Monday, April 25, 2011

Kucing da ado, ikan da ado, er nak hamster plak


Assalamualaikum an hi,
al kishahnya, kucing kat rumah sebenarnya dah bertambah jadik 10 ekor, sbbnya Along bawak kucing-kucing dia2 ekor dari ofis to rumah. nak menjaga kucing tu bukanla kepakaran abg aku tu, las-las mak aku la yg bagi makan, minum, bersih tmpt berakla..sume nya atas kasian dan penyayang kan :') mama the best kn,

sebenarnya aku nak beli hamster, ikan kat rumah dah ado 2 ekor yg besao ada yg kecik pon hado, ikan puyu kg ada, tapi nak try bela sekor je hamster, pls, lagi2la skang mode nak masuk nk nk cuti ni (mmg cuti just tunggu test g), pe salah nya kan nak menambah kasih dan sayang an

agk2 nk beli time nak cuti ni, kalo dpt beli yey,klao tak senyap jelah nt belik, hamster nak cecomel mcm hamster roborovski



jenis hamster roborovski ni xmkn bnyk, makanannya ala-ala jenis vegetarian, mkn fruits, cereal. kena jaga makanan pon xpayah bbanyak sbb kalo telebih makanan bole tecirit..


so, bye, arap2 la dapat an

Ps- nak pegi pesta buku kat pwtc tu

Saturday, April 23, 2011

Barang baru wuu



Hi.
taip short entry saja. barang baru yg aku nak cite kan ni kamera compact Samsung suda dibeli.
kamera lama ari tu sudah la rosak lcd nya, maka akhirnya mama saya belikn kamera smart jenis Samsung. aku sebenarnya bukanlah peminat barang Samsung, tak tahula, xsukalaa sbb tak biasa nyahhh, tapi kalo fikir lelama, sbb nak beli camera amik gambar nice, buat abah aku tgk perkembangan rumah dah nak siap renovate, nak nak lagi abah aku kan kat yemen berkerja jauh dia nk tahu la progress projek dll.

oke nak cite pasl camera lagi, masa beli, survey kat atas ngan bawh around ampang point, yg kata penjual kamera kat atas Ampang point tu, "ini mmg bnyak cantik shot, kamera ni jadi pilihan org ramai, org Korean sgt sukakan brand Samsung". lagi2 la pink kaler nya, so, mama decide beli kan camera baru dia punya, ini haa camera baru mama saya, Samsung P120 - price RM599



kamera saya dah rosak, drpd nk repair kan camera baiklaa beli kan yg baru,
wuu camera baru mama saya sgt ayuuuuuu, ayu der, sampai aku test pic dpn youtube yuna perform kat chicago ngeh3


kamera compact olympus bai2, terima kasih atas jasamu slma ni, so hello camera pink mama

rosak lcd, compact olympos nk repair mesti costly around 390rm, this is the third compact camera. fact, camera BenQ, adalah kamera compact pertama sendiri masa time diploma,

so , bye

Ps- aku dah dapat cuti sem, insyaAllah akan apdet g tu pon kalo rajin,

Sunday, April 17, 2011

Multaqa' Al-quran memories and astronaut Malaysia




Assalamualaikum an hi :)

syukur sekali lagi berjaya jugak saya utk merajinkn diri utk menaip entry yg baru. Malam semalam, mama dan aku dah lulus test pastu di kehendakki utk amik sijil Alquran ngan tajwid ni. ramai wuu yang hadir kat Crown mutiara plaza hotel, Jln sultan ismail, tapi kebanyakkan nya orang tua. aku diantara org tua kan, bhaha. kami sampai pukul 6, ingtkn ada rehearsal penyampaian sijil rupanya tidak.

sblum tu, saya ingin berterima kasih pada mama, cikgu, kawan-kawan, along ngan akram sebab turut ngikut kami bersama-sama kat majlis ulu gemilang malam tu. contoh sijil Alquran ni siap dapat markah masa jawb test tajwid ngan Al quran ari tu. 2 sijil untuk kenangan sampai bebila siap kata mama nak laminate. tapi aku letak satu je contoh sijil ni la. sijil lagi satu tu ada markah, malu je nk tunjuk sebb markah tak dapat A+,

tapi satu benda nak ingat seblum dapat sijil ni kan masa jawab test tu, aku rasa aku boleh buat better than ari tu. First bacaan lps Al fatihah dah mmg nervous, pastu jawab tajwid macam tak tahu jawapan padahal tahu. pastu ada soalan sejarah mana aku nak hafal nama org yg membukukan Alquran -.-" xingat sume tu, sebenarnya masa tengah exam sepatutnya be cool and practice bacaan yang biasa di soal bahgian tajwid2 favourite yg nak di soal.
apa pun ini memories kan, takpe, syukur berjaya
cth sijil yg dpt, ini sijil saya, tulisan mmg dalam jawi,
dgr khabar majlis multaqa ke-5 ni spatutnya di sampaikn ole sultan Pahang, tapi dgn redho Sultan xde, takpela x de rezki, atleast ada org yg bertanggunjwb sampaikan sijil tu

dalam masa nak naik stage tu, mc sebut nama salah kat aku, aku jalan je la sbb masa awal-awal lagi org event tu kata kalo salah sebut nama just jalan je lah, at last senyum tanda gembira ngan sempat plak amik gambar bersama zila jalil dan kartina aziz yang kebetulan ada situ. anak zila jalil dapat sijil sbb tu zila jalil ada jugak, so sempatla mintak kebenaran amik gambar selebriti,

kartina aziz tu kat tgh, dia femes dgn pelakon mami jarum tp kini telah bertudung,

zila jalil ni bermula sbg pelakon yang lawa dan lembut orgnya, skarang dapt jd pengarah xsilap,

Overall event ni oke, tapi management xsistematik, ada yang kena improve, lps dapat sijil baru dapat part makanan one by one menu. last menu utk air kopi tu xlarat dah nk teruskan, kami amik gambar pastu balik rumah memasing, sampai je kat rumah, dah pening lalat around time 12.20pm sbb jammm keluar rumah jam 5ptg, mama kat tgh seat, along yg drive mcm xnak drive moody sebb mama kata macam-macam, sepatutnya along jgn cpt melenting masa nak drive sila jgn beremosi, mak cik mai ada tu kat kereta kita, dia kawan mama tumpang kereta pegi sekali, chill-lahh

oke itu je,

eh eh ada benda mcm nak tinggal je nk cite, ari jumaat lps tu ada event management kolej amik part menjemput angkasawan Malaysia , angkasawan yg berjaya menjejakkn diri kat angkasa on 10 october 2007, sebenarnya angkasawan Malaysia ni berjaya jugak singgah kolej saya, so event stat jam 9 to 12.30, mcm tak percaya jugak Dato dr sheikh muszaphar dan abgnya dtg kat kolej,
dr bagi ceramah psl pengalaman hidup dia, mcm mna nak naik atas angkasa tu, dgn lelain,

aku kagum cara dia jelaskan satu persatu soalan yang disoal, dpn mata aku sendiri tgk dr sheikh jalan baru aku percaya pastu sempatla baru nak kua kan camera amik gambar beliau :)

oke yg gambar lain ada kat facebook :)

Bye

Ps- nak sambung assignment 3000 words nak hanta besok
ps- tersalah taip tadi zila jalil , bukannya zila aziz , thanks hana yg bgtau
ps- kekdg kan rasa mcm nak buang belog sendiri, sbb pe, sbb semlm adik aku tanyakan psl blog murah ini

Sunday, April 10, 2011

Tengok movie HMM



assalamualaikum an hi, cicite apa dah jadi ea, semalam pagi aku dpt mesej daripd wani, dia member sekolah terbaik aku. canilah kawan contact sentiasa di hati , "tut(bunyi mesej), dayah wat pe", dalam hati aku rasa mcam nak ajak wani kelua besok ahad, sbbnya aku tgh wat assignment ngan study sikit konon nya ari sabtu. aku balas mesej, "tgh wat assignment skit, smlm jugak tenet aku rosak..awk free x, kita klua ari ahad nk?"

wani balas mesej,"kita ada hal besok, tapi kalo kita mkn malam ke lepak sesama kejap pun bole je kan", huhu. susah aku nak jawab sabtu semalam, aku tgh repair intenet modem connection, caranya aku call operator TM , aku adjust setting, syukur dah oke tenet, lg pon aku tak sure boleh keluar ke tak sebbnya mak aku tak ada kat rumah, pastu pekerja indon kerja kat rumah yg sedang direnovate lagi, kelua masuk org tadek kat rumah sapa nak jaga...
Lastly, bila wani ajak dgn betul punya nak tgk movie HMM sesama x; ala citer Hikayat Merong Mahawangsa tu jam 6.15 ptg kat Galaxy MBO Ampang, aku terus jawab pulak. "nakla" :)

Sebenarnya, mmg aku nk tgk wayang, hehe. dah berniat nya dari 2minggu lepas aku dah tanya kan wani, jomla tgk wayang cite HMM, kih3 tasangka berjaya jugak keluar jejalan sesama. ngan adik beradik wani yang lain pon join tgk HMM. aku cite kat mama dulu sebelum nak pegi tula kan, mama aku tu memang dah ada kat rumah kalo dah ptg lps dia study kat UIA utk kelas al quran. so cek sume line clear, mama just kata jgn balik lambat sambil puji2 aku pandai konon nya adjust setting modem tenet tu. pergh, bukan main godek je modem tu punya setting, huhu.

Dah dkt 5.30 wani datang bawak kereta kancil merah menjemput aku. uhuk, ingin , mminta maaf sbb saya terlambat bersiap keluar rumah, tp wani memang sporting lahhh :)

saya belanja makan pop corn utk mereka :)
Overall cerita HMM mmg epik dan xperlu baca buku ntuk tahu cerita nya selebih dan selanjutnya. kah3. sila jgn ikut sy. ending cerita ini je aku tak suka, aku tak mahu hero nya mati. nice demm hero with good muscle should not die actually, cis. ini lah hikayat.

Thank you KRU studio and others yg berjaya memantapkan cerita itu.
cuma apa yg tak best kwsn movie tu aja, saya ada permintaan buat MBO Galaxy Ampang, bole x lain kali sound kat situ kasi super clear, air cond kasik sejuk macam ala2 KLCC, pastu seat bole nmpk sikit apa number dia. huhu.


abg stephen hugh rahman. i nak sign boleyx ? hehe
reaksi muka selps selesai tengok cite HMM, sy ingin mminta maaf sebb saya juga terlupa nak bergambar ngan wani


ps-xde pape, tapi rasa macam nak cakap AF9 konsert ari tu x umph...for real bye

Sunday, April 3, 2011

Patut ke aku sedih


Oke seminggu sekali agaknya ter- updet sahaja blog ini.

mcm ni cerita nya, aku tak tahu perasaan sebenarnya dgn tetiba. mula-mula tumpang gembira mcm kera dapat buah pastu, buah tergolek aku pun terjatuh. okela camni, aku dapat tahu adik aku terpilih utk menjayakan scene project music video susun silang kata Aizat Amdan, aku dengar mcm cool, dlm banyak-banyak org student kat sekolah yg aizat membesar tu pastu ngan adik aku sekolah situ, adik aku jugak terpilih masuk plak dlm video dia, Akram-lahh cerita dia diupah sebanyak Rm30 sbb membantu project Aizat.

Esok tu sblum adik aku pegi sekolah nak jumpa aizat ntuk project dia ari sabtu tu, aku mintak adik aku ni pegi mintak sign for real, utk bahagian aku peminat setia dia, mintak tolong sekali amik kan gambar. oke takpe for real aku bersyukur adik aku tolong buat dan ini lah hasil nya


sign aizat amdan berserta nama aku kat album dia,
mulanya aku macam tak percaya, star struck gila.
nama aku ada di situ.
pastu ada gambar lah kan, semestinya ada adik aku Akram and Aizat amdan

oke lagi satu pic for real, aizat tak hensem, tapi aizat still well talented person kan

you see, aizat ni dah mcm student skola agi

Oke itu je nak cerita. aku nak cecite perasaan aku sebenarnya , suka ala sikit je stkat dapat simpan gamba ngan sign , pe brg tgk je tapi for real experiences jumpa someone that you want to bukannya you dapat lahh tapi that's it, benda good thing tu ada tapi itu bukan utk kamu, pastu pass bagi kat org, apa yg aku nak ce cite ni camera saya yg rosakkkk. yang pasti nya aku bagi camera pinjam utk semata-mata gambar ini. camera rosak kat skrin lepas adik aku pinjam guna camera ni. ohhh no :(

Ps1- haruslah keluar kan duit lebih jika teringin beli dslr CANON EOS 550D baru bukan, masih tiada kepastian mampu ke tak beli-lahhh :(

Ps2- aku rasa better repair dlula camera compact olympus tu dulu,
ps3-sebenar nya adik aku yg dapat jumpa aizat, aku sendri nya tak

thanks for reading &everything, HAIH, kdg2 bole jadi kita suka kan perkara tu, kdg2 bole jadi kita tak suka benda tu dah terjadi macam tu-laHHh. bye

Pages