Assalamualaikum..
Mehnah maksud dari arab itu ujian..ujian itu banyak dan seksaan berat kalau diuji oleh setiap manusia dengan bala. Ujian ini ada banyak jenis.. contohnya saya yang malas nak menaip di blog xseberapa ini jugak ujian. Ujian dari segi passion atau keinginan bercerita tu tak ada dah la sangat, tapi apa yang kita boleh ceritakan..serba sedikit sedikit jelah. Ujian yang saya dapati memberi kesan melampau membuatkan saya jugak tak berapa sihat. Berat badan BMI tak mencukupi, dan xcukup darah..beberapa kesan dan tekanan psikologi saya masih hadapi untuk terus tabah kan diri
Hidup ni sekejap je atas dan bawah maksud yang saya kata senang/gembira/kaya di atas dan bawah itu yang sebaliknya, samaada kita yang berani dan bersungguh-sungguh/gigih mencuba perkara baik..insyaallah dia mampu berjaya. Pernah jugak saya menangis..
Kenapa, mengapa saya juga bertanya pada diri sendiri, mengapa aku tak dapat apa yang aku inginkan?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, Boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" {ayat Al baqarah:216}
Kenapa juga mudah aku rasa sedih dan kecewa?
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman" {ayat surah Al imran: 139}
Kenapa mesti bersabar? rujuk {ayat Al imran: 200}
Ps- Banyak muhasabah diri dan dekatkan diri pada Allah..Allah maha mengetahui dan dia yang sebaik2nya merancang. Interview pegawai penguatkuasa N41 2hari lepas saya dah berlalu..tawakal sahaja ye.
Wednesday, September 11, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)