Tuesday, September 27, 2011

Video pendek buatan sendiri

Assalamualaikum,

Cepat je masa berlalu, entry ini aku selit je la video raya 2011 pendek ye, hari Ahad lepas kami plan pegi open house kawan kolej, sempat beraya sa’kan sampai sesat.. men- catat kan sejarah, baru bawak kereta guna jalan highway sambil selamba nyew pinjam kereta saga orang, kereta mak aku pergi park kat taman cahaya, lesson learn, use your own car and you the boss.

Aku drive kereta pergi kolej, to Nilai and Bandar Putera Mahkota kat Cheras, thanks sebab tengok, video ni aku tak tunjuk facebook ler, okbai, malu

Ps- kenangan video raya, FYP jangan lupa..selit lagu yuna-super something

Monday, September 26, 2011

Bini2 ku gangster movie..uhukuhukuhuk

 

 image

Hari Jumaat lepas aku tak plan pun nak tengok movie ni, tapi sebab ada kawan dari Perak mai KL, memang kami spend sekejap time ber-dating, eh bukanla dating, ber-jumpa. Kawan perempuan sorang maaa. Bila pulak aku nak mula ber-dating ni, ehek3(gatal tak perangai). ades, okay, kita cerita sikitla pasal filem movie ni sambungan Kongsi, sambungan citer yang ganas mafia yang dok bertumbuk-tumbuk action tapi macam xaction sangat, haha (filem Kongsi)

Kalau filem Bini-biniku gangster pulak cerita dia fokus dekat bini pertama dia lakonan yana samsudin, nampak macam isteri mithali tapi sebenarnya kak yong..gangster pakai jaket merah dengan kain hitam (memang tu je ke costume dia kalau dia tengah jadi gangster..huhu), yana ni isteri yang taat ngan suami, caring, comel pulak bila dia sendiri yang lamarkan bagi pihak suami dia kawin lagi satu dengan pelakon intan ladyana.

Bab bergaduh tu korang tengok la lepas dorang kawin, rupanya lepas kawin bukan nya bole bagi anak tapi gaduh belakang, bila nampak suami pura-pura baik, bila belakang, berterabur barang sebab gaduh. Sepatutnya bila kawin motifnya bole bagi anak, tapi dua-dua bini gangster, pelakon sam dalam watak cite ni sweet gile ke bongok pulak buat dek je bila dah tau bini-bini bergaduh. 

Ending dia sebenarnya si suami sengaja menghilangkan diri dan suami tu dari puak kaki gangster, part last je baru terbongkar rahsia si sam ni kawin nak bagi puak gangster lain bersatu pastu, dia bole plak kawin lagi secara senyap, so ada 3bini, lelaki gatal der anak mana, kawin je lebih,

 

Ps- aku tak suka moral cerita ending tu lelaki gatal kawin kemain suka,

Ps2- Alamak ter-cerita habis filem, takpelah,

Ps3- Kawan aku ngantuk tengok movie, layan

Thursday, September 22, 2011

Hujan turun

Assalamualaikum, agaknya dah satu dua kali je aku nak taip entry ni melainkan wordless wednesday tu haa. sikit cenonit je cerita kat entry, rasanya semua orang perasan kenapa asik hujan je ye. Semalam aku tanyakan mama, kenapa asyik hujan?

image

Mama jawab memang nak hujan, hujanla, eh macam ayat kunfayakun je (maksudnya kalau jadi jadilaaa)..hoho, aku dapat list la kesan hujan tak henti:

- Kerja susah sikit nak jalan, tapi kita kena usaha kan ye dak, (cth, nak keluar rumah, hujan je..sepatutnya bole naik kereta kan)

-Bole demam.. badan aku tak cukup darah (kat kolej semalam ada hari derma darah, aku dah siap tulis borang nak derma darah da, las-las nurse cek aku tak cukup darah ler)

-Kucing aku buat perangai kencing merata-rata kat rumah

Tapi, sebab hujan turun ini mesti ada sebab, sebab hujan turun ikut cuaca, kita biasa dengar kan, masa berdoa yang sesuai masa hujan, so doa la banyak-banyak, biar segala urusan dipermudahkan. Sekarang aku rasa energy kat badan macam low je kekadang rasa macam xsihat je, tidor lewat bangun terawal, ingatkan bila takde kelas relax, tapi ada benda nak buat. siap letak reminder ni jangan lewat datang kelas, hantar first draft and so on.

FYP (Final year project) okay tapi banyak chapter nak kena revise nak edit lagi sebab aku tak pandai, badan kurang okay, adala sebab semalam penat, balik je kolej terus hujan tak henti-henti, renyai hujan aku terus amik moto bawak balik, kena redah dengan hujan. Balik rumah je mak ajak pegi Carrefour area Ampang, betul ke aku eje carrefour tu, haaaa satu tempat tu baru kot sebab tak penah pergi mak aku masuk je kedai tengok barang, masuk je mall time pukul 4:15 balik sampai 5:40 hujan lagi tu, bawak balik barang-barang raya macam tempat letak cuci pinggan baru, alas kusyen tengah carik tapi tak jumpa, aku ni dapat upah jagung panas teman mak.

Ok bai

Ps- Aku puasa syawal, tengah fikir kalau xcukup darah, nak cukupkan darah cane..takkan nak makan daging jek, ok serius, bye

Wednesday, September 21, 2011

#WW

SAM_0990

Wordless Wednesday, cuba teka saya mana :D

memang saya sangat pemalu when i was little.

year 1999, Egypt,

okbai

Wednesday, September 14, 2011

#WW

 

image Chek Wawa (cousin yuna sebagai assistant) and Yuna picture masa kat DFP(Dewan Filharmonik Petronas) 12-13 September 2011. Currently Yuna dapat jadi duta Olay, 7 in 1 anti aging, eh tetibe promote

#WW itu wordless Wednesday, gambaran punya entry. okbai

Ps- Sudah la kurangkan stalk yuna kat twitter, sebab ada homwork ;)

Thursday, September 8, 2011

Pencarian the other one

WAH. Bukan main lagi entry nak bubuh bm bi sekali. Aku ada keje, tapi mehla taip entry sikit. Dalam banyak kerja (banyak lagi keje erk) nak kena buat masa kat kolej tadi ada jugak soalan akan aku tanya balik kat diri sendiri kat rumah. Macam mana nak cari pasangan dengan life yang normal ek.

Pagi hari tadi kawan aku kata, kalau belum kawin, kena mula mencari. Mencari seorang yang istimewa untuk teman hidup bersama la. laki ngan pempuan family happy ever after, eh balun jela ayat ni asalkan aku faham. kawan aku cite tengok madame umur dah 30 tahun anaknya baru 4 tahun, pastu madame nak sambung study phd dekat 3 tahun, disitu boleh dilihat makin banyak tanggungjawab, banyak jugak komitmen. Mana nak kerja kena bahgikan masa, tambah study, sambil jaga anak dengan orang rumah. Tapi mesti pandai handle la kerja yang nak dibuat tu, pengorbanan tu penting. Orang yang tahu apa yang dia nak mesti dia tahu apa yang dia nak kan. Kawan aku sibuk la gosip sikit, kalau dah nak amik PHD nanti anak baru satu, bila dia dah 40 tahun anak dia baru umur berapa pulak. Disitu ada makna tersirat, jangan kawin lambat rupanya ek..

Kawan aku perli aku sendiri sebenarnya ye hari ni, single kena mula mencari pasangan sesuai. pasangan sesuai, ades, aku manade pengalaman bab date ke hapa semua ni. Mulanya aku ada prinsip tanak cari benda couple love semua ni, tapi bila aku fikir 2-3 kali, mungkin MUNGKIN MUNGKIN MUNGKIN (berapa banyak mungkin ni haaa) kena ada usaha semuanya kalau nak carik teman sejati eh teman hidup bersama la. Mulakan dengan bismillah pengenalan, awak..jom kita kenal nak (biasanya aku dapat dialog tu, pastu aku sendiri ni selalu mengelak nak jawab ayat tu kalau orang yang aku tak kenal sebab weh, perlu ke)..

Prinsip aku sekarang dah berbelah bahgi, aku kena start belajar blind date segala sume la ni agaknya agaknya AGAKNYA LA ek, tapi hati-hati kot. ades, banyak nya nak mengeluh. Aku ingat nak tanya mama boleh tak kita (kita tu aku la) aku nak carik lelaki beriman untuk dipinang, maybe yang memana lelaki beriman macam ustaz ALA-ALA imam muda ke yang boleh menjamin masa depan. Eh tu bukan perigi carik timba ke, bangangla aku nak cite ni bab relationship. Yang pasti, mungkin aku kena bukakan hati sendiri dahulu. semoga bertemu jodoh sesuai. Amin.

Contoh nak ngorat orang kat facebook boleh try cani gak kat pic ni kan :D ohoi takutnya nak cari pasangan kalau xada pengalamanimage

Credit kembartolo picture,

Ps- agak agak, AGAK AGAKNYA LA bila UMUR yang sesuai untuk seorang perempuan berkahwin ye? Okbai sori panjang pulak entry

Friday, September 2, 2011

Raya 2011

Assalamualaikum, raya datang lagi, sememangnya kenangan ini yang kena kita sambut bersama yela setahun sekali, dah puasa dekat sebulan pastu raya jom..walaupun aku puasa tahun kali ni takla penuh, kena ganti dekat seminggu nantila kita puasa syawal ek, kalau bab raya, aku jenis tak rajin beraya rumah orang, kalau dijemput beraya open house member yang kenal-kenal bolehla join, kalau xkenal sangat malu ah, antara pengalaman raya 2011-:

1. dapat duit raya Rembau RM10 dari saudara jauh, aku sepatutnya xdapat tetiba dapat, syukur alhamdulillah

2. dapat buat kuih raya satu jenis tapi dah habis masa raya ke-4, heppp kena buat lagi kuih raya balik, aish

3. saudara yang agak rapat kat Pontian, Johor dah bertunang masa raya ke-tiga, umur dia 20, maybe next year dia kahwin kot, wu wu.

4. keputusan muktamad xpergi ke DFP Yuna 13th september, walaupun nak pergi tapi xdapat, mak suruh jangan obses sangat, takpe, samat ari raya yuna

image5. dapat kad raya daripada kawan-kawan hebat sporting and cool sebab tak mintak pon dorang bagi, aku siap tampal kad raya kawan kat depan tv plasma rumah, xpenah penah dorang bagi kad raya tetiba bagi, mode raya tengok kad raya tetiba #happy

6. abang saya birthday ke-25 on 1st sept, samat ari muda Along (picture selebet raya muka aku ada lah tu kat entry dia) selamat hari raya semua umat islam

Ps- So, apa lagi ek pengalaman raya 2011? Enjoy dan selamat merapatkan hubungan silaturrahim bersama :)

Pages