Saturday, July 31, 2010

Imam muda kemuncak

salam.
sebenarnya dah habis rancangan realiti bentuk islamik imam muda semalam. xsangka lahh dah habis. sebenarnya cerita berbentuk dakwah ini sangat membantu tuk orang ramai faham dari segi agama dan membuka mata kat orang ramai dan luar negara sana yang islam itu memang indah :) kan

Sekaligus up Malaysia dah dikenali sebab cerita realiti tv Imam Muda, bagusla gitu.
klik berita Imam muda. cerita CNN buat liputan kisah Imam muda yang secara kebetulan berminat tgk rancangan yang bermanfaat. tak silap silap tu rasanya ada kot mat salleh masuk islam bila ada yang minat pada indahnya agama islam. kan dah dapat pahala.

Nak tahu siapa pemenang juara imam muda. Semalam tengok kemuncak antara Imam Muda Hizbur dan Imam muda Asyraf. memang bergelut di waktu siaran langsung, bila ustaz hasan tu ada tesasul satu ayat futskal' kat imam muda asyraf. imam muda asyraf sebut balik futsal'. ahaaa ada gelak lawak jugak.


IMAM MUDA: SETIAP JUMAAT, 9.00 MALAM, BERMULA 28 MEI 2010

memori imam muda.
imam muda bagus.
Membantu calon seorang imam yang serba boleh tetapi juga pemimpin yang berwibawa, maka, Astro Oasis mengambil inisiatif mewujudkan program kerohanian Imam Muda dengan mendapat kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini memberi landasan untuk memartabatkan status imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab sebenar seorang imam.

final jumaat 30 july 2010. pemenangnya ialah imam muda asyraf



dah kawen rupanya, i am melepas :D

hebat berentap menjawab soalan dan hujahan diberikan imam muda waktu kemuncak tau. ramalan ku ingatkan hizbur berjaya. sume pemenang tiada pengalah. dua-dua berbakat dan kemampuan menjawab soalan, kuat hujah dan bijak menjawab soalan, menjalankan tugasan dan ujian dengan baik tapi yang terbaik Asyraf telah dipilih sebagai juara Imam Muda.

ini sedikit biodata imam muda final

Hizbur
tahniah ke final.
NAMA PENUH: HIZBUR RAHMAN BIN OMAR ZUHDI
ASAL:BALING, KEDAH
TARIKH LAHIR: 01 APRIL 1983
STATUS: BERKAHWIN
PEKERJAAN: GURU TAHFIZ
PENDIDIKAN: SARJANA MUDA SYARIAH (TAHUN AKHIR),UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR
dapat hadiah jugak. tahniah tempat di final naib johan

Asyraf pemenang imam muda.
tahniah.
NAMA PENUH: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN
ASAL: PULAU PINANG
TARIKH LAHIR: 12 FEBRUARI 1984
STATUS: BERKAHWIN
PEKERJAAN: IMAM
PENDIDIKAN: IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN & FIQH, UNIVERSITI MALAYA

* masih lagi pelajar ijazah UM

dan hadiah yang diterima juara imam muda yaitu
Biasiswa untuk melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda atau doktor falsafah di sebuah universiti di Madinah.
Hadiah biasiswa itu adalah tajaan Universiti Madinah (Mediu) sebagai sokongan kepada program Imam Muda

Imam Muda akan dilantik menjadi imam di mana mana masjid utama di wilayah Peresekutuan, sebuah kereta Exora.
Wang tunai bernilai RM20,000 dan laptop Apple Macpro serta pakej menunaikan Haji.
[Percutian bercuti kat Bandung]

HADIAH PESERTA IMAM MUDA yang LAIN jugak
dapat tajaan belajar kat universiti madinah. beruntungnya kan :)

oke bye. assalamualaikum

mama sempat jumpa imam muda taufek ngan imam muda adib kat klinik gigi sehari sebelum hari kemuncak. katanya sokonglahh imam muda. ye je :)

Thursday, July 29, 2010

Exams sort test

Short test dah lepas, satu presentation economy dah lepas sume siap tadi dan semuanya tak puas hati. Biar aku review apa yang dah jadi tadi. Datang jawab test kelam kabut dilanda ribut. aku datang lambat pegi kelas. Lambat ke kelas kembali. Cool datang lambat, memang cuak ar. memang saya sangat lembap datang kolej sendirian. Bila sampai kolej dok kelas sume pandang aku masuk lambat kelas 1030 pagi. Habis test jam 11. Test sejam sepatutnya. Bila nak jawab test duduk area jauh-jauh dari kawan. Kiranya tak boleh niru lahh. Oke lagi. Nak jawab test aku blurr tahu tak satu ERD itu tak tahu menjawab. alamatnya la tak ada markah diterima ke dan tak bole jawab betul ke tak. Aku jawab teori Database short test tu pon tak bole buat. sedih :'(

Info: ERD means Entity Relationship Diagram.
ERD includes entities, attributes, relationship.
ini gambarannya.
nah.
tepek situ.

Entities are the "things" about which we seek information.
Attributes are the data we collect about the entities.
Relationships provide the structure needed to draw information from multiple entities.



err susah la jawab test tadi. Dahla lambat masuk kelas test. Tak cukup masa, itulah akibat datang lambat pegi kelas! Presentation aku time group yang last. macam mencarut membaca je depan orang ramai tadi. takpe at least dah lepas assignment presentation. Nanti ada test pulak lepas presentation. ohh teruknya perangai dan presentation aku tadi bosannnnn sungguh dan serius mengaku disini. Minta maaf pada sesiapa yang terpaksa tengok presentation tadi.


Lepas present aku ada main satu photobooth dari laptop kawan. Beliau menggunakan laptop Mac apple yang cantik dan yang sememangnya lawa. Hasil photo booth ini. Lepas kan geram setelah main exams. err

sweet memori photo booth
Lepas gelak photo booth. Pi kelas MOB, management Org. behaviour. Balik. makan.

Aku dah dapat cek results sem lepas, and down. Aku dapat result dari coursework. Harap boleh back up nex carry mark dengan test lain. Bye

Ps/ Nak beli album Yuna. Nak berubah rajin datang kelas awal lahhh

Banyak songehla kau

Aku bukannya pemalas nak datang kelas. tapi terleka. Habit paling teruk akan aku jadik bila nak pegi kelas on-time. Aku jenis lambat nak mandi, terleka, terlebih makan, terlebih masa bersiap ke kolej ngan macam-macamlahh. ah paling malas pergi kelas hari selasa sebabnya selasa ,kelas time 8 pagi pulak.
aku pelik jugak hari ini aku kena sound ngan lecturer tapi nada suara lecturer aku macam marah-marah tak jadi. haha, last last aku tadapat nak sign kedatangan aku datang kelas puan. hampa. macam nilahh cerita masa kat kelas


aku- matilah dah lambat masuk kelas lab system ni ha, nak menunggu tren sampai kolej lagila lambat nanti nak ngadap muka puan lagi. hmm. bedal je lah, silang jari harapp puan tak tegur

aku- lambat masuk kelas nanti buat selamba oke tadi dah perasan puan keluar kelas lab. aku masuk. dia keluar. pastu dia masuk balik kelas. pandang sana sini, target muka kat aku.

puan- eh, awak baru masuk kelas kan?

aku- a'ah

puan- awak masu
k pukul berapa

aku- 10.20

puan- tahu tak kelas stat pukul berapa


aku- pukul 10

puan- dah tu lambat masuk kelas, jangan lambat masuk kelas sebab kelas kan stat time 10

aku- selamba badak muka tak bersalah kata, saya dah masuk kelas lab puan semalam

puan- rajinnya~ muka dia berubah tak marah secara tetiba

aku- dah takut kena marah datang lambat, tak berani nak menjawab apa-apo



Ps/ aku ingat nak tukar jadual kelas lab pagi rabu untuk selasa tengaharri terus permanently jadual baru. susahnya nak buang habit datang kelas awal-awal. macam mana nak jadi pelajar cemerlang. kena mulakan dengan niat bersungguh-sungguh usaha tuk berjaya. aku tawakal je yek. harap loan pinjaman mara aku diluluskan. Bye, study test database besok ngan 2 presentation nak kena settel T__t

Tuesday, July 27, 2010

Ikan-ikan

Hi.

ini ikan bekas pertama ada 3 ekor
yaitu ikan batu seekor dan sememangnya pemalu, ikan batu suka tidor tak bergerak
ikan warna-warni 2ekor tu yang bebulat-bulat tu kalau nampak

Ikan bekas kedua
anak-anak ikan puyu kampung
tak terkira berapa :P

Ini je hah ikan puyu 5 ekor
Bekas ketiga


Salam.

macam mana nak cerita. erk. Ikan belaan mak aku dalam rumah dah bertambah. dahulu dibela kucing dan ikan puyu je. kini bertambahlaa pulak ada ikan batu, ikan warna warni. tak tahu lah nama jenis ikan ini. aku bukan kaki pancing nak bela ikan. suka je tengok ikan dengan tenangnya kat rumah dan bertanya sendirian. "ikan-ikan kau dah makan belum" :)

hmm. aku tak makan ikan puyu oke. aku tak pandai nak bercerita ar macam mana perasaan bela ikan.


Bahagianya bermula pabila di waktu lapang kasi ikan makan, melayan kerenah kucing dekat rumah. Malasnya datang kemudian bila nak mencuci bekas ikan yang kotor. err, it really takes time to wash that ugly bad aquarium. Kalau bekas akuarium itu, selagi tak kotor hitam legam, selagi itu lah tak mula mencuci. Seriusly sekarang ini mama memang mencari hobi baru untuk melayan ikan-ikan yang ada di rumah. Kalau bab kucing nak mandi selalunya akan aku mandikan mereka di waktu lapang. Hari cuti la kan hari sabtu dan ahad tu waktu lapang. Kalau kucing nak makan, aku cuma tolong bahagikan kucing mana yang nak makan. Kucing ini memang banyak ragam. Ada yang memilih kalau nak makan, perangai tu menggedik, bila bagi tak nak makan pulak. bila tak bagi nak makan pulak.


Ps/ Banyak berbahasa kalau pulak kat entry ini. Minta maaf kalau tak faham cerita kat entry. Bye

Wedding kawan mama

MAKAN MINUM WEDDING DILAYAN VIP, SEDAP :)



Salam.

apa khabar.

Hari minggu sabtu ahad lepas memang mengasyikkan. Aku dah lewat nak pegi kelas sempat ada mode blog. sikit je cerita, bila nak kawen. erk. ok. Sabtu wedding malam belah jiran. Ahad wedding kawan mak aku yang dah tak jumpa dah lebih 20 tahun tak jumpa. Part Ahad wedding memang best walaupun silap dan salah berlaku di sana, sempat jadi pengapit pengantin belakang situ. memang tak sangka kami siap jadi vip keh keh keh.

tak sangka jugak jumpa Dato dr fadhilah kamsah. Diorang jemput orang tertentu dekat KDE. orang berada sume ini, kami tumpang gembira sekejap tengok ahli famili pengantin. kompang nasyid, makan beradab, kek 5 tingkat. sungguh gile best kawen. ups.

anak kawan mama lelaki itu. tak sangka dunia kecik,belah perempuan punya bapak aku kenal yaitu tempat bekas aku kerja kat Uzma dulu.
Selamat pengantin baru bahgia ke anak cucu. pengantin umur sebaya 28.
weewit, dah kawen.


Ps/ tetiba suka dengar lagu Mariah carey-through the rain. Ingat nak beli lagu album yuna ah :)

Saturday, July 24, 2010

Gengblogger (GB)

Salam

ada sesiapa terambil baju gengblogger saya tak. it's missing. grr
sebenarnya aku ada masalah nak kemas lipat baju. rak baju yang telah tersusun setakat masa ini adalah baju kurung, iaitu baju pegi balik kelas saja aku kemas kini. shirt blouses sluar dress ada mana sumbat. erk. nantilahh update kemas baju. harap si kucing rumah tak selongkar almari ku. oke. pasal gathering gengblogger dah lama dah untuk berhajat nak bukak satu entry tapi macam malas mahu taip. erk. pemalashh. gengblogger event yang berlangsung secara tidak langsung pada hari sabtu di Putrajaya Presint 5.

ada banyak perkara aku belajar dan sikit sebanyak tu kat event GB antaranya
>yang baik
-meramaikan ahli komuniti GB, rapatkan hubungan silaturrahim
-mendekatkan diri bersama rakan2 belogs, dah selama ni kita tak kenal maka tak tahu tapi sekarang jadi dah tahu
-mencari minat satu sama lain
-dapat cari kenalan tak kira umur
-menghormati orang lain dan terima pendapat mereka
-dapat pengalaman baru

>yang kureng
- aku pemalu nak tegur orang
- aku ada habit buruk makan tak berenti bila sesi sharing tuh
- aku tak pandai main games
- aku tak banyak bercakap sgt
- tempat Event gb tu kami dahh sesat time pergi susah





aku datang dengan gigih bersama ahli belog lain :)


terima kasih sebab dapat pegi tumpang kereta kawan belogger kech, nisa
memang tak sangka dapat join.
aku msg pm kat fb kech.
dia sporting je sbb aku memang nak join,
kalo org kasi tumpang2 je yer kereta kat sana.
pukul 8pagi dah tunggu kat stesen sentul timur aku dari ampang.


nama saya jo. saya penganjur gb event.

ini time registration.
aku teringat masa aku dtg mmg antara yg terawal dan sesat.

event GB putrajaya di tempatkan kat sukan luncur

sampai sahja tegur ahli belog lain

aku = "pukul brapa sampai ni jo"

jo = "dah lama dah sampai ssubuh lagi"

grr. melawak rgupanya pepagi jo :)

jo student UK memang tak sangkalahh berjumpa

pahtu pegi bagi register nama kehadiran datang bagi url sensorang kat dia.
pahtu dpt beg kicik satu,beli baju gb rm28 long sleeve sendri


aku antara ahli GB yang datang awal.
sume ini gadis belog


ada sesi pengenalan awal. ada game teka-teki. aku group ariff.
ariff student russia tuh tak sangka plak dapat jumpa



satu group ngan ariffshah.com

aku tercakap tegur jugaklahh satu benda kat ariff
aku - ariff, fida xdatang gb ke (dorang penah berbaik' kat blog kan kan)
ariff - fida tak balik lagi, dia kat brisbane (jwpn mcm rapat dah dia kenal kan)
aku - awk tinggal mana ehh
ariff - subang jaya sekseyn 19usj xsilap ahh
aku - cuti lama eh (teringat kat bapak aku kerja kat yemen)
ariff - ha ah. cuti sampai raya


aku- ok belah. sempat lahh gak cakap jap ngan student russia :D





games
malu segan sume ada. sempoi jek
game tu.
pastu ada makan minum, solat.
pastu start sharing dari kak jie ngan ariff ngan beloggers lain.
las bergambar.
tq

ada sesi sharing info pasal blogging.
maaf tak faham pasal alexa ranking trafik.
tahu belog sikit godeklahh tapi tak mahir sangat.
masih perlu belajar details belog.


sesi bergambar


bergambar dgn otai belog kak jie.
beliau tudung kuning coklat,bersama anaknya intan berblog muda umur 11tahun.
ramai hebat dalam diamm berbelog
.
lelaki sume itu lah geng separa mereng


event gb siap keluar paper Kosmo. memang tak sangka pon.

gambar curik kat penganjur event GB.
thanks Jo :)



dan harapnya komuniti GB semakin berkembang ramai


antara ahli kawan belog baru
hida, lynn, ery, kech, nisa


dengar khabar ada second GB gathering boling.

kata penganjur jo mayybe bln 8,kemudian tu dah raya kan :D

entah boleh join gathering camni lagi
kot


habis sharing. sesi gambarr


bersama mereka pergi dan balik
nisa terima kasih tumpang bawak balik ngan kereta selamatnya
kech terima kasih tuk GB event

balik. bye jumpa lagi :)

aku tak terus balik rumah. tumpang kereta member.
balik ngan kereta member tumpang jugaklahh.
aku singgah kat Alamanda first time, dorang berboling. aku tak join.
tumpang teman boling bolehla, bajet aku tuk GB event je.
lepas boling ronda makan-makan beramai kat gerai kat puchong.

bersama geng separa mereng.

geng separa mereng terdiri dari mereka adalah; Chaon, AzizanKadir, Yus, Miro.
kata ery memang suda plan lepas gb event oleh geng separa mereng
Violet ngan Ery kami konvoi 3 kereta, Kech, Nisa aku pon follow belakang

Ps/ aku balik teramat lewat lps GB habis kat presint 5 .
memang catat rekod lewat pulang disebabkan keluar tak ingat dunia.
gara-gara bersama geng separa mereng.
balik kena penyapu mak, meleter sebab risau. aku tak cuba bertikam lidah. erk.
kenangan pahit manis GB event
minta maaf kalau ada salah silap kat entry sini

aku rasa aku missletak baju GB aku. baru teringat, tadi tersalah pegi wedding kawan mak. bagus T__T

Friday, July 23, 2010

oh ikan puyu

Salam. apa khabar. aku sihat saja :)

Setiap hari kaki aku melangkah ke tempat nak belajar, semakin tiap hari itulah akan aku pulang dengan pelbagai ragam berita menarik ada tersedihla pun ada dan banyak cara yang tersendiri dan bayangkanlahh it's normal. suka hati apa je ye. pokok utama cerita nak cakap, pegi bawak buku ke kelas bagai menatang minyak yang penuh. Balik pun bawak buku dengan bertimbun-timbun assignment. Homework ada je. Nak stat tu tengah masih merangka dulu, mana satu yang patut buat, mana satu perlu dibuat dulu. status financial aku kini bad. aku tak banyak duit skang. nak potostat notes pon selalu saja mintak duit kekadang sume poket money mintak kat mak.

kadang-kadang terasa malu jugak sebab asik nak mintak duit tiap kali belajar nak beli itu beli ini, nak duit macam-macam melantak makan tapi kalau nak belanja mak balik tak tahu bila agaknya. Yang penting hidup mesti happy kan kan.
terima kasih mama bak ♥



Oh nak tahu tak apa cerita di sebalik entry oh ikan puyu.

Mak aku balik dari kelas belajar dia hari ini, selalu je mama pegi ngaji bersama kawan-kawan beliau. Hari ini mungkin hari bertuah dimana mama pegi belajar, kemudian bawak balik sebekas lagi balang terisi ikan-ikan puyu kat rumah. Oh ikan puyu. Bukan tak pernah bela ikan kat rumah. Kat bekas akuarium lepas dah ada 4 ekor. Di tambah lagi pula ikan puyu jenis kampung daripada pemberian kawan mama ku 5 ekor tak silap.

Kalau ada sesiapa yang tak tahu apa itu ikan puyu. Maka bolehlah berkenalan.
Ikan Puyu (Anabas testudineus) merupakan spesis ikan air tawar yang paling lasak
Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesis ini. Ikan puyu seringkali dikaitkan dengan kepercayaan mistik. Fakta dan cerita ikan puyu. Mitos mengenai ikan puyu yang kononnya dapat menjadi penghalang serangan toyol dan ilmu hitam bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar. Malah ada juga yang mempercayai memelihara ikan puyu boleh dijadikan 'tangkal' bagi menghalang perbuatan jahat.

Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah. Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air. Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau lumpur.


Ikan jantan mempunyai satu lubang pada kelamin sedangkan ikan betina mempunyai dua lubang pada kelaminnya. Dan apabila ikan jantan diurut pada bagian perutnya kearah bawah akan mengeluarkan cairan sperma berwarna putih, sedangkan ikan betina apabila diurut pada bagian perut kearah bawah akan mengeluarkan telur yang berwarna bening kecoklatan.


ikan slim biasanya ikan puyu jantan.
ikan hat bawah kepala gemuk ikan puyu betina.
Ikan jantan tubuhnya lebih kecil dari ikan betina.
Ikan jantan akan bergerak lebih lincah dari ikan betina.


Kolam ikan puyu kalao ada
Kolam ikan puyu harus di letakkan tumbuhan seperti kiambang ini bagi menggalakkan ikan puyuh mendapat oksigen secara lebih cepat dan mengekalkan suhu air tersebut dan ikan tidak melompat keluar dari kolam . Air tersebut haruslah di letakkan klorin dan di biarkan selama 3 hingga 4 hari. Ikan puyu amat gemar dengan tumbuhan kiambang atau tumbuhan yang hidup di dalam air atau di atas air

ngeh

inilah ikan puyu

tambahan lagi kelebehan ikan puyu menjadi:
kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesis ini mampu menghalang gangguan makhluk halus. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesis ini di dalam rumah untuk tujuan itu.


kes orang minyak mencuri masih lagi berkeliaran kat kawasan rumah aku. kejadian berlaku semalam mangsa rumah jiran aku kehilangan rm1000 lesap dan laptop di kebas sekali di waktu siang.



ohh ikan puyu beruntung berada kat kawasan rumah ini ohh ikan puyu. dalam rumah aku yang berterabur dengan kucing keluar masuk, kemudian bertambah lagi ikan puyu kampung kat rumah. semoga ada keberkatannya di sebalik kedatangan baru haiwan air ini di rumah.


Ps/ jaga diri kat mana saja anda berada. Allah maha kuasa. Doa, solat tawakal. sebelum tidur baca ayat kursi :)

ada lagu baru tepek. lagu lemon tree version korea. ingat nak tukar url blog ah

Pages