Wednesday, November 16, 2011

secret admire sangat..

Tipula kalau kau tak penah ada secret admire..aku pernah takut kot. tapi kalau aku sendiri yang jadi peminat rahsia takpela. Secret admire tu maksud nya macam orang yang senyap-senyap sukakan kau. Aku bukan nak kata bagus sangat jadi secret admire, tapi sakit hati adala. Haha. Firstly aku rasa orang yang jadi secret admire tu hebat jugakla. and mungkin orang ni pelik, gila, last opocot ekau terkejut la orang yang kau minat tu betul ke minat kat kau balik. Aku pernah jugakla alami benda cani orang. Time tu aku budak sekolah. Budak sekolah form 4, muka aku selekeh gile, pakai braces, pastu pemalu gile. Aku syak orang gila je kot suka la kat aku kalau aku time sekolah. Sebab aku skema jugak dulu..haha.

Kalau dekat dalam tv aku suka tengok cerita MTV Plain Jane. Dia ada crush tapi dia malu nak bagitahu lelaki tu. so cerita tu membantu diri dia sendiri untuk berani meluahkan perasaan oleh si perempuan dekat si lelaki. Kalau ikutkan pendapat aku sendiri..tak kisah la siapa yang start dulu nak bagitau isi hati, jujur tu la penting dan aku sendiri tabik spring potato hormat orang yang berjaya jadi secret admire. Bukan senang nak buat benda camni. Mungkin la kot aku yang akan ikut benda ni, apa salahnya kot. so, aku ada baca aritu kat magazine..apa yang aku ingat nak share la kalau nak jadi secret admire:

First, siasat dulu. Tengokla dulu sama ada orang tu single sebab kalau tersilap langkah malu jugak. karang kacau tunang orang. terukla.. Ok relax, selamat berjaya.

Jangan ghairah sangat. Kalau pertama kali kita ada secret admire kita kena act cool, kalau ada adala kalau takde rezki apa nak buat. Haaa kuasa Allah..yang tentukan takdir. Kawal dulu perasaan.. kalau ada num handphone dia jangan la tergedik sangat tanya benda pelik-pelik..rindu sangat, pakai baju pe..semua nak tanya. rimas la weh. kan?

Bagi semangat. Mungkin untuk permulaan, message hi pastu bye, kot. haha, aku pon tak reti..nak citer. Bagila message selamat. Buat apa, semoga hari ini dipermudahkan segala urusan. Sebab takut berlebih pulak karang dia xsuka. kalau kita yang jadi peminat misteri ni kena slow and safe ada strategy konon macam business strategy ek eh bukan love strategy. Contoh plan la diri sendiri dulu, perbaiki kelemahan kita sendiri bercakap janganla gagap..pemakaian tu biarla kemas sedap memandang, sebab kan kalau terus direct kata i love you, mungkin di sini sahjala perkenalan kita okbai.

Ikutkan pengalaman aku, aku play safe. Kalau orang tu suka..aku tak la layan sangat sebab biasa-biasa je kawan sudahla, kalau dia kata suka nak kawin, datang rumah la jumpa mak aku dulu. wawah..demand pulak tapi tu lagi sesuai kan. Aku tawakal je la bab cari jodoh ni.

Kalau susah nak cari jodoh yang sesuai dengan keinginan kita, ustazah ari tu kat tv9 semanis kurma ada kata baca ayat 130-132, surah To ha, kalau nak doa cepatkan jodoh baca surah yusuf ayat 4

Ps- aku tengah carik kerja..tolong bagi semangat :)

Pss- Hati-hati kalau tengah bercinta

Tuesday, November 15, 2011

Busuk lah

 

Aku tak taula, kat bilik aku pon dah bau busuk. Kak yah (yang datang rumah ulang-alik kemas rumah) letak apa kat bilik aku sampai ada bau sejak kebelakangan ni. Tapi aku perasan.. dulu xada carpet kat bilik aku, tiba-tiba dia letak pulak. Aku suspect karpet kat bilik aku tu la bau. Buat sementara waktu aku pasang pewangi kononnya masuk kereta ada bau pewangi.

Bau busuk. Kentut pun busuk jugak. Hari tu kononnya nak makan makanan steam bot ala thai (steamboat) tapi cancel. So, kami makan mee rebus. Aku rasa makan mee rebus kentut busuk betul la. Tak tipulu orang la, asid borik banyak sebab makan mee kuning, kau orang yang baca entry ni jangan nak ngaku sangat kentut wangi.

Eh dah abisla cerita busuk satu entry. Jumpa lagi. Bosan gila entry aku. Aku ada benda nak cerita tapi buat pe nak cerita bagai nak rak sangat, sape jela ni. Apsal aku cerita nak feeling keciknya aku ni. Belog aku sendiri, sendiri fahamla. okbai

Ps- Hantar abah semalam, saying goodbye and take care bak. We will see you again

Pss- Tahniah to the winner AIM18. Yeay yuna menang 3 award in best performance, vocal and kembara. long live Yuna power…

Thursday, November 10, 2011

Interview on call

Tengahari tadi aku ajak mak pegi makan Tutti frutti, aku tak tahu pon tutti frutti tu jenis makanan yogurt, so aku pegi kat Axis Atrium kat Taman dagang, orang tu kata 100gram rm 5.30. Tiba-tiba ada call, aku hello tapi aku tengah angkat cup nak isi makanan tutti frutti so aku cancel kan nak angkat call. Aku tak tahu call sapa. angkat terus

 image hello abang manis…

joseph- hello, may i seapeak (speak) with Nurul Hidayah…., and I’m  Joseph from HSBC Global resource

me- hello, yes..i am speaking, sorry i can’t hear you so much…(serius..first time on call interview, so kalau ada call masa korang kat luar better carik excuse next time call)

Joseph- Ok, maybe i could call you again IMMEDIATELY..

me- sure, ok (so i hang up the phone and go to some magazine shop, kurang sikit bising)

Joseph- hello nurul, how are you (back in-interview, i received your application through jobstreet….and there are several question that i would like to question in this interview)

me- hello, ok joseph..thank you for calling back…i neve thought that i would get interview call

Joseph:-

1) How are you

2) What did you know about our company (aku tak tahu blur..tibai, jawab)

3) Why should we hire you

4) What can you do

5) Practice your english girl..don’t be nervous, (critic and comments..in good way)

Btw, thanks for calling me for this call interview.

 

Conclusion, aku tak jadi makan tutti frutti, and confirm tak dapat job camtu, takpe..jangan mengalah. First call interview worst, but maybe ada rezeki lain. Doakan kejayaan ku..semoga mudah dapat kerja, aku nak simpan duit beli smart phone, haha..takla, aku nak bayar balik jasa mak bak, tanggungan pinjaman ni lagi.. nice try jela.

Ps- berharap dapat siapkan report buku fyp besok

Sunday, November 6, 2011

Lali dengan kau

 

 

imagekau-kucing

Langit nampak memang cerah tapi hari tak sememangnya indah seperti biasa, hujan rupanya hari ni..tengok aja kucing kat rumah. tiap pagi mesti meng-meow. Makan tak akan lupa bagi.. tapi patut ke apa yang aku bagi baik kat kau, kau bagi BAIK’ punya kat aku. ni laaaa sebab dah sayang sangat, rasa macam tak boleh nak buat apa. pendek cite. Aku punya kucing dengan baik’ nya kencing setompok kat katil aku sebenarnya ari ni. Buat dek karang busuk lagi teruk.

pasrah. Kucing ku kencing di katil. Katil aku dahla basah, bau kencing hancing pesing, kurang asam. kat situ jugak terkena pulak baju harian yang aku lupa nak masuk dalam almari. Takpe…geram tapi nak buat cemanoooo.

Hari ini hari indah, bangun pagi seawal 6 nak tolong memasak. Selamat hari raya aidil adha buat semua umat islam. Aku dah selesai jawab exam Jumaat lepas. Alhamdulillah semua okay dan harapan aku lulus ye, Paper Int. Business yang susah tu yang aku rasa macam lulus cukup makan pon takpelah, tolonglah doakan kejayaan sentiasa ye. Aku macam tak de idea nak letak entry. macam kekok nak cerita. lain kali la carik tajuk ye..

Plan lepas study semua tengah carik kerja, kalau ada job kosong bolehla bagitau. Please and thank you. Manala tau bole try IF ada CHANCE.

image

Ps- sori..takde apa best sangat yang nak kongsi, ucapan selamat hari raya aidil adha, semoga bahgia dunia akhirat

Wednesday, October 26, 2011

YUNA MTV Iggy

nadia ni superfan yuna , here (tumblr dia), nadia was lucky..mungkin dia salah satu peminat teramat lagilagilagila kan yuna. oke aku dengki, kalaulah aku haha.. aku tak ada masa nak stalk yuna buat masa sekarang, finale exam is coming and report nak kena catch up important things to do as student. nadia.. dapat masuk international website lepas kena interview segalala femes lahhh, pastu ada nama yunnie (comel la gelaran yunnie er, aku xsuka nama tu actually…tapi yes jeles, dah memang tula nama peminat fan dorang bubuh, read here because of what yunnie)

- from yuna interview here

dear yuna yang aku leplep dan yang busy and nice person, i wish i know you more, but crap tu semua berangannnn

image

“And my boyfriend [Laughs]. I have a really good relationship with my boyfriend. He is like my best friend. We talk like 300 times a day. He’s like one of the stable things in my life, and I know I can count on him if I’m down or tired with work.” ( > 300 times..apa je yang dorang share ni i tak tahu..haha..ok done entry )

Ps- Abah aku reply mail tadi aku cek, dia tanya..”nak sambung study in master ke lps ni”, kalau bagus study dengan financial support mestilah NAK! haha..just kidding, the actual answer aku nak test market carik job, and experience

Pss- I love you yuna and yuna fans, aku tak tawu mtv iggy ni sampai bila results dia

Thursday, October 20, 2011

Berkawan yang macam-macam jenis

“True friends are hard to find”

Aku tak pernah rasa ada kawan baik sepanjang hidup, bukannya aku tak mau mencari, tapi susah. kawan untuk gelak bersama bersepah..memang senang je nak dapat, tapi kalau yang bila masa kita susah, boleh dikira sapa je kawan kita. sesiapa yang ada kawan bff (best friend foreva..ler) mungkin bertuah atau mungkin i don’t know, sebabnya mereka tempat kamu meluahkan perasaan, dan ber-kongsi pengalaman masa kita susah senang. pendek noktah.

Ada banyak jenis kawan kita memang boleh pilih..kalau nak tahu, paling yang aku menyampah kawan yang pilih bulu, bajet bagus nak buli orang, tapi kan tapi mungkin tak salah..kita ada hak nak pilih kawan kan, tapi jangan sakitkan hati saya boleh tak.

Waktu sekolah menengah form2 sekolah biasa #dulu aku pakai braces, aku group baik kawan dengan good konon nya (memang xpernah main segala cinta, nak cari abang ke kakak angkat..whatever) memori zaman sekola macam tula until form 5 kami buat hal masing-masing, memang ada kawan lama xcontact sebab ada kerja lain nak buat, malas la nak cite,

Kawan jenis bajet bagus, aku tak suka kawan orang yang berlagak baguih, puih. aku juga pernah dibuli masa form1 sekolah asrama agama semua perempuan, badan kawan aku lagi besar daripada aku, tapi muka aku memang matured ada pimple, remaja la katakan..aku melenting, kau jangan kacau aku..nak tidur, macam bangang, dia kata macam nak manja (aku kurang nak ingat punca gaduh tapi lebih kurang camtu, cerita dulu ah), teringin sekali nak kata dulu “aku lempang kau karang”, nasib baik aku tak tumbuk dia, aku mengalah bagi bantal, dan masuk toilet beberapa minit, sebenarnya menangis..aku berhenti sekolah agama, homesick.

Kawan x berapa nak best friend, dia contact kita bila perlu. Kau jangan la layan orang macam ni dayah oi, tapi aku akan consider dulu benda yang patut ke tak patut apa objektif sebenar dia contact aku. sedih kan, dulu aku dipinggir kan sekarang baru kau nak ingat, masa open house semua member kelas kau ajak, tapi aku kau tak ajak, er musuh ke..whatever.

picture klas  SMK Bukit Indah, kelas 5PA 1, Perakaunan, carik sendiri muka aku yang comot

Kawan jenis banyak mulut tak boleh pakai, mula-mula kau cakap kat orang macamni, tapi kau cakap kat aku lain pulak. eh mana satu yang betul, aku pelik, kita tak boleh bagi muka cakap orang cani, kau hati-hati jela..jangan nak cari musuh, petua dia, jangan cuba berbaik dengan orang camtu

Kawan makan kawan, kau ajak aku buat reunion sekolah, aku follow pastu buat la jejak kasih kat fesbuk masa kita sekolah rendah konon nak jumpa, sampai je plan nak buat reunion kat satu tempat tu, aku kau buat macam patung je..kau tak kenal aku ke apa, lastly aku pulak yang jadi tukang bayar yang kau suruh aku buat reunion segala ni, kawan tak guna nama nya sebenar ni.

Kawan seberapa banyak kau nak,mungkin tak apa, tak kisahla kalau tak ada best friend temporarily, but at least you know you are good to others, be sincere to everyone and smile, i still pray that I had a best friend, and please don’t break my heart if you are the one that i trust

Ps- Buku pun boleh jugak jadi kawan kita, kau ada buat tak

Pss- Nak berkawan dengan yuna, memang berangan dan harapan je la #tetiba

Wednesday, October 19, 2011

Tersenyum

 

Tempat: Taman Botani Presint 1, Putrajaya

Tahniah, dan selamat pengantin baru Nasri – Kapten Areen. Semoga bahgia hingga ke syurga. Keluarga pengantin dengan pengantin laki ini best friend forever abang Along (kawan baik sejak kecik), kami dijemput, dan hargai hari bahgia mereka yang dikongsi bersama. hiks, dah kahwin kau sekarang nasri, tersenyum habis ke telinga bila naik pelamin, semoga cepat dapat baby dan bahgia sampai akhir hayat, sila jaga bini..kalau dia kapten, kau kapiten, ai ai. Meriah la kahwin grand, macam-macam ada, ok senyum, cuba fikir berapa bajet  wedding cani. haha. Part paling best untuk aku tengok masa adat silat pencak antara budak perempuan dengan lelaki, fuh. teringin nak belajar self defence, aish dah. Ok enjoy the pics

Peringatan: Entry ini penuh dengan suasana orang kahwin hari Ahad, 16th Okt 2011 (jangan muntah)

WARNING: picture-overload. Read at your own risk :)

DSC_0171DSC_0174  DSC_0020 DSC_0021 DSC_0022

 DSC_0034 DSC_0055 DSC_0057 DSC_0063 DSC_0064 DSC_0068 DSC_0069 DSC_0081DSC_0070

DSC_0089 DSC_0100

DSC_0169 DSC_0163 DSC_0166

Semalam, kawan aku tertanya, dayah dah ada boyfriend eh, aku senyum sekejap..er, pastu dikatanya, “biasanya orang yang takde someone special kawin dulu”. aku blur, sebenarnya masih mencari calon suami mithali. okbai

Ps- dah.. jangan berangan lebih, ada test is coming and assignment nak buat

Pages