Wednesday, August 18, 2010

Fikiran serabut nak buat apa yerr. jangan asyik berangan. bangun20x






Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan diri sendirik kini di mana sahja kau berada. contohnya aku dari kolej ke rumah, atau dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut. Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.


Antara perkara yang biasa dilakukan mengikut berikut:
1. Tarik Nafas

Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda. tarik je lah nafas hembus balik. kao jangan mengentut bila tarik nafas lepastu berbu sudahlaaaa.

2. Ambil Wudhuk

Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis

Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis. menulis biasanya aku akan mulakan dengan nota kecik, list on what to do. takkan la tak pernah cuba

4. Kenalpasti Yang Utama

Setelah puas dengan apa yang ttulis, lepas tu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta? yang ini target objektif maksudnya, apa matlamat hidup dlam jangka masa pendek, dalam masa panjang. Contoh aku niat ingt dalam masa panjang dan terjamin nak beli kereta sendri. Jangka masa pendek maybe aku nak selalu happykan famili sendri.

5. Buang Yang Tidak Penting

Pangkah atau padamkan perkara-perkara yang remeh dan tidak relevan. Perkara-perkara remeh yang anda fikirkan boleh jadi perkara seperti “Apa yang kekasih lama aku sedang lakukan?” atau “Osama hidup lagi kah?”. kemudian dapat lihat yang kebanyakan perkara yang bermain di fikiran anda sebelum ini adalah perkara-perkara yang tidak relevan dan hanya membuatkan anda kurang produktif dalam menyelesaikan urusan harian dan masalah-masalah lain yang lebih penting. Perkara-perkara inilah sebenarnya yang menghalang anda untuk berfikir secara bijak. buangkan gambar kenangan yang tak menarik.

6. Cukup Rehat & Tidur

Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

7. Kurangkan menonton TV atau membaca akhbar di waktu pagi

Akhbar harian kita saban hari penuh dengan berita-berita yang menyanyat hati. Jenayah, kemalangan, bencana dan lain-lain boleh memberi tenaga yang negatif kepada kita. Jika diamalkan tabiat membaca berita-berita ini di waktu anda bersarapan, anda akan bermula hari anda dengan pandangan yang negatif. Bangun pagi sahaja fikiran anda sudah berserabut. Elakkan atau tukar masa anda untuk membaca akhbar. err perkara ini aku selalu buat lahh.
Menonton TV dengan berlebihan akan membuatkan fikiran anda menerawang jauh tentang perkara-perkara yang cuba disampaikan dalam rancangan yang anda tonton. Fokus anda kepada perkara yang lebih penting akan terjejas kerana anda mengizinkan info-info dan idea-idea baru ini masuk ke dalam minda anda. Kurangkan menonton TV. ini pun kena kurangkan, terpaksa mencuba kurangkan la gitu

8. Kembali Kepada Alam

Dalam kehidupan kota yang sibuk dan sesak, kita semua bergerak dengan pantas. Teknologi masa kini menjadikan kehidupan harian semakin laju. Mengembalikan diri kepada alam semulajadi akan dapat melambatkan waktu dan membolehkan anda hidup dalam waktu kini; Bukan hidup dalam waktu dahulu atau waktu hadapan, di mana anda terkejar-kejar dengan impian demi impian dan dilambatkan pula dengan kisah-kisah sedih dan sesalan demi sesalan tentang apa yang sudah pun berlaku. Bawa keluarga, bawa kawan-kawan anda mandi air terjun atau pergi memancing dengan rakan, dan waktu akan menjadi perlahan bagi anda. Bila waktu bergerak perlahan, anda akan dapat memberi fokus.

9. Kemas Ruang Anda

Tempat kerja atau kediaman anda perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kemas. Mata kita sentiasa melihat, dan melihat keadaan yang tidak kemas sedikit-sebanyak akan mempengaruhi minda anda. Kita cuma tidak sedar akan hakikat ini. Ambillah tindakan dan inisiatif untuk mengemas dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.
err bilik aku memang serabut bila banyak assignment nak kena setel.

10. Berkongsi Masalah

Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka. erk. selalu malas nak sharing problems sebab hanya Allah saja yang tahu. aku selalu doa dan bercakap pada Allah, berikanlah kami umatmu berbanyak kebaikan dan jauhkanlah kami dari keburukan

11. Buat

Fikir dan buat. Jangan fikir dan terus berfikir. Buat perkara yang paling penting dan tidak mengambil masa yang lama terlebih dahulu. Jangan bertangguh!

Homework jangan tangguh♥






oke. aku cuba share sudahhhh sekian kat sume info ini , selamat beramal dan mencuba. aku masih belajar tak mahu serabut kusutkan minda. nanti otak tak cergas


ps/ aku ingat nak rajin buat revision. aku nak rajin jawab assignment. Tadi jawab pretest exam bagaikan kucing tak puas hati nak makan, takleh jawab part soklan ekonomi yang ditanya "flying geese pattern".

Bye

diri nak kaver malu, pegi buat muka tembok. bye










entri emosi

Bencik, hari ini aku pegi kelas kena tegur sebab sign attendance berlebihan. Padahal sengaja aku biarkan sign awal dan besok takyah la sign. aku gila sign. aku bukan gila. aku waras. aku berpuasa perlukan tahap pemikiran seorang muslimah sejati. oke kena perbaiki diri dari segi dalaman dan luaran lebih cantik dan manis bila dilihat. err.

lepas ditegur aku fikir, wteva lecturer. bebal tetiba. bebelan lecturer melekat kat kepala otak, awak jangan pandai2 buat sendri jadual kelas, ikut yang ditetapkan. pottt.
aku tak suka....................dia bebel............paling sedar je, aku kata "baik puan"

kaver sikit malu kat satu kelas sebab bila dia bebel dan aku ter'sign attendance lebih. tu dia targert selalu kat aku, grr. kalau kita salah smua salah jadi benda watak utama kat kita. baiklahh puan. bagik saya extra marks, kalau tak sy ugut. gurau23, kaver diri sendri lasly dan aku cuba buat-buat keja rumah lain

puan kata besok awak datang kelas. padahal aku dah datang pon kelas dia ni haaa.

tak bertimbang rasa betul. cerewet, bosan, pengajaran yang tak menarik tanpa alat kemudahan sepatutnya disediakan. sediakan lah ai blueberri bersama yuna dan satu dua tiga




Bye

Friday, August 13, 2010

Test skill lahh







Latih diri. Kali ini kita buat latihan part deria otak dengan kaki dan tangan







-Kita semua tahu yang otak sebelah kanan mengawal pergerakkan anggota kanan kita dan bahagian otak sebelah kiri untuk anggota sebelah kiri. Tetapi otak kita ada kelemahan yang ketara. Cuba latihan untuk otak ini. 5 minit fikir sikejap

1Dengan menggunakan jari telunjuk tangan kanan anda buatputaran kecil mengikut arah jam di udara.
2Jangan berhenti dan sambil itu angkat kaki kanan anda dan menggunakan ibu jari kaki kanan anda itu buat putaran kecil mengikut arah lawan jam...
3Anda akan dapati yang putaran jari telunjuk tangan kanan anda secara otomatik akan mengikut arah putaran lawan jam seperti kaki anda.



Adalah mustahil bagi manusia untuk melakukan latihan ini dengan putaran yang berlawanan arah dan jika boleh anda boleh melakukannya anda adalah manusia luarbiasa. Dan jika anda sedang cuba melakukan latihan ini ditempat awam orang lain yang melihat anda akan kata"apahal mamat tu, gila ke apa"...

juadah makanan berbuka puasa hari jumaat sgt menawan yaitu dada ayam percik, sate, mee kari, roti john, tapi roti boom yang ku ingini takdapat di belik lagi...pergh, tertelan air liur. selamat berbuka puasa nanti

Thursday, August 12, 2010

Kaki oh kaki

entri pendek dan aku dah cuba
tengok kehebatan kaki... kejap renung-renung, dan terima kasih.
kepada kaki. aku bersyukur kerana adanya kaki :)
Ambil masa 2 minit untuk mencuba benda ni

Buatlahh sikejap saja ya

1) Lunjurkan kaki kanan anda ke depan sambil duduk2 di atas kerusi.
2) Buat pusingan arah jam (kaki kanan je yang berpusing2.. anda tak payah)
3) Sambil kaki kanan anda membuat pusingan mengikut arah jam, cuba lukiskan angka '6' di atmosfera anda dengan menggunakan tangan kanan.
4) Kaki anda sekarang ni masih berputar mengikut arah jam kah?





Haa... Cuba buat sampai anda berjaya yeks
Ini adalah info dari bahagian Ortopedik..



berjaya :)

Bye

saja test skill deria kaki. oke nak sambung lahh assignment skit sebb nak submit besok :)

Wednesday, August 11, 2010

handphone. dan motor

Salam.

aku ada satu artikel kat entry pasal keperluan. sikit sebanyak buat aku rasa tersedar hari ini tuk bersyukur je apa yang patut. aku dah ada handphone tapi leka. leka leka leka, hp letak merata habit biasa. bila nak guna hp baru mencari, bila xnak guna bersepah ke laut. calar balar handphone guna dah 5 tahun tak tukar-tukar.

Hari semalam sudahla tayar motor itu pancit, aku keluar rumah bawak handphone pulak. ok safety needs.
pentingkan, nanti kalau sesat ke bahya kat mana-mana, kan senang nak contact.

Lepas motor pancit. aaku mandi keluar rumah,capai duit, ic, handphone and amik helmet. dah sampai tutup enjin moto. parking betul-betul depan kedai moto apek lee kat dpn setesen lrt ampang.
da prasan parking,ada brader apek ni banyak kerja. tergedek-gedek tu tanak layan kot. bizi.
aku tegur, awak tengok..motor pancit kan ini kasik tuka dgn tambah minyak 2T. minyak moto wangi sepanjang zaman. padehal, tuk vitamin motor. moto kena jaga so kena letak minyak hitam tuk enjin moto kurang geser, kurang panas. kang meletup naya plak. moto kan kena jaga elok-elok. haihh bila mau ada kereta. motor baru, insya Allah ada kot.

pasal handphone yang aku bawak kan.
aku tunggu setengah jam repair moto, minyak, tayar, brek charge total rm20.
dok bosan-bosan aku mesej guna hp tuk wish selamat berpuasa kawan-kawan, dan forward msg2 :)

selamat berpuasa. aku dan bulan puasa and raya tahun ini berbeza tanpa abah. semua kan dah besar, duit raya nak jugakkk k


aku mesej kat kawan, tapi sudah la kawan. mahu dibalas tak balas saje kan kadang-kadang terasa. ohh tidak

kadang-kadang terpikir jugak bila kita ingat dia, tapi dia ingat tak kat kita.
Oke ikhlaskan diri, hantar pesanan msg pada kawan-kawan :]

handphone
artikel ini aku share

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan
Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -


1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )


2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja. Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

oke bye.

pegi kelas jam10 lab. balik pegi bazaar nak ayam percik, yey

Ps/ kalau bab info hp tu tak dapat apa hasil yang sepatutnya, buang kan hp jejauh bagi kat saya. keh3. sbabnya, saya baru tahu and just sharing the info psl hp :)

Monday, August 9, 2010

Pagi yang pelik

hi.
ahad the balik kampong moment. nek, nanti first day raya tak balik kampong. chill. T__T
amik gambar skit

kucing tinggal dalam rumah. nakal kang nanti belasah mandikan korang.
suka tonyoh kucing ngan syampoo mandi, wangi kah3.

Salam.


Sihat? Sihat sokmo. semalam baru balik dari kampung, balik rumah terus masuk bilik pegi berangan kejap sambil makan mee mamak kat meja makan yang bungkus. Aku berangan, yeah a dreamers wannabe, sat bila bole jumpa yuna, bila bole bahgia kan my parents, bila nak ada kereta, bila nak kerja, bila nak kerja. banyak kali dah fikir bab kerja.


masa aku kat kampung, Nenek bertanyakan bab kerja. Ehem, nurul masih sekolah lagi kan, ari tu dah kerja sekejap. skang belajar lagi ke. err, aku jawab ye sekolah? dak student kolej je nek. tadek benda precious nak share kat sesapa apa yang ada. nak mantapkan diri sendri lagi je. Nenek tanya lagi. Belajar sepenuh masa ke, tanak buat part time student. Belajar sambil kerja. Kerja, tanya diri lagi. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan highway, err aku tak jawab apa-apa. Otak aku asyik fikir apa yang nenek kata, Sabarlahh

Benda ni dah lama terfikir kat kepala otak aku. Aku bukan budak extraordinary and brilliant student dekan sume tu. I am in a learning process. Aku penah jugak fikir nak kerja sambil kerja, jadik tutor ke nanny ke. tapi semuanya gara-gara hangat tahi ayam. Aku tak suka kerja separuh2. aku kena fokus dulu. kang semua jadik tunggang tebalik sapa susahh. Nanti aku fikirkan balik sambil bbuat assignment tak siap-siap lagi nih. I am worried about my assignment.

Pagi yang pelik.

Aku bangun pagi dan mama ada kat sebelah ngan henset samsung baru dikejutnya aku. dia tanya aku, tukar kan caller ringtone. aisey ma, tidur nak bangun jam 630 tapi digerakkan aku time 6am. napa tak gerakkan tahajjud terus. Memang tidur dengan mak dan kucing semenjak abah aku outstation. Aku bangun terus cek kan henset adjust tuk kepuasan mama tersayang. Aku fikir balik kalau dah kerja mesti ada duit, mesti bole beli henset baru, baju baru, scooter baru, semuanya baru-baru. err nak makan pagi pon still fikir lagi kata-kata nenek. memang aura nenek aku tu satu penampar hebat kat aku kot.

masalah pagi derrr
















Aku nak amik cawan sat minum air, kucing aku kencing kat situ time aku nak amik cawan. jeritan pagi memang aku yang punya kena kat sume orang. demmm mmm jaga korang. grr, meoooooooow
aku malas pegi kelas 9pagi. dan diingat tanak padamkan entry sebelum ini. biar ok :)

Saturday, August 7, 2010

The MDR dan makan-makan


Salam.

lama tak berentri. tak tahu kenapa tak berbelog.

ok jap, mari kita renungkan sebabnya aku hilang berbelog:

-aku malas menaip

-aku melayan assignment (hasil assignment baru 15%) iaitu

a) ass research method
b) ass management OB, its Organizational behavior
c) ass system and connectivity

d) project progeress GP, ialah group project

e) ass economy

f) kerja rumah database
g) kerja rumah english

*kerja rumah sikit dah done hantar and cek, assignment yg belum ku sentuh dan masih mahu dimanjakan setakat ini ialah sistem, dan ekonomi.
nanti buat lahh
dan hasil sebab itu

-aku tak ada mode
HAHA!
oke tolak tepi sebentar ass. its assignment, i promise myself i'll do it :)


The MDR
MDR gambar atas tu first time masa main rounders. MDR itu main dengan rakyat. Ahad yang lepas memang kenangan terhebat. The MDR means Main dengan rakyat, every one time for a month kami akan turun di dataran merdeka dan menyertai permainan yang diadakan oleh kawan-kawan MDR. game yang telah dimainkan hari ahad lepas pada 1hb August 2010 ialah rounders. Saya peminat rounders MDR. agaknya.

facebook. just search = main dengan rakyat
LAST time ada games konda kundi yang MDR handle,tapi i tak turun join plak. kadang-kadang ada masalah teknikal sebab tak ke MDR, macam takde cuaca cerah. itu lah if cuaca hujan, games are cancelled. kadang-kadang motif aku turun MDR enjoy nak jumpa kawan baik aku jugak. Umairah, she 's my good friend. Plus we can beriadah kat dataran tu ngan MDR, cool. bukan selalu kan. sekali sebulan around 5pm until 7pm. Ahad-dataran merdeka.

Umai
awak baik.

sebab umai ada aku pon keluar makan bersama kat midvelley sebelum games ngan The MDR. before games kami plan makan kat Midvalley. around 1lebih aku kluar rumah pegi teruskan perjalanan skit2.
mid tu bukan selalu pergi, sesat pon sama-sama kat Mid time carik parking kereta

nah peta mid tuk kenangan.
Makan kat the gardens level 2 :)
Umai siapa. umai memang sporting, best, cool, steady, awesome friend, hopefully friends forever. Dia yang kenalkan aku games MDR. secara tak langsung, hubungan persahabatan kami semakin erat-erat. i lerbiu umai. "eyt nanti belanja GCB mcd". upps. err, aku masih berhajat nak makan tapi tak makan-makan MCD tu lagik. kempunan kang. haha, abaikan.


cecece. cerita pasal makan pulak. dan makan-makan kat mana. terkejut dengan pertama kali di jemput makan oleh abang' Hafiz Chan. Beliau sangat baik, pemurah, hensem, sporting, memang baik hati aww sebabnya ikhlas berbelanja dengan kami kat Midvalley. impian hafiz chan ini nak kawen lisa surihani. dan semoga berjaya ke gelanggang imam muda tahun depan. sebenarnya dia dah belanja ni memang rasa durian runtuh la sangat. saya menang motor. syukur keh3. sedara mara aku pon tak ada lagi nak belanja aku. lagi pun dia yang offer, makan2 dan terus ke MDR. tak sangka lahh sangat.

Part makan-makan tu memoriabel. hafiz chan the best :)

sapa nak belanja dapat pahala kan.


bakal imam muda hafiz chan. lupalahh nak mintak autograph :'(

Tapi bila difikirkan balik, harapnya hafiz chan tu dah belanja makan italianesee Midvalley, dia memang ikhlas berbelanja. takut pulak saya kalau termakan budi.

Hafiz chan cool. kad birthday only sempat kami sampaikan.

Happy belated bro. Good to know you. "boleh blanja mkn lagix"
:)
games tak sempat main sampai habis,gambar tu waktu hafiz chan yang ditemu ramah oleh ahli MDR. Masa game MDR ari tu tak sempat nak mintak bergambar ramai-ramai,sebabnya abang hot polis datang dan suruh kosongkan dataran merdeka. Mereka ada function kat dataran.mmm memanglah kacau daun polis datang tak bagi kami main sampai habis kat dataran.
jam 613 pm bye kawan MDR.

Aku dengan sweet nak kenyit mata dengan abang polis, pls3 bagilah peluang nak main kat dataran jap. ini kan awam. Oke menipu.

aku just ter kata,
"ncik, lagi satu jam nak main bolex "


Polis makin ramai datang dan akhirnya telah menghalau kami bermain tenang kat dataran. bersurai takpe jumpa lagi

Hopefully nex month MDR akan boleh jumpa lagi :)
MDR RAYA


aku kongsi kad birthday hafiz chan with umai, dan sempat beli buku novel Twilight eclipse, balik happy. tak tengok pon movie twilight, its ok



Bye

Pages