Thursday, March 10, 2011

Cerita novel Maria



Entry hari ni nak cerita kisah cinta saya Maria.
Sapa Maria tu? cite maria mariana ke maria drama spain ke hapa. bukanla apa nama orang sahjo dalam novel ni tajuk Maria macam best, saya tadapat nak review bestke tak sbb baru baca beberapa pages dan tgh nak masuk babak konflik percintaan gitu. kalo bab gaduh bercinta je aku mmg slow skit baca, kadang-kadang tak faham napa org yang tgh kapel kadang-kadang benda sikit nak gaduh, kadang-kadang nak memanja, so kita baca bia paham la nanti. padahal cite kat novel ni berunsur keagamaan la -.-"

sebenarnya saya jumpa novel ni dari gerobok (almari rak) lama abah. novel ini hadiah kenangan mcm souvenir (betul ke aku eja souvenier ni buah tgn) daripada student Cairo, Egypt. tarikh buku ini diberi pada 16hb 06 tahun 99'. Umur aku dlm anggaran sebelas tahun belum baligh dan yang tak cumel bergigi jongang jaranglaa, heh.

Masa aku darjah 5 grade 5,aku merantau sebb mengikut abah aku berkerja outstesen kat Sudan. Sekolah pon bantai je ckp ingeres mmg broken, kami sekeluarga ikut. Aku sekolah sini:KAS tu la aku membesar jugak selama setahun lebih kat negara paling miskin kat Sudan, bandar Khartoum. Sekarang aku tak tahula pulak negara tu dah berkembang maju ke apa. kesian kan, kita kat sini sume cukup makanan, pakaian, rumah dan macam-macam. cuba bayangkan duduk negara yang sempit tak cukup air, makanan :'(
Ya Allah terima kasih banyak atas segala pemberian mu pada hamba mu yg kerdil ini, aku bersyukur dgn apa yg ada, dan terima kasih.

Perkara lama mmg banyak sebenarnya nak cecita memori kat negara orang. nak cite pjg negara Sudan tp len kali la, sbb nnt lari tajuk novel Maria. hmmm

Cerita Maria ni belum aku habis khatam dan masih membaca tapi sudah dibaca sinopsis ceritanya.
Novel mcm cinta seorang gadis German yang berkecamuk ditengah-tengah perang hujah antara agama ini ditulis oleh pengarangnya Emine Senlikoglu, beliau merupakan penulis wanita terkenal Turki yang penulisannya banyak menyentuh konflik agama. Penulis ini pon pernah dipenjarakan ekoran beberapa tulisannya yang tidak disenangi pemerintah.

Kisah Maria yang beribukan seorang yang taksub Kristian Katholik dan berbapakan seorang penggerak fahaman Aties menjadi bingung bila menyintai seorang pemuda Islam Turki. Dia sering saja menginginkan pemuda tersebut dikristienkan lalu berkahwin di gereja. Maria pastu berkenalan sama Abd Wahab iaitu pemuda islam dan berniat nak memurtadkan org yg akan disayangi ini masuk ke agama kristiennya.

pastu . .aku tgh baca lagi. kalau berminat tgkla mana-mana kedai buku, klik ini

(sampai situ je aku tgh baca) yg lain info pandai-pandai cek mr google huhu penat naip:)

tgk pic novel Maria yg aku tgh baca utk selanjutnya.

Ps1- Modem internet rosak ptg tadi rasa macam nak marah tapi tak jadi marah, mungkin ada efek lps baca novel Maria sikit tadi ;)

Ps2- aku bergigi braces sbb jongang kan bermula form 1 sampai form 5, penah menangis nak pasang braces kat gigi sbb takut org ejek #okbai

10 comments:

man yusoef said...

tak minat baca novel2 ni...hahaha

hanaahmad said...

baru tahu dayah pernah dok kat Sudan. mesti besh kan. macam besh novel tu. :)

ahmad endo said...

macam best tapi aku takut kalo dah stat baca mesti fokus gila...hehehe

kyo_9 said...

uih.. cam best..
mana la nk carik ek..

ghost said...

wallah...aku suka sangat baca novel yang telah dialihbahasakan,ternyata penulisan mereka terlalu 'khayal' untuk diikuti dan kita membayangkan seolah kita berada di negara asing si penulis...

paling suka dengan novel madam bovare,sampai sekarang masih suka..

dayah said...

man- takpep la seman :)

hanaahmad- best la

ahmad endo- camtu la ye

kyo_9- tnya mr google. http://www.pts.com.my/index.php/buku/maria/

ghost writer- waw, bagus2 cuba nk hayati la berkhayal sambil baca

hanaahmad said...

hana cakap beshla. tak cakap pun tak besh. hehe

hans said...

wah
novel lama lah kiranya nih?

ghost said...

ia seperti kisah puteri isabela masa keagungan islam di bumi al-hambra sepanyol.

Unknown said...

i love dis novel!!! hahaha ini present dr mesir daaa..igt lgi kaaa

Pages