Wednesday, September 11, 2013

Mehnah

Assalamualaikum..

Mehnah maksud dari arab itu ujian..ujian itu banyak dan seksaan berat kalau diuji oleh setiap manusia dengan bala. Ujian ini ada banyak jenis.. contohnya saya yang malas nak menaip di blog xseberapa ini jugak ujian. Ujian dari segi  passion atau keinginan bercerita tu tak ada dah la sangat, tapi apa yang kita boleh ceritakan..serba sedikit sedikit jelah. Ujian yang saya dapati memberi kesan melampau membuatkan saya jugak tak berapa sihat. Berat badan BMI tak mencukupi, dan xcukup darah..beberapa kesan dan tekanan psikologi saya masih hadapi untuk terus tabah kan diri

Hidup ni sekejap je atas dan bawah maksud yang saya kata senang/gembira/kaya di atas dan bawah itu yang sebaliknya, samaada kita yang berani dan bersungguh-sungguh/gigih mencuba perkara baik..insyaallah dia mampu berjaya. Pernah jugak saya menangis..

Kenapa, mengapa saya juga bertanya pada diri sendiri, mengapa aku tak dapat apa yang aku inginkan?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" {ayat Al baqarah:216}

Kenapa juga mudah aku rasa sedih dan kecewa?
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman" {ayat surah Al imran: 139}

Kenapa mesti bersabar? rujuk {ayat Al imran: 200}




Ps- Banyak muhasabah diri dan dekatkan diri pada Allah..Allah maha mengetahui dan dia yang sebaik2nya merancang. Interview pegawai penguatkuasa N41 2hari lepas saya dah berlalu..tawakal sahaja ye.

Saturday, June 1, 2013

collection of cardigans

Assalamualaikum and selamat pagi beautiful people..nak update sikit.
Saya sekarang menjual pakaian wanita..and barang perempuan..
Mintak tlg like bisnes https://www.facebook.com/samihahshop?fref=ts
Bisnes baru nak mula . .mintak tolong skit boleh..nak la beli?
Kalau ada sesiapa yang berminat boleh order dulu:

sms me: 012-3030978 (dayah)
tq very much

CODE : SRC 434 | CARDIGAN
PRICE : RM40

POSTAGE SEMENANJUNG : RM6
POSTAGE S/S : RM10
MATERIAL : COTTON STRETCHABLE

CODE : SRC 435 | CARDIGAN
PRICE : RM40

POSTAGE SEMENANJUNG : RM6
POSTAGE S/S : RM10

MATERIAL : COTTON STRETCHABLE
CODE: SRC392 | CARDIGAN
PRICE : RM45

POSTAGE SM : RM6
POSTAGE SS : RM9
FREE SIZE ( FIT UNTIL SIZE 50 )
MATERIAL: COTTON

ODE : SRC219 | CARDIGAN
PRICE : RM46

POSTAGE SEMENANJUNG : RM6
POSTAGE S/S : RM10
FREE SIZE
MATERIAL : COTTON

CODE : SRC 436 | CARDIGAN
PRICE : RM44
POSTAGE SEMENANJUNG : RM6
POSTAGE S/S : RM10
MATERIAL : COTTON STRETCHABLE

CODE: SRC 335 | CARDIGAN
PRICE : RM46

POSTAGE SM : RM6
POSTAGE SS : RM9
FIT UNTIL SIZE 44


Ps- Nak mintak kurang harga  ..ngan saya bole je..sms me k (dayah 012-3030978)

Tuesday, May 14, 2013

Cara untuk mintak alasan cuti

Salam. short entry je, ada sikit tergerak hati ngan masa terlebih tak tahu nak buat apa :[


Saya cuba nak pilih mana-mana alasan terbaik buat jela alasan mintak half day ataupun cuti. Walaupun masih lagi baru kerja sebulan kat ofis baru, tapi nak tak nak kenalah berani ambil risiko. Antara alasan boleh pakai untuk cuti:

1) servis kete
2) hantar family/kawan kat airport (cakap la nak p mekah ke, oversea ke)
3) kenduri doa selamat/kenduri kawen besfren
4) bateri kete tetibe kong (berkesan kalu rumah jauh...rumah aku jauh..)
5) sakit misteri (kene berubat kat kg guna perubatan alternatif)
6) muntah2 lebih 6x sejak mlm td
7) asyik cirit birit sejak petang semalam
8) nenek meninggal (alasan semata-mata)
9) ahli keluarga sakit
10) nak kawin

Haha. Last choice nak buat alasan tu bukan lah pilihan berani nak buat. Life ni biasa lah ada atas naik dia.. it's full of surprises. taddaa. .Tahun ni agak mencabar kesabaran saya disebabkan setiap panggilan interview. Atas sebab keinginan nak berjaya seiring dengan kebolehan diri maka, kita haruslah perbaiki kerjaya atau pun diri sendiri dengan lebih mantap. Panggilan interview yang dapat tu tekadang menimbulkan kekeliruan diri sendiri. "HELLO, CAN I SPEAK TO MISS*, if you're interested can come interview if not, bye"

Tapi takpe, kita kena rileks tarik nafas banyak-banyak, sambil makan buah. Jangan steress, sebenarnya ada masalah personal kalau kerja lompat-lompat. Sekarang memang tengah kerja sambilan dengan Kementerian Kesihatan, Putrajaya. Staff semua okay tapi yang tak ok tu bab travel dari rumah ke ofis, gaji ngan kebolehan nak pergi jauh tu agak terhad. Pendek kata, kalau kau ada kerja better yang lain pergi jelah, cuba.

Ps- Kalau terkantoi alasan tu depan bos, ngaku jelah, pergi interview Ok bye

Wednesday, January 9, 2013

Cetak tshirt dengan Ardh Studio

Hi ! cepatnya masa ..selamat tahun baru 2013..
Post entry kali ni berbau business.. sekejap, bagila peluang ye saya nak cerita ngan promote sikit.


ARDH STUDIO ini merupakan business printing abang saya.. dan kalau ada sesiapa yang berminat nak tahu lebih lanjut tengok price listing atau nak runding lagi boleh-bolehla ke :  http://www.ardh-studio.blogspot.com/p/about-me.html

Ps- Lama tak update blog sendiri
Ps2- Alhamdulillah ..saya masih lagi hidup ..dan masih lagi banyak yang perlu di pelajari dalam erti kehidupan   :)

Thursday, November 15, 2012

Sehari trip to USS

Salam Maal Hijrah 1434. Mohon tahun baru ini lebih baik untuk semua umat islam.

Rasanya lama dah tak update entry, tapi okay sekarang baru gatal tangan nak taip entry. Last week saya amik cuti annual leave and pegi USS Singapore, sememangnya seronok pergi ngan kawan. Kawan dua orang tapi kami pergi berempat, sorang kawan ada bawak adik lelaki beliau.

Sebelum nak pergi tu preparation yang perlu ada:

1. Passport kena ada ya, dan saya sudah renew passport tersebut ya kat imigresen wangsamaju

2. Transport pergi balik mesti dah ada, kami pegi bajet dengan komuter coach KTM RM46, balik dengan flight AIR ASIA RM97.50

3. Bekalan stok makanan sendirian bhd, roti, biskut, biskut coklet, bajet sendiri agakla, minuman botol air saya bawak dua sajek

Sampai je kat imigresen Singapore dorang cek passport, pastu anda boleh berangan kejap jadi warganegara Singapore. Pergh, manalah saya tau jadi perantauan kejap kat luar KTM Woodland pastu nak carik jalan kena naik transport public bas. Terkial-kial carik map bas stop betul ke tak gitu. Sebelum naik bas kene make sure ada duit pecah ye, sebab dorang takkan bagi baki walau sebesar macam mana punya change dollar yang kau ada, ada paham. Time tu bajet saya berbekal RM150 dollar. So duit yang nak ada besar bila naik bas, konfem nanti drebar bas bising small change please oh dear, or else kindly you can just give big money to the bus. Amik duit cukup-cukup kalau naik ngan bas,

Naik bas dalam 2dollar yang kod RWS 8 –Resort world sentosa  dari woodland KTM naik dua kali bas, yang lagi satu bas ni kena charge per person 1.10 pastu baru ler naik MRT. Lepas setel bas dah ok nak kene naik MRT tu sebenonye la saya amatlah bersyukur tak sesat ke mana-mana at last sampai jugak ngan member. First2 masa nak naik MRT tanya kaunter terus ala kononnya malas nak pakai machine, tak tahu pon nak guna mesin tu cecuba je la tempat destinasi sebeno. Pakai machine sedut coin kad MRT senang je nak guna. Kad MRT tambang 3.30 dollar pastu boleh refund balik SENDIRI 1 dollar. Daripada nak naik MRT Kranji beli tiket Harbour Front, tukar 2kali train naik Jurong East-Outram pastu sampai la tu USS.

Enjoy your day ye dengan sume sekali games. Orang kata, main la sampai penat…saya rasanya pergi sekali dah cukup dulu kot kat Singapore sebab currency dia tinggi ar. Asyik fikir duit keluar convert sana 1dollar sama dengan RM2.50, banyak betul dah belanja pergi sana. Gambar dah pon enjoy la dapat pengalaman..

SAM_2112

SAM_2043Farah ngan nani kawan sekolah saya sejak form2-3 Tiket Singapore.

Tiket USS dalam ringgit bagi RM168, kalau hari peak days memang lagi mahal pastu dahla ramai orang.

SAM_2054 SAM_2068 SAM_2086 SAM_2098  SAM_2113 SAM_2048 SAM_2084

Time ni dah tak larat naik roller coster duduk rest pastu beli barang souvenier sikit,  yang roller coster paling seram saya tak try mau tak nya nanti keluar jantung teriak, nangis, takut..jatuh ke apa, bye :)

Ps- nak kumpul duit pergi mana-mana percutian kat pulau pulak, tapi nak kumpul duit beli Honda jazz…Nak seribu dalih tanak seribu diam bahasa.

Monday, May 7, 2012

Buku-buku

Teringin nak beli satu buku yang dah terlepas pandang, hari pekerja hari tu dah la cuti.. yang aku keluar hari tu jugak dah la time ramai manusia keluar jugak, aku memang tak ada plan pon nak keluar pegi pwtc sempena hari pesta buku 2012. Di sebabkan hari cuti hari pekerja tu jugak, lantas aku just ajak-ajak ayam adik lelaki aku teman kan pergi pwtc, kawan ofis aku dah ada sorang tapi kat sentul. kita jumpa kat pwtc dengan train. Aku dari ampang, nak keluar bawak kereta bukan nya ingat jalan. haha. bila lah nak pandai tengok jalan ni dayahhhh. Lesen dah lepas P pun kurang yakin akan sampai ke jalan sebenar. Ahh..orang kata nak seribu daya, tak nak ptuih. hayoyo.

Gila kalau tak ramai orang kat pwtc. Sesak dengan himpit-himpit ditambah aura yang macam-macam ada. Aku ada beli 2buku, tapi lepas aku balik je rumah tengok kat internet. Aku dah terlepas pandang satu buku yang menarik kat mata hati aku. Aku suka baca buku jenis  kerohanian, tarbiyah-an dan motivasi.

Lagi pun elok untuk tambah kan ilmu, ye kan?

Buku yang ditulis daripada Fatimah Syarha- Cinta high class.

image

Sesuai dibaca untuk aku yang ingin menjaga hati yang suci dan bersih. Ya Allah, tolong jaga hatiku imanku agamaku sebaik-baik mungkin. Aku akan usahakan untuk dapat buku ustazah. insyaallah. Gambar adalah hiasan mempromote buku yang dipegang tu buku biografi sejarah Rasulullah. Buku yang dah dibeli semenjak bulan lepas, dekat rumah ustaz Ishak din kat keramat...xrugi beli.

Ps- Sekian lama baru terupdet entry, assalamualaikum. kalau jawab dapat pahala

Saturday, March 17, 2012

Kenapa saya layan jugak cerita korea..

Liat jugak nak mula menaips sekarang. Mood macam off je kot, dan hormon memang tak stabil agaknya. Seriusly aku dah mula menyampah dengan tempat kerja aku. Tapi aku tengah bersabar seberapa habis mungkin. Sabar itu separuh daripada iman kan? Kalau aku nak resign pon aku mesti dapatkan kerja baru dulu baru leh berenti dengan aman. btw num handphone lama aku dah TAK pakai, kena curik kat ofis. Itu ONE of the big reason jugak aku tak suka tempat kerja aku tu. aku dahla hilang num contact kawan lama..IF ADA yang nak mintak num hp baru saya, sila pm kat FACEBOOK saya ye dan make sure saya balas, kalau ada xbalas tu mintak ampun maaf.

Eh perenggan pertama panjang bebeno intro..terpesong daripada tajuk pulak…..Ah takpela. Aku suka tengok cerita korea sebenarnya. Mehla kita list sikit sebab apa aku rasa aku tengok je orang korea berlakon ni, sebb nama pelakon xtau, tapi bila tengok cite korea ni rasa macam indah2 belaka je..ke aku je yang syok camtu

image

1) Jalan cerita romantik gak kan

Cerita korea kadang-kadang buat aku fikir macam so sweet kot cite tu la..padahal..aku tak penah pon bercinta..haha. so what. Sebab mungkin dia banyak share satu experience yang kite tak tau tapi tetiba tau. hoho bole terpengaruh gak kan. kita nampak la happy, sedih, frust, segala emosi kononnya la, bukannya aku tengok adegan xpatut tapi suka tengok benda yang manis je bila ada orang sayang kan kite. Contohla aku ingat ngan tengok kat cite tu..bila orang tu dah bangun pagi dia kejut pastu ada orang siapkan makanan sume terhidang pastu dia corakkan bentuk makanan kat atas pinggan tu lagi comel. Biarkan someone tu happy pastu dia appreciate benda tu

2) Pelakon hero-heroin

Pelakon korea sume cantik2, tengok kulit pon dah putih, pandai bergaya bila dorang dressing, memang lawa kot. pastu bila dorang cakap pon tak dea kasar sangat. sumenya macam bersederhana. tapi kalau bab pemakaian klau yang penyanyi tu aku tak taula nak kata. sebab apa yang aku minat di berdasarkan daripada pemerhatian. orang kata tak tahu tu xtahu la..haha. Sebab apa yang aku nak cite ni pasal cerita korea bukannya fokus kat nyanyian. bole terpesong gak kan entry aku..sume nak tambah

3) Pengaruh rakan sebaya

Kadang-kadang aku boleh layan jugak segala cerita drama yang berunsurkan komedi, romantik, action kame. haha. Contoh yang terjadi kat aku ni dulu aku ada sorang sedara ajak tengok korea..daripada aku tak tahu cerita boys over flower..sampai abis lak aku nengok. Ada satu cerita yang rain berlakon tu aku lupa lak tajuk drama tu..kalau rajin karang aku tengok balik la youtube. Ok dah ingat..Full house.

image

Nasihat baik daripada saya..layan jela sementara ADA masa OK SINI , agak merbahaya buat sesiapa yang amik exam besar..so pandai-pandai la korang adjust masa kalau nak tengok tu.

 

Ps- Birthday saya hari ni 17 March..dan tahun dirahsiakan sebb saya rasa dah tua.

Pss- terima kasih kat sume wish, terima kasih ya Allah kerana engkau masih memnjangkan usia hambamu yang kecil ini..syukur alhamdulillah

Pages