Sunday, September 12, 2010

Berperang jerawat


nampak teruk muka ai natural inesen tapi ada jerawat yek. pe pon cheese. hi



jerawat sudah ada. malu. picture senget menget biarlah.tu malas nak rotet
kondisi picture terkini amat teruk, nak tepek gambar aku je kat album facebook pon tak menawan.
baju raya first day raya putih hitam. mungkin sebab tu tak meriah ke.
ada ke patut


sebab jerawat muncul bagi aku nak tegaskan:

- berangan teramat kuat cth nak jumpa Yuna!
- pola pemakanan tak teratur tanpa MAHU dikawal cth terdekat kacang, cokelat badam, lauk pauk berminyak
- hormon tak seimbang
- emosi berkecamuk sebb tak dapat beraya mana2
Stres juga merupakan faktor penyumbang, terkait dengan perkembangan jerawat terkini.

takpe. ada hari bolehla dibalas, harap jerawat tak merebak.
argh. sangat annoying jerawat kat muka.

begini lah antara tips tuk mengatasi jerawat kat muka aku lalui:
-cover guna bedak dan bertawakal surutlah kau wahai jerawat manis.
malu ai nak keluar rumah jumpo orang kalao jerawat bersepah kat muka



tips sebenar tuk mengatasi jerawat. aku try yahoo tadi begini
jawapan

Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.

  • Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
  • Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
  • Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
  • Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
  • Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
  • Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
  • Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
  • Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
  • Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
  • Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
  • Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.
* picit pimples maybe habit aku perlu buangkan

mari membaca merawat pimples
  • Liang yang tersumbat harus dibuka.

    Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.


  • Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.

    Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.

Petua lama yang tradisional aku penah try bubuh lidah buaya ngan teh uncang tuk bberapa kali.
effect lambat dan kesabaran tinggi.
Petua terbaru
Boleh pergi beli kat farmasi watson berhampiran
* Ubat terkini yang aku pakai sekarang Natur E,Garden of Eden for Scar Serum Improves scar. nak buang parut pimples lama dan baru. harga barang product ini rm20. sekian tatapan entry ini.

Bye

Dayah have to be patient and do not touch the pimples
No war, and peace

Saturday, September 11, 2010

First day raya tanpa Bak



Raya.

Hari ni first day raya. Bangun pagi jam 4.40 pagi nolong mak masak tuk pagi raya.
Juadah makanan yang diwajib kan ada adalah ketupat ye.
makanan lain tu ada jelah biasa-biasa. ada jugak datang makanan dihidangkan tanpa disangka, mama belikan lemang dalam diam-diam. Syukur dapat beraya satu keluarga kat dalam rumah. Lepas penat memasak pagi tu dalam kira-kira jam840 pagi baru bersiap nak pegi masjid. MALANGnya belum sempat nak masuk masjid, orang lelaki dah keluar balik dari masjid berjalan ngan kain pelikat. nampak la sangat solat sunat raya aidilfitri dah habis. Minta maaf tuk hajat mama nak bersolat raya eidul fitri tak menjadi. insyaAllah nex year ye.

Balik rumah terus buat solat sunat raya dan agenda seterusnya tuk bersalam mohon ampun dan maaf seisi keluarga. raya tanpa bak terasa sangat pelik. tapi takpelah. mungkin ini ujian. Sebelum nak mula makan ngan juadah raya, sudah bermaaf-maafan bersama keluarga.
aku menangis dalam hati. tengah membizikan diri nak sharing feeling, sempat pulak henset berbunyi. kawan yang ku sayangi call ntuk wish raya. lovely tul dia, Umai.

Umai you the best la buddy. sib bek belum turn aku nak ucapkan tuk maaf-maafan. aku memang tanak putuskan line ngan member aku dah call oke. aku layan jeaa sebab part aku nak mintak ampun belum mula. second call yang aku dapat dari sepupu kesayangan aku kat johor epah, dorang pakatla tu tepon kami yang tak balik rumah. wish raya-raya gelemer gitu. thanks sebb call tanya khabar kat kami. terasa jeles tak balik kampong pun ada plak.

Sesi bermaaf-maafan agak lama. aku tengok gaya Along ngan Mama meluahkan perasaan. Sangatlah penting tuk memaafkan seseorang di atas kesalahan dan kesilapan yang lalu ngan ikhlas. Everything is past is past. Just don't look back. Try improve yourself if you want a better life.
Along sound aku jangan nak menyampuk bila dia tengah membebel tak puas hati, sebenarnya bukan sengaja aku nak menyampuk. aku cakap ikut hati jugaklahh. no hard feeling. kita kena berterus terang, kalau kau tak suka lantaklah. tapi last-last part aku dah bersalam jugak ngan along minta maaf kalau ada salah dan silap macam tadi tu.

Lepas part along mintak ampun, turn aku wui, aku kan cool. aku jugak senstif, tappi tahun ni aku pendekkan cerita nak mintak ampun tu. aku asyik-asyik terbayangkan bak ada kat rumahla, mama kat sebelah bak. kami bersalam. aku pendekkan sesi bermaafan cuma cerita part syukur kita beraya bersama, minta ampun kat mama, minta ampun to along, and akram. Last part akram mintak ampun macam iklan makan cokelat lah. jangan pandang muka akram sebab muka dia tengah naik jerawat manis. selamat hari raya mama, along, akram and bak ♥ all.
Lepas bermaaf-maafan dekat sejam kami dapat duit raya bak ngan mama. RM100. syukur :) thank you very very much.

Seharian duduk kat rumah hari ni mungkin mustahil.
aku tanya mama. nak pegi beli kuih raya kan nanti, kuih raya ngan gula-gula tadek tak meriahla.
sebelum pegi kedai nak beli jajan, aku temankan mama pegi rumah kawan dia yang dah bagi pesanan ringkas, "tolong jaga kucing rumah ai, sebab ai balik kampung sampai hari selasa kat singapore". wahh meriah gitu. kucing kat rumah kawan mak aku agak bijak. bila bagi makan, dia tahu makanan dah letak nya kat mana tak perlu nak bermanja "marilah makan sayang". kucing tak takut orang ini friendly lahh kalo nak dibandingkan ngan kucing rumah aku. kucing ku tu gedik yang amat. kucing pak ren kuat makan dan tidor kengkang.
KALAU nak tengok gambar raya semua aku letak kat facebook, atas pesanan bak jugak. bak nak tengok gambar famili kat Malaysia. kesiankan bak tak balik kampung tanah air tercinta dan berkorban besar tuk famili di sini. i miss you bak. take care selalu kat sana ok.

ini link fesbuk gambar raya. happy eid mubarak 2010.

time petang tu nak tengok akustika raya tapi tetiba datang la tetamu. Sebelum tu nak cerita la aku memang suka tengok yuna. mungkin ramai yang dah perasan. kawan ku sayang Umai tu tepon aku suruh tengk yuna. aa tak sempat tgk sampai habis. ea perlu di layan tetamu sebaik mungkin jika tetamu bertandang ke rumah. aku harap akustika raya ada ulangannya. aku sempat tgk 10 minit je rancangan tersebut. pls ulang tayang. thanks sebab call dayah yang sweet ni kan Umai :)

Lepas tetamu dah balik nak tengok akustika balik tapi dah abis rupanya. tak ada rezki kot time tu.
Time malam lepas je maghrib, saudara kat nilai dah nak datang beraya kat ruma. meriah kan raya saudara aku ni. dorang kata, mereka dah beraya seharian dari rumah sampai kat rumah aku ini adalah rumah ke5. meriah gitu.

Banyak dah aku bebel kan. selamat malam. Besok nak puasa ganti.
Mana ada berjalan mahu pon nak beraya rumah orang pon hari ni. biasa-biasa je lah kan cool, menerima dgn seadanya apa yang baik dan buruk itu pemberian Allah :)

Bye

Thursday, September 9, 2010

Salam raya

syawal dah tiba
selamat hari raya
jangan selalu men mercun pop2 je tau
makan lagi best
:)"kucing pon nak duit raya kan" :D


akhirnya ramadhan pergi juga. sedikit sedih meninggalkan bulan ramdhan.
tapi.
salam syawal.


welcome

selamat hari raya aidilfitri pada semua umat islam.
minta maaf kalau ada salah dan silap ku pohon dengan susun 10 jari tangan dan kaki.


jangan men mercun sangat kang letup sana sini tak ingat dunia masuk hospital daa.
Aku tak balik kampung. raya raya jugak. makanan raya hidangan ketupat, lemang, rendang, lodeh, kacang dan kuih muih sesadap rasa tu jangan makan tak ingat dunia. ok :)

salam eid mubarak. layan jelaa bila dengar lagu raya itu pon raya jugak.
ada hati nak men bunga mercun, tapi tak jadilahh :)

syuukur dah khatam tadarus quran pagi tadi. ingat nak post video kat fesbuk tuk abah kat yemen, tapi takut lahh kalau2 BAK bersedih di perantauan plak.
selamat hari raya sume



ikan ngan kucing kat ruma pon nak beraya.

ikan suda dapat akuarium baru dan ikan kecik ada 2 ekor je

akuarium baru orang bagi, kiranya akuarium raya lahh tu.

selamat ari raya ikan



ikan lama ikan kecik ni.

yg kecik kaler kuning sume dah mati.

minta maaf ikan kuning. yang idup 2 ekor ikan kecik itam itu sahaja.


Bye

Ps/ duit raya khatam quran macam tak dapat besook. besok nak pegi ngadap depan tv kot. selamat hari raya. moga raya anda meriah2 :)

Wednesday, September 8, 2010

lagu raya tanak dengar oke





agak terkesima sekejap bila nak dengar lagu beraya dan kadang-kadang masuk air macam nak petik gitar buat lagu kong kang sebab lapar berpuasa. merepek jangan percaya dayah kalau dah sengal. semalam aku bukak you tube. melayankan website project sikit, belajar jugak godek youtube. praktikal selalu bukak godek youtube yang berinformasi gitu, senang dan cepat faham. cara nak design website using macromedia banyak dah ada kat dalam you tube. nak buat mana yang faham je tu. nak seribu daya taknak seribu dalih. Usaha tangga kejayaan kan
LATIP :)

Bila dah godek youtube dan dan bosan aku search lagu bruno mars-Just the way you are. Melayankan lagu yang bukan melibatkan lagu raya adalah satu agenda yang aku perlu lakukan. tak mahu dengar lagu raya tahun ini. sebabnya aku tak balik la kampung tu. so, jangan nak jeleskan aku lagu-lagu raya. aku layan lagu western skit. syok kan raya tanpa lagu raya. apa ada hal. kih3

Aku minat lagu mereka. it's awesome and awesome. talented voice gitu.
aku search facebook and like it so much.

Just the way you are-Eliselieberthmusic
http://www.facebook.com/eliselieberthmusic

http://www.youtube.com/watch?v=XldgHq9nWso

xreti nak share cemana, ada link video tekan je ye kalao free :)


Elise Lieberth

>Elise Lieberth - vocals
Lance - Lead Guitar
Kenny - Rhythm Guitar/Vocals
Mike - Bass
Greg - Drums
Genre:
Pop/Country/Rock


BYE

Tuesday, September 7, 2010

dah nak raya







Ramai yang dah post kad raya kat fesbuk, tag picture tuk berbuka dah biasa ada, bab kad raya, video raya banyak dah dilihat kalo lawak tu mmg takleh belah. seronok jugak bila melayankan dah nak raya. Aku beraya kat KL.
Tak bole balik kampung dah dipesan pesan oleh big boss mama and bak.


Raya tak syiok kot kalo fikir panjang. rasa sayu jugak tadapat balik kg beraya ngan sanak sedara dan rugi..chance tuk ngumpul duit raya, ahak tak dapat berjumpa satu kluarga.

Sebab sebenar tak balik raya, abah kat yemen jauh tak beraya atas urusan kerja dan pesan dia takyah balik kg tahun ni, buat sederhana sahja ye. Bak, aku rindu bak. terasa sangat janggal tuk beraya tanpa bak tahun ini. semoga mama tabah dan kuatkan diri bila dengar lagu raya yang bakal berkumandang nanti. Takde bak kekadang teringat kan bak pegi balik guna moto dari masjid, teringat bila bersama nak mengaji tadarus al quran kat rumah, teringat nak salam tangan mohon kemaafan setiap tahun, teringat nak peluk dan cium tanda terima kasih sume. teingat nak makan ketupat lauk lodeh ngan kacang. I miss you bak and sometimes it do hurt because of missing org yang disayangi, but life must go on :) ohh entri dah terpesong tgkla. tebabbas



Di sbb kan dah nak raya, so nak post entry pon mestilah ada unsur-unsur nak beraya, nak mintak wet raya dari rumah ke rumah bak kata HANS, bole rujuk dari entry dia dah bagi tips cara-cara nak dapat duit raya. target rumah orang besar dan dermawan. kenalah wat muka kesian jugak ye kan. wee tak berani ar nak mintak duit raya, muka ni pon dah matured terus. badan pon dah mcm org berkerjaya. Tapi aku masih student lahhh.


DAH nak dekat raya ni secara normalnya aku dok tunggu mama keluarkan sampul duit raya tuk bdk2 yang bakal bertandang kat rumah nt aku masukkan duit raya. mama tak bagi duit raya for free kat aku. tapi aku dapat duit raya tadarus quran nt rm100. Syukur. meh duit, bole beli CD Yuna. keh3


Duit raya dalam persiapan, baju raya ala kadar je sehelai dua helai. sehelai je yg ada akan di pakai tuk first day raya lah nt. Raya pertama hari Jumaat kan. lagi tinggal 2 hari nak puasa.


Janganlah cepat sangat bln Ramadhan nak berlalu. Banyak amalan pahala boleh dapat bulan ramadhan kan. Dah nak raya , kuih raya mestilah terhidang nt kan. Famili aku tak setat buat kuih raya pon. serius. aku beli kan satu bekas kuih raya tuk mama. mama pon just oder beli je kuih raya tahun ni. barang persiapan raya cam langsir nak tuka tu adalah wajib tuk ngemas sikit demi sedikit. rajin nanti aku tolong kemaskan yeah.


*Amalkan bersederhana sahja ye raya yg akan tiba nt, makan tu pada-pada kang perut memulass tak sudah terukla nanti :P



nak mintak duit raya sapa ye


selamat hari raya bakal tiba, maaf zahir batin.

Sunday, September 5, 2010

ragam entri ini. amik tu, kenapa perempuan single dan hot

Salam.
tak ada yang menarik seharian ini. tapi ada nak cerita skit.

aku ngan mama beli baju raya tuk maid dah dapat. beli jugak shirt ngan pants baru with little adik.

tapi cerita lain tak best, Tiba-tiba pinggan kat ruma dah pecah tak sengaja aku punya pasal.
aku punya pasal jugak aku cek condition ikan dalam bekas comel.
aku tengok timbul 5 ekor ikan kecik tu.
ikan kecik 5 ekor dah mati. waaaaaaaaa. xnangis tapi hampa.
dah motif ada ikan pon nak bela untuk hidup-hidup, tapi takde rezeki nak hidup panjang kot ikan kecik kat ruma. sorry ikan. sebab utama ikan mati, mama ai pesan sekali je ikan kecik takleh letak ngan guna air paip bilik air ari tu, ai tak sedar. saya minta maaf wahai ikan sekalian.
aku yang bersalah.
aku letak air paip, yang sepatutnya letak air guna penapis air minuman.
ikan kecik ini senstif dan tak sekuat segagah ikan puyu ngan ikan lepas lain.
Akhirnya aku pas ikan yang mati tu kat ikan belida ini, dorang makan ikan kecik itu. maaf kan saya ikan kecik :(


mungkin itu rezki ikan belida kat ruma. dorang kuat makan ar.


Lepas kemas ikan, aku tadarus, lepas tu pegi kelas ustaz ishak din. ceramah bab kedudukan hati ngan zakat yang patut dikeluarkan dikategorikan 2 jenis, yaitu.
zakat nyawa dan zakat badan.

Bila dengar bab hati kat mana aku nak share mengapa,
kenapa perempuan single dan hot macam aku:
Aku rasa
- aku ada semua kriteria kat bawah ini, EXCEPT last sekali. paras rupa cantik memang sah aku takde secantik yuna sebab, jerawat muka sendiri bersepah, penampilan diri selekeh, nak bercakap tu xconfident sangat, bahasa melambangkan peribadi sendiri kadang-kadang aku memang tak tetap pendirian. sekejap berani untuk berbahasa aku kaw, sekejap lagi awak dan saya.
Kadang2 bila nak cakap ngan orang memilih bahasa ngan orang kena fikir dulu ya, sebab ini menampilkan peribadi seseorang macamna. bagi aku ini jenis cakap tengok orang yang macamna dia selesa ngan aku, baru aku akan berani bergaul bahasa aku ko. ala2 tak cukup keyakinan diri kan. itu je lah.
*kalau orang dah berumur takkan kau berani nak berbahsa guwa lu kau dan aku betul tak


PERLU ke cinta sebenarnya. confius
saya takde jawapan.



kenapa perempuan single dan hot SEBAB
1. Paras rupa - Memang tidak dinafikan paras rupa memang perkara yang penting. Kebanyakkan lelaki akan melihat paras rupa terlebih dahulu. Sekiranya perempuan itu mempunyai paras rupa yang menawan dan menarik, takkan tiada lelaki yang terpikatkan? Jangan sesekali anda merasakan anda tidak cantik, semua orang cantik. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia. Ingat je, setiap kita adalah unik!


2. Penampilan diri - Even paras rupa menjadi point utama bagi seseorang lelaki, penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda mempunyai paras rupa yang menarik tetapi memakai pakaian yang selekeh, pakai baju macam sekadar ada je, siapa la yang akan tertarik untuk berkenalan lebih rapat dengan awak. Jaga penampilan anda dengan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana. Tunjukkan yang awak ini feminin.


3. Tutur bahasa dan adab sopan - Ni lagi satu pointnya. Perempuan timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Tetapi ada juga yang tidak sebegini. Ada perempuan yang main cakap lepas sahaja seperti lelaki pula lagaknya. Mana lelaki yang tak terkejut kalau perempuan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sudah tentu ianya akan menurunkan saham perempuan itu. Lagipun, kan manis dan ayu kalau perempuan menjaga tutur kata dan adab sopan. Ayu, ayu gitu. Mesti ada yang terpikat nanti.


4. Tidak yakin pada diri sendiri - Perempuan yang masih single sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk lelaki itu. Mereka fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka. Siapa kata? Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan. Cuma cepat dan lambat je. Yang penting kena yakin pada diri sendiri. Even sebagaimana besarnya badan seseorang perempuan itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin. Even sebagaimana kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana anda merupakan seorang yang hebat.


5. Serik untuk berkapel - Mungkin pengalaman silam telah menyebabkan anda serik untuk bercinta. Serik untuk mempunyai pasangan di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus cinta merupakan pengalaman yang memedihkan. Tiada siapa yang akan berasa gembira bila dia ditinggalkan oleh kekasih yang disayang setiap masa. Kongsikan pengalaman anda dan lihatlah, anda bukan seorang di dunia ini. Ada ramai lagi rakan-rakan yang sudi membantu anda.



ps/ saya tak reti kapel,tak berani berhubung rapat dengan berlainan jantina, tak de perasaan sayang dan cinta lagi, biarkan je oke. nanti saya fikirkan, aku ingat nak ngorat yuna je kat fesbuk.

saya♥ yuna


bye

Saturday, September 4, 2010

Ramadhan . . .





salam :)

maaf sebab sudah la ketinggalan nak apdet belog ini rupanya.
sekali gus memanglahhh ye ye malas,haih malas wat belog. aku berjaya habiskan exam hari jumaat, exam economy tawakal shaja oke. belum lagik setat carik resource ekonomi esaimen. aku still in progress ngan website project. hopefully bole buat. sebelum balik dari exam economy tu sempat jugak flying kiss kat miss, salam and hug selamat ari raya, maaf sebab tak ingt terms economy bila jwb exam. banyak kot aku bantai ikut logik pasai trade ngan lupa2 jawapan ekonomi.

Sedar tak sedar mmm cepatnya Ramadhan nak habis, kemudian bulan syawal. raya 2010 :)

apa preparation nak raya-
1. nak duit raya
2. nak duit raya
3. nak duit raya

* senang lahh kalau simpan duit, dapat duit setat kumpul duit tuk beli kereta baru, scooter, rumah, belanja bole blanja sesapa ikhlas tau. Ramadhan dah tinggal berapa hari je, tinggal 5 hari lagi.
hari ni Ramadhan ke 25.

aku ingat nak beli bag raya tapi tak pasti ada peluang ke tak nak beli beg raya. al maklum lahh raya ala kadar tahun ini akan beraya sekitar ampang. tak balik kampung melaka johor terengganu atau sebaliknya. Abah pesan tak yah balik kampung sebab abah kat yemen tu. ohhhh duit raya mestilahh sah tak dapat dari orang tak dikenali melainkan menipu kata saya budak form 5, tapi duit raya kat tadarus khatam al quran adalah wajib tuk diterima itu je oke.

sebenarnya kita semua patut syukur bln ramadhan dtang setiap tahun sekali dan sebaik mungkin sebab dengan bulan Ramadhan, semua umat islam senang dapat pahala.Syukur baju raya dah ado, duit raya tak tentu. bag raya tak ado~ takpela.


Penting carik pahala bulan ramadhan.
Pahala yang aku dah cuba buat time puasa

-Tadarus ngaji ngan famili

-Senyum dapat pahala.


-Tidur dapat pahala

-Solat selalu. solat tahajud, solat sunat, solat terawih banyak ganjara dapat diterima. (Last cerita nak letak point kelebihan terawih ok) Sila rujuk kemudian

-Mengaji al quran ditambah tambah amalan pahala, try dgn baik aku dahh nak hafal surah alJinn

-Ringan tulang pegi bazzar dengan mak dapat pahala. kurang2 kan belanja berlebihan. ikut nafsu binasa, sapa suh membazir beli bnyak kalau tak larat nak makan sume..........setan abis kan makanan(pegi bazzar dah jadi favourite which i really like)

-bagi kucing makan, bagi ikan makan sume tambah pahala ni (aku tak sure kenapa sejak dua menjak ni ikan kecik yang baru bela asik mati, sebab unknown. aku anggap itu culture shock, ikan tak kuat, but sgt sedeh bila mengenang kan kucing parsi kesygn kat ruma mati sebab dia sakit tak lalu makan) :(


-err pahala kenyit mata kat abang tren ampang mm dapat pahala. haha senyum22x je lahh haa, senyum selalu, sopan je kan



Sebab Ramadhan tinggal beberapa hari lagi, mari mari tambahkan amalan mulia disini:
Semoga semua orang berjaya untuk buat terawih ok :
Kelebihan Solat Tarawih

* Hari ini malam ke 26ramadhan
aku dapat tahu sebenarnya tak perlu percaya bulat-bulat info itu tapi penting tuk mendapat pahala keberkatannya. Moga ALLAH terima amalan mulia hambanya dgn solat terawih :)


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama'
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


*Cubalah untuk berebut malam lailatul qadar ye iaitu malam 10 ramadhan yg terakhir di hari ganjil ok :)
Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr
Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahala yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.

ok :)


Ps/ Selamat menikmati bulan ramadhan, nak raya nanti raya biasa-biasa sahja oke. kita patut berkumpul raya biasanya jumpa sedara mara dan merpatkan hubungan silaturrahim bersama
i am really jeles sapa yang balik kampung dapat duit raya. nak wet raya, nanti nak post video tadarus quran

Pages