Sunday, July 31, 2011

Ramadhan is coming

Assalamualaikum.

Masa kelas ngaji hari Jumaat tu ada jamuan untuk bulan Ramadhan yang akan datang dengan terima kasih buat cikgu sebab banyak mengajar ilmu mengaji, tengok lah pic sikit ok, rajin pulak aku ber-tudung lilit ala yuna haritu, padahal sume orang yang dikelilingi aku adalah orang yang lebih berusia daripada umur aku sendiri, Aku bersyukur jugak dapat join kelas mak cik sume, silalah tengok saya sebagai bakal menantu yang ter-pilih nanti, hak3, gurau saja. ha bawah ni pic saya bersama kawan-kawan mak

SAM_0958 SAM_0959

Seronoknya rasanya bila bulan Ramadhan akan kembali lagi dalam setahun sekali. Dapat kempis-kan perut, kurang-kan ber-cakap benda tak patut, kurangkan aktiviti aktif gitu, tapi study kat kolej aku macam biasa gitu. Sempena Ramadhan yang penuh mulia ni, saya sendiri ingin mohon maaf kalau ada yang terkasar bahasa, mengumpat dengan sengaja dan tak sengaja, halalkan je lah makan minum kalau ada jugak orang belanja ikhlas ke tak kita tak tahu, so kita mulakan benda baik.

Kumpulkan pahala sebanyak mungkin, senyum selalu pastu tambahkan amal ibadat dengan selalu menyebut Alhamdulillah, baca Al quran tadarus sama famili (dapat duit upah tadarus sekali :P)

Ps- Samat berpuasa pada sume umat islam ye, jangan curik puasa, nanti wajib ganti puasa :)

Friday, July 29, 2011

Milo ais bungkus basi, basi wek

Pagi tadi aku teman mama pegi pasar Pudu, pagi lagi hari jumaat ni dah hujan, dah la malas kalau hujan karang pegi pasar ada lecak la, aku kata kan mama pe kata kita pegi pasar pukul 7pagi, tapi jawab mama pendek, nanti jammed (maksudnya nanti banyak kereta, lambat). Biasanya kami berdua akan pergi pasar seminggu sekali yang mulanya pukul 6.30 pagi. Lepas selesai beli ikan dengan barang dapur dalam waktu hujan tu, aku temankan mama pergi amik duit pastu pegi restoran tepi Maybank Branch keluar rumah kat Maluri. Aku kata kan mama beli-lah Milo ais bungkus, pastu beli apam seketul. camtu dah RM2.50.

Milo ais sememangnya air favourite-ku sendiri. Tapi malang xberbau air kat situ xsedap, rupanya aku terminum air milo ais lama. Aku benci betul tengok bungkusan air milo tak sedap tu, dah bayar je makanan ngan minuman restoran sebelah Maybank Maluri , aku masuk balik kereta pastu minum guna straw air bungkus tu pastu aku kata mama, air ni macam lama. Mama ku rasa se-macam je air tu. Terus dia kata basi. Macam celaka taik punya kedai restoran tu bagi aku air lama, aku ter-minum air basi sikit tadi. Satu bungkus air milo dah la RM1.70.

Mak aku terus keluar daripada kereta bagi tau tuan kedai, air milo bungkus basi. Thanks to supermama. Wek air milo ais kedai basi, aku harap kau carik jalan tutup kedai..kalau dah ada pekerja kat situ suruhla diorang rajin sikit berkerja, bengang jugak pagi tadi sampai aku xlalu nak makan pagi tadi, xsanggup nak order minuman ke makan pagi kedai tadi lagi lepas dah sedut air milo basi. Kalau nak niaga makanan dengan minuman kat kedai tu boleh xjaga elok sikit.

Okbai
gambar tak ada kaitan tetiba, tapi dalam pic Dato Nik Aziz sarapan dengan milo kan. i hate you milo basi

Ps- taip entry kali ini, saya tak menggunakan windows live writer, petang karang nak pegi bank in duit kolej,

Sunday, July 24, 2011

Pulang ke kampung

Biasanya hari Ahad..kami akan pergi kelas ceramah kat Keramat AU 3A, rumah Ustaz Ishak din, tapi hari ni kena pontengla, sebab nak kena jumpa nenek di halaman kampung. eh manade halaman kampung sangat pon, rumah kat kampung mama aku jenis rumah ber-teres. kat Alor Gajah, Melaka. Sampai je kat depan gate, nenek dah menunggu depan pintu rumah dengan kerusi roda ofis untuk senang dia bergerak. Dari jauh, aku nampak nenek mungkin ber-sedih, menangis. Terharu tengok anak ngan cucu dia balik jugak kampung (entry tamau sedih tapi aku sedih sebenarnya), tak sangka kami datang tengok nenek sempena nak puasa dengan raya.

Raya ke tak raya, sama macam tahun lepas-lah kot. Kami tak balik kampung masa raya nanti. Balik tu balik kampung untuk beraya tapi bukan hari raya kot. Abah aku pon tak tentu lagi balik cuti kat Malaysia bila. Mungkin lepas bulan raya :)

Mama drive kereta dari Ampang ke Alor Gajah, kat Melaka. Dah sampai depan pintu terus bagi salam, tengok nenek ada kat rumah, pastu kami angkatkan barang-barang dari bonet, salam tangan nenek, tanyakan khabar nenek, gembirakan hati nenek ku sayang. Mama ada belikan macam-macam barang untuk bekalan nenek, makanan, penyapu, baju, beg tangan baru, semuanya khas untuk nenek tersayanglah. Semoga nenek sentiasa sihat selalu. Bukan-nya kami tak sayang nenek, tapi nenek ada keinginan dia tersendiri, bukan-nya kami tak ajak nenek duduk kat KL, tapi dah ber-banyak banyak kali nenek menolak ajakan kita semua. Mungkin kalau nenek duduk kat KL dia rasa xbest la kot. Nenek jangan nangis ye. Sayang nenek. Masa ada kat rumah nenek, aku tolong mengemas, mop, tolong apa je yang patut. Rasanya nak telepon nenek kat rumah la kalau kita dok KL.

SAM_0936

Ps- Selamat berpuasa akan datang, kalau ada yang nak rasa kuih raya kat rumah karang bolehla buat muka tak malu

Thursday, July 21, 2011

Saya biasa biasa

edited post 2013 feb
Saya mempunyai scooter suzuki, JFW 6768
Aku dibesarkan dgn sederhana, ada 3 orang adik beradik, aku se-orang perempuan. .Terima kasih banyak mama atas pengorbananmu membesarkan aku ni dah beso panjang.
Saya biasa-biasa je orangnya, sama macam orang lain hidup.. makan, tido, kerja.

(esei pengenalan diri)
Nama penuh saya Nurul Hidayah Bt Jamal. dilahirkan 17Mac (dah tahu tu tolong bagi hadiah) tinggal Ampang. Meminati lagu daripada Yuna, Sara Bareilles, Hujan, Aizat, Ana Raffali. Favourite moment dulu pernah tinggal di Khartoum, Sudan dekat setahun setengah, pernah pergi Bali ngan Indonesia tapi bukanlah honeymoon, pernah buat Umrah masa form 2, tengok mama korek hidung, dan lain-lain.
Aku selesai habis jawab SPM ingatkan nak amik STPM, aku datang la kelas sehari je kat SMK Hulu klang pastu dapat offer study KPTM. KPTM bagi letter Akaun ngan Pengurusan perniagaan dulu untuk diploma. Tapi aku decide amik Business. Pastu degree same kolej je kat Kolej Poly-tech Mara, so satu diploma KPTM Bangi satu lagi kat KPTM KL.
*Selesai habis belajar aku kerja ngan RHB bank contract je, pastu aku resign dah, hunting job lagi keje yang nampak peluang bagus, sape tak nak carik kerja yang lagi okay klau dah berusaha ngan tawakal.

Penggunaan ayat kat belog ter-kadang tu amik keadaan bila saya cam sopan, aku kau..bila excited bercerita ngan selamba . jangan amik hati lah ye.

-peace

Sunday, July 17, 2011

Harry Potter 3D The Deathly Hallows: Part 2

First time sebenarnya aku pergi tengok movie 3D kat times square tadi, kawan aku dah plan awal jugak minggu ni, book tiket online pastu kami tengok sesama, first time pulak tuh aku tengok 3D movie guna speck bukak speck tengok balik tapi apa beza dia, huhu, aku suka tengok cite Harry potter, walaupun agak mahal satu tiket wayang yang pernah aku belanja RM 21, aku ingat nak kena save duit, pastu jual kuih raya lagi.

Cerita Harry Potter ending dia sangat best, banyak sangat jalan cerita tak bole nak explain, sebab sangat cool, yang penting hero tak kalah oke. hehe, tengok sendiri la, ending dia wa cakap sama kawan sume tak rugi kalau tengok, oke rate star movie aku letak 4.9/5 :)

Photo0926

kononnya nak amik gambar speck 3D tuh tapi tak sempat nak amik, dah la gelap, overall fun. eh, aku terlupa nak amik gambar member, kamera bawak tapi simpan, haha, camera handset je amik ni kabur nampaknya kan, sekian

 

alhamdulillah bila jumpa kawan tadi, aku try bagi sampel test kuih raya, dapat jugak customer, excited jugak bila kawan tu jugak belanja makan, pastu test sikit tudung pashmina macam yuna, sajaje test, haha poyo lah saya nyew muka

Photo0920Photo0916bye

Ps- kali kedua er ketiga lah test windows live writer :)

Saturday, July 16, 2011

kawan belanja makan Subway

Hari ini rasa macam beruntung bila ada orang belanja makan, pastu tetiba fikir banyak makanan yang aku telan hari ini gemukla. Mulanya aku tak ada pelan nak makan western ala Subway tapi lepas dah diajak, takkan la nak tolak. Makanan kat Subway ni wa cakap memang standard Barat kot, American Italian camtu, aku ingatkan nama makanan Subway ni maybe namanya Subway dia jumpa tempat makanan dekat lorong situ satu jalan sebab tu nama nya Subway kot.image

website subway:

http://world.subway.com/Countries/frmMainPage.aspx?CC=MAL&LC=ENG&Mode=

kawan aku belanja aku italian spicy food, lupa nak amik gambar, aku rasa mahal kot kalau tanpa air makan ala roti kebab satu RM10.90, tapi kalau aku dah keje mungkin aku macam tak kisah sebab ada duit. terima kasih kakak syaza belanja makan. Secara tak langsung, aku sempat jugak la bawak kuih raya yang aku jual jadi sample bagi kat dia rasa.

bye

Friday, July 15, 2011

pertama kali menggunakan windows live writer versi BM

Sebenarnya tak biasa guna windows live writer ini, baru aku menggunakannya pertama kali, tetiba guna versi BM pulak, rasa macam lain tapi seronok. Benda baru belajar, ala macam feel baru belajar camtu dia, Ingatkan macam nak buat assignment bukak rupanya ala Microsoft word tapi bukan, kau taip terus entry dekat sini, senang publish (dalam BM, tulis terbit). Advance jugak rupanya kalau pandai menulis.Oh, aku sekadar mencuba, thanks to hanaahmad. Kalau berminat nak guna windows live writer cuba lah ye, tak ado la susah mana nak guna, tapi pelik gak dah biasa guna application BI tetiba BM. HEHE

refer http://t.co/t0irWBB

image

gambar di atas tidak ada kaitan, :D

Assalamualaikum, jaga diri

Ps- Harus tengok Harry potter kawan aku suda booking tix ahad, semangat jugak aku

Pages