Monday, May 7, 2012

Buku-buku

Teringin nak beli satu buku yang dah terlepas pandang, hari pekerja hari tu dah la cuti.. yang aku keluar hari tu jugak dah la time ramai manusia keluar jugak, aku memang tak ada plan pon nak keluar pegi pwtc sempena hari pesta buku 2012. Di sebabkan hari cuti hari pekerja tu jugak, lantas aku just ajak-ajak ayam adik lelaki aku teman kan pergi pwtc, kawan ofis aku dah ada sorang tapi kat sentul. kita jumpa kat pwtc dengan train. Aku dari ampang, nak keluar bawak kereta bukan nya ingat jalan. haha. bila lah nak pandai tengok jalan ni dayahhhh. Lesen dah lepas P pun kurang yakin akan sampai ke jalan sebenar. Ahh..orang kata nak seribu daya, tak nak ptuih. hayoyo.

Gila kalau tak ramai orang kat pwtc. Sesak dengan himpit-himpit ditambah aura yang macam-macam ada. Aku ada beli 2buku, tapi lepas aku balik je rumah tengok kat internet. Aku dah terlepas pandang satu buku yang menarik kat mata hati aku. Aku suka baca buku jenis  kerohanian, tarbiyah-an dan motivasi.

Lagi pun elok untuk tambah kan ilmu, ye kan?

Buku yang ditulis daripada Fatimah Syarha- Cinta high class.

image

Sesuai dibaca untuk aku yang ingin menjaga hati yang suci dan bersih. Ya Allah, tolong jaga hatiku imanku agamaku sebaik-baik mungkin. Aku akan usahakan untuk dapat buku ustazah. insyaallah. Gambar adalah hiasan mempromote buku yang dipegang tu buku biografi sejarah Rasulullah. Buku yang dah dibeli semenjak bulan lepas, dekat rumah ustaz Ishak din kat keramat...xrugi beli.

Ps- Sekian lama baru terupdet entry, assalamualaikum. kalau jawab dapat pahala

10 comments:

hanaahmad said...

teringat kisah kita jumpa di pesta buku kan dayah? aku pergi 2kali hari tu ke PBAKL. tak sempat nak roger kau. :)

A.I.Z.A.T said...

best ke buku tu dayah? ko sihat ke? amacam life? hehe..take care dayah..
salam

http://aizatbest.blogspot.com

dayah said...

hana- sokey la.. a'ah. hehe sampai sesat kau hanta aku balik sampai ampang tu..sori nyusahkan kau

aizat-sihat :) buku yang wajib ada ntuk stiap rumah kata ustaz...

nik rosmawati said...

rajinnya dia baca buka.akak ni malas skit bab baca ni..huhu

eZmALiZa said...

cinta high class? kita pon beli...best sgtttt :)

Ain SSB said...

Ain hanya bole tunggu orang yang balik bercuti dari M'sia bawak novel melayu...pastu buat2 muka tak malu nak pinjam. Mana yg ada je la, Ain baca. Tu pon bersyukur dapat jugak lepaskan kerinduan nak baca novel melayu. huhu.

Outbound Malang said...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

Pondok Usang said...

update pls...

outbound malang said...


Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

░♥si lampu neon♥░ said...

syok baca blog you.. i follow :) huhu

Pages