Thursday, November 15, 2012

Sehari trip to USS

Salam Maal Hijrah 1434. Mohon tahun baru ini lebih baik untuk semua umat islam.

Rasanya lama dah tak update entry, tapi okay sekarang baru gatal tangan nak taip entry. Last week saya amik cuti annual leave and pegi USS Singapore, sememangnya seronok pergi ngan kawan. Kawan dua orang tapi kami pergi berempat, sorang kawan ada bawak adik lelaki beliau.

Sebelum nak pergi tu preparation yang perlu ada:

1. Passport kena ada ya, dan saya sudah renew passport tersebut ya kat imigresen wangsamaju

2. Transport pergi balik mesti dah ada, kami pegi bajet dengan komuter coach KTM RM46, balik dengan flight AIR ASIA RM97.50

3. Bekalan stok makanan sendirian bhd, roti, biskut, biskut coklet, bajet sendiri agakla, minuman botol air saya bawak dua sajek

Sampai je kat imigresen Singapore dorang cek passport, pastu anda boleh berangan kejap jadi warganegara Singapore. Pergh, manalah saya tau jadi perantauan kejap kat luar KTM Woodland pastu nak carik jalan kena naik transport public bas. Terkial-kial carik map bas stop betul ke tak gitu. Sebelum naik bas kene make sure ada duit pecah ye, sebab dorang takkan bagi baki walau sebesar macam mana punya change dollar yang kau ada, ada paham. Time tu bajet saya berbekal RM150 dollar. So duit yang nak ada besar bila naik bas, konfem nanti drebar bas bising small change please oh dear, or else kindly you can just give big money to the bus. Amik duit cukup-cukup kalau naik ngan bas,

Naik bas dalam 2dollar yang kod RWS 8 –Resort world sentosa  dari woodland KTM naik dua kali bas, yang lagi satu bas ni kena charge per person 1.10 pastu baru ler naik MRT. Lepas setel bas dah ok nak kene naik MRT tu sebenonye la saya amatlah bersyukur tak sesat ke mana-mana at last sampai jugak ngan member. First2 masa nak naik MRT tanya kaunter terus ala kononnya malas nak pakai machine, tak tahu pon nak guna mesin tu cecuba je la tempat destinasi sebeno. Pakai machine sedut coin kad MRT senang je nak guna. Kad MRT tambang 3.30 dollar pastu boleh refund balik SENDIRI 1 dollar. Daripada nak naik MRT Kranji beli tiket Harbour Front, tukar 2kali train naik Jurong East-Outram pastu sampai la tu USS.

Enjoy your day ye dengan sume sekali games. Orang kata, main la sampai penat…saya rasanya pergi sekali dah cukup dulu kot kat Singapore sebab currency dia tinggi ar. Asyik fikir duit keluar convert sana 1dollar sama dengan RM2.50, banyak betul dah belanja pergi sana. Gambar dah pon enjoy la dapat pengalaman..

SAM_2112

SAM_2043Farah ngan nani kawan sekolah saya sejak form2-3 Tiket Singapore.

Tiket USS dalam ringgit bagi RM168, kalau hari peak days memang lagi mahal pastu dahla ramai orang.

SAM_2054 SAM_2068 SAM_2086 SAM_2098  SAM_2113 SAM_2048 SAM_2084

Time ni dah tak larat naik roller coster duduk rest pastu beli barang souvenier sikit,  yang roller coster paling seram saya tak try mau tak nya nanti keluar jantung teriak, nangis, takut..jatuh ke apa, bye :)

Ps- nak kumpul duit pergi mana-mana percutian kat pulau pulak, tapi nak kumpul duit beli Honda jazz…Nak seribu dalih tanak seribu diam bahasa.

Monday, May 7, 2012

Buku-buku

Teringin nak beli satu buku yang dah terlepas pandang, hari pekerja hari tu dah la cuti.. yang aku keluar hari tu jugak dah la time ramai manusia keluar jugak, aku memang tak ada plan pon nak keluar pegi pwtc sempena hari pesta buku 2012. Di sebabkan hari cuti hari pekerja tu jugak, lantas aku just ajak-ajak ayam adik lelaki aku teman kan pergi pwtc, kawan ofis aku dah ada sorang tapi kat sentul. kita jumpa kat pwtc dengan train. Aku dari ampang, nak keluar bawak kereta bukan nya ingat jalan. haha. bila lah nak pandai tengok jalan ni dayahhhh. Lesen dah lepas P pun kurang yakin akan sampai ke jalan sebenar. Ahh..orang kata nak seribu daya, tak nak ptuih. hayoyo.

Gila kalau tak ramai orang kat pwtc. Sesak dengan himpit-himpit ditambah aura yang macam-macam ada. Aku ada beli 2buku, tapi lepas aku balik je rumah tengok kat internet. Aku dah terlepas pandang satu buku yang menarik kat mata hati aku. Aku suka baca buku jenis  kerohanian, tarbiyah-an dan motivasi.

Lagi pun elok untuk tambah kan ilmu, ye kan?

Buku yang ditulis daripada Fatimah Syarha- Cinta high class.

image

Sesuai dibaca untuk aku yang ingin menjaga hati yang suci dan bersih. Ya Allah, tolong jaga hatiku imanku agamaku sebaik-baik mungkin. Aku akan usahakan untuk dapat buku ustazah. insyaallah. Gambar adalah hiasan mempromote buku yang dipegang tu buku biografi sejarah Rasulullah. Buku yang dah dibeli semenjak bulan lepas, dekat rumah ustaz Ishak din kat keramat...xrugi beli.

Ps- Sekian lama baru terupdet entry, assalamualaikum. kalau jawab dapat pahala

Saturday, March 17, 2012

Kenapa saya layan jugak cerita korea..

Liat jugak nak mula menaips sekarang. Mood macam off je kot, dan hormon memang tak stabil agaknya. Seriusly aku dah mula menyampah dengan tempat kerja aku. Tapi aku tengah bersabar seberapa habis mungkin. Sabar itu separuh daripada iman kan? Kalau aku nak resign pon aku mesti dapatkan kerja baru dulu baru leh berenti dengan aman. btw num handphone lama aku dah TAK pakai, kena curik kat ofis. Itu ONE of the big reason jugak aku tak suka tempat kerja aku tu. aku dahla hilang num contact kawan lama..IF ADA yang nak mintak num hp baru saya, sila pm kat FACEBOOK saya ye dan make sure saya balas, kalau ada xbalas tu mintak ampun maaf.

Eh perenggan pertama panjang bebeno intro..terpesong daripada tajuk pulak…..Ah takpela. Aku suka tengok cerita korea sebenarnya. Mehla kita list sikit sebab apa aku rasa aku tengok je orang korea berlakon ni, sebb nama pelakon xtau, tapi bila tengok cite korea ni rasa macam indah2 belaka je..ke aku je yang syok camtu

image

1) Jalan cerita romantik gak kan

Cerita korea kadang-kadang buat aku fikir macam so sweet kot cite tu la..padahal..aku tak penah pon bercinta..haha. so what. Sebab mungkin dia banyak share satu experience yang kite tak tau tapi tetiba tau. hoho bole terpengaruh gak kan. kita nampak la happy, sedih, frust, segala emosi kononnya la, bukannya aku tengok adegan xpatut tapi suka tengok benda yang manis je bila ada orang sayang kan kite. Contohla aku ingat ngan tengok kat cite tu..bila orang tu dah bangun pagi dia kejut pastu ada orang siapkan makanan sume terhidang pastu dia corakkan bentuk makanan kat atas pinggan tu lagi comel. Biarkan someone tu happy pastu dia appreciate benda tu

2) Pelakon hero-heroin

Pelakon korea sume cantik2, tengok kulit pon dah putih, pandai bergaya bila dorang dressing, memang lawa kot. pastu bila dorang cakap pon tak dea kasar sangat. sumenya macam bersederhana. tapi kalau bab pemakaian klau yang penyanyi tu aku tak taula nak kata. sebab apa yang aku minat di berdasarkan daripada pemerhatian. orang kata tak tahu tu xtahu la..haha. Sebab apa yang aku nak cite ni pasal cerita korea bukannya fokus kat nyanyian. bole terpesong gak kan entry aku..sume nak tambah

3) Pengaruh rakan sebaya

Kadang-kadang aku boleh layan jugak segala cerita drama yang berunsurkan komedi, romantik, action kame. haha. Contoh yang terjadi kat aku ni dulu aku ada sorang sedara ajak tengok korea..daripada aku tak tahu cerita boys over flower..sampai abis lak aku nengok. Ada satu cerita yang rain berlakon tu aku lupa lak tajuk drama tu..kalau rajin karang aku tengok balik la youtube. Ok dah ingat..Full house.

image

Nasihat baik daripada saya..layan jela sementara ADA masa OK SINI , agak merbahaya buat sesiapa yang amik exam besar..so pandai-pandai la korang adjust masa kalau nak tengok tu.

 

Ps- Birthday saya hari ni 17 March..dan tahun dirahsiakan sebb saya rasa dah tua.

Pss- terima kasih kat sume wish, terima kasih ya Allah kerana engkau masih memnjangkan usia hambamu yang kecil ini..syukur alhamdulillah

Tuesday, February 7, 2012

Bila kawan sekolah dah kahwin..

Alhamdulillah..kawan saya dah kawin..so sapa next, erm, takpela. Takde jawapan sapa next. Kalau ada jodoh tak kemana..so kita enjoy dulu. hehe..Kawan sekolah aku ni rupanya kawin dulu..akhirnya, syukurlah. Aku kenal safa sejak naik form 4-5, kami dah sekelas dalam kelas perakaunan, sesama belajar, aku kalau tak pandai Maths ngan Akaun memang selalu gak la tumpang cedok ilmu kat dia ni ngan kawan-kawan lain. Teringat jugak dulu..aku dok depan, dia kat belakang seat aku. Aku dok ngan wani, si safa ni suka main kertas, orang yang kreatif kalau menulis..sume hasil kreativiti dia lawa-lawa belaka. Bila takde keje kat kelas, dia penahla terbaling satu kertas pastu dia kepol2 dia baling siap depan muka aku. Tertepek depan muka aku, sambil dia gelak dengan member lain. Aku macam…der, nak sekel je kepala dia..tapi aku tak buat pe pon. Aku merajuk kejap..buat muke biasa-biasa je hehe. Terima kasih atas persahabatan kita bersama..moga-moga dia lebih bahgia dengan tersayang dan berjaya dapat anak. hiks

Tahniah buat Safawati safwan dan suami..dan sorry saya lupa nama suami beliau. Terima kasih sebab menjemput ke Putrajaya jugak aku meredah. Mulanya tak tahu la nak pegi ke tak, lastly kita cuba je la..kalau tak #kitabakor. Aku habis je keje half day Sabtu tu balik Ampang, jemput pegi amik dengan wani pegi Putrajaya Dewan serbaguna Presint 16. Nasib baik ada teman..kalau tak tak pegi pon takpe. HAHA. Aku ada jugak try ajak member kelas yang ngam sikit join..tapi ade je hal. So biar je la, nak pegi kita leh pegi..tanak dok diam ler.

Bila kawan dah kawin, aku adala bagi present album kecik..mana yang mampu je aku bagi tu je ye, harap sudi terima.. pastu sempat ler bergambar tuk kenangan, eh..agaknya safa dah ada anak 2 aku baru dapat calon kot..haha. ok ada gambar skit baru bye :) 

 

Photo1216Photo1214

Ps- Saya tak make up pegi wedding time tu.. eceh.. natural beauty konon padahal kelam kabut la ritu..ahak3

Saturday, February 4, 2012

Perkara yang macam mmmmm entah

Assalamualaikum, rasanya aku dah biarkan blog ni terbiar sejak bebrapa bulan lalu. Ada mood je taip ler. leh kan? Aku biasa-biasa je, masih mencari kad touch and go mana tah nya letak…eh #laritajuk. .tengah mencari kebolehan dan kemampuan diri sendiri. Memangla payah kalau kita nak carik kerja satu persatu ikut kehendak yang kita nakkan tpi kalau kita tak cuba tak tau dulu. Lecturer aku sendiri kata dah ada keje tu amik je dulu. Kalau kena maki ke apa bila keje buat donno je, buat tatahu tu maksudnya kita fikirla balik apa silapnya..dia nak marah kita, kalau kita tak tahu buat sebab dia sayang kot. pulak ke situ..

Tahun lepas selesai sudah bergelar pelajar buat aku, harapnya tahun 2012 ramai (peminat) #takbolehbelah hihi. Alhamdulillah..buat masa sekarang, aku boleh katakan hidup (single lagi..hiks) independent, saya cuba mengumpul kekuatan diri untuk berusaha mencari sesuap nasi. Eceh. Aku kerja, ikutla mode..kalau keje tak siap stay la sampai nak maghrib. .aku tengah bertahan kerja carik pengalaman. Lagipun kite ni dalam learning proses..nak menyerap ilmu dunia pekerjaan, dah tau kerja cani nanti leh try keje lain..agaknya kan? Aku keje contract. keje dunia bank, bila keje je macam-macam jenis orang kita leh tengok. Korang jangan nak pandai-pandai berlagak la kalau dah jadi orang baru. jangan nak cari musuh tapi banyakkan bersabar. Aku memang tengah sabar,

image Ada satu benda..apa barang nak cite..tapi aku rasa macam ade je tak kena:

1. Orang tu tengah borak benda lain tapi kita angguk je ler..padahal tak faham sepatah pon dia kata. Macam nak cuba memahami kononnya tapi takut nak cakap balik..so aku senyap la

2. Orang tu cakap kat kawan kite pastu kite terbagi gesture body yang macam alahai kenapa buat muka macam nak terberak..ishk malu gak..so aku senyap gak

3. Kita nak tegur dia tapi dia buat tatahu..aku tak senyap…just senyum kambing la lain kali

4. Kita nak carik penyelesaian masalah tapi masalah lagi yang datang

5. Nak cakap salah..tanak cakap lagi terukkan

Ok..sume point yang aku bagi tu terjadi sendiri kat kepala muka aku. So, janganla berjaga sangat. Nak buat..buatla dah lepas..nak jadi jadila…pastu kau yang tanggung, fikir-fikirla. Nanti taula. Yang aku perasan aku ada masalah nak memulakan conversation and friendly speaking to seniors. SORRY3..SUPER JUNIOR la cani. HAHA..takpe pelan2 kita kayuh. ayuh..bye

Ps- wedding member ada kat Putrajaya ari sabtu tapi aku ada half day keje..aku rasa nak pegi tapi tak tahu la cane

Pss- pendek cite okla tu..ok baru nak wish salam 2012 kat blog ni

Pages