

Tengok movie HMM



assalamualaikum an hi, cicite apa dah jadi ea, semalam pagi aku dpt mesej daripd wani, dia member sekolah terbaik aku. canilah kawan contact sentiasa di hati , "tut(bunyi mesej), dayah wat pe", dalam hati aku rasa mcam nak ajak wani kelua besok ahad, sbbnya aku tgh wat assignment ngan study sikit konon nya ari sabtu. aku balas mesej, "tgh wat assignment skit, smlm jugak tenet aku rosak..awk free x, kita klua ari ahad nk?"

wani balas mesej,"kita ada hal besok, tapi kalo kita mkn malam ke lepak sesama kejap pun bole je kan", huhu. susah aku nak jawab sabtu semalam, aku tgh repair intenet modem connection, caranya aku call operator TM , aku adjust setting, syukur dah oke tenet, lg pon aku tak sure boleh keluar ke tak sebbnya mak aku tak ada kat rumah, pastu pekerja indon kerja kat rumah yg sedang direnovate lagi, kelua masuk org tadek kat rumah sapa nak jaga...
Lastly, bila wani ajak dgn betul punya nak tgk movie HMM sesama x; ala citer Hikayat Merong Mahawangsa tu jam 6.15 ptg kat Galaxy MBO Ampang, aku terus jawab pulak. "nakla" :)

Sebenarnya, mmg aku nk tgk wayang, hehe. dah berniat nya dari 2minggu lepas aku dah tanya kan wani, jomla tgk wayang cite HMM, kih3 tasangka berjaya jugak keluar jejalan sesama. ngan adik beradik wani yang lain pon join tgk HMM. aku cite kat mama dulu sebelum nak pegi tula kan, mama aku tu memang dah ada kat rumah kalo dah ptg lps dia study kat UIA utk kelas al quran. so cek sume line clear, mama just kata jgn balik lambat sambil puji2 aku pandai konon nya adjust setting modem tenet tu. pergh, bukan main godek je modem tu punya setting, huhu.

Dah dkt 5.30 wani datang bawak kereta kancil merah menjemput aku. uhuk, ingin , mminta maaf sbb saya terlambat bersiap keluar rumah, tp wani memang sporting lahhh :)

saya belanja makan pop corn utk mereka :)
Overall cerita HMM mmg epik dan xperlu baca buku ntuk tahu cerita nya selebih dan selanjutnya. kah3. sila jgn ikut sy. ending cerita ini je aku tak suka, aku tak mahu hero nya mati. nice demm hero with good muscle should not die actually, cis. ini lah hikayat.

Thank you KRU studio and others yg berjaya memantapkan cerita itu.
cuma apa yg tak best kwsn movie tu aja, saya ada permintaan buat MBO Galaxy Ampang, bole x lain kali sound kat situ kasi super clear, air cond kasik sejuk macam ala2 KLCC, pastu seat bole nmpk sikit apa number dia. huhu.


abg stephen hugh rahman. i nak sign boleyx ? hehe
reaksi muka selps selesai tengok cite HMM, sy ingin mminta maaf sebb saya juga terlupa nak bergambar ngan wani


ps-xde pape, tapi rasa macam nak cakap AF9 konsert ari tu x umph...for real bye

Sunday, December 26, 2010

Pegi wedding



sabtu ahad adalah hari minggu ni dan hari cuti satu malaysia. salam satu malaysia, HAHA.
selamat hari kerismas pada sume org kristian dan sume orang yang menyambutnya haa, sempena raya x-mas yg datang tahun ni aku ingat nak jumpa santa claus tapi dia bizi memanjang kan. so just keep in view kita buat plan lain :D

aku pegi wedding abang aliaa kawen. yeay dah kawen. er, apa ni, ingat senang ke nak kawen. kalaulah cukup kemampuan dan sebagainya silalah kawen okay. sebab dah lama tak jumpa Aliaa, kawan aku wani, zeyka, zaty dia buat plan pi wedding abang aliaa. zaty drive, aku plak macam gedik skit sbb mintak tumpang nak join satu kereta pegi wedding tuh. kira macam nak surperise la kami dah lama tak jumpa sesama kan nak gak together gether pigi tgk majlis kawen abang dia. alahai, kira small surprise gathering lah.

tapi tak jadi surperise, sesat sbb tak de klue jalan kat mana kena call aliaa jugak. zaty yang drive kereta kancil guna gps pon tadapat search result map tu. masing-masing buat peka kalo nampak bunga manggar ngan sign board nama abg aliaa gini.

terlajak tanampak signal.
kena uturn sebb tanampak clear sign ni ini la padahnya

masalahnya taperasan benda ni pastu tepaksa uturn mengikut gps zaty sikit-sikit sebb kami dari ampang ikut mrr2, pastu tadapat search result pegi trus kat dewan lembaga getah sg buluh tu with exact tersesat sikit. so tawakal jea, jumpa signboard ni yg pertama pastu sebab clueless terpaksa call jugak aliaa, tak jadi serprise dah. dari jam 1130 sampai jam 1240pm. takpela at least kita dah jumpa yeay. gathering friends from smk bukit indah, ampang :)


aku ingat nak pakai heels tapi lantak le. aslkn selesa ye dak.
zaty, me, inani, aliaa, wani, zeyka :)
nani bj pink reben cekak tu comel. dia dtg lmbt pi ngn parents


friends together gether.
from the left zaty, me, inani, aliaa, wani, zeyka
inani datang ngan parents.
kami survive together. balik berempat. bye

aku-"aliaa bila plak nak kawen"
aliaa- "tatahu sbb ikut stages taknak langkah bendul ea,
aliaa kata tadek calon, tlg carikan calon"
T__T


aku tak jawab pape dah, clueless
-
















agaknya aku punya turn bila nak kawen ea alahai ada jodoh tak kemana.
ayat biasa org tua

oh hati, hrpnya ada putera katak :D


aku ingat nak flying kiss the wedding, tapi segan lah hai abg kakak. zaty telepas mulut dpn blakang bapak dia, kuat tu dia cakap abg aliaa hensem.
wakaka. tatayok

happy marriage ok, bye






Ps- ahad ada wedding sblh rumah. tasangka part karoke lama betul dorang pasang. bingit ah

Pss-biarkanlah bola Malaysia menang menentang indonesia. amin :)

Wednesday, November 10, 2010

just for fun

hari tu tejumpa yuna. yuna say hi kat dayah. dayyyah suke shuke, sbb kami terserempak kat klcc topshop.
tersnap gambar.




oke penipo yg takreyti- reti tipu- dayah ngok ngek.
many information & updet about yuna information KLIK HERE.
minta maaf edit sekejap tadi. dah reupdet balik entri ni.
risau kalao-kalao saya ter perasan lebih suda.
bwh ni picture betul. miss shea. shea and friends and sgt cantik & ada style :)
shea belog klik HERE. sgt cantik bergaya bersama Yuna. saya jeles.


muzik-muzik 25 separuh akhir ari tu dah lepas and yuna proceed yey.
nak tgk gambar budak yg pegi join tgk muzik2 separuh akhir


jeles aih!
pic budak junior kolej aku; ijai ngan yuna. many more pictures here klik HERE la

btw, tahniah yuna proceed to muzik2 final oke.
ai hope yu win many more and you ada style lahh :)


Pss- agak2 kene saman ke kalo edit picture tanpa kebenaran, argh. kenapa nak serius :D


Ps- aku nak puasa besok. puasa. hari ni syukur sbb setel ganti lesen baru.
mode pokai kena denda hilang barang-barang penting cani.

Wednesday, September 22, 2010

Gua ngan lu apa cerita (bahasa beca gua try)





gua rasa kena tipu.

Mula kata member gua nak pegi kelas, pastu tak pegi.

gua nak rasa sikit bahsa beca gua ngan lu hari ni kat entry bole tak. terasa comel nak mampus lah gua dahh try suka hati belog gua. aaaa, kalo lu baca pastu rasa benci gua bahsa camni lu kena rilex2 dlu.

gua terasa panas hati hari ni, tapi bukan demam derr, gua pelan-pelan nak plan baik ngan member nak datang kelas lab system bersama romatik tapi kancel pepagi tu pulak. apa kena tah minah ni. gua rancang kalao tadek member sekali kat lab gua tanak follow masuk kelas pepagi kat lab cam bahan uji kaji dah.

Kalao lecturer sporting yang baik hati memang gua datang sendri tak yah nak bizi bodi tanya member dah..you datang ke klas ke tak. Masalahnya tiap kali datang kelas ngan lecturer system lab tu gua rasa macam tak best derr, gua syak lecturer tu tak suka ngajar, mana tak camtu. Lu tahu tak, kalo nak jadi pendidik bukan dia asik soal kerja lab siap ke tak tiap hari masuk kelas. tapi tula soklan lecturer lab gua slalu soal panas. "kerja lab dah siap belum....berbuih2 dia soal camtu ea. membosankan. gua bukan nak kutuk. macam tak puas hati ngan lecturer camni. kalo gua tak faham kerja ari tu, gua direct jumpa dia face 1-1 tapi kemain lagi tanak melayan.

GUA soal bebaik ni derr "salam, (gua budak sopan) mesti bagik salam. pastu,soal. puan bole ajar saya lab5 ni saya tak bule....di jawab macam gaya tanak ngajar "awak lama ke, saya banyak kerja ni..."
gua paling tak suka orang buat kerja tak ikhlas depan gua. berangin dalam ati.

Dia ngajar time tu pulak bateri laptop gua dah mati, tak pam apa2 daa. aku harap bantuan kawan-kawan yang expert jea. Kesimpulan gua tanak ada hati pegi kelas lab.

gua melayan citer tv3 Asmara lagi bagus, cerita tu buat guwa rasa sucinya jadi pak sanggup. ohh sian sebenarnya. tapi ada hikmah sebalik cerita ini. aku suka tengok rambut mamat Shaz :)


Asmara tv3 jam9, hari selasa
pelakon hensems, watak utama yakni faezah ngan Shaz Jazley


lawa rupanya muka jadi mamat pak sanggup

nak tengok progress website gua yakni perfume world

demm, gua baru belajar cemana nak printskrin. cuba klik kalau tanampak.

jual perfume, beli satu percuma satu. haha, nak tengok berjalan ke tak website belum tentu lagi.
website belajar ngan macromedia, godek youtube sume ini masih dalam renovation. presentation stat nex week gile lah dayah nanti.


Sebenarnya gua datang je kelas lab even member gua yang gedik tu tak datang tadik, cerita bukan main geram. malas nak emo-emo ngan kawan gua yang gedik.
nak pandai kena selalu datang kelas dan rajin bertanya.
Bye
Bye

Ps/ elok berbahsa biasa jea dayah. makin kuat melalut dan merepek macam gaya mat rempit pulak kang bahsanya. Bahasa jiwa bangsa kan. err. salam

Tuesday, August 31, 2010

Rambut itu hair




sume orang tahu tak rambut itu apa.
rambut tu rambut. Rambut means hair.

kepala rambut aku gatal kadang-kadang, kadang-kadang rajin sahja rambutku jatuh berguguran bila aku menyikat guna sikat ah.
memang kepala rambut tengah gatal ar, ingat nak potong rambut tapi sayang.
rambut silalah dijaga sebaik mungkin ok.
aku akan sahja share bab penjagaan rambut kat entry hari ni, tapi sebelum itu. nak ambil kesempatan ingin mengucapkan,

selamat menyambut hari merdeka ke 53 Malaysia tanah air ku tercinta. I am proud of Malaysia :)


1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia


Terima kasih Malaysia :)




Kembali entry.
Rambut.
Banyak perkara tentang rambut..Ada yang berkelemumur,ada yang berkutu dan ada sebagainya..Tapi tahukah anda jenis rambut mewakili tentang perwatakan anda.
Jom kita semak..


Anda tergolong dalam golongan mana

1) �RAMBUT LURUS �-
bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan


2) �RAMBUT KERINTING TEBAL� -
kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,


3) �RAMBUT KERENTING NEGRO� -
bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah


4) �RAMBUT IKAL MAYANG� -
bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.


5) �RAMBUT HALUS / LEMBUT� -
bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.


6) �RAMBUT SIKIT� -
bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.


7) �RAMBUT PERANG� -
kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.


8) �RAMBUT TEBAL� - bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan,dan pandai mengambil hati seseorang.


9) �RAMBUT KUSUT� -
sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.


10) �RAMBUT BERUBAN� -
kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri


11) �BOTAK �- sendiri pikir..muahaha

Ini hanya sebagai renungan agak sahaja..Tak semesti mewakili perilaku anda.."

jumpa fakta ini masa gogel

aku dalam golongan bab num4. tapi aku suka lahh kalau rambut aku sndiri transform gaya negro afrika, tapi tu mimpi lah. hajat ingt nak potong rambut sendiri depan cermin tapi eee sayang ah.
Oleh itu silalah rajin jaga rambut selalu. apa yang aku amalkan sekarang:

sikat menggunakan jari

kalau baru bangun dr tidur, sikatlah menggunakan jari2 untuk meleraikan rambut2 anda yang kusut dan tersimpul... "guna jari pon bole"


okaylah...tidur yang mencukupi turut mempengaruhi rambut yang sihat tahu......nak tido dulu wink.gif

"there are no ugly girls, there are just lazy girls" rajin2kanlah diri anda dlm memperbaiki kelemahan diri..jaga rambut selalu. rambut itu hair. hehe. bye

peace

Wednesday, August 18, 2010

Fikiran serabut nak buat apa yerr. jangan asyik berangan. bangun20x






Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan diri sendirik kini di mana sahja kau berada. contohnya aku dari kolej ke rumah, atau dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut. Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.


Antara perkara yang biasa dilakukan mengikut berikut:
1. Tarik Nafas

Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda. tarik je lah nafas hembus balik. kao jangan mengentut bila tarik nafas lepastu berbu sudahlaaaa.

2. Ambil Wudhuk

Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis

Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis. menulis biasanya aku akan mulakan dengan nota kecik, list on what to do. takkan la tak pernah cuba

4. Kenalpasti Yang Utama

Setelah puas dengan apa yang ttulis, lepas tu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta? yang ini target objektif maksudnya, apa matlamat hidup dlam jangka masa pendek, dalam masa panjang. Contoh aku niat ingt dalam masa panjang dan terjamin nak beli kereta sendri. Jangka masa pendek maybe aku nak selalu happykan famili sendri.

5. Buang Yang Tidak Penting

Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. kemudian dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak. buangkan gambar kenangan yang tak menarik.

6. Cukup Rehat & Tidur

Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi

Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika diamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar. err perkara ini aku selalu buat lahh.
Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV. ini pun kena kurangkan, terpaksa mencuba kurangkan la gitu

8. Kembali Kepada Alam

Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga, bawa kawan-kawan anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Kemas Ruang Anda

Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.
err bilik aku memang serabut bila banyak assignment nak kena setel.

10. Berkongsi Masalah

Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka. erk. selalu malas nak sharing problems sebab hanya Allah saja yang tahu. aku selalu doa dan bercakap pada Allah, berikanlah kami umatmu berbanyak kebaikan dan jauhkanlah kami dari keburukan

11. Buat

Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!

Homework jangan tangguh♥






oke. aku cuba share sudahhhh sekian kat sume info ini , selamat beramal dan mencuba. aku masih belajar tak mahu serabut kusutkan minda. nanti otak tak cergas


ps/ aku ingat nak rajin buat revision. aku nak rajin jawab assignment. Tadi jawab pretest exam bagaikan kucing tak puas hati nak makan, takleh jawab part soklan ekonomi yang ditanya "flying geese pattern".

Bye

Pages