Sunday, June 26, 2011

Kerana telur dan telur oh telur

Al-kisahnya hari ini saya berniat nak masak kuih caramel,
bila lihat bahan-bahan semuanya ada, kecuali lagi sebiji telur,
kerana sebiji telur lagi tak cukup, saya membatalkanla niat nak kukus kuih caramel,

Selesai masak tengahari cuma nasi, ikan goreng, lauk kari, saya pegi wedding jiran.
mama dan saya keluar makan dekat je majlis perkahwinan anak jiran kat lorong sebelah tu. kerana sibuk pilih juadah makanan yang menarik kat wedding tu, lastly aku diberikan sebiji telur. Tak elok tolak rezki kan kerana sebiji telur diberi, saya simpan dalam beg elok punya.

Lepas selesai makan, nak balik rumah, tapi mama kena tahan kawan, konon lamanya xjumpa. boraklah dengan kawan dia kejap, takkan la xnak amik khabar berita sikit, nanti di cop sombong eksen pulak.

kerana sebiji telur yang saya simpan tu, saya disoal seorang mak cik, "awak dapat xtelur", saya kata, "dapat", mak cik tetiba kata, "nak?", saya kata "amikla kat depan..", kerana sebiji telur, saya disuruh pulak jadi tukang bagi makanan lebih ka.

saya sendiri tak faham mak cik tu berani suruh saya amik telur lebih, padahal telur yang lebih dia nak tu untuk anak kawan mak cik yang xdapat datang pegi wedding jiran saya.

saya xreti lah nak kata, "MACIK XMALU KE..MINTAK LEBIH NI WEDDING JIRAN SAYA",
dalam hati je kita nak kata macam-macam kan, sila bersabar lahhh, haih.

tetiba, tengok




http://www.youtube.com/watch?v=R54EvuNXEbs&feature=related


video telur tiruan, jangan la makan, sebab xelok utk kesihatan.


Ps- Hormati orang tua, senyum sokmo. kalau orang bagi amik, alhamdulillah, kalau tak, terima kasih, buat dek la.

Pss- nanti buat caramel

4 comments:

aishah said...

sabar ya dear...=)

Unknown said...

kalau dah jadi kaum ibu2 mesti jadi macam tu nanti..haha

Scha Nazri said...

beselahh. ramai org suka amek telur lebih bawak rumah. ^^

dayah said...

aishah- menguji kesabaran sy sebenarnya :)

A'IM- mohon dijauhkan perangai sebegitu la ea

syAzAnA- klau nk lebih baik pegi amik sendiri..benci gila klau org suruh xbertempat..xleh2 :D

Pages