Friday, July 15, 2011

pertama kali menggunakan windows live writer versi BM

Sebenarnya tak biasa guna windows live writer ini, baru aku menggunakannya pertama kali, tetiba guna versi BM pulak, rasa macam lain tapi seronok. Benda baru belajar, ala macam feel baru belajar camtu dia, Ingatkan macam nak buat assignment bukak rupanya ala Microsoft word tapi bukan, kau taip terus entry dekat sini, senang publish (dalam BM, tulis terbit). Advance jugak rupanya kalau pandai menulis.Oh, aku sekadar mencuba, thanks to hanaahmad. Kalau berminat nak guna windows live writer cuba lah ye, tak ado la susah mana nak guna, tapi pelik gak dah biasa guna application BI tetiba BM. HEHE

refer http://t.co/t0irWBB

image

gambar di atas tidak ada kaitan, :D

Assalamualaikum, jaga diri

Ps- Harus tengok Harry potter kawan aku suda booking tix ahad, semangat jugak aku

Wednesday, July 13, 2011

kurang cakap, diam lebih pintar kalau ber- fikir lebih


Hari Rabu, orang kata hari wordless kan. amik pic ni buat pemahaman. pictures tell you many words. pegi telan gambar yang terletak situ dan fahamkan isi sebenar, sekian.

Ps- Fikir guna otak lebih dalam kalau nak buat research fyp

Saturday, July 9, 2011

Kuih raya datang lagi..mari-mari kalau nak rasa, mintak sample kat saya

Raya belum, puasa pun belum, hari khamis tu aku dah selesai daftar semester lasssssssssssss sekali. harapan sendiri untuk tidak lagi melalui sesi pendaftaran. sangat sucks. sorry to say, Kolej system registration sangat dissapointing from first and last. nothing to say baik ke tak ke hapa. but sangat slow dan xeffisyen (eh salah eje le tuw) aku hampir tak jadi nak daftar kolej masa khamis tu sebab masalah duit yuran dengan sesi kaunseling sbb yuran. tapi Alhamdulillah, akhirnya sume berjalan lancar. Lepas aku pegi kolej baru dapat tugasan nak jual kuih, member punya hal lah. kita tolong awak, awak tolong kita

kuih raya yang dijual, contohnya dari 7 jenis kat pic tu ok :)

aku xbubuh watermark kan kat pic..xda masa la haha, alasan :D
Jualan tengah berjalan, punca bisnes aku berlaku ini la sebabnya, last sem. Aku ada sorang kawan namanya Intan, intan oh intan..comel (nama kau masuk belog kecik ni) haaa, budak ni suruh aku tolong jual kuih raya, mari mariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, xrugi kalau beli, xbeli ai xmarah tapi kecik besar hati. boleh bagi test makan, kalau xjadi beli serius makan je test..

kuih raya
sebalang tu ada 50 biji rm26, ada 7 jenis kuih raya. Minta maaf sebab jual terlalu awal, kalau ada yang xsuka boleh tekan pangkah kat entry ini. bye, oh klau nak order kuih-kuih raya, tolongla bagitau saya, jasa korang amat dihargai, nanti saya bagi sample kalau ada yang berminat, contact la komen la, oke suka jual, suka jual, suka jual (omakkau.. berani kan lah diri aku ini YA ALLAH untuk menjual kuih raya sume ini, gagah kan aku dan steady kau boleh boleh, jgn berangan, oke cool) oke assalamualaikum. sayang kat semua yang jawab.

Ps- rasa nak jual baju kat mudah.com

Pss- aku punya
tajuk fyp kena reject :(

Wednesday, July 6, 2011

Asam pedas..



Assalamualaikum kawan-kawan and hi :)

Apa kabar, hari ni tajuk entry asam pedas. Walaupun tengahari tadi aku ada niat sebenarnya nak beli lauk nasi ayam je tak yah masak, tapi tak jadi, maka hari ni kita masak lah sama-sama ea, ASAM PEDAS, orang melaka ngan johor punya favourite lauk mesti makan asam pedas kan. Sebenarnya tak susah masak lauk ini, kalau kau tahu apa bahan yang nak ada pastu agak la sendiri bila dah siap, time dah siap tu haaa baru la makan ramai-ramai mesti meriah kan,

Oke,
bahan-bahan:

2-3 ulas bawang merah
halia sikit
belacan sikit
cili kering
ikan mayong
air asam
air biasa
bendi
daun kesom

1. Amik bawang, halia, belacan, ngan air sikit masuk dalam blender, dah blend abis cair campuran tu baru tumis, amik periuk letak minyak sikit,

2. Periuk yang dah isi minyak tu ter panas, terus tumis lepas dah ada bau baru bubuh cili kering 1 setengah skop senduk, kacau cili dengan tumis ni letak la sikit daun kesom, tumis biar lama sikit (ikut kata mak aku) aku memang lah xsuka tunggu lama kalau tengah masak, sebab tu la aku sebenarnya tetiba (nak cite jugak) nak makan nasi ayam tapi tak jadi, so masak je la lauk asam pedas, save money and time.

3. Lepas dah rasa tumis cili lama pastu letak beberapa ikan..pastu tambah air setiap kali kering cili yang ditumis tu, letak air asam bijik tu pastu kocok-kocok ngan air biasa bubuh kan sekali kat ikan asam pedas tu tapi biji asam tu jangan la letak kat lauk asam pedas tu. Air asam tujuannya nak kurangkan bau2 an. pastu letak gula sikit, garam secukup la rasa. pastu letak bendi last.
siap, selamat makan, lepas dah siap, selamat mencuba kalau yang mencuba :)


aku tak pandai masak-la. ini je gambar lauk yang aku masak dengan mak aku tolong time ni sebenarnya ;)


Ps- rasanya aku nak bubuh tab menu masak-la

Fikirkan


fikirkan sdikit,
bila kau tidak ada kat dunia ini, orang ramai akan bersedih di atas pemergian mu, tapi dipesan untuk tak mahu di raung sekuatnya atas kematian orang yang dah pergi walau sesedih mana pun. sebab ianya tak baik dari segi agama islam kita kan. Aku diberitahu sorang kakak ini, yang kawannya tak datang ke kelas sebab pergi tengok kematian 2 orang budak lelaki ber-umur 17 tahun, ampang. sedih kan, muda lagi.

Sebab utama kematian, membawa motor dengan tak hati-hati, dapat cerita dorang
keluar bersama baru sahaja lepas tengok wayang dengan kawan sebaya dengan nya. Cuba fikirkan hati keluarga tu yang kehilangan anaknya. Sedih. Al-fatihah.


ps- Jaga diri semua. Hati-hati dimana sahaja kamu dimana..

Monday, July 4, 2011

belog ber-wajah baru

Assalamualaikum,
First, belog dah bertukar, ka cing, kaler biru dan simple saja. ada tab menu aku try-try. nanti aku adjust lagi la. lagi banyak aku belajar dengan me-designing blog sikit-sikit ni buat aku rasa terharu and appreciate belog sendiri ni...kini belog aku bertukar wajah. comel kan, aha. puji diri sendiri pulak. daaaaa. podah.


Next, berita yang aku jangkakan akhirnya berlaku jugak. Tahniah Imam muda hassan juara IM musim ke-dua. Jom kita jumpa sama-sama kat surau ke kat masjid...dengan orang ramai sekali la, ehek. gurau2, tapi aku harap lah berpeluang jumpa ustaz IM Hassan atau peserta Imam Muda yang lain. biar aku tengok gaya dorang yang sebenarnya. Apa pon, sekali lagi tahniah kepada peserta Imam muda musim ke-dua. Aku suka rancangan Imam muda sebab senang sikit nak tapis pencarian ciri-ciri calon suami. kui3.

tengok Imam muda hassan dapat pelukan cium mak beliau.

Ps- aku suka tengok part hafazan dorang ngaji berentap, surah al mukminun ayat 1-22, aku sendiri tengah hafal tapi baru sampai ayat 12 la

Bye

Friday, July 1, 2011

tak payah nak berkira hari sangat

Assalamualaikum ! hi :)

Cepatnya masa berlalu. Mula-mula aku tengok time dekat enset bangun pukul 640 subuh, pastu tengok katil balik tidur mengguling jap, sebab sedap je tidur balik, pastu alarm enset balik bangun around pukul 7pagi pastu tengok balik jam kali kedua dah pukul 2petang. Bukannya aku tidur sampai bangun pukul 2ar. Argh, banyak lagi kerja tak siap, mengeluh betul kau ni kan, kalau otak asik fikir nak siap kerja-kerja sekolah tu, sampai bila tak akan siap melainkan kau BUAT kerja ! Sorry caps lock. Peringatan pada diri sendiri, aku ada enam hari lagi untuk kembali ke kolej. Bukannya sekolah. OKAY. last semester for yourself. kemon come on HIDAYAH !!! Ya Allah, rajinkan aku untuk melakukan setiap perkara dan amalan yang befaedah. Bijakkan pemikiran aku di kalangan orang beriman, dan pertemukan aku lelaki yang beriman selalu..amin

Effort please, do your effort, rajinkan diri bukak buku and report assignment lagi. prototype system yang aku tengah buat ni pon tengah berserabut. baru aja sketch layout kat kertas, nanti kita design lah dan aku xpasti lagi prototype kedai bunga tu akan berfunction atau tak. Sekian.


dimana ada jalan disitu xada highway, jangan kau cuba cari alasan untuk semua kerja yang tak siap. Kolej aku bukak hari khamis ni, so better siapla kan fyp report tu, FYP itu final year project, yang mana project ini PENTING ! minta maaf ada caps lock ngan tanda seru lagi. Ada laa seorang akak ni tanya kan aku pagi tadi lepas abis kelas ngaji, "bila nak mula sekolah balik", SEKOLAH? Kolej biasa panggil sekolah je. so, jangan tengok hari, sebaiknya teruskan kerja SEKOLAH sampai kerja selesai. Jangan kira hari kalau di tengok kerja makin bertimbun kalau kau tak habis menaip. Sekian.


Favourite aku, Imam muda Hasan

Jangan lupa tengok final Imam muda malam hari jumaat pukul9. Tugasan dalam episod akhir ialah peserta diminta untuk pulang ke kampung sendiri dan mengendalikan satu program selama 5 hari untuk dinilai dari segi idea dan juga dibantu oleh lapan bekas peserta Imam Muda musim ke-2 yang tersingkir sebelum ini
hadiah-hadiah tu lumayan, Aku xsabar nak tengok pemenang Imam Muda !

Hadiah pemenang pertama, menarik keseluruhan bernilai RM350 000. Hadiah yang menanti pemenang bakal juara IM2 2011 ialah wang tunai berjumlah RM30 000, sebuah kereta tajaan Proton Edar, tajaan penuh biasiswa (platinum) di Universiti Antarabangsa Al-Madinah selama empat tahun, pakej menunaikan Haji dan Umrah, sijil dan trofi serta hadiah sampingan yang lain.

Naib juara IM2 akan menerima hadiah wang tunai RM20000, tajaan penuh biasiswa(emas) di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, pakej menunaikan Umrah, pakej perabot, sijil dan trofi dan hadiah sampingan berupa telefon bimbit, Macbook Apple, Ipad Apple.

finalis dia Imam muda Hasan (favourite aku), & Imam muda Nazrul berhujah malam ni, rajin-rahjin belek la http://hai-kal.blogspot.com/2011/06/final-imam-muda-musim-kedua-2011-episod.html

Read more: http://hai-kal.blogspot.com/2011/06/final-imam-muda-musim-kedua-2011-episod.html#ixzz1QpfrL7zn


Ps-buat kerja sekolah ! Harap Imam muda Hasan menang, Moga yang terbaik berjaya lah :)

Pages