Friday, August 5, 2011

setiap perpisahan tu ada hikmahnya kan macam tu lah okbai

Hari ini Jumaat. Pagi tadi aku sempat tengok tv3 segmen Kalamullah. Ada budak laki kecik namanya Imran boleh hafal Al quran dari ayat 1-40 Surah Yassin. Seronok bila tengok sampai habis dapat pahala sekali ye tak daripada memandang lagu Barat-an, sekali gus membuatkan aku teringin nak hafal betul-betul sekali. InsyaAllah. Disebabkan hari ni Jumaat, aku selit sekali kebaikan ntuk baca surah Yassin. Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan",

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

baru je list 3 kelebihan membaca surah Yassin, Sila baca lagi dengan lebih lanjut ye :)Read more: http://umar-alfarouk.blogspot.com/2007/12/kelebihan-surah-yasin.html#ixzz1U6gRFGh3

image

Sebenarnya aku letak tajuk entry memang tak kena sebenarnya apa yang nak ceritakan. Teringatkan dua ekor ikan yang kami bela kat rumah, sekor tu ikan Belida, sekor tu ikan Batu. Baru je bagi kat kedai haiwan kat Taman Kosas, Ampang. Tak dapat nak bela sampai hayat sebab malas. Perangai seorang manusia (diri sendiri ini le) yang tak dapat nak dielakkan. Lagipun masa dapat ikan tu daripada kawan mak. Ikan tu kuat makan ikan longkang kecik pastu kena beli ikan kecik rm3 sebungkus tetiap minggu, pastu nak membasuh akuarium semuanya kerja aku, dalam 2minggu sekali je aku rajin nak membasuh ngan bagi makanan. Daripada tak pandai nak men-jaga baik bagi je kat orang.

Mak aku yang mulanya nak membela dua ekor ikan tu tak terjaga, tapi kat rumah ada lagi ikan puyu tu ikan paling senang jaga. aku di-tugaskan mencuci ni bekas akuarium tu pun payah nak kemas, aku pun tak ada masa nak tengokkan ikan tu terbiar, akhirnya di bagi-kan saja lah kat kedai haiwan tu. babai ikan, minta maaf diatas kelalaian kami, dan semoga dapat kawan-kawan baru kat akuarium lagi hot dan besar kat sana.

Photo0944 Photo0942 

gambar ini diamik masa tangkap ikan masuk dalam baldi, ni nak bagi kedai, ada dua ekor dalam satu baldi, kalau xperasan, takpelah

Ps- Mak ajak pegi Bangsar teman jumpa Ustaz petang karang, pastu kita kelip mata kat ustaz wink3 (tipu), jangan lupa bulan puasa

10 comments:

paaduu said...

emm..betul2..kita kena tabah walaupun perit nk hadapi :(

oshinz said...

dah lame tak bela ikan... =)

Unknown said...

Ain pon nak hafal Surah Yassin penuh! InsyaAllah satu hari nanti kita pon pasti bole! :)

Bukan ikan je, haiwan2 lain pon kalau kita nak jaga, mmg kena commit la nak jaga betul2 kan!

Encik Psychopath said...

susa nak menghafal.

Hans Hanis said...

kat rumah aku skrg bela ikan lampam dengan ikan guppy je
:-)

dayah said...

ain- tu la, redha saja lepaskan ikan tu :)

paaduu- samat berpuasa :) tq sebab singgah dan komen

oshinz- jgn bela kalau tak rajin tau

hans- ikan lampam tu mesti macam ikan puyu eh, hehe, xreti aku nak cam jenis ikan ;)

khaizarien said...

aka pernah kene marah ngan ustazah sbb suh masuk pertandingan hafazan surah yasin akak tolak. skang rase cm yesal lak., tapi kalo kite hafal n lupe kite berdosa kan... hurmmm nk mula hafal bale surah2 muqaddam dulu.... ;)

akak kat kpung bela ikan guppy je letak dlm tempayan. senang xyah basuh bg mkn je. sbb ikan tu nk tmpt sejuk. so lumut2 yg tumbuh tu dh elok untuk die :)

Hans Hanis said...

erkkk
kejadahnya ikan lampam macam ikan puyu
hahahah
tak sama langsung kut

Dayah said...

khai- akak kena trus beristiqamah, kalau lupa kena slalu baca, hehe, saya pon lupa jugak tapi selalu lah baca al quran :)

hans- aku taktawu la ikan lampan apebenda

Qaseh Dalia said...

surah yassin memang banyak kelebihan

Pages